• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEKRETARIAT PESTA ANG POW KE-21 (PAP 21) KERTAS KERJA MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-21

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SEKRETARIAT PESTA ANG POW KE-21 (PAP 21) KERTAS KERJA MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-21"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

PESTA ANG POW

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KE-21

TARIKH:

6 MAC 2015

TEMPAT:

DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR) UKM

ANJURAN:

SEKRETARIAT PESTA ANG POW

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KE-21

DENGAN KERJASAMA:

PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA (YMM)

TEMA:

“ MEMARTABATKAN KESEFAHAMAN BUDAYA TIONG HUA KE ARAH

INTEGRASI DAN PERPADUAN BERSAMA "

(2)

2 KERTAS KERJA

SEKRETARIAT PESTA ANG POW UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KE-21

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Pesta Ang Pow Ke-21.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 PENGENALAN RINGKAS PESTA ANG POW

Pesta Ang Pow (PAP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah satu

persatuan kebudayaan yang mengekalkan tradisi Tiong Hua bersama mahasiswa/i UKM.

2.2 SEJARAH/REKOD

Pesta Ang Pow (PAP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah satu projek kebudayaan yang diperakui oleh pihak berkuasa UKM sejak tahun 1995. Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) merupakan badan induk kepada projek kebudayaan ini.

Sebelum tahun 1995, program Pesta Ang Pow (PAP) ini adalah dikenali sebagai Malam

Pesta Ang Pow (MAP). MAP telah kemudiannya diubah nama kepada PAP pada tahun 1995

atas sebab perubahan yang telah dibuat pada corak aktiviti. Walaubagaimanapun, masa penubuhan MAP tidak dapat dipastikan lagi akibat kekurangan catatan bertulis.

Berdasarkan rujukan catatan yang sedia ada, MAP dipercayai mula ditubuhkan pada tahun 1989. Objektif mengadakan projek ini adalah seperti berikut:-

a. Meningkatkan kefahaman khasnya kepada mahasiswa/i UKM dan orang awam terhadap perayaan tradisional kaum Tiong Hua.

b. Mewujudkan suasana harmonis di kampus UKM untuk menggalakkan intergrasi budaya.

c. Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan mahasiswa/i UKM di samping mengenali semangat sesuatu perayaan.

Sebelum tahun 1995, jamuan makan malam merupakan aktiviti utama MAP. Pada tahun 1995, pihak sekretariat telah mengadakan pameran yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman orang awam terhadap budaya tradisional Tiong Hua. Ini bermakna PAP pada tahun 1995 mempunyai dua aktiviti utama iaitu pameran dan jamuan makan malam PAP. Justeru itu, MAP telah bertukar nama kepada PAP.

(3)

3

Untuk memudahkan pihak sekretariat pada masa depan untuk mengkaji sejarah PAP, pihak sekretariat pada tahun 1998 tidak lagi menggunakan angka tahun sebagai sebahagian daripada nama projek tersebut manakala penamaan berdasarkan jumlah kali projek ini diadakan telah digunakan. Maka pada tahun 2014/2015, sekretariat ini telah dinamakan sebagai Pesta Ang Pow Ke-21 ( PAP 21 ).

2.3 IDEA UNTUK MENJALANKAN PROGRAM INI

Selama ini, Pesta Ang Pow telah mengadakan pelbagai jenis aktiviti demi mewarisi budaya Tiong Hua dan mempertingkatkan lagi persefahaman mahasiswa/i UKM terhadap budaya Tiong Hua. Pada 4 tahun yang lalu, Pesta Ang Pow Ke-17 (PAP 17) telah berjaya membawa masuk budaya tarian singa ke UKM. Budaya tarian singa ini telah menarik minat orang ramai termasuklah kaum-kaum yang lain seperti melayu, cina, dan india. Pada 3 tahun yang lalu, Pesta Ang Pow Ke-18 (PAP 18) telah meneruskan tradisi kebudayaan ini. Pihak sekretariat telah mengadakan satu drama yang bertema “naga”. Drama naga ini merupakan drama yang pertama kali dibawa masuk ke universiti di seluruh Malaysia. Pada tahun 2013 sekretariat sekali lagi membawa pembaharuan dengan mewujudkan “China Town” di dalam UKM sebagai Karnival Kebudayaan Amal. Manakala, pada tahun 2014, sekretariat telah membawa tema “Menjejaki detik-detik sejarah” ke jamuan makan malam yang memberi dedahan kepada para hadirin tentang peristiwa-peristiwa dan watak-watak bersejarah yang penting. Sebagai hasilnya, aktiviti yang penuh bermakna ini telah mendapat banyak pujian daripada orang ramai.

