• Tidak ada hasil yang ditemukan

AMALI 1 AWAN & CUACA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "AMALI 1 AWAN & CUACA"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

AMALI 1 : AWAN DAN CUACA

Tujuan : Mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca yang belaku ketika pemerhatian dijalankan.

Hipotesis : Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran.

Bahan / radas : Kamera digital, pen dan kertas

Prosedur :

1. Sebelum pemerhatian awan dilakukan, maklumat mengenai awan telah dicari dan dikumpulkan sebagai rujukan amali. Rujukan diambil daripada mana-mana sumber bahan bacaan.

2. Lokasi pemerhatian awan dipilih. Pemerhatian perlu dijalankan selama 2 minggu berturut-turut.

3. Pemerhatian dijalankan pada waktu yang sama setiap hari di lokasi yang sama.

4. Gambar pemerhatian awan diambil menggunakan kamera digital. 5. Pemerhatian awan direkodkan. Rekod pemerhatian termasuklah

perubahan cuaca yang mungkin berlaku.

6. Data yang dikumpulkan dianalisis dan ditafsirkan.

7. Laporan lengkap amali disediakan dan disertakan bersama jadual, gambar dan carta sebagai bahan sokongan pemerhatian.

(2)

1.0 PENDAHULUAN

Pengenalan Pengenalan

Luke Howard merupakan orang pertama yang mencipta cara untuk mengklafikasikan jenis awan iaitu pada tahun 1803.

Hari ini, terdapat sepuluh jenis awan sahaja yang telah dapat diklafikasikan

secara rasmi.

Hari ini, terdapat sepuluh jenis awan sahaja yang telah dapat diklafikasikan

secara rasmi.

Awan yang terbentuk adalah berlainan mengikut parasnya di

langit.

Awan yang terbentuk adalah berlainan mengikut parasnya di

langit.

Awan dapat dikaji dalam ketinggian dan bentuknya. Bentuk awan banyak mempengaruhi aspek cuaca semasa.

(3)

1.1 Pengertian Awan

 Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.

 Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka awan akan terbentuk. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.

 Awan merupakan titisan air yg sangat halus yang berdiameter antara 0.02 mm – 0.06 mm serta terapung di udara. Terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera.

(4)

1.2 Proses Hidrologi dalam Pembentukan Awan

Proses pembentukan awan juga dikenali sebagai proses hidrologi atau proses pemeluwapan.

Pada mulanya, sinaran matahari yang tiba ke permukaan bumi akan sampai ke permukaan air di lautan dan tumbuhan di daratan. Cahaya matahari sebagai pemangkin memanaskan kawasan tersebut dan mengakibatkan proses sejatan dan perpeluhan berlaku. Wap air yang ringan dan halus akan naik ke atmosfera melaui kedua-dua proses

tersebut dan mengalami proses pemeluwapan. Partikel-partikel wap air ini akan melekat pada debu garam dari lautan yang terdapat pada atmosfera seterusnya membentuk kepulan atau lapisan awan.

Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar, iaitu yang berbentuk cumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis (stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kestabilan

atmosfera. Kerpasan terhasil daripada awan. Kerpasan yang jatuh ke daratan membentuk air larian di permukaan bumi dan di bawah bumi. Air

(5)

1.3 Jenis-jenis Awan

Genus Awan Altitud dasar awan di atas permukaan

bumi

Sifat Kedinamikan

Awan Tinggi Sirus 7-18 km Pasif

Sirostratus 7-18 km Pasif

Sirokumulus 7-18 km Pasif

Awan Pertengahan Altostratus 2-7 km Pasif

Altokumulus 2-7 km Pasif

Nimbostratus 2-7 km Pasif

Awan Rendah Stratokumulus 0-2 km Pasif

Stratus 0-2 km Pasif

Kumulus 0-3 km Aktif

Kumulonimbus 0-3 km Aktif

(6)

1.3.1 Awan Peringkat Tinggi (6,000 m ke atas)

Sirus (CI) - Awan tipis dan kelihatan seperti sutra. Keadaannya yang tidak tersusun menunjukkan cuaca baik akan tiba. Sekiranya tersusun rapi dan rapat bersama awan sirostratus dan altostratus ia menunjukkan cuaca buruk akan tiba. Ia terdiri daripada hablur ais.

