• Tidak ada hasil yang ditemukan

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI AZMAN HJ. MOKHTAR

PENGARAH URUSAN, KHAZANAH NASIONAL BERHAD DI MAJLIS PELANCARAN PROJEK TAMAN TUGU

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER 2016

ALUAN

 Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

 Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

 Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan mantan Pengerusi Khazanah Nasional

 Tuan rumah bersama –

o Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan

o Yang Berbahagia Datuk Seri Hj Mohd Amin Nordin bin Abd Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur

(2)

2

Yang Berhormat Barisan Ahli Jemaah Menteri

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Dif-Dif Kehormat

Rakan kerja pembangunan Projek Taman Tugu

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekelian,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam

1Malaysia

MUQADDIMAH

1. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah subhanahu wa ta’ala, kerana dengan izinNya, dapat kita berkumpul pada hari ini untuk sama-sama menyaksikan majlis pelancaran Taman Tugu, yang teretak di tapak seluas 66 ekar di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Insya-Allah, hutan yang terletak di belakang Tugu Negara ini akan diubah menjadi sebuah taman rimba kota yang akan dilengkapi kemudahan rekreasi dan pembelajaran untuk manfaat semua lapisan rakyat negara ini khususnya.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib atas pandangan jauhnya, yang memungkinkan tapak yang amat berharga dan bermakna ini dikembalikan semula kepada rakyat Malaysia buat selama-lamanya dalam bentuk sebuah taman rimba untuk dinikmati oleh semua.

(3)

3

3. Saya mewakili Khazanah Nasional, selaku dana pelaburan strategik Kerajaan, amat berbesar hati kerana diberi tanggungjawab untuk menerajui inisiatif sektor swasta ini, untuk memacu pembangunan taman ini, bersam-sama rakan pembangunan kami - khususnya tuan rumah berbersam-sama pada hari ini - Kementerian Wilayah Persekutuan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4. Saya rasa amat berterima kasih kerana dapat berkongsi kegembiraan majlis pelancaran pada hari ini dengan hadirin sekalian. Dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib dan Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kami di tapak yang penuh dengan kenangan dan sarat dengan sejarah pada petang ini.

NOTA UNTUK TMD - GAMBAR DIPAPARKAN DI SKRIN

1. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein sedang memeriksa kemajuan projek Tugu Negara. (28 Julai 1965)

2. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein melancarkan Taman Tasik Perdana. (1 Mei 1975)

Sememangnya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, seperti dapat kita saksikan dalam dua gambar bertarikh 28 Julai 1965 dan 1 Mei 1975 di layar di depan, jelas bahawa ayahanda Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, Allahyarham Tun Razak sendiri, yang juga merupakan bekas Presiden Lake Club, amat sayangkan kawasan taman persekitaran serta Tugu Negara dan hadir sendiri menyaksikan kemajuan pelaksanaan serta pelancarannya.

(4)

4

5. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana memberi keizinan untuk kami menggunakan tapak keramat Taman Tugu untuk acara pelancaran pada hari ini, yang secara kebetulannya berada pada masa negara kita baru menyambut Hari Kebangsaan dan selang beberapa hari sebelum kita menyambut Hari Malaysia. Sesuai dengan tapak dan tempoh keramat ini, saya ingin menjemput hadirin sekalian untuk memperingati sejenak jasa para wira kita di masa lampau, termasuk para pemimpin seperti Arwah Tun Razak serta para perajurit yang telah berkorban untuk negara, yang mana kenangan mereka diabadikan di arca Tugu Negara yang tersergam indah ini – Al

Fatihah.

Maklumat - Taman Tugu

6. Seperti yang hadirin sekalian dapat baca daripada risalah dan pameran di sekeliling kompleks ini dan juga persembahan video ringkas sebentar lagi, Projek Taman Tugu akan mengubah kawasan hutan terbiar seluas 66 ekar di belakang Tugu Negara ini menjadi taman rimba kota dengan pelbagai kemudahan untuk manfaat orang ramai. Salah satu komponen utama projek ini melibatkan pemuliharaan kira-kira 1,000 batang pokok hutan hujan serta penanaman kira-kira 5,000 batang pokok baharu. Suka saya sebutkan di sini bahawa benih-benih pokok Merbau yang hadirin sekalian tanam dalam perjalanan masuk sebentar tadi akan diletakkan di tapak semaian dalam taman ini sebelum diabadikan dalam rimba ini pada masa depan untuk menjadi tempat teduh generasi akan datang, insya-Allah.

