• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan ketoksikan Minyak Neem terhadap Nimfa Bemisia Tabaci, perosak jambu batu di Sg. Batang, Sandakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesan ketoksikan Minyak Neem terhadap Nimfa Bemisia Tabaci, perosak jambu batu di Sg. Batang, Sandakan"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)KESAN KETOKSIKAN MINYAK NEEM TERHADAP NIMFA Bemisia tabaci, PEROSAK JAMBU BATU DI SG. BATANG, SANDAKAN. MARGRETA FRANS MICKY. PERPUSTUUN UNIYERSITI MALAYSIA SUH. DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI UAZAH SARJANA MUDA SAINS PERTANIAN DENGAN KEPUJIAN. PROGRAM HORTIKULTUR DAN LANDSKAP FAKULTI PERTANIAN LESTARI UNIVERSm MALAYSIA SABAH 2017.

(2) PUMS99: 1. UNIVERSITIMALAYSIA SABAH TESIS BORANGPENGESAHAN. '7g6a ci. UAZAH :ý. 1, 1gjýCý-r(4. Mydci. (I4okiikyltVV. Da,. d4i/1S. 7 JO. c7gwº64. 18At'H. p2&-fpniQn. Pe na cm. iosak. S'g.. I3. 64h. ý. Adskgfý). fMNS M1 CkY SAYA: IYiA8 Cl RE i19 (HURUFBESAR). SESIPENGAIIAN:. fý0lb l. Qfl 1:ý. Mengaku membenarkan tesis "(LPSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.. 4. Silatandakan(/). V'j. SULIT. (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di AKTA RAHSIARASMI1972). TERHAD. (Mengandungi makiumat TERHADyang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAKTERHAD Disahkan oleh:. URULAINBINTIISMAIL PUSTAKAWANKAMAN (TANDATANGANPENULIS) t4- (öCIrU Alamat Tetap:. Put4tQh , 88aoo pýnampaýnaý,Sabcl h.. TARIKH:. Il. c7ßn. ýlff. Catatan: 'Potong yangtidak berkenaan.. (TANDATANGANPUSTAKAWAN rROf. ISAOTAU. SUZANSEMEDN: R a SARANASOULLAN. ""Y"" DO" MRIITI ºlRTAM1AR LESTARI WO SAMOARAR. (NAMA PENYELIA) i 401 f. TARIKH:. "Jika tesis ini SULITdan TERHAD,sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SUUTdan TERHAD. "Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara Penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).. A SAßAN.

(3) PENGAKUAN Sayaakui karya ini adalah hasil keda saya sendiri kecuali nukilanclan ringkasanyang tiap-tiap satunyatelah sayajelaskan sumbernya.Sayajuga mengakuibahawadisertasiini tidak pemah atau sedangdihantar untuk perolehi ijazahdari universiti ini atau mana-manauniversiti yang lain.. MARGRETA FRANSMICKY BR1311091 13 JANUARI2017. II.

(4) DIPERAKUKAN OLEH. 1. ProfesorMadyaDr. SuzanBenedick@ SarahAbdullah PENYELIA. wOrA p. su ý Sý(AN AIDULLAh. w. AKMo.... fAXyCTl pERTAIIIAN L[STAN. yr{ "AMDAIw. 2. ProfesorDr. Abd RahmanMilan PENYELIABERSAMA. PENSYARAH FAKULTIPERTANIANLESTARI UMS KAMPUSSANDAKAN. III.

(5) PENGHARGAAN Saya bersyukur kepada Tuhan atas penyertaanNya serta berkat kesihatan yang baik, masa serta tenaga yang telah diberikan kepada saya sepanjang projek penyelidikan tahun akhir ini dijalankan. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, Profesor Madya Dr. Suzan Benedick, dan Profesor Dr. Abel Rahman Milan atas tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan oleh mereka sepanjang kajian ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua orang tua saya, Micky Kin Chu dan Rose @Telu ak Lumbi atas sokongan dan galakan mereka yang sentiasa menguatkan saya setiap kali saya hampir berputus asa. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sentiasa sabar dan sanggup berkongsi ilmu untuk membantu saya menyelesaikan kajian ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sepanjang projek ini dijalankan samada secara langsung atau tidak.. iv.

(6) ABSTRAK Ancaman lalat putih (Bemisia tabaci) terhadap pokok jambu batu (Psidium guajava Linn.) semakin menular dan menyebabkan kerugian secara ekonomi terhadap pengusaha tanaman jambu batu. Justeru itu, kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan ketoksikan B'Green Minyak Neem (Azadirachta indica A. Juss.) terhadap nimfa B. tabaci. Nimfa B. tabad dikumpul daripada dua ladang jambu batu iaitu ladang jambu organik ladang jambu batu komersial yang menggunakan insektisid kimia. Rekabentuk kajian ialah Rancangan Acak Lengkap (RAL). Daun jambu batu yang diserang oleh nimfa B. tabaci dicelupkan ke dalam bancuhan minyak neem dengan kepekatan yang berbeza iaitu 0, 42.5, 85.0, 170.0 ppm untuk menentukan kepekatan maut (Lethal Concentration). Nilai masa maut (Lethal Time) telah ditentukan berdasarkan tempoh pendedahan nimfa kepada minyak neem iaitu 24, 48, 72, dan 96 jam. Setiap rawatan direplikasi sebanyak tiga kali termasuk rawatan kawalan menggunakan air suling. Pemerhatian dilakukan selama 96 jam dan mortaliti nimfa direkodkan selang 24 jam. Nilai LCso dan LC.xi yang tertinggi ialah daripada ladang jambu batu komersil iaitu masing­ masing 4.081 µg/g dan 14.967 µg/g. Kajian mendapati bahawa nilai LTso dan LT90 daripada ladang jambu batu komersil lebih tinggi daripada nilai LTso dan LT90 untuk ladang jambu batu organik. Nilai nisbah kerintangan FRso bagi ladang jambu batu organik berada dalam julat 1 hingga 3.956, manakala nilai FR90 ialah 1 dan 5.168 masing-masing pada tempoh dedah ke 48 dan 72 jam. Untuk ladang jambu batu komersial, nilai FRso pada tempoh dedah 48, 72, dan 96 jam ialah 9.845, 8.581 dan 9.445, manakala FR90 ialah 1.975, 1.0 dan 1.685.. V.

