Anda pandai buat cake, anda pandai buat biskut dan ramai orang nak makan cake dan biskut anda. Kenapa anda tak nak buat? Ramai betul kawan saya yang sekarang membuat kek dan biskut dari rumah. Mereka menjual kepada penggemar kek dan biskut, ada yang dijual melalui online dan ada yang menjual melalui off-line melalui tempahan.
Anda ramai kawan, anda ada jiran. Mereka ada majlis untuk hari jadi dan yang lain-lain. Mungkin boleh menempah biskut dan kek dari anda. Saya sudah menjual kuih raya selama lebih 10 tahun pada musim perayaan dan dapat menambah sedikit pendapatan pada musim perayaan. Sekarang lebih ramai yang sukakan homemade biskut dari yang di beli dari kedai dibuat di kilang.
Anda juga boleh mengajar orang buat kek dan biskut jika anda pakar dalam membuat kek. Kakak saya mengajar orang buat kek, pendapatan sampingan dia sebulan pun boleh RM4000. Ambillah yuran yang murah pada mulanya, ramai orang nak belajar dan minta mereka membawa bahan mereka sendiri. Kek yang mereka buat mereka akan bawa balik.
Anda juga boleh jumpa mereka yang nak melangsungkan perkahwinan dan anda tawarkan doorgift pada mereka. Biskut dan kek yang kecil diberikan kepada kenalan dan sahabat handai yang datang. Pemasaran yang paling murah dan cepat adalah melalui facebook dan media internet.
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 55/65 54
Idea 51 ::
BONUS :: 11 nasihat bisnes
Idea / Nasihat bisnes
–
01"Jika buat bisnes , Jangan membabi buta"
Saya teringat seorang mentor berbangsa Cina yang mengajar saya 10 tahun dulu dalam selok-belok berniaga.
Babi selalu menyondol, tak kira apa yang ada di depan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Jika bisnes jangan macam tu. Bisnes bukan perjudian.
Bisnes perlu ada ilmu, bisnes perlu ada seni dan bisnes perlu ada matlamat.
sebab itu bisnes kita mengalami kerugian. Saya juga macam tu dulunya, tanpa ilmu, tanpa pengalaman main buat je sehinggalah saya dapat menguasai seni bisnes yang betul.
Idea / Nasihat bisnes
–
02MELIHAT MASA DEPAN BISNES
Ramai rakan niaga saya bila ditanya bagaimana melihat masa depan bisnes kita. Jangan melihat masa depan bisnes dengan mengunakan mata kita, perlunya melihat masa depan bisnes dengan masa depan mereka yang lebih muda 10-15 tahun dari kita.
Masa depan bisnes kita selalunya telah ketinggalan. Sebagai contoh umur kita sudah 45, apa masa depan bisnes yang berpotensi.
Jika dilihat masa depan umur kita, kita akan melihat skop yang kecil. Jika anda melihat mereka yang berusia 20an dan 30an. Apa mereka minat, apa mereka makan, apa mereka buat, apa mereka minat, apa mereka suka dan anda akan faham apa yang cuba saya sampaikan.
Idea / Nasihat bisnes
–
03 JAGA BISNES ANDA SENDIRI.Berbisnes bukan sekadar semangat yang berkobar-kobar. Berbisnes perlu ada seni. Jika hanya ada semangat , jika semangat hilang bisnes anda juga hilang.
Setiap hari kita belajar, setiap hari kita memperbaiki kesalahan yang ada.
Kekadang cabaran dalam bisnes membuatkan kita lwbih matang dan berpengalaman.
Jika anda ada bisnes, cuba perhatikan bisnes anda baik-baik. Lihat semula dsri kesempurnaan nya. Dari segi marketingnya, dari segi operasinya, dari segi pentadbirannya. Ya tentu kita anda buat silap dan salah sebelum ini...belajar dan perbaiki.
Di kawasan anda misalnya, apa kelebihan kedai anda? Apa keunikan kedai anda atau produk anda. Mungkin kelainan nya hanyalah sedikit contohnya layanan yang baik. Tapi dengan sedikit kelainan tadi anda lebih baik dari 20 kedai yang ada di situ.
