• Tidak ada hasil yang ditemukan

OK Amali Bulan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "OK Amali Bulan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

PRAKTIKAL 4 Tajuk : Fasa Bulan

Tujuan : Untuk memerhati pergerakan bulan dan fasa-fasanya.

Pengenalan :

Bulan adalah objek langit yang paling dekat dengan bumi. Oleh sebab jaraknya yang “paling dekat” tersebut, bulan adalah objek langit yang paling mudah dilihat

dengan mata kasar. Bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun adakalanya kita tidak dapat melihatnya kerana beberapa faktor seperti cuaca dan awan tebal. Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan ia kelihatan bercahaya kerana memantulkan cahaya matahari kepada bumi.

Bulan adalah satelit semulajadi yang saiznya ialah satu perempat saiz bumi. Ia berputar mengelilingi bumi pada jarak 384 000 km atas paksi yang condong sedikit berbanding Dataran Ekliptik. Sambil mengelilingi bumi, bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi.

Fasa-fasa bulan adalah bentuk bulan yang berlainan yang dapat dilihat dari bumi. Fasa bulan dipengaruhi oleh kedudukannya diantara bumi dan matahari. Cahaya matahari yang terkena pada bulan akan dipantulkan bulan. Orang yang berada di bumi akan dapat melibat bentuk atau fasa bulan yang berbagai ini mengikut tempat dan keadaan tertentu. Fasa bulan boleh di bahagikan kepada 8 fasa iaitu anak bulan, bulan sabit, bulan separa, bulan hampir purnama, bulan purnama, bulan purnama lama, bulan separa lama dan bulan sabit lama.

(2)

2

Antara perkara yang penting dalam mengkaji fasa-fasa bulan ialah dengan mengetahui terlebih dahulu waktu terbit dan terbenam bulan. Ini dilakukan supaya kita dapat menganggarkan waktu yang sesuai untuk merekod gambar bulan. Waktu bulan terbit adalah apabila bahagian atas bulan melepasi garisan ufuk manakala waktu bulan terbenam adalah apabila bahagian bawah bulan menghilang di bawah garisan ufuk.

Menentukan terbit dan terbenam bulan, nilai azimut juga perlu di tentukan. Azimut adalah jarak garisan mendatar ketika bulan terbit dan bulan terbenam. Azimut biasanya diukur menggunakan kompas. Dalam 360 darjah, dan dikira mengikut arah jam, utara memberikan azimut 0o , timur memberikan azimut 90o, selatan memberikan 180o dan barat memberikan nilai 270o. Anak panah kecil pula menunjukkan arah matahari terbit berdasarkan peta yang menunjukkan utara ke atas.

Altitud bulan pula dikenalpasti semasa merekod gambar bulan. Altitud merujuk kepada jarak pusat bulan kepada garisan horizon. Selain itu, dalam fasa yang berbeza akan memberikan kecerahan yang berbeza.

(3)

3 Radas : Kamera.

Prosedur :

1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan dicari daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet.

2. Lokasi yang sesuai dipilih serta bulan diperhatikan setiap hari bermula dari fasa anak bulan hingga fasa bulan purnama.

3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar.

4. Kamera yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar.

5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan.

6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan dicatatkan ke dalam jadual.

(4)

4 Keputusan :

Pemerhatian 1

Pemerhatian 2

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan

1 Februari 2014 09:40 Kawasan Kediaman Bulan sabit lama Masa Terbit Masa

Terbenam

Azimut Altitud Kecerahan

Terbit Terbenam

08:52 20:53 98° 264° 76.8° 3.0%

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan

4 Februari 2014 21:50 Kawasan Kediaman Bulan sabit

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut

Altitud Kecerahan Terbit Terbenam

(5)

5 Pemerhatian 3

Pemerhatian 4

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan

09 Februari 2014 09:00 Kawasan Kediaman Bulan separa

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut

Altitud Kecerahan Terbit Terbenam

15:05 02:55 71° 289° 76.9° 75.6%

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan

11 Februari 2014 9:15 Kawasan Kediaman Bulan hampir purnama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut

Altitud Kecerahan Terbit Terbenam

(6)

6 Pemerhatian 5

Pemerhatian 6

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan

15 Februari 2014 09:45 Kawasan Kediaman Bulan purnama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut

Altitud Kecerahan Terbit Terbenam

19:45 07:29 83° 279° 85° 99.8 %

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan

19 Februari 2014 10:00 Kawasan Kediaman Bulan purnama lama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut

Altitud Kecerahan Terbit Terbenam

(7)

7 Pemerhatian 7

Pemerhatian 8

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan

23 Februari 2014 09:25 Kawasan Kediaman Bulan separa lama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut

Altitud Kecerahan Terbit Terbenam

01:27 13:39 108° 251° 65.1° 47.3%

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan

27 Februari 2014 09:40 Kawasan Kediaman Bulan sabit lama Masa Terbit Masa

Terbenam

Azimut Altitud Kecerahan

Terbit Terbenam

(8)

8 Pemerhatian 9

Perbincangan :