(7) TOXIC EFFECTS OF NEEM OIL TOWARDS THE MORTALITY OF Bemisia tabaci NYMPHS, PEST OF GUAVA IN SG. BATANG, SANDAKAN ABSTRACT The infestation of whitefly (Bemisia tabaci) on guava (Psidium guajava Linn.} is getting worse and has caused economic loss among the farmers. Therefore, this experiment was conducted to determine the toxicity of 8'Green neem oil (Azadirachta indica A. Juss.) towards the nymph of 8. tabaci. The nymphs were collected from two guava farms, organic guava farm and commercial guava farm that is using chemical insecticides. The experimental design used was. CRD. The guava leaves infested with 8. tabaci nymphs dipped in the solution of neem oil at o,. 42.5, 85.0, 170.0 ppm for lethal concentration (LC) determination. Lethal time (LT) values were based on exposure time of nymphs to the neem oil which are 24, 48, 72 and 96 hours. Every treatment were replicated for three times with distilled water as control The observation was done for 96 hours and nymph mortality were recorded every 24 hours. The highest LC50 and LC90 values were from commercial guava farm which were 4.081 µg/g and 14.967 µg/g respectively. Based on the study, commercial guava farm LTso and LT90 values were higher than organic guava farms: The FRso for organic guava farm were calculated as 1 and 3.956, while FR90 values were 1 and 5.168 at 49'1 and 7zid hours of exposure time. As for the commercial guava farm, the FRso values at 49'1, 7zid, and 9(/h hours were 9.845, 8.581 and 9.445 respectively, while FR90 values were 1.975, 1.0 and 1.685.. vi.

(8) SENARAI ISI KANDUNGAN Isi Kandungan. Muka Surat. PENGAKUAN. ii. DIPERAKUKAN OLEH. iii. PENGHARGAAN. iv. ABSTRAK. V. ABSTRACT. VI. SENARAIISI KANDUNGAN. VII. SENARAIJADUAL. X. SENARAIRAJAH. XI. SENARAISIMBOL,UNIT DANSINGKATAN. XII. SENARAIRUMUS. XIII. BAB 1. PENDAHULUAN. 1.1. Pendahuluan. 1. 1.2. JustifikasiKajian. 3. 1.3. Objektif. 4. 1.4. Hipotesis. 4. BAB 2 2.1. 2.2. 2.3. 2.4. ULASAN KEPUSTAKAAN Jambu Batu. 5. 2.1.1 Tanamanjambu batu di Malaysia. 6. SeranggaPerosakJambu Batu. 6. 2.2.1 Kutu Trips Berjalur Merah. 7. 2.2.2 Koya. 8. 2.2.3 KepindingNyamuk. 9. 2.2.4 Lalat BuahBelimbing. 10. BemisiatabacisebagaiPerosakUtama Jambubatu. 11. 2.3.1 Kerugiandisebabkanoleh Bemisiatabaci. 12. 2.3.2 Morfologi Bemisiatabaci. 13. KawalanBemisiatabaci. 14. 2.4.1 PenggunaanInsektisidaOrganik dalam KawalanBemisiatabaci 14 vii.

(9) 2.5. 2.4.2 MinyakNeem. 15. 2.4.3 KesanAzadirachtinke atas SeranggaPerosak. 15. KetoksikanInsektisid. 16. 2.5.1 PengukuranKetoksikan. 16. 2.5.2 KerintanganSeranggaPerosak. 17. BAHAN DAN KAEDAH. 19. BAB 3 3.1. LokasiKajian. 19. 3.2. RekabentukKajian. 19. 3.3. ParameterKajian. 20. 3.4. KaedahPengumpulanNimfa Bemisiatabaci. 20. 3.5. Ujian Bioassai. 20. 3.5.1 PenyediaanStok Larutan MinyakNeem 3.5.2 PencairanBersiri. 20 20. 3.5.3 KaedahCelupDaun. 22. 3.6. PeratusanMortaliti Nimfa Bemisiatabaci. 23. 3.7. AnalisisData. 23. 3.7.1 Status Kerintangan 3.7.2 PembetulanPeratusanMortaliti. 24 24. BAB 4. KEPUTUSAN. 25. 4.1. Kadar Mortaliti Nimfa. 25. 4.2. KesanKetoksikanInsektisid Neemterhadap Mortaliti Nimfa B. tabaci. 4.3. antara LadangJambuBatu Organik dan LadangJambu Batu Komersil. 26. 4.2.1 Mortaliti dalam Probit. 26. 4.2.2 AnalisisKesesuaianData. 27. 4.2.3 PengujianHipotesis. 28. Neem bagi LadangJambu Batu PerbandinganDos Efektif (LC5o/LC9o) Organikdan Komersil. 4.4. 29. KesanKetoksikanInsektisid Neemterhadap Mortaliti Nimfa B. tabaci mengikut Masa 4.4.1. 30. Hubunganantara Masadan Mortaliti dalam Probit bagi LadangJambuBatu Organik dan Komersil. VIII. 30.

(10) 4.5. 4.4.2. KesanKetoksikanMinyakNeemmengikut Masa. 4.4.3. di LadangOrganik KesanKetoksikanMinyakNeemmengikut Masa. 31. di LadangKomersil. 32. NisbahKerintangan(LTso/LT9o dan FR5o/9o). BAB 5. PERBINCANGAN. 34. 35. 5.1. Kadar Mortaliti Nimfa. 5.2. KesanKetoksikanInsektisid Neemterhadap Mortaliti Nimfa B. tabaci. 35. antara LadangJambuOrganik dan LadangJambu yang Kerap MenggunakanRacun. 36. 5.2.1 PerbandinganDos Efektif (LC5o/9o) antara kedua-dua Ladang. 36. 5.2.2 PengujianHipotesis 5.3. 37. Kesan Ketoksikan Neem terhadap Mortaliti Nimfa B. tabaci Mengikut Masa (LTso/9o). 37. 5.3.1 Hubunganantara Masadan Mortaliti dalam Probit bagi LadangJambu Organik dan Komersil. 5.4. 5.3.2 PengujianHipotesis. 38. Status KerintanganPopulasiNimfa B. tabaci. 39. BAB 6 6.1 6.2. 37. KESIMPULAN. 41. Kesimpulan. 41. Cadangan. 42. RU]UKAN. 43. LAMPIRAN. 47. IX.