Bagi meneruskan tradisi kebudayaan Tiong Hua, Pesta Ang Pow Ke-21 akan menitikberatkan konsep mempromosikan kesefahaman budaya antara semua kaum. Dengan ini, kami akan mengadakan satu Maljis Persembahan Kebudayaan yang berkonsep Pesta Raya Ang Pow. Konsep baru ini merangkumi gabungan budaya perayaan pelbagai bangsa yang lain dengan budaya perayaan Tiong Hua. Konsep ini juga berteraskan kepada nilai-nilai penting dalam gagasan 1Malaysia seperti hormat-menghormati dan rendah hati(tawadhuk) yang bertujuan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Mahasiswa/i amat digalakkan untuk menghadiri Majlis ini bagi menyambut perayaan bersama-sama agar mencapai integrasi kaum di dalam kampus. Persembahan yang menarik akan disediakan kepada hadirin-hadiran, antaranya adalah tarian tradisional yang bercorak berbilang kaum, tarian singa dan nyanyian lagu. Jamuan akan dihidangkan dan sasaran kami pada sesi 2014/2015 adalah sebanyak 1000 orang yang terdiri daripada warga UKM dan orang awam yang berminat.

Bagi memperkenalkan Pesta Ang Pow kepada semua warga UKM, terutamanya kepada mahasiswa/i tahun 1 sebagai salah satu persatuan budaya yang aktif, kami akan mengadakan satu Majlis Pelancaran Projek Pesta Ang Pow pada November 2014. Pihak Sekretariat kami akan mengumumkan tajuk malam Pesta Ang Pow bagi sesi 2014/15 pada malam Majlis Pelancaran Projek ini. Majlis ini adalah sebagai treler bagi Maljis Persembahan Kebudayaan Pesta Ang Pow supaya warga UKM dapat menyaksikan pendedahan tajuk dan isi-isi yang bakal dipersembahkan dalam Maljis Persembahan Kebudayaan.

(4)

4

Selain itu, pihak sekretariat juga akan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim dalam kawasan sekeliling Kajang dan Bangi yang akan berlangsung dari Oktober 2014 sehingga Januari 2015. Selain daripada mengadakan aktiviti bergotong-royong dan aktiviti interaksi melalui permainan-permainan di rumah anak yatim, program “Kasih Hasrat Malaikat” turut akan dijalankan semasa lawatan ke rumah anak yatim diadakan. Dalam program ini, ahli-ahli Sekretariat akan mengumpulkan hasrat-hasrat kanak-kanak yang ingin dicapai, dan menunaikan hasrat mereka dalam tempoh masa 3 bulan dengan sedaya upaya, serta program ini juga akan direkodkan dan ditayangkan pada malam jamuan Pesta Ang Pow. Tambahan lagi, demi memperkenalkan seni-seni tradisional Tiong Hua kepada anak-anak yatim, anggota sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21 juga akan menjadi tutor kepada kanak-kanak, mengajar mereka menari tarian tradisional Cina, menulis tulisan kaligrafi dan mengunting seni kertas merah. Aktiviti ini menepati matlamat Sekretariat Pesta Ang Pow untuk meraikan perayaan sesama semua golongan masyarakat. Khidmat masyarakat yang diadakan oleh mahasiswa/i ini merupakan tanda kebaktian kami sebagai anak Malaysia dan menunjukkan

kepekaan kami terhadap masyarakat dan negara yang tercinta ini.