Sirostratus (Cs) - Kepingan awan tipis yang melitupi langit dan biasanya menjadi tanda kedatangan ribut.

(7)

Sirokumulus (Cc) - Terdapat dalam kumpulan-kumpulan kecil, atau dalam bentuk garis-garis, ataupun jarak, ataupun riak-riak yang menggambarkan kepingan awan yang beralun-alun. Ia juga dipanggil sebagai “mackerel sky”.

1.3.2 Awan Peringkat Pertengahan (2,000 - 5,000 m)

Altostratus (As) - Kepingan awan seragam kelabu atau kebiru-biruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian. Ia kelihatan seperti awan sirostratus yang tebal dan sering bersatu dengannya. Awan ini biasanya diikuti oleh hujan yang meluas dan berterusan.

(8)

Altokumulus (Ac) - Jisim awan yang berbentuk glob yang telah terhimpit dan biasanya terdapat dalam bentuk tersusun atau berderet.

Nimbostratus (Ns) - Lapisan awan tumpat yang rendah dan gelap yang tidak mempunyai apa-apa bentuk tertentu dan bahagian

bawahnya bergerigi. Awan ini biasanya membawa hujan/kerpasan yang berterusan.

(9)

1.3.3 Awan Peringkat Rendah (2,000 m ke bawah)

Stratus (St) - Lapisan awan seragam yang rendah dan menyerupai kabut, tetapi ia tidak jejak ke permukaan bumi. Awan ini pinggirnya bergerigi dan menghasilkan hujan gerimis salju.

Stratokumulus (Sc) – Awan jenis ini letaknya rendah dan

berwarna putih atau kelabu. Bentuknya bergelombang dan biasanya terdapat bersusun. Ia tidak membawa hujan.

(10)

Kumulus (Cu) - Awan tebal dan tumpat yang mempunyai

perkembangan tegak ke atas. Permukaan atasnya berbentuk kubah dan strukturnya seakan-akan bunga kobis, sementara dasarnya hampir datar. Kebanyakan awan kumulus adalah jenis awan cuaca baik walaupun ada kalanya awan kumulus yang tinggi akan

berkembang menjadi awan kumulonimbus.

Kumulonimbus (Cb) (dikaitkan dengan hujan lebat dan ribut petir) –Jisim awan yang sungguh tebal dengan perkembangan tegak yang amat jelas dimana kemuncaknya kelihatan seperti gunung ataupun menara. Awan jenis ini biasanya disertai oleh hujan yang lebat, badai, ribut petir dan kadangkala hujan batu.

(11)

1.4 Kepentingan Awan

Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk:

 Mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-merah bumi.

 Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi.

 Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera.

 Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari katulistiwa ke kutub.

(12)

1.5 Pemerhatian

Lokasi Taman Utara, Guar Sanji, Arau, Perlis

Tarikh 7 Julai 2013 – 20 Julai 2013

Masa 3.00 petang

Tempoh masa

pemerhatian

5 minit

Apa yang diperhatikan Bentuk dan jenis-jenis awan, cuaca serta suhu persekitaran

Cara pengumpulan data 1. Pemerhatian terhadap keadaan dan bentuk awan di langit

2. Gambar diambil dan dianalisiskan jenis-jenis awan

3. Membuat rujukan dari buku/internet 4. Suhu disukat menggunakan termometer 5. Keadaan cuaca harian dicatat.

(13)
(14)
(15)
(16)
(17)

1.7 Perbincangan

Tugasan berkenaan awan dan cuaca memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada kami. Selama ini kami sekadar mengetahui tentang cuaca mendung, cerah dan hujan sahaja. Kini kami mengenali nama-nama awan dan cuaca yang berlaku seiring dengan perubahan bentuk awan itu sendiri. Rupa-rupanya kita boleh mendapat maklumat tentang cuaca melalui pemerhatian terhadap bentuk atau jenis awan.