(11) SENARAI7ADUAL 7adual 4.1. Muka Surat Kumulatif mortaliti nimfa B. tabaci bagi ladangjambu batu organik dan ladangjambu batu komersil. (n=30, setiap dos). 4.2. 25. Data mortaliti nimfa B. tabacidi ladangjambu batu organik berdasarkankepekatandos neem (ng/g) selama 96 jam pemerhatian. 4.3. 26. Data mortaliti nimfa B. tabacidi ladangjambu batu komersil berdasarkankepekatandos neem (ng/g) selama96 jam 26. pemerhatian. 4.9. Parameterregresi probit toksisiti minyak neem terhadap populasi B. tabacibagi ladangorganik dan komersil. 4.11. 29. Nisbaht bagi kecerunandan Ujian Khi KuasaDua berdasarkan tempoh dedah nimfa terhadap minyakneem (jam) di ladangjambu batu organik. 4.12. 31. Ujian Equalitydan Parallelismbagi kesanketoksikanberdasarkan tempoh dedah nimfa kepadaminyak neem. 4.13. Nisbaht bagi kecerunandan ujian khi kuasadua berdasarkantempoh dedah nimfa terhadap minyak neem (jam) di ladangjambu komersil. 4.14. 33. Ujian Equalitydan Parallelismbagi kesan ketoksikanberdasarkan tempoh dedah nimfa kepadaminyak neem. 4.16. 32. 33. Nilai LT5odan LTgoserta nilai faktor kerintangan(FR) nimfa B. ta6aci terhadap minyak neem. 34. X.

(12) SENARAI RAJAH Rajah. Muka Surat. 2.3. Kitaran hidup B. tabaci (Ialat putih). 3.1. T1: air suling (kontrol), T2: 42.5 ppm, T3: 85.0 ppm, T4: 170 ppm. 3.2. 13. 21. Daunjambu yang telah kering dimasukkanke dalam piring petri dan ditutup menggunakanjejaring nilon (kiri) dan nimfa yang telah mati akan berwarnacokiat gelap dan kelihatankering (kanan). 4.1. 22. Regresilog dos (ng/g) minyak neem terhadap mortaliti dalam Probit bagi kedua-dualadangjambu batu. 4.2. 28. Hubunganmasadan mortaliti dalam probit bagi populasi B. tabaci dari kedua-dualadang. 30. XI.

(13) SENARAI SIMBOL, UNIT DAN SINGKATAN %. peratus. <. kurang daripada. >. lebih daripada. Ha. hektar. ml. milliliter. mm. millimeter. sm. sentimeter. ppm. parts per million. ng/g. nanogram/gram. CABI. CommonwealthAgricultural BureauxInternational. LCso. Lethal concentration,50%. LC9o. Lethal concentration,90%. LT50. Lethal time, 50%. LT9o. Lethal time, 90%. SPSS. StatisticalProductand ServiceSolutions. XII.

(14) SENARAI RUMUS RUMUS 3.1. Muka Surat. Pencairanbersiri. 21. C1V1=C2V2 C1= Kepekatanpermulaan V1= Isipadu permulaan C2= Kepekatanakhir V2=Isipadu akhir. 3.2. Peratusanmortaliti nimfa. 23. a. P_ - 100 P= Peratusanmortaliti nimfa B. tabaci a= Jumlah mortaliti nimfa B. tabaci. 3.3. Pertukaranppm ke µg/g Vgl g _. 3.4. 23. ppm*jumlah ACWet & Stick 777 (µL)*1000 berat nimfa*100. Nisbahkerintangan(Faktorkerintangan). 24. FR =b FR= Faktor kerintangan a= Nilai LT5oatau LT9oyang diuji b= Nilai LT5oatau LT9oyang rentan 3.5. Pembetulanperatusanmortaliti = P-x. Po-Pc. 100-Pc. 24. 100. P= Pembetulanmortaliti Po= Mortaliti rawatan insektisid(%) Pc= Mortaliti rawatan kawalan(%). XIII.

(15) BAB 1. PENDAHULUAN. 1.1. Pendahuluan. Pokokjambu batu (Psidiumguajava Linn.) merupakantumbuhan dalamgenus Psidium daripada keluarga Myrtaceae.Jambu batu adalah antara buah-buahantropikal yang popular di Malaysia.Menurut Engku Elinidan Raziah(2008), lebih kurang 1,992 hektar ladangjambu batu telah dibukadan secarapurata, hasilpengeluaranbagieksportjambu batu dan produk berasaskanjambu batu telah mencapaisebanyak 16.8 tan/ha pada tahun 2006 bagi tujuan pemasaran tempatan dan eksport. Antara produk utama berasaskanjambu batu ialah jus jambu batu dan jeruk. Kajian ini menumpukankepada jambu batu kerana ia merupakanantara buah-buahanutama tersenaraidi dalam Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) yang mana hasil eksportnya berpotensi untuk dipertingkatkan(KementerianPertaniandan Industri AsasTani Malaysia,2011). Menurut Mani dan Krishnamoorthy(2005), terdapat lebih kurang 80 spesies perosak jambu batu, namun hanya beberapa spesies dikenalpasti sebagai serangga perosakutama yang menyebabkankerosakanserius.Antara perosakyang menyebabkan kerosakanke atas jambu batu ialah kutu trips berjalur merah (Selenothr/psrubrocinctus Giard), koya (Ferrisiana virgata Cockerell), kepinding nyamuk (He%peltis theobromae Miller), lalat buah (Bactraceraspp.), penggulungdaun (Spi/onotaspp.), kupu-kupu atlas (Attacus atlas L.), dan ulat bungkus (Croyestclosychependula Joannis) dan lalat putih (AleurodicusdispersusRussell)(Haseeb,2007). Kajian ini akan menumpukankepada.