Tambahan lagi, sekretariat kami akan mengadakan Bengkel Seni Tradisional dalam dewan kuliah, iaitu pada setiap hari Khamis, November 2014. Bengkel ini bertujuan untuk meneruskan warisan kesenian tradisional kepada generasi yang muda serta rakan-rakan yang berkaum lain. Bengkel bertemakan seni kaligrafi, seni kertas merah, tarian naga dan tarian tradisional merupakan kandungan utama yang disediakan untuk semua warga UKM. Pameran Interaksi Kebudayaan juga merupakan salah satu projek penting kepada pihak Sekretariat ke-21 pada sesi tahun 2014/15. Pameran ini akan menerangkan kaitan antara unsur perayaan Tiong Hua dengan perayaan Hari Raya serta Deepavali dari segi persamaan dan perbezaan ertinya. Tujuan anjuran pameran ini adalah supaya rakan-rakan yang berlainan kaum dapat lebih memahami unsur-unsur tradisional Tiong Hua, pada masa yang sama, hubungan antara satu sama lain turut dapat dieratkan. Perpaduan rakyat dapat direalisasikan dengan berkesan sekiranya kepercayaan dan kesefahaman antara kaum tercapai.

Secara keseluruhannya, pada sesi tahun 2014/2015, Sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21 akan mengadakan satu Majlis Pelancaran Projek Pesta Ang Pow, satu Majlis Persembahan Kebudayaan yang berkonsep Pesta Raya Ang Pow, satu Bengkel Seni Tradisional, satu Pameran Interaksi Kebudayaan dan satu aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim sebagai lima projek utama Sekretariat Pesta Ang Pow.

3.0 Misi

Meraikan Tahun Baru Cina di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan mewarisi kebudayaan Tiong Hua serta menyatukan mahasiswa/i UKM.

(5)

5 4.0 MATLAMAT

4.1 Mempertingkatkan persefahaman dan kesedaran mahasiswa-mahasiswi UKM serta masyarakat setempat terhadap kebudayaan Tiong Hua di Malaysia.

4.2 Mempereratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa/i UKM yang berbilang kaum dan menyebarkan semangat hubungan etnik yang harmonis ini kepada masyarakat umum.

4.3 Mengekalkan hubungan erat antara pelajar UKM dengan masyarakat umum untuk menyambut dan berinteraksi dalam kebudayaan Tiong Hua secara berterusan.

5.0 OBJEKTIF

Objektif menganjurkan Pesta Ang Pow ini adalah berdasarkan matlamat yang ingin mencapai iaitu:

1. Meningkatkan semangat perpaduan kaum dan menggalakkan integrasi budaya dalam kalangan masyarakat kampus.

2. Mempertingkatkan interaksi antara persatuan di dalam dan di luar UKM.

3. Membekalkan satu platform untuk pelajar UKM melatih diri dan mempelajari kemahiran kepimpinan supaya menjadi seorang mahasiswa/i yang berkualiti.

6.0 TEMA

Tema Pesta Ang Pow Ke-21 adalah seperti berikut:

“MEMARTABATKAN KESEFAHAMAN BUDAYA TIONG HUA KE ARAH INTEGRASI DAN PERPADUAN BERSAMA”

Tema ini menegaskan kepentingan semangat untuk memelihara dan mengekalkan kebudayaan Tiong Hua agar tidak ditelan arus pemodenan untuk mencapai persefahaman dalam masyarakat pelbagai etnik dengan perpaduan mutlak sebagai arah tuju.