Hari ni jom kita ke tengok bisnes kita. Tengok balik ada yang tak kena. Tengok apa yang ada masalah dan perbaiki. Mungkin dari masalah marketing nya, stafnya, operasinya.
Idea / Nasihat bisnes
–
04Idea bisnes pagi ini adalah idea hebat untuk anda mulakan bisnes kecil. Orang niaga perlu pandai cari peluang dan gunakan peluang yang ada.
Apa kuih yang anda pandai buat? Sedap tak sedap tolak tepi dulu. Kalau tak tahu buat kan boleh belajar.
Jika anda pandai buat kuih atau roti mungkin anda boleh menawarkan
perkhidmatan membuat kuih dan roti kecil-kecilan. Anda jangan jual kuih tepi jalan tapi anda tawarkan untuk catering.
Sebagai contoh, saya menawarkan 6 catering seminggu. Untuk 1000 orang tetamu kuih yang diperlukan adalah 2000 biji. Jika 6 majlis anda perlu siapka 12000 biji. Jika 3 biji seringgit anda dapat menjual RM 4000.
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 57/65 56
Jika anda ada kemahiran membuat roti. Anda menjual untuk sekolah dan di letak di kantin atau koperasi. Kalau satu sekolah menengah yang 1000
pelajarnya anda hantarkan 200 biji. Jika anda jual 80 sen sebiji untuk roti yang dijual seringgit untuk 4 sekolah berapa pendapatan anda? Saya kirakan.
Jualan
1 sekolah = 200 biji.
Yang laku mungkin 180 biji sehari.
180 biji x 5 hari.
Jika anda hantar untuk empat sekolah
=3600 biji × 0.80 Pendapatan seminggu
= RM2880.
Modal
Sebiji roti modalnya adalah 0.25 x 4000 biji
= RM1000 Untung
RM2880 - RM1000 Jumlah
RM 1880
Lumayan bukan. Nak senang kenalah berusaha.
Itu jika kira pendapatan seminggu. Jika saya kira pendapatan sebulan. Banyak kan...RM1880 x 4 minggu
Jumlahnya
RM 7520 Sebulan
Idea / Nasihat bisnes
–
05Salah satu bisnes yang keuntungannya adalah melebihi 100% adalah training.
Tahun 2014 adalah masanya bila dalam kegawatan.
Saya mencadangkan anda jika mahu mulakan bisnes kecil-kecil buatlah bisnes training kecil-kecil dulu. Anda boleh mulakan dengan apa sahaja kepakaran yang anda ada. Tengok kepakaran anda, apa yang anda pandai buat.
Jika anda pandai menjahit, jika anda pandai memasak, jika anda pandai berpidato, jika anda panda melukis, jika anda pandai berbahasa inggeris atau jika anda pandai matematik. Semua anda boleh ajarkan. Tawarkan kepada
orang lain walaupun seorang untuk mengajar.
Tak mungkin anda langsung tidak punya pengalaman walaupun sekecil
membuat kapal terbang kertas. Kapal terbang kertas boleh jadi bisnes dalam majlis-majlis opening atau penutup. Kapal terbang kertas boleh jadi
cenderahati.
Anjurkan mini seminar, anjurkan kelas , anjurkan stady group untuk semua ini.
Mulakan hari ini...
Moga idea ini semua berguna kepada anda. Mohon doakan saya dan saya mendoakan anda semua berjaya dan ceria juga dilindungi Allah.
Idea / Nasihat bisnes
–
06Buat bisnes kecil-kecil dulu. Tumpukan dengan jualan. Anda boleh mulakan dengan apa yang anda mahir. Contohnya adalah anda boleh berikan
perkhidmatan menjahit atau memasak jika anda pandai memasak atau menjahit.
Anda boleh jemput rakan anda yang anda biasa ke rumah anda dan
menawarkan harga berpatutan contohnya makan nasi arab di hujung minggu dengan harga RM20 sekepala. Jika dapat 20 orang yang datang tentu anda dapat jualan RM 400 jumlah yang hebat.
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 59/65 58
boleh mendapat lebih 1000 sebulan. Kalau ditolak kos mungkin untungnya RM 500 lumayan bukan?.