(16) seranggaperosakjambu yang utama iaitu lalat putih clan perosakini mudah didapati di kawasanFakulti PertanianLestari,Universiti MalaysiaSabah.. Lalat putih adalahsalah satu seranggaperosakutama jambu batu yang bersaiz lebih kurang 2.5 mm. Kehadiranlalat putih lazimnyaakan menyebabkankesantompoktompok putih pada permukaandaun yang menandakanterdapat sarang serta telur lalat putih pada daun tersebut. Pupadan lalat putih dewasaakan menghisapcecair atau sap daripadadaun dan menyebabkanpokok kehilanganair dan nutrien yang banyak. Selain itu, lalat putih akan meninggalkanbahan buanganyang seakan-akanrembesanmadu yang berperanansebagaimedium pembesaranbagi jangkitan kulat jelaga hitam. Kulat jelaga hitam pada permukaandaun akan membataskanprosesfotosintesis.Kerosakan yang teruk seperti struktur daun melengkung,daun gugur dan kekeringanpada pokok boleh menyebabkankematiansekiranyapopulasiperosakyang menyerangtidak dikawal. Hal ini juga akan menjurus kepada kerugian ekonomi. Sebagaitambahan, lalat putih juga turut bertindak sebagai vektor virus bagi beberapajenis penyakit dalam tanaman lain seperti cili (Khalid eta/., 2015).. Antara cara untuk mengatasimasalah lalat putih ialah dengan menggunakan insektisid,iaitu bahanyang digunakanuntuk membunuhseranggadan merupakansalah satu kelompok pestisids.Insektisid boleh dibahagikankepada dua jenis iaitu insektisid organik dan anorganik. Insektisida organik umumnya dihasilkan melalui bahan-bahan semula jadi manakalainsektisida anorganik pula melibatkan penggunaan bahan yang tidak mengandungi unsur karbon. Untuk memastikan keberkesananinsektisid, kajian ketoksikanharus djalankanuntuk mengesanketoksikanyang diakibatkanoleh insektisid terhadap organisma. Selain itu, ujian ketoksikan juga dijadikan panduan untuk menentukan LC5o dan LC90 (Median Lethal Concentration) iaitu kepekatan yang menyebabkankematian sebanyak50% dan 90% dari organisma dalam jangka masa tertentu seperti 24 jam (Akhila etal., 2006). Setakatini, kajiantentang kesanketoksikan insektisid berasaskanbahan-bahanorganik terhadap mortaliti lalat putih tidak banyak diketahui dan oleh itu, ia adalahamat penting dilaksanakan.. Penggunaaninsektisidakimia yang terlalu kerap dengan kepekatantinggi akan merosakanalam sekitar kerana insektisidtersebut bukan sahaja akan tinggal di dalam 2.

(17) tanah yang terbabit. Malah, ia akan terus mengalir ke dalam sumber air seperti sungai atau laut yang berdekatan dengan kawasan pertanian. Bahan kimia tersebut akan mempengaruhi mikroorganisma berguna yang ada di dalam tanah. Selain itu, kemungkinanuntuk kerintangan metabolisme(metabolic resistance)seranggaperosak berlaku adalah tinggi (Pittendrigh etal., 2014).. Oleh yang demikian,kajian ini akan menumpukanpengawalanlalat putih secara organik iaitu dengan menggunakanminyakneem sebagaiinsektisid.Penggunaanneem dalam pengawalanseranggasudah memang tidak asing lagi dalam bidang pertanian dan perubatan. Contohnya,penggunaanbiji neemsebagai larvasidabagi nyamuk Cu/ex sp. yang berperanansebagaivektor penyakitseperti WestNile Virus,filariasis,Japanese enchepalitisdan St Louis encephalitis.Ekstrakbiji neem berupayauntuk mempengaruhi mortaliti larva Cu/exsp. (Rahmawati, 2013) dan larva Aedes aegypG: Hal ini neem mengandungibahan aktif yang bertindaksebagaibahan penghalangmakanan(Shannag et al., 2015). Justeru itu, bagi kajian ini, ekstrak neem akan diuji samada ia mampu untuk memberikankesanyang sama ke atas kadar mortaliti nimfa B. tabaci.. 1.2. lustifikasi. Kajian. Tujuan kajian ini dijalankanialah untuk mengenalkanpenggunaaninsektisidberasaskan bahanorganik daripadatumbuhan iaitu neem dalampengawalaninfestasinimfa Bemisia tabaci atau lebih dikenali sebagailalat putih dalam kalanganpara petani. Kajian ini juga bertujuan untuk menghubungkaitkan kadar kepekatan dan kekerapan penggunaan insektisiddengan kerintanganpopulasi B. tabacidi ladangjambu. Selain itu, setakat ini belumada kajianspesifikdijalankanuntuk mengkajikesanracun organikterhadap nimfa B. tabaci di Daerah Sandakan. Oleh itu, kajian ini adalah amat penting untuk dilaksanakanbagi menanganidan mencegahseranganserta kerintangan B. tabaci. IN kerana ia bukan sahaja menyebabkankerugian yang besar dalam industri jambu batu malahan alam sekitar juga akan terjejas sekiranya populasi B. tabaci tidak dikawal dengancara yang betul. Kajian ini diharapkandapat memberikaninformasi kepadapara pengusahaindustri jambu batu pengendalianseranggaperosakutama jambu batu iaitu B. tabaci.. 3.

(18) 1.3. Objektif. Objektif kajian ini ialah: 1). bagi populasinimfa B. tabacidari Untuk menentukankepekatanmaut (LCso/LC9o) ladangjambu batu organikdan ladangjambu batu komersilyang menggunakan insektisid kimia.. 2). bagi populasi nimfa B. tabaci dari Untuk menentukan masa maut (LT5o/LT9o) ladangjambu batu organik dan ladangjambu batu komersilyang menggunakan insektisidkimia.. 3). Untuk membandingkannisbah kerintangan(FR5o/FR9o) populasi nimfa B. tabaci dari ladang jambu batu organik dan ladang jambu batu komersil yang menggunakaninsektisidkimia.. 1.4. Hipotesis. a). Ho: Tiada perbezaanbererti bagi Dos efektif (LCso/LC9o) minyak neem terhadap mortaliti nimfa B. tabac/di ladangjambu batu organik dan komersil. H1: Terdapat perbezaan bereerti bagi Dos efektif (LC5o/LC9o) minyak neem terhadap mortaliti nimfa B. tabaci di ladangjambu batu organik dan komersil.. b). bagi nimfa B. taLiaci Ho: Tiada perbezaanbererti dalam Masamaut (LT50/LT9o) dad ladangjambu batu organik dan komersil. bagi nimfa B. tabaci H1: Terdapatperbezaanbererti dalam Masamaut (LT5o/LT9o) dari ladangjambu batu organik dan komersil.. C). Ho: Tiada perbezaanbererti bagi nisbah kerintangan(FRso/FRgo) antara populasi nimfa B. taGaciladangjambu batu organik dan komersil. H1: Terdapat perbezaan bererti bagi nisbah kerintangan (FR5o/FR9o) antara populasinimfa B. tabaci ladangjambu batu organik dan komersil. 4.