7.0 ANJURAN

(6)

6 8.0 TARIKH DAN MASA

8.1 Cadangan tarikh dan masa program utama diadakan adalah seperti berikut: 8.1.1 Majlis Pelancaran Projek Pesta Ang Pow UKM Ke-21

Tarikh : 10 November 2014 Masa : 7.30 petang – 11 malam

8.1.2 Bengkel Seni Tradisional Pesta Ang Pow Ke-21 Tarikh : 1 November 2014 – 27 November 2014

8.1.3 Pameran Interaksi Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21

Tarikh : 23 Februari 2015 – 25 Februari 2015 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

8.1.4 Khidmat Masyarakat Pesta Ang Pow UKM Ke-21

Tarikh : 1 November 2014 – 30 Januari 2015

8.1.5 Sidang Media Pesta Ang Pow UKM ke-21

Tarikh : 27 Januari 2015

Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang

8.1.6 Majlis Persembahan Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21

Tarikh : 6 Mac 2015

Masa : 7.00 petang - 11.30 malam

8.2 Cadangan tarikh dan masa program sampingan diadakan adalah seperti berikut:

8.2.1 Minggu Pengambilan AJK

Tarikh : 29 September 2014 – 2 Oktober 2014

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

8.2.2 Kem Kepemimpinan EXCO 1

Tarikh : 18 Oktober 2014 – 26 Oktober 2014

8.2.3 Kem Kepimpinan EXCO 2

(7)

7 9.0 TEMPAT PROGRAM

9.1 Cadangan Tempat untuk program utama:

9.1.1 Majlis Pelancaran Projek Pesta Ang Pow UKM Ke-21

- Dewan Anuwar Mahmud (DAM) UKM

9.1.2 Bengkel Seni Tradisional Pesta Ang Pow Ke-21

- Dewan Kuliah Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan(FSSK), UKM

9.1.3 Pameran Interaksi Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21

- Pusanika, UKM

9.1.4 Sidang Media Pesta Ang Pow UKM ke-21

- Kementerian Belia dan Sukan/ Kementerian Pendidikan (Putrajaya)

9.1.5 Khidmat Masyarakat Pesta Ang Pow UKM Ke-21

- Sri Raghavendra Divine Life Society

No 15, Jalan Ceupac 5B, Tsaman Koperasi Cuepac, Batu 12,

43000 Kajang.

- Rumah Keluarga Kami

No. 139, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor. - Persatuaan Kebajikan Kanak-Kanak Cornerstone

No 2&2A, Jalan Bukit Semenyih 6, Taman Bukit Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan

- Openhands Fellowship

No 9 Jalan Sri Kenari Satu, Taman Sri Kenari, 43000 Kajang. Selangor. Malaysia.

9.1.6 Majlis Persembahan Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21

- Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM

9.2 Cadangan Tempat untuk program sampingan: 9.2.1 Minggu Pengambilan AJK

- Pusanika, UKM

9.2.2 Kem Kepemimpinan Exco 1 dan 2

(8)

8 10.0 PUBLISITI

Publisiti dilakukan adalah untuk memberitahu semua orang termasuk mahasiswa/i UKM dan masyarakat tempatan. Di bawah adalah strategi-strategi yang kita rancang:

a. Banner - Dalam kampus induk UKM

- Stesen KTM berdekatan (Kajang, Bangi dan sekelilingnya) b. Bunting - Dalam kampus induk UKM

- Sekitar Kajang

c. Flyer - Dalam kampus UKM sahaja

d. Poster - Dalam kampus induk UKM sahaja

e. Rancangan Stesen Radio f. Surat Khabar

g. Berita Stesen TV

11.0 CADANGAN PERASMI

Perasmi adalah orang yang merasmikan acara-acara utama Pesta Ang Pow UKM Ke-21 dan di bawah adalah yang dicadangkan mengikut acara-acara tertentu:

Pelancaran Projek Pesta Ang Pow Ke-21

1. Y.B. Datuk Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen kawasan Tanjong Piai

Sidang Media Pesta Ang Pow UKM Ke-21

1. Y.B. Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan

2. Y.B. Tuan P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen kawasan Tanjong Piai

Majlis Persembahan Kebudayaan Pesta Raya Ang Pow UKM Ke-21

1. Y.B. Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan

2. Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Jabatan Perdana Menteri

3. Y.B. Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan

4. Y.B. Tuan P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan

12.0 PEMGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah Exco = 38 orang Mahasiswa/i UKM

Jumlah AJK = 100 orang Mahasiswa/i UKM

Jumlah Pengunjung = 1050 orang

Terdiri daripada :