7. Taman Tugu akan menampilkan pelbagai kemudahan bertaraf dunia di beberapa zon khusus bersekitar alam sekitar, rekreasi dan pembelajaran

(5)

5

termasuk sebuah pusat informasi hutan hujan, tapak perkemahan, titian silara (canopy walks) dan ‘zip lines’, kawasan permainan air, laluan joging, pejalan kaki dan basikal, gazebo dan pelantar pemandangan serta beberapa kedai yang menyajikan makanan dan minuman. Selain itu, taman ini akan menempatkan pusat pembelajaran dan inovasi yang akan dibangunkan dan diuruskan oleh Khazanah, yang antara lain, akan mempunyai sebuah perpustakaan awam, auditorium, ruang inovasi, galeri serta ruang yang boleh digunakan untuk mesyuarat dan penganjuran majlis tertentu.

8. Taman Tugu ini juga akan dijalinkan kepada kawasan sekitarnya melalui laluan pejalan kaki yang selamat dan dipertingkatkan yang menghubungkan hab pengangkutan dan tempat tumpuan orang ramai di sekiar Kuala Lumpur. Ini termasuk dek pejalan kaki yang menghubungkan KL Sentral ke Taman Botani Perdana melalui Muzium Negara dan juga dari Taman Tugu ke Taman Botani Perdana. Dari segi reka bentuk dan perancangannya, projek Taman Tugu direka dengan matlamat menghubungkan beberapa kawasan utama, selari dengan visi untuk menjadikan ibu kota ini metropolis bertaraf dunia bawah inisiatif Greater Kuala Lumpur. Bawah inisiatif ini, beberapa rangkaian pembangunan utama di Kuala Lumpur akan dipertingkatkan termasuk pengangkutan awam, hab pengangkutan di KL Sentral, taman-taman, termasuk jalinan ke River of Life serta akses ke tapak-tapak warisan dan budaya di sekitar Kuala Lumpur.

Penutup

Hadirin sekalian,

9. Sekali lagi, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan Kementerian Sumber Asli dan

(6)

6

Alam Sekitar kerana telah memberikan tapak tanah yang cukup bernilai ini, yang pada anggarannya bernilai kira-kira RM2.1 bilion. Sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab korporat Khazanah, kami berasa berbangga kerana diberi penghormatan untuk menerajui usaha reka cipta dan pembangunan projek Taman Tugu serta infrastruktur dan kemudahan yang berkaitan dengannya atas dasar bukan berteraskan keuntungan pada kos anggaran kira-kira RM650 juta, yang mana 75% daripadanya atau sehingga RM500 juta akan dibiayai oleh Khazanah.

10. Pelbagai komponen projek ini dijangka siap secara berperingkat antara tahun 2018 dan 2020, bermula dengan Taman Tugu pada tahun 2018. Bagi kami di Khazanah, alhamdulillah, sejak transformasi Khazanah dan Program Transformasi GLC yang telah dimulakan pada tahun 2004 bawah Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Badawi dan diperkukuhkan lagi pada tahun 2009 bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, seperti yang pernah diumumkan, setelah pengagihan dividen dan pembayaran cukai kepada Kerajaan, Khazanah masih berjaya mencatatkan keuntungan lebih daripada RM80 bilion dalam tempoh 12 tahun yang lalu, yang mana RM3 bilion daripadanya telah diperuntukkan kepada Yayasan Hasanah pada 2012 bagi menyokong pelbagai usaha kebajikan dan pembangunan negara. Peruntukan RM500 juta bagi Projek Taman Tugu ini adalah komitmen tambahan yang selari dengan usaha CSR terdahulu kami dan sesuai dengan sambutan Jubli Perak Khazanah yang bakal disambut pada tahun 2019.