(19) BAB 2. ULASAN KEPUSTAKAAN. 2.1. 7ambu Batu. Jambu batu dipercayai berasaldari tropika Amerika Selatan. Berdasarkansifat botani, pokok jambu batu merupakan pokok renek bersaiz besar. Ketinggiannyaboleh mencapaisehingga10 m (33 kaki) denganjangka hayat sehingga 40 tahun. Tumbuhan ini memiliki ang daun-daun berbentukoval yang mana permukaanatasnya adalah licin manakala permukaan bawah daun pula berbulu halus. Daun jambu batu juga mempunyai hujung daun yang runcing serta struktur tepi daun yang rata dengan pangkal daun tumpul. Menurut Biswaset al., (2013), genus Psidiummerangkumi lebih kurang 150 spesies pokok renek namun hanya 20 spesies yang boleh dimakan selebihnya hanya menghasilkan buah yang bermutu rendah. Psidium guajava merupakanspesiesjambu yang paling banyakditanam kerana kualiti buahnyayang balk (Biswas et al., 2013).. Jambu batu adalah salah satu buah yang paling berkhasiat kerana mempunyai kandungangizi yang tinggi dan daunnya pula mempunyai komponenaktif yang dapat membantu merawat pelbagai masalah kesihatan seperti ulser, diarrea, disenteri, gastroenteritisdan melawanjangkitan pathogen(Biswasetal., 2013). MenurutAstawan (2013), kandunganvitamin C dan beta karoten yang tinggi dalam jus buah jambu batu merah dipercayai dapat menurunkan kadar kolesterol LDL sekaligus mencegah berlakunyagangguanaterosklerosisyang boleh membawakepadapenyakitdislipedemia iaitu kelainan metabolisma lipid. Kandungan vitamin C didapati paling banyak di bahagiankulit dan mesokarpabuah manakalakandungangula akan bertambahseiring.

(20) dengan pembesaranbuah dan akan diganti dengansukrosaapabila buah ranum.. Jambu batu bukan sahaja boleh dimakan dalam bentuk buah segar, malahania juga boleh diprosesmenjadi jus, jem clanpuri. Dad segi pengeluaran,Taiwan telah mula mengimportand mengkultivasivarieti asingsejak tahun 1915. Padahad ini, Taiwan telah menjadi pengeluarutama buah jambu batu di dunia kerana mampu menghasilkanbuah jambu batu yang berkualiti tinggi sepanjangtahun. Di Malaysiapula, Golden Hope Food & BeveragesSendirianBerhad ialah satu-satunyapengeluarproduk Jambu Batu Merah di Asia dengan keluasan kawasan penanaman seluas 500 hektar yang mampu menghasilkanbuah sebanyak 10,000 tan. Sehingga kini, produk jambu batu Malaysia bukan sahaja mendapat tempat dalam pasaran tempatan, tetapi juga telah berjaya dipasarkanke Eropah,AmerikaSyarikat,Australiadan Jepun (Chek Zaini et a/., 2009). 2.1.1 Tanaman 7ambu bate di Malaysia. Di Malaysiakawasanpenanamansecarakomersilbermulapada pertengahantahun 1980. Antara negeri utama yang menanamjambu batu secarakomersil ialah di Perak,Johor, dan Kedah (Unit Perangkaan Bahagian Perancangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,2013).Antara klonjambu batu yang disyorkanoleh JabatanPertanianuntuk diusahakansecara komersilialah GU 8 (Kampucea),GU 9 (KlomToon Kloa) dan GU 10 (Klom Sali) (Universiti Putra Malaysia,2011).. 2.2. Serangga Perosak Jambu Batu. Senarioterkini dalam ekosistemjambu batu menunjukkanterdapat peningkatandalam populasiseranggaperosak(Mani dan.Krishnamoorthy,2007).. 6.

(21) 2.2.1 Kutu Trips Berjalur Merah. Nama Biasa: Kutu trips berjalur merah NamaSaintifik: SelenothrlpsrubrocinctusGiard Famili: Thripidae Order: Thysanoptera. Jambubatu turut diserangoleh Kutu Trips. Kutu trips hanyamenyerangputik yang lebih muda dan kecil daripada saiz bola pingpong. Se/enothripsrubrocinctus merupakan spesiesyang seringkali ditemui pada permukaan buah jambu batu. Hanya bahagian tanaman yang lembut akan diserang seperti putik, daun muda dan buah. Permukaan pucuk dan buah akan dirosakkanoleh kutu trips peringkat nimfa dan dewasadengan mengikis dan menghisap cairan sel pada permukaan pucuk dan putik dengan menggunakananggotamulut (Ithnin et al., 2008).. Sel buah yang termusnah mengalami kerosakanpada lapisan permukaan buah iaitu kesan calar dan berkerutu. Parut yang terhasil daripada serangan menjejaskan nilai estetik buah tersebut (Ithnin et al., 2008). Tahap serangan bertambah teruk apabila musim cuaca panas kerana aktiviti pembiakanperosak adalah aktif pada cuaca kering dan panas.. Kutu trips betina bertelur pada pucukjambu sebanyak25-50 biji. Prosesbertelur memakan masa selama 2-7 hari. Ketika bertelur, kutu trips betina mencarik tisu daun dengan menggunakanovipositornya yang tajam untuk meletakkan telurnya di situ. Peringkat nimfa kutu trips berjalur lebar di bahagianabdomen serta berwarna kuning dan menyerupaidewasatetapi tidak bersayap.Kepompongkutu trips akan terbentuk di permukaantanah di bawah pokok jambu batu. Kutu trips dewasa adalah sangat kecil berukuran antara 1-1.5 mm panjang berbentuk torpedo, berwarna coklat dan gelap hingga ke hitam dan berjalur merah di abdomen dan bersayap. Kitaran hidup adalah selama 23-25 hari (Haseeb, 2005).. 7.

(22) 2.2.2 Koya. Nama Biasa: Koya Nama Saintifik: Dysmlcoccusbreviceps P/anococrus(Pseudococcus)citri Risso lilanus Pseudoccocus FerrisianavirgataCockerell Famili: Pseudococcidae Order: Homoptera. Antara spesieskoya yang biasaditemui ialah Ferrisianavirgata Cockerell.Koyadewasa dan nimfa akan menyerang daun dan buah dengan menghisap cairan sel pada permukaanbuah serta permukaanbawahdaun. Serangantersebut akan mengakibatkan kecederaan pada permukaan buah yang berbentuk bintik-bintik hitam. Selain itu, rembesanmanisanyang dikeluarkanoleh perosakmenjadi medium bagi pertumbuhan kulat kulapuk hitam. IN akan menyebabkanbuah berwarna hitam dan kelihatan kotor. Malahan, buah yang diserang oleh perosak mudah dijangkiti oleh kulat sekunder dan tidak dapat bertahan lama selepasdituai (Ithnin et al., 2008).. Peringkat nimfa koya digelar perayap kerana ia boleh bergerak dan membantu menyebarkan koya di kawasanladang. Koya dewasa mempunyaibadan yang lembut. Koyajantan dan betina mempunyaiperawakanyang berbezaiaitu jantan bersayaptetapi yang betina tidak bersayap. Koya betina juga mempunyaifilamen yang lebih pendek serta berlilin di seluruh badan. Badankoya betina adalah berbentuk bujur telur dengan ukuran 0.4 cm panjang. Kitaranhidup koya daripadaperingkattelur hingga nimfa adalah 28 hari (Ithnin et al., 2008).. 8.