1. 10 orang Tetamu Kehormat 2. 20 orang Tetamu Khas

3. 20 orang Mahasiswa/i universiti berdekatan 4. 1000 orang Mahasiswa/i UKM

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

(9)

9 14.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Tarian Singa

Peserta adalah daripada mana-mana mahasiswa/i UKM dan juga universiti lain. 15.2 Tarian Tradisional Cina

Tarian tradisional cina akan disembahkan oleh kaum cina dari kampus UKM atau luar kampus supaya tarian tradisional tidak dilupai atau ditelan dalam masyarakat yang moden pada masa kini.

15.3 Tarian Kebudayaan Malaysia

Tarian Kebudayaan Malaysia akan disembahkan oleh kaum-kaum yang berlainan iaitu kaum Melayu, Cina, dan India. Tujuan tarian ini adalah selaras dengan konsep 1MALAYSIA yang dapat menunjukkan budaya setiap kaum.

15.4 Nyanyian dari Mahasiswa/i UKM

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Universiti akan dinyanyikan oleh setiap hadirin dan mahasiswa/i UKM sebelum program dimulakan.

15.5 Pertunjukan Multi Media

Pertunjukan Multi Media akan memperkenalkan seluruh sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21 dan tema Pesta Ang Pow Ke-21.

15.6 Tarian Naga

Tarian Naga akan disembahkan oleh pesembah dari luar kampus yang bertujuan memberi peluang kepada para mahasiswa/i untuk menikmati acara tarian budaya cina semasa Tahun Baru Cina.

15.7 Persembahan Gendang 24 Musim

Persembahan Gendang 24 Musim oleh pesembah dari luar kampus persembahan ini adalah unutk menunjukkan budaya gendang Tiong Hua yang merupakan acara persembahan yang pasti ada pada setiap perayaan penting Tiong Hua.

15.8 Persembahan Kebudayaan Cina

Persembahan Kebudayaan Cina akan disembahkan oleh pesembah luar kampus. Tujuan persembahan ini adalah memartabatkan budaya Tiong Hua bersama-sama supaya tidak dilupai.

16.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

(10)
(11)

11 Lampiran A

STRUKTUR ORGANISASI

PESTA ANG POW UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-21 PENAUNG

Y. BHG. PROF. DATUK DR. NOOR AZLAN GHAZALI NAIB CANSELOR UKM

PENGERUSI

Y. BHG. PROF. DATIN NOOR AZIAH MOHD AWAL

TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI), UKM

PENYELARAS

ENCIK ABDUL AZIZ ABU BAKAR

TIMBALAN PENDAFTAR HAL EHWAL PELAJAR ALUMNI

PENASIHAT

DRS. RAFIE HJ. MOHAMMAD KETUA PUSAT KEBUDAYAAN

KETUA PENGARAH

KHOO CHONG YEE (FST/2) (A146010) < 017 6834689 >

TIMBALAN KETUA PENGARAH (INTERNAL)

LEE JI WANG (FKAB/2)(A144183) <012 7044246>

TIMBALAN KETUA PENGARAH (EXTERNAL)

EZRA LIM KAI XIAN (FKAB/2)(A144306) < 017 6507006>

SETIAUSAHA

ONG JIE CHIN (FSSK/2)(A145439) <016 4134022>

BENDAHARI KEHORMAT

SOO KI KIM (FEP/2) (A143169) < 011 16313368>

(12)

12 PENGARAH PENGATURCARA PROGRAM

LAU ENG YEE (FKAB/2) (A144022) <012 5653299>

PENGARAH PENYELIDIKAN

TAN KAH LOK (FKAB/2) (A144020) < 017 6048316>

PENGARAH PERHIASAN

TAN YING YEW (FST/2) (A145974) < 012 5288759>

PENGARAH PERHUBUNGAN AWAM

YAP LEE SEE (FEP/2) (A143364) < 017 9519693>

PENGARAH KEWANGAN

YEO HUI XIN (FST/2) (A144287) < 012 6855682>

YU KAI LING (FST/2) (A146931) <012 3920018>

(13)