Untuk mengkaji fasa-fasa bulan di atas, perkara utama yang perlu dilakukan ialah dengan memastikan tarikh qamari supaya kemunculan fasa-fasa bulan dapat dipastikan dengan tepat. Kemudian, maklumat berkenaan waktu terbit dan waktu terbenam bulan dipastikan supaya kita dapat menjangka waktu yang tepat untuk mengambil gambar bulan. Maklumat tersebut dapat diperolehi dengan melayari internet di

http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=1228&month=2&year= 2014&obj=moon&afl=-1&day=1. Maklumat tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh Masa Lokasi Fasa bulan

2 Mac 2014 09:45 Kawasan Kediaman Bulan sabit lama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud Kecerahan

Terbit Terbenam

(9)

9

(10)

10

Daripada data yang diperolehi, nilai azimut, altitud, lepasan meridian bulan dan perlbagai lagi maklumat lain dapat dikenalpasti. Kesemua maklumat ini menjadi

pengukur bagi menentukan fasa-fasa bulan. Setelah maklumat keseluruhan diperolehi seperti di atas, jadual perancangan dilakukan untuk memilih tarikh sesuai untuk

membuat pemerhatian terhadap bulan. Jadual tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh Masa Bulan Terbit

Masa bulan

Terbenam Pemerhatian

01 Februari 2014 08:32 20:53 Anak bulan

02 Februari 2014 09:25 21:49 Anak bulan

04 Februari 2014 11:05 23:35 Bulan sabit

05 Februari 2014 11:53 00:26 Bulan sabit

08 Februari 2014 14:17 02:06 Bulan separa

09 Februari 2014 15:05 02:55 Bulan separa

11 Februari 2014 16:41 04:31 Bulan hampir purnama

12 Februari 2014 17:28 05:18 Bulan hampir purnama

15 Februari 2014 19:45 07:29 Bulan purnama

16 Februari 2014 20:30 08:11 Bulan purnama

18 Februari 2014 22:02 09:35 Bulan purnama lama

19 Februari 2014 22:50 10:19 Bulan purnama lama

23 Februari 2014 01:27 13:39 Bulan separa lama

24 Februari 2014 02:24 14:36 Bulan separa lama

(11)

11

28 Februari 2014 06:15 18:34 Bulan sabit lama

01 Mac 2014 07:09 19:31 Anak Bulan

02 Mac 2014 08:01 20:26 Anak bulan

Seterusnya lokasi yang sesuai dipilih dan ditetapkan iaitu kawasan kediaman saya di Kampung Sungai Semambu, Bagan Serai, Perak untuk mengambil gambar fasa bulan. Hasil daripada pemerhatian yang telah dibuat, saya dapat tentukan kesemua bentuk fasa-fasa bulan bermula daripada anak bulan, bulan separa, bulan purnama hinggalah kembali kepada anak semula. Namun bentuk bulan sabit pada 4 Februari 2014 kelihatan terbalik daripada bentuk yang sepatutnya diperolehi. Ini adalah kerana waktu puncaknya dimana ia berada 900 dari garisan ufuk atau “meridian passing” adalah pada pukul 17:19. Apabila gambar yang diambil melebihi waktu puncaknya iaitu pada pukul 21:50 maka imej yang diperolehi juga akan kelihatan terbalik kerana pada waktu itu bulan sudah melalui waktu terbenam.

Kesimpulan:

Fasa- fasa bulan adalah bentuk-bentuk bulan yang berlainan yang kelihatan daripada bumi. Ini adalah kerana kedudukan bulan yang berlainan akan menyebabkan ia memantulkan cahaya matahari pada kawasan-kawasan bulan yang tertentu sahaja.

Soalan

1. Kita amat kenal dengan bulan. Kita biasa melihat bulan pada waktu malam. tetapi bulan juga dapat dilihat pada waktu pagi. Bilakah kita lihat bulan pada waktu malam dan pada waktu pagi?

Waktu kita dapat melihat bulan pada waktu malam dan waktu pagi bergantung kepada waktu terbit dan terbenamnya bulan itu sendiri. Waktu bulan terbit pada setiap hari adalah tidak sama dan akan berubah. Jika bulan terbit pada waktu pagi, kita akan dapat melihatnya pada waktu pagi dan kita tidak akan dapat melihatnya pada malam hari. Begitu juga sebaliknya. Sebenarnya bulan sentiasa memantulkan cahaya matahari sama ada di malam hari atau di siang hari. Namun demikian, disebabkan kemunculan cahaya matahari pada waktu pagi kadang-kadang menyukarkan kita melihat bulan pada waktu tersebut.