(23) 2.2.3 Kepinding Nyamuk. Nama: KepindingNyamuk Nama Saintifik: He%peltistheivora Waterhouse Famili: Miridae Order: Hemiptera. Kepindingnyamuk dewasadan nimfa menghisapcairan sel pada pucuk, daun muda, kudup bunga dan putik buah. Bahagianpermukaan daun yang diserang mempunyai tompok-tompok kecil yang berair dan berwarnahitam dan seterusnyaakan bercantum antara satu sama lain menjadi tompok-tompok yang lebih besar. Tompok-tompok tersebut akhirnya kering. Pucuk menjadi layu serta mati sementara kudup bunga dan putik buah puia gugur. Peringkat seranganyang lebih teruk menyebabkanjangkitan sekunderkulat, Pestaliolipsispsidii yang terhasil akibat kecederaanpada di permukaan buah Ialu membentuk keruping dan menjejaskan kualiti. Apabila buah semakin membesar, bahagian epidermis di sekeliiing keruping terkoyak dan timbul manakala bahagiantengahnya menjadi lekuk (Bhat dan Srikumar,2013).. Kepinding nyamuk dewasa mengambil masa selama 5-7 hari untuk bertelur. Kebiasaannya,kepindingnyamuk bertelur pada pucukdaun. Peringkatnimfa mengambil masaselama 13-18 hari. Nimfa tidak mempunyaisayaptetapi boleh bergerakaktif pada pucuk dan putik ketikawaktu pagi dan petang. Kepindingnyamuk dewasahidup selama 30 hari dan aktif pada waktu pagidan petang di atas permukaanpucukdan putik. Kitaran hidup kepinding nyamukdari peringkat telur hingga nimfa adalah 18-25 hari.. 9.

(24) 2.2.4 Lalat Buah Belimbing. Nama Biasa: Lalat buah belimbing, lalat buah betik asia NamaSaintifik: BactroceracarambolaeDrew dan Hancock B.papayae Drew dan Hancock B.cucurbitacaeDrew dan Hancock B. latifrons Hendel Famili: Tephritidae Order: Diptera. Jambu batu turut diserangoleh seranggaperosak lain seperti lalat buah Asian Papaya, Bactrocerapapaya (Mohd Noor, 2011). Lalat buah Asian Papayamerupakan perosak yang bersifat polifagus dan boleh menyebabkankerosakanyang teruk terhadap buah jambu batu sekiranyatidak dikawal. Namun, lalat buah hanya akan menyerang buah yang ranum kerana isinya yang lembut. Lalat buah Asian Papayabetina mempunyai ovipositor yang panjang dan membolehkannyauntuk menembusilapisansap buah dan bertelur pada permukaan buah yang matang. Telurnya hanya menetas apabila buah masak.. Menurut Ithnin et a/., (2008), proses bertelur bagi lalat buah hanya memakan masa selama 1-2 hari. Telur mula menetassebaik sahaja buah masak dan larva akan mengorekisi jambu batu. Peringkatlarvaakan berlanjutanselama8-10 hari. Setelahitu, larva bertukar menjadi kepompong selama 10 hari. Prosesini akan terbentuk di dalam tanah. Kepompongyang telah bertukar menjadi lalat buah dewasa hidup selama 5-7 hari. Kitaran hidup lalat buah bermuladari peringkat telur sehinggakepompongadalah selama 19-26 hari (Srikumardan Bhat, 2012).. 10.

(25) RU7UKAN. Abbott, W.S. (1925). A methodof computingthe effectivenessof an insecticide.J.. Econ. Entomo/18(2): 265-267 Agus, K. (2011). PenggunaanPestisidaNabatisebagaiKearifanLokaldalam Pengendalian Hama Tanaman Menuju Sistem Pertanian Organik. Pengembangan Inovasi Pertanian4(4): 262-278 Akhila,S.J., Deepa,S.S dan Alwan,V. (2007). AcuteToxicity and Determinationof Median Lethal Dose. CurrentScience93(7): 917-920 Astawan, I. W.S. (2013). Efek Jus BuahJambu Biji (Psidiumguajava L.) pada Penderita Dislipidemia.Jurna/I/miah MahasiswaUniversitasSurabaya2(1): 1-10 Avicor, S.W., Eziah,V.Y., Owusu, E.O. dan Wajidi, M.F.F. (2014). Susceptibilityof Bemis/a tabaci to Karate®and Cydim Super°and its AssociatedCarboxylesteraseActivity. SainsMalaysian 43(1): 31-36 Bhat, P.S. dan Srikumar, K.K. (2011). Record of Egg Parasitoids Telenomussp. Laricis Group (Hymenoptera: Platygastridae) and Chaetostricha sp. (Hym: Trichogrammatidae)from Helopeltistheivora Waterhouse(Heteroptera: Miridae) Infesting Cocoa.International Journal of AgricultureSciences3(5): 510-512 Benedick,S. (2016). Polo-Plus,POLOfor Windows LeOraSoftware. USA Biswas,B., Rogers,K., McLaughlin,F., Daniels, D. dan Yadav, A. (2013). Antimicrobial Activities of Leaf Extractsof Guava (Psidiumguajava L.) on Two Gram-Negative and Gram-PositiveBacteria. International Journal of MicrobiologyVol 2013. http: //dx. doi.org/10.1155/2013/746165 CAB International Institute of Entomology. (2015). Bemisia tabaci (tobacco whitefly) http://www. cabi.org/isc/datasheet/8927.Diaksespada 7 Mei2016 Cardona,C., Rendon,F., Rodriguez,1. dan Lopez-Avila,A. (2005). Insecticide Resistance in Colombiaand Ecuador.Dalam: Anderson,P.K., Morales,F.J., Jones, A.L., dan Mrakham,R.H. (Ed.). Whitetlyand whitefly-borne virusesin the tropics-Buildinga knowledgebasefor global action. Colombia:CIATPublication Chek Zaini, H., Zaiton, H., Zanariah, C.W. dan Sakinah, N. (2009). Formulation and AccetabilityStudiesof High FibreCookiesMadefrom Pink Guava(Psidiumguajava) Decanter/AgroWaste. Dalam:Waldron,K.W., Moates,G.K. dan Faulds,C.B. (Ed.). Proceedingsof the Total Food 2009 International Conference.22-24 April 2009. Norwich,United Kingdom Department of Employment,EconomicDevelopmentand Innovation. (2011). WhiteflyTransmitted Viruses in Vegetable Crops. Persley, D. dan Gambley, C. Dalam: Integrated Virus Disease Management No. 03/11, Queensland (Australia). QueenslandGovernment. Dodia, D.A., Patel, I. S. dan Patel, G.M. (2008). Botanical Pesticidesfor Management. India: ScientificPublishers 43.