13 Lampiran B

TENTATIF PROGRAM

ATURCARA PROGRAM Pelancaran Projek Pesta Ang Pow UKM Ke-21

10 November 2013 (Dewan Anuwar Mahmud (DAM) UKM)

7.30 mlm - 8.00 mlm : Ketibaan para mahasiswa/i dan VIP

8.00 mlm - 8.15 mlm : Ketibaaan Perasmi

8.15 mlm - 8.20 mlm : ‘Negaraku’ dan ‘Varsiti Kita’

8.20 mlm - 8.25 mlm : Ucapan Ketua Pengarah Sekretariat Pesta Ang Pow UKM Ke-21

8.25 mlm - 8.40 mlm : Ucapan Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar Alumni

Oleh: Encik Abdul Aziz Abu Bakar

8.40mlm - 8.55 mlm : Ucapan Perasmi

8.55mlm - 9.00 mlm : Gimik Perasmian

9.00 mlm - 9.10 mlm : Penyampaian Cenderamata

9.10 mlm - 10.30 mlm : Sesi Interasi antara Urusetia dengan AJK baru 10.30 mlm - 11.00 mlm : Bersurai

Sidang Media Pesta Ang Pow UKM ke-21

22 Januari 2014 (Kementerian Pendidikan/ Kementerian Belia Dan Sukan (Putrajaya)) 10.00 pagi - 10.40 pagi : Berkumpul Dan Bertolak

10.40 pagi - 11.00 pagi : Persediaan Dan Ketibaan Para Wartawan 11.00 pagi - 11.15 pagi : Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan/

Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan 11.15 pagi - 11.30 pagi : Ucapan Ketua Pengarah Sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21

11.30 pagi - 11.50 pagi : Sesi Pertanyaan

11.50 pagi - 12.00 pagi : Penyampaian Cenderamata 12.00 pagi : Bersurai

Khidmat Masyarakat Sekretariat Pesta Ang Pow UKM Ke-21

(Rumah anak yatim kawasan kajang)

Hari Sabtu pada setiap minggu ke-2 dari bulan November 2014 hingga Januari 2015 9.00 pagi – 10.00 pagi : Sarapan bersama anak-anak yatim

10.00 pagi – 12.00 ptg : Sesi integrasi dan permainan 12.00 ptg – 1.00 ptg : Makan tengah hari

1.00 ptg – 3.00 ptg : Gotong-royong mengemaskan rumah

3.00 ptg – 5.00 ptg : Sesi pembelajaran seni tradisional Tiong Hua 5.00 ptg – 6.00 ptg : Sesi fotografi dan bersurai

(14)

14 Bengkel Kesenian Tradisional Pesta Ang Pow UKM Ke-21

Hari Khamis pada setiap minggu bulan November 2014

(Dewan Kuliah Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan(FSSK) UKM)

9.30 pagi – 10.00 pagi : Pendaftaran

10.00 pagi – 12.00 ptg : Bengkel bermula, Sesi I

12.30 ptg – 1.30 ptg : Makan tengah hari

1.30 ptg – 4.30 ptg : Sesi II

4.30 ptg – .5.00 ptg : Sesi Penyampaian Cenderamata dan Sesi Fotografi

5.00 ptg : Bersurai

Pameran Interaksi Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM

23 Februari 2015 – 25 Februari 2015_(Pusanika, UKM)

8.30 pagi -- 9.00 pagi : Persediaan

9.00 pagi -- 1.00 petang : Pameran bermula, Sesi I

1.00 petang -- 2.00 petang : Rehat 2.00 petang -- 5.00 petang : Sesi II

5.00 petang : Bersurai

Majlis Persembahan Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21

6 Mac 2014 (Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM)

7.00 mlm - 7.45 mlm : Ketibaan para mahasiswa/i dan VIP

7.45 mlm - 8.00 mlm : Ketibaaan Perasmi

8.00 mlm - 8.10 mlm : ‘Negaraku’ dan ‘Varsiti Kita’