(18)

7 Julai 2013 hingga 20 Julai 2013, saya dapati terdapat 4 jenis awan yang kelihatan sepanjang tempoh pemerhatian itu. Antaranya ialah awan altokumulus, nimbostratus, stratus, dan awan kumulus. Berikut ialah jadual kekerapan awan dan carta pai, sepanjang tempoh pemerhatian kami itu.

Bil Jenis Awan Peringkat Awan Kekerapan Jenis Awan sepanjang pemerhatian 1 Sirus Tinggi 2 Sirokumulus Tinggi 3 Sirostratus Tinggi 4 Altokumulus Pertengahan 3 5 Altostratus Pertengahan 6 Nimbostratus Pertengahan 2 7 Stratokumulus Rendah 8 Stratus Rendah 1 9 Kumulus Rendah 8 10 Kumulonimbus Rendah

(19)

Berdasarkan kepada jadual kekerapan jenis awan dan carta pai di atas, terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat pada kekerapan jenis awan yang kelihatan. Jenis awan Kumulus mencatatkan kekerapan paling tinggi sebanyak 55% bagi 8 kali pemerhatian. Awan Kumulus ini ialah jenis awan yang berada di peringkat tinggi yang sedang dalam peringkat menaik. Awan Kumulus ini merupakan awan yang berkepul-kepul warna putih kapas. Awan ini menggambarkan keadaan cuaca yang cerah dan baik.

Awan Altokumulus pula dilihat sebagai awan yang berada pada kekerapan kedua tertinggi iaitu sebanyak 21% dengan 3 kali pemerhatian. Awan ini berbentuk pipih, berlapis-lapis, banyak dan seragam.

Seterusnya, awan Nimbostratus pula mempunyai jumlah kekerapan sebanyak 17% daripada jumlah kekerapan kemunculannya pada hari-hari kajian dijalankan dengan pemerhatian sebanyak 2 kali.

Awan Nimbostratus ialah awan peringkat sederhana. Awan ini berbentuk seperti lapisan-lapisan yang tebal dan gelap. Jenis awan ini sering menimbulkan hujan lebat.

Kemudian, awan yang paling sedikit kekerapannya muncul

sepanjang tempoh pemerhatian kami ialah awan Stratus. Awan Stratus hanya mencatat kekerapan sebanyak 7% sahaja sepanjang tempoh pemerhatian dengan pemerhatian sebanyak sekali sahaja dalam tempoh dua minggu.

Berdasarkan hasil pemerhatian, kebanyakan awan yang muncul ketika pemerhatian kami ialah awan yang menunjukkan cuaca yang baik dan cerah. Ini terbukti kerana kekerapan jenis awan Kumulus iaitu awan

(20)

kami. Namun, pola kekerapan awan Kumulus ini dapat dilihat selang sehari atau dua hari. Di antara hari awan Kumulus ini dapat diperhatikan jenis awan seperti awan Nimbostratus dan awan Altokumulus. Jenis awan Nimbostratus memberi petanda hujan akan turun manakala awan

Altokumulus menunjukkan bahawa keadaan cuaca baik dan cerah.

Ini menunjukkan bahawa pada bulan Julai - Ogos ini, cuaca di

negeri Perlis mengalami musim hujan yang tidak sekata. Dalam seminggu hujan pasti akan turun, namun kuantiti hujan tidak sebanyak ketika

musim hujan pada penghujung tahun.