(26) Dubey, N.K., Shukla, R., Kumar,A., Singh, P. dan Prakash,B. (2011). GlobalScenarioon the Applicationof Natural Productsin Integrated Pest ManagementProgrammes. Dalam: Dubey, N.K. (Ed). Natural Products in P/ant Pest Management. United Kingdom: CABInternational Engku Alini, E.A. dan Raziah,M.L. (2008). EkonomiPengeluaranJambu Batu. Economic and TechnologyManagementReview 3: 1-11 Flint, M.L. (1999). Pestsof the Gardenand Small Farm: A Growers Guide to Using Less Pesticide.2nd Edition.California: Universityof CaliforniaPress Gorri, J.E.R., Pereira, R.C., Alves, F.M., Fernandes,F.L., da Silva, I.W. dan Fernandes, M.E.S. (2015). Toxicity Effect of Three Insecticides on Important Pests and Predators in Tomato Plants. Agricultural Science 3(1): 1-12 DOI: 10.12735/as.v3i l p01 Haseeb,M. (2005). CurrentStatus of Insect Pest Problemsin Guava.Dalam: Proceedings of the First International GuavaSymposium.5-8 December2005. Lucknow.453468 Heong, K.L., Tan, K.H., Garcia,C.P.F., Fabellar,L.T. dan Lu, Z. (2011). ResearchMethods in Toxicologyand Insecticide ResistanceMonitoring of Rice Pianthopperx Los Banos: International RiceResearchInstitute Jalloh, M.B., (2015). IBM SPSSStatisticsfor Windows.Vers!22.0. IBM Corp. New York. Intan, A. 1999. DosageMortality Studieswith Bacillusthuringiensisand Neem Extracton DiamondbackMoth, Plutella xylostella (L.) (Lepidoptera: Plutellidae).Indonesian Journal of Plant Protection 5(2): 67-71 Ithnin, B., Mohd., S.A., dan Mohamed, M.S. (2008). SeranggaPerosak Buah-buahan TropikaMalaysia ProgramPenerbitandan PercetakanMARDI Jiang, T., Wu, S., Yang, T., Zhu, C. dan Gao, C. (2015). Monitoring Field Populationsof Plutella xyloste//a(Lepidoptera:Plutellidae)for Resistanceto Eight Insecticides in China. Florida Entomologist98(1): 65-73 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. 2011. Dasar Agromakanan Negara2011-2020. Khalid, S. A. N., Mohamad,R.M.N. dan Mohamad, R.T. (2015). Effects of Plant Height, Maturity and Climatic Factorson the Populationof Whitefly (Bemisia tabaci) on Chilli (Capsicumannum L.). TropicalAgriculture and FoodScience34: 1 Lim, T.K. (1988). Studieson SomeSooty Mouldson Guavain Malaysia.Pertanika11(3): 349-355 Mani, M. dan Krishnamoorthy,A. (2007). RecentTrends in the BiologicalSuppressionof Guavain India. In: Proceedingsof th(e First International GuavaSymposium.5-8 December2005. Lucknow.469-482 Martin, N.A. clan Dale, J.R. (1989). Monitoring Greenhouse Whitefly Puparia and Parasitism:A DecisionApproach. New ZealandJournal of Crop and Horticultural Science17: 2 44.

(27) McAuslane,H. J. (2000). Whitefliesin the Greenhouse.UK: Universityof Florida Mohd Noor,M.A.Z. (2011). Life Cycleand OvipositionalPreferenceof Asian PapayaFruit Fly (Bactrocerapapayae DREWdan HANCOCK)for Guava(Psidiumguajava L.) . DisertasiSarjanaMuda Sains. UniversitiPutra Malaysia MordueA.J., Simmonds,M.S.J, Ley, S.V., Blaney,W.M., Mordue,W., Nasiruddin,M. dan Nisbet, A.J. (1998). Actionsof Azadirachtin,A Plant AllelochemicaAgainst Insects. Pestic.Sci. 54: 277-284 Mordue,A.J. dan Nisbet,A.J. (2000). Azadirachtinfrom the NeemTree Azadirachtaindica its Action AgainstInsects. An. Son Entomo/.Brazil 29 (4): 615-632. Nazari, M., Motlagh, B.A., dan Nasirian, H. (2016). Toxicity of Cypermethrin and Chlorpyrifos Against German Cockroach [Blattella germanica (Blattaria: Blattellidae)] Strainsfrom Hamadan,Iran. PakistanJournal ofBio%gica/Sciences 19(6): 259-264 DOI: 10.3923/pjbs.2016.259.264 Norhaimanshah, I. (2011). Penjagaan Jambu Air Madu. Utusan Online http: //wwl. utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0124&sec=Agrobiz&pg =ag_03.htm. Diaksespada 7 Mei2016. Okomoda, V.T., Solomon, S.G., Ataguba, G.A., Ayuba, V.O. dan Asuwaju, P.F. (2013). Acute Toxicity Test in Agriculture: A Review.BanatsJournal of Biotechnology.IV (8): 59-64 DOI: 10.7904/2068--4738-IV(8)-59 Okumu, F.O., Knols, B.G.J. dan Fillinger, U. (2007). Larvicidal Effects of a neem (Azadirachta indica) oil formulation on the malaria vector Anopheles gambiae. MalariaJournal 6(63) doi: 10.1186/1475-2875-6-63 Pinheiro,P.V., Quintela, E.D., de Oliveira,J.P., dan Seraphin,J.C. (2009).Toxicity of Neem Oil to Bemisiatabaci BiotypeB. Pesq.agropec.Bras 44(4): 354-360 Pittendrigh, B.R., Margam,V.M., Walters, K.R., Steele, L.D., Olds, B.P., Sun, L., Huesing, J., Lee, S.H. dan Clark, J.M. (2014). Understanding Resistanceand Induced Responsesof Insects to Xenobioticsand Insecticidesin the Age Of "Omics" and Systems Biology. Dalam Onstad, D.W. (Ed.). Insect ResistanceManagement. B/o/ogy,Economicsand Prediction.SecondEdition.United Kingdom: ElsevierLtd Ramadhan,R.A.M., Puspasari,L.T., Meliansyah,R., Maharani,R., Hidayat, Y. dan Dono, D. (2016). BioaktivitasFormulasiMinyakBiji Azadirachtaindica(A. Juss) terhadap Spodopteralitura F. Jurna/Agrikultura 27(1): 1-8 Rahmawati,E., Thamrin Hidayat, M., dan Budijastuti,W. (2013). PemanfaatanBiji Mimba (Azadirachtinindica) sebagai LarvasidaNyamuk Culexsp.. LenteraBio2(3): 207210 Sallehudin,S. (1995). Insektisid dan Kawa/an VektorPembawaPenyakit.Kuala Lumpur: PercetakanRina Sdn. Bhd. Samsudin, H. (2011). Biosintesa dan Cara Keda Azadirachtin sebagai Bahan Aktif Insektisida Nabati. Dalam: Prosiding Seminar Nasional Pestisida Nabati N. 15 Oktober 2011. Jakarta. 61-70. 45.