(12)

12

2. Bagaimanakah kejadian bulan terbit dan tenggelam dikaitkan dengan fasa bulan dan posisi bulan sejajar dengan kedudukan bumi dan matahari? Kejelasan untuk melihat fasa- fasa bulan bergantung kepada waktu bulan terbit dan bulan terbenam dan diantaranya. Selepas bulan terbit, ia mengambil masa beberapa jam untuk membolehkannya berada dalam keadaan 90o dari garisan ufuk. Kedudukan bulan juga mempunyai hubung kait dengan bumi dan matahari. Hal ini demikian kerana bulan berputar dan beredar mengelilingi bumi. Bumi pula berputar dan beredar

mengelilingi matahari. Dalam kedudukan bulan, bumi dan matahari yang berlainan, fasa-fasa bulan yang berlainan akan terhasil. Contohnya apabila bulan berada di antara bumi dan matahari, fasa anak bulan akan berlaku. Kebiasaannya, bulan tidak akan kelihatan. Sekiranya kelihatan ia terlalu kecil untuk dilihat oleh mata kasar. Kemudian, jika bumi berada antara bulan dan matahari, fasa bulan purnama akan berlaku dan bulan akan kelihatan penuh. Namun jika bulan berada betul-betul pada garisan lurus, gerhana akan berlaku. Gerhana matahari boleh berlaku ketika fasa anak bulan

manakala gerhana bulan boleh berlaku apabila bulan berada dalam fasa purnama penuh. Oleh itu, pelbagai kejadian boleh berlaku disebabkan kedudukan bulan yang tertentu antara bumi dan matahari.

3. Tugasan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah membuat pemerhatian tentang fasa-fasa bulan.

Aktiviti : Memerhati fasa-fasa bulan

Bahan-bahan : Sebiji bola putih bersaiz 4 (saiz bola sepak) yang separuh

bahagian telah diwarnakan hitam, sebuah bangku, pelekat, kertas hitam, kapur putih.

Prosedur :

1. Sebiji bola putih yang telah diwarnakan hitam pada separuh bahagian diletakkan di atas sebuah bangku.

(13)

13

2. Bangku tersebut berserta bola di atasnya di letakkan di tengah satu kawasan lapang (depan kelas/ dataran/ kawasan lapang lain-lain)

3. Kerusi disusun disekeliling bola tersebut dalam bentuk bulatan. 4. Kemudiannya, murid duduk di setiap kerusi yang telah diletakkan. 5. Murid dibekalkan dengan sekeping kertas hitam dan kapur putih.

6. Guru membuat sesi penerangan tentang fasa- fasa bulan bersama murid. 7. Kemudian, murid diminta melukis bentuk yang dilihat pada bola tersebut dari

kerusi yang mereka berada.

8. Setiap murid menunjukkan hasil lukisan mereka.

9. Guru bersama murid berbincang dan mengaitkan lukisan dengan fasa-fasa bulan.

(14)

14 RUJUKAN

BUKU

Alias A. (2011). Xpress 2011 UPSR Science Bilingual. Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.

Moo, L.S (1994). Asas pengajaran sains sekolah rendah: Pendekatan Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Lutgens F. et al (2009).

INTERNET

Fasa Bulan (2010) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://aguscb.blogspot.com/2010/08/fasa-bulan.html

Fasa Bulan (2013) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Fasa_bulan

Fasa-fasa Bulan (2009) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://astronomi- falak.blogspot.com/2009/10/fasa-fasa-bulan.html

Fasa-fasa Bulan (2011) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://sklk-panitiasains.blogspot.com/2011/01/fasa-fasa-bulan.html

Fasa-fasa Bulan (2012) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://www.slideshare.net/4coursemates/fasa-fasa-bulan-12933521

Fasa-fasa Bulan (2014) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/74

Moonrise and Moonset in George Town (2014) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=1228&month=1&year

(15)

15 =2014&obj=moon&afl=-1&day=1

Phases of the Moon (2013) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://www.hometrainingtools.com/moon-phases-science-teaching-tip/a/1088/

Teaching Moon Phase. (2009) Diakses pada 16 Mac 2014 daripada

http://blogs.scholastic.com/3_5/2009/02/teaching-moon-phases.html

Referensi

Dokumen terkait

Tambahkan irisan jeruk lemon... Minuman campur klasik ini merupakan minuman sore hari yang Wiski Scotch atau Kanada atau bourbon dapat kan. Sajikan dalam tumbler Gaya

seseorang untuk melakukan suatu kegiatan serta kemauan untuk berbuat sesuatu yang dapat mempengaruhi prestasi seseorang dalam melakukan suatu kegiatan tertentu

Laporan ini secara garis besar terdiri atas bagian yang menyajikan hasil penjualan ; biaya langsung prodak atau jasa yang dihasilkan ; biaya dan ongkos

Lampiran VII Peraturan Direktur Jenderal Perhubungan Udara Nomor : KP 287 TAHUN 2015. Tanggal : 24

Membaiknya kondisi ekonomi konsumen terutama didorong oleh pendapatan rumah tangga (nilai indeks 111,54), meskipun tingkat optimisme konsumen terhadap pendapatan rumah

Hasil penelitian ini diharapkan bermanfaat bagi pihak-pihak yang terlibat dalam proses pemilihan penyedia barang dan jasa pemerintah, yaitu pihak pengguna jasa (pemerintah)

Dalam hal ini SIG mempunyai manfaat yang dapat digunakan untuk menganalisis dalam proses penentuan lokasi bandara yang sesuai dengan parameter yang telah ditentukan, yaitu

Visi: Menjadi Lembaga Pendidikan Teologi pembentuk calon pemimpin Gereja dan masyarakat yang dapat melayani dengan Iman, Ilmu dan