Apabila kami merujuk pada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai ramalan kaji cuaca di Perlis ini, hampir kesemua ramalan cuaca itu tepat pada hari tertentu. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa awan sangat membantu manusia untuk meramal dan mengenal pasti cuaca persekitaran kita. Penyataan ini juga disokong melalui pembacaan di Majalah Estidotmy yang mengatakan bahawa sistem ramalan kaji cuaca di

Malaysia ini boleh dipercayai 80%-90% kebenarannya.

Berdasarkan amali ini, kami telah dapat mengenal pasti kepentingannya dalam kehidupan seharian kita. Melalui perubahan

bentuk dan jenis awan, manusia dapat meramal keadaan cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang. Apabila pihak berkenaan dapat membuat ramalan cuaca, mereka akan bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya, melalui

maklumat itu, manusia dapat merancang aktiviti kehidupan seharian agar faktor cuaca tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti.

(21)

udara. Tambahan lagi, dengan ramalan cuaca, pihak berwajib dapat mengeluarkan amaran berjaga-jaga lebih awal kepada masyarakat sekiranya bencana alam seperti banjir kilat dijangka akan berlaku.

Secara keseluruhannya, apa yang kami dapati hasil daripada pemerhatian ini menunjukkan pembentukan awan merupakan antara faktor yang mempengaruhi cuaca selain daripada suhu, kelembapan, hujan, angin dan sebagainya.

1.8 Kesimpulan

Kesimpulannya, pembentukan awan dan pengenalpastian jenis awan merupakan salah satu faktor utama yang diambil kira untuk membuat ramalan cuaca.

Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk:

 mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-merah bumi.

(22)

kumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera.

 membantu mengagihkan semula haba tambahan dari khatulistiwa ke kutub.

Dalam pemerhatian awan, kesukaran untuk menentukan jenis awan adalah masalah yang dihadapi kerana bentuk awan adalah berbeza dan maklumat mengenai awan adalah sangat sedikit.

Dalam pemerhatian awan yang saya lakukan mendapati bahawa bukan semua jenis awan yang dapat saya temui kerana disebabkan faktor lokasi dan juga pergerakan awan tersebut.

1.9 RUJUKAN

http://hashemi-firdaus.blogspot.com/2013/04/proses-terbentuknya-awan-dan-terjadinya.html http://fr.slideshare.net/cikgu_rashid/kumpulan-hujanjenisjenisawandanfaktorcuacadaniklim http://www.scribd.com/doc/160119786/SCE3110-Amali-Awan-Dan-Cuaca http://resmakurosaki12.blogspot.com/2013/04/jenis-jenis-awan.html

(23)

berwarna-gelap/ http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126 http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan http://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.html http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Awan

2.0 LAMPIRAN

Referensi

Dokumen terkait

Sebagaimana tercantum dalam Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 40 Tahun 2004 Tentang Sistem Jaminan Sosial Nasional BAB IV Dewan Jaminan Sosial Nasional,

Yang ketiga adalah penggantian kerugian, yang terdiri dari mengganti kerugian kehilangan, di area tempat khusus parkir Park and Ride pengguna jasa tidak

Halaman admin berisi modul-modul yang digunakan oleh admin untuk mengelola data product. Halaman ini akan tampil setelah admin melakukan proses login pada

Perbedaan itu tampak dalam pilihan atau penggunaan sejumlah kata/peristilahan/ungkapan yang khusus digunakan dalam bidang tersebut, misalnya masjid,

Bentuk struktur permukaan bidang yang merupakan struktur cangkang atau shell, di alam dapat ditemukan pada bentuk perisai dari tumbuh-tumbuthan maupun binatang,

Para korban memiliki pengalaman dari salah satu keluarganya yang pernah melakukan percobaan bunuh diri atau meninggal karena bunuh diri, bisa juga dari pembelajaran

 Apabila electron dari suatu kulit atom bagian dalam dilepaskan, maka electron yang terdapat pada bagian kulit luar akan berpindah pada kulit yang ditinggalkan tadi

[r]