(28) Selvi, S., Edah, M.A., Nazni, W.A., Lee, H.L. dan Azahari, A.H. (2005). Resistance Development and Insecticide Susceptibility in Cu/ex quinquefasciatus against Selection Pressureof Malathion and Permethrin and its Relationshipto Crossresistancetowards Propoxur. TropicalBomedicine22(2): 103-113 Selvi, S., Edah, M.A., Nazni,W.A., Lee, H.L., Tyagi, B.K., Soflan-Azirun,M., do Azahari, A.H. (2010). Insecticide Susceptibilityand ResistanceDevelopmentin Malathion SelectedAedesalbopictus(Skuse). TropicalBiomedicine27(3): 594-550 Senthuraman,P., Grahadurai,N., dan Rajan,M.K. (2010). Efficacyof Momordicatuberosa Leaf Extractagainstthe Larvaeof FilarialMosquito,Culexqu/nquefasciatusJournal of Biopesticides3(l): 205-207 Shannag, H.K., Capinera, J.L. dan Freihat, N.M. (2015). Effects of Neem-Based Insecticides on Consumption and Utilization of Food in Larvae of Spodoptera eridania(Lepidoptera:Noctuidae).Journal of Insect Science15(1): 152 Siegwart,M., Graillot, B., Lopez,C.B., Beese,S., Bardin, M., Nicot, P.C. dan Lopez-Ferber, M. (2015). Resistanceto bio-insecticidesor how to enhancetheir sustainability:a review. Frontiersin PlantScience 6: 381 DOI: 10.3389/fpls.2015.00381 Stansly,P.A., dan Natwick, E.T. (2010). Integrated Systemsfor ManagingBemisiatabaci. Dalam: Stansly,P.A. dan Naranjo, S.E. (Ed.). Bemisia:BionomicsandManagement of a GlobalPest. London:Springer Srikumar, K.K. dan Bhat, P.S. (2012). Field survey and Comparative Biology of Tea Mosquito Bug (Helope/tisspp.) on cashew(AnacardiumoccidentaleLinn.). Journal of Ce//and Animal Biology6(14): 200-206 Unit PerangkaanBahagian Perancangan,Teknologi Maklumat dan Komunikasi.(2013). Statistik Tanaman (Sub Sektor Tanaman Makanan). Jabatan Pertanian SemenanjungMalaysia Universiti Putra Malaysia.(2011). Buku PanduanTanamanJambu Batu. TamanPertanian Universiti. Malaysia. Varma, S. dan Bhattacharyal,A. (2015). Whitefly Destroys2/3rd of Punjab'sCotton Crop, Times India, 15 Farmers The Commit Suicide. of http: //timesofindia.indiatimes.com/india/Whitefly-destroys-2/3rd-of-Punjabscotton-crop-l5-farmers-commit-suicide/articleshow/49265083. cros. Diaksespada 17 November2016 Wiryadiputra, S. (1998). PencobaanPendahuluanPengaruhMinyak Mimba dan Ekstrak Biji Srikaya terhadap Mortalitas Helopeltis sp. (Heteroptera : Miridae). Jurnal PerlindunganTanamanIndonesia4(2): 97-105 Yu, S.J. (2008). The Toxicologyand Biochemistry Insecticides. USA:CRCPressTaylor of and FrancisGroup Zurina, M., MohamadRoff, M.N. dan Idris, A.B. (2010). KesanKadar Nitrogen terhadap PopulasiLalat Putih (Bemisia tabaci) pada Tanaman Cili (Capsicum anuum L.). Sains Malaysiana39(6) :913-920. 46.

(29)

Referensi

Dokumen terkait

Pelatihan pada Bank Rakyat Indonesia Syariah Cabang Padang sudah baik, tetapi perlu di tingkatkan lagi dari segi peningkatan keterampilan dan kemampuan agar

Menurut PKBT IPB (2000), keberhasilan suatu sistem irigasi drip ditentukan oleh beberapa faktor, yaitu (1) ketersediaan air irigasi yang berkualitas, (2)

Penelitian ini difokuskan kepada bagaimana strategi komunikasi dirumuskan dalam menyebarluaskan berbagai macam inovasi pertanian oleh TTP, setelah itu akan dilihat sejauh mana

Wuryando (2010:15-16) mengatakan bahwa dalam perkembangan selanjutnya perusahaan Nutrilite Product Inc, muncul dengan menggunakan konsep yang sama yakni menerapkan konsep bisnis

Faktor-faktor yang memengaruhi keputusan pembelian yang terdiri dari faktor keluarga, situasi ekonomi, dan gaya hidup akan tetapi salah satu yang paling berpengaruh adalah

Berikut hasil kurva menggunakan analisis regresi linier sederhana : Nama Pengujian Bentuk Pengujian Hasil yang Diharapkan Hasil Pengujian Pengujian halaman awal

Dalam tahap ini dilakukan pengumpulan materi yang diperlukan dalam pembuatan permainan “Super Sigi” diantaranya konten – konten tampilan grafik atau gambar serta