11. Sesungguhnya Projek Taman Tugu bukannya usaha Khazanah semata-mata. Kami telah diminta untuk melaksanakannya dengan rundingan dan kerjasama dengan beberapa rakan pembangunan yang lain, yang mana saya ingin menyatakannya, dengan izin:

(7)

7

i. Jemaah Menteri, Majlis Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) atas kelulusan serta pendanaan separa

ii. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas sokongan, kelulusan dan serta pendanaan separa. iii. Jabatan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

(FRIM) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

iv. Penduduk dan jiran di sekitar kawasan Tugu Negara, termasuk Istana Selangor, Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS) Malaysia, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, Muzium Negara, KL Sentral, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bank Negara Malaysia dan beberapa tempat ibadat berdekatan. v. CIMB dan MRCB, yang berpengkalan di KL Sentral, atas

komitmen untuk menyumbang kepada pembiayaan bagi laluan perantaraan dari KL Sentral dan Prasarana Malaysia, yang telah menyatakan komitmen untuk meningkatkan jalinan di KL Sentral dan Taman Botani Perdana.

vi. Para perunding, jurutera, perancang, arkitek, Think City Sdn Bhd dan penyedia perkhidmatan yang lain yang merupakan rakan kerjasama pembangunan kami.

12. Seperti yang hadirin sekalian dapat saksikan, Projek Taman Tugu bukan sekadar Perkongsian Awam-Swasta tetapi lebih daripada itu, ia adalah suatu Perkongsian Awam-Swasta-Masyarakat Madani atau civil society. Hari ini, dengan pelancaran rasmi projek ini, kami juga akan memulakan program

outreach dengan orang ramai melalui pelbagai saluran untuk mendapatkan

(8)

8

banyak rakan kerjasama pembangunan dan penderma. Kami berharap anda dapat menyumbang kepada Projek Taman Tugu dengan cara ini dan kami amat mengalu-alukan maklum balas anda sekalian ke arah menjadikan Taman Tugu sebagai warisan kita bersama.

13. Sebelum saya mengakhiri ucapan, izinkan saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor serta rakan kerjasama pembangunan dan dif-dif jemputan khas yang lain kerana sudi bersama-sama kita pada hari. Kami benar-benar menghargai kehadiran anda sekalian.

Dengan izin Allah subhanahu wa ta’ala, saya berharap akan bertemu anda sekalian apabila Taman Tugu dibuka secara rasmi kelak, insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

Wabillahitaufik wal hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Referensi

Dokumen terkait

Keadilan komutatif lebih menguasai hubungan antara perseorangan khusus, sedangkan keadilan distributif terutama menguasai hubungan antara masyarakat (khususnya negara)

Sebagai pusat pelayanan, P2TP2A diharapkan dapat memberikan 5 (lima) jenis pelayanan yaitu pelayanan pengaduan, pelayanan kesehatan, pelayanan rehabilitasi sosial, pelayanan

Bagaimana membuat model atau rule yang akan digunakan untuk subsistem manajemen model pada sistem pendukung keputusan.. Bagaimana mengimplementasikan model yang ditemukan

Ketika ditanya apakah ada selama ini dari pihak penghulu KUA atau tokoh masyarakat mengadakan sejenis penyuluhan dan sosialisasi terhadap wali nasab untuk bisa

Menindaklanjuti perkembangan pelaksanaan APBD, berkaitan dengan kebutuhan nomenklatur kode rekening yang berdampak kepada pelaksanaan penyelenggaraan Pemerintahan Daerah

Walaupun Malaysia hanya menyumbang 0.7 peratus kepada pelepasan gas rumah kaca, Kerajaan akan terus memenuhi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sehingga

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang mana pada ketika itu

hidupnya berkualiti rendah, jika dalam sesuatu masyarakat terdapat individu atau kumpulan yang kualiti hidup mereka lebih tinggi dan yang lain pula hidupnya kurang berkualiti,