8.10 mlm - 8.15 mlm : Ucapan Ketua Pengarah Sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21

8.15 mlm - 8.30 mlm : Ucapan Naib Canselor UKM

Oleh: Y.B. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

8.30mlm - 8.45 mlm : Ucapan Perasmi dan Perasmian Majlis Persembahan Kebudayaan

Pesta Ang Pow UKM Ke-21

8.45 mlm - 8.50 mlm : Penyampaian cenderamata

8.50 mlm - 10.30 mlm : Persembahan Pentas dan jamuan makan malam bermula

10.30 mlm - 11.00 mlm : Cabutan Bertuah

(15)

15 Lampiran C

ANGGARAN BELANJAWAN PESTA ANG POW UKM KE-21 SESI 2014/2015 ANGGARAN PENDAPATAN BIL . PERKARA RM RM 1. Sumbangan: • Pusat Pembangunan Mahasiswa &Perhubungan

Alumni 7000 • Alumni 1000 • Majlis Pengetua • MPPUKM 1000 1000 10000

2. Hasil daripada pengiklanan 7200

3. Tajaan pelbagai pihak 10000

4. Kutipan Derma 2500

5. Jualan tiket Majlis Persembahan Kebudayaan 8000

27700

(16)

16

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

. PERKARA RM RM

1 Belanja Pentadbiran

~ Percetakan dan photostat 300

~ Belanja pos dan alat tulis 200 500

2 Belanja Operasi Pemasaran (MO)

~ Elaun petrol pengangkutan 800

~ Elaun pembayaran toll 300

~ Lain-lain 300 1400

3 Khidmat Masyarakat

~ Makanan 500

~ Cenderamata 500

~ Lain-lain 100 1100

4 Majlis Persembahan Kebudayaan

~ Jamuan para jemputan 3000

~ Jemputan persembahan 12000

~ Buku cenderamata 3000

~ Publisiti 1000

~ Gimik perasmian dan perbelanjaan protokol 600

~ Cenderamata perasmi 350 ~ PA system 12000 ~ Hiasan dewan 650 32600 5 Pameran ~ Buku risalah 300 300 6 Tugas-Tugas Khas

~ Proses Pengambilan AJK, kad dan sijil untuk AJK 100

~ Sidang media 100

~ Majlis pelancaran ~ Bengkel Pesta Ang Pow

300

500 1000

7 Lain-lain 800 800

Referensi

Dokumen terkait

Dilihat dari segi kepentingannya dalam istinbath, filsafat hukum Islam ini memang tidak menempati urutan teratas sebagaimana ilmu ushul fiqh, karena ia lebih

Kehidupan sosial SD Tawang Mas 01 sangat baik dan SD Tawang Mas 01 memiliki hubungan kekeluargaan yang sangat baik. Hubungan guru dengan kepala sekolah, hubungan

Pretpostavimo da promatramo manifestaciju nekog svojstva, kojeg moˇzemo kodirati s nu- lama i jedinicima, u skupu od n jedinki s obzirom na prediktore. Prema tome linearni model

• Sanksi yang berupa tindakan hukum untuk tidak memberlakukan sementara izin lingkungan dan/atau izin yang terkait dengan perlindungan dan penglolaan LH yang berakibat

Permintaan terhadap telur asin asap ini, dari hari ke hari semakin meningkat dimana sudah meningkat lebih dari 2 kali lipat (lebih dari 100%) dibandingkan sebelum

Cara cepat untuk mengatasi serta menurunkan kadar kreatinin dan ureum dalam darah dapat di atasi dengan menggunakan Obat Tradisional Kreatinin dan Ureum Dalam Darah Ace maxs

Hal ini berarti tiga tahun sebelum perusahaan ini dinyatakan delisting oleh BEI, hasil prediksi model Oshlon juga telah memprediksi kelima perusahaan ini akan mengalami