Idea / Nasihat bisnes
–
07Saya tak kenal Tiger Woods. Semalam saya membaca bukunya. Dia ditanya ramai orang bagaimana dia boleh sangat berjaya dalam golf.
Katanya ramai yang membuat teori sendiri. Ada yang kata, semangatnya, ada yang kata dia dilatih bapanya, ada yang kata sekolahnya, ada yang kata
fizikalnya yang sesuai. Mungkin sebahagiannya benar.
Dalam bukunya, dia berlatih setiap hari. Lebih 1000 bola dipukulnya untuk mendapat ketepatan. Hanya usaha yang kuat membawa dia berjaya itupun tak pasti. Dia mengaku menghambakan dirinya dengan apa yang dia minat dan dia impikan.
"Semua orang yang berjaya, bermula dari tempat dia berdiri sekarang".
Malam tadi lewat jam 1 pagi saya menonton tv. Satu dokumentari berkenaan pemuzik. Bermain biola dan piano. Wah rupanya bukan kerana bakat tetapi latihan yang kerap.
Idea / Nasihat bisnes
–
09 NASIHAT"Kita kalah dan terus kalah kerana putus asa, kita menang kerana semangat dan harapan."
Mungkin kita tidak pernah ada pengalaman diserang bertubi-tubi. Itu pengalamannya. Jika ada masalah datang, ianya akan anda merasainya.
Setiap hari kita tidak boleh menjangka hujan akan turun dengan lebatnya hingga banjir, kita tidak boleh mengawal gemba bumi, dan kita tidak boleh mengelak kemalangan. Yang boleh kita buat adalah sentiasa bersedia.
Kita perlu bertahan bila keadaan sukar, jangan sesekali putus asa dan menyerah kalah. Ianya sama dalam keadaan besar atau kecil.
Idea / Nasihat bisnes
–
10 SENI BERNIAGABelajar dengan siapa sahaja dan terus belajar. Belajar walau dengan anak-anak kecil.
Semakin dewasa kita semakin takut. Semalam saya bersama anak saya Ikhwan ramadhan yang umurnya belum dua tahun.
Dia riang, dia gembira bermain. Anak kecil lebih berani kerana mereka tidak mengenal risiko. Mereka buat dulu baru fikir. Banyak tindakan mereka akhirnya berjaya. Jika tidak mereka bangun dari jatuh dan mencuba semula tanpa putus asa. Jika tidak hari ini mereka akan sambung esok. Kita yang dewasa ni yang takut mereka mendapat bahaya.
Tetapi kekadang perkara yang kita tidak sangka boleh mereka capai dengan hati yang gembira.
Sangat berbeza dengan orang dewasa, mereka lebih berkira-kira. Lebih mengharapkan semua percubaan berakhir dengan kejayaan. Mereka berfikir panjang hingga tidak bergerak-gerak duduk di titik yang sama.
Idea / Nasihat bisnes
–
011Jika anda mula nak berniaga, kalau boleh elakkan perkara dibawah :- 1. Jangan buat ubahsuai kedai canggih manggih sampai habis beratus ribu sedangkan projek belum bermula.
2. Jangan buat pinjaman yang besar-besar dengan bank, lebih teruk jika pinjam dari adik beradik dan sahabat karib. Takut-takut jika bisnes ada masalah
hubungan kekeluargaan juga bermasalah.
3. Jangan buka terlalu banyak cawangan dengan pelbagai perniagaan kerana sukar dikawal selia.
4. Jaga bisnes anda sendiri terutama dalam bab kewangan
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 61/65 60
5. Jangan dibuat semua keputusan dengan hentam-keromo , tuntutlah ilmu bisnes.
6. Jangan tamak, fokus dengan matlamat anda.
Idea / Nasihat bisnes
–
012 KELUAR DARI KESEDIHANDiceritakan satu hari se ekor keldai milik seorang petani telah masuk ke sebuah lubang kolam. Petani tadi berfikir bagaimana mahu menolong keldai itu keluar sedangkan keldai itu terlalu berat dan mengambil keputusan menimbus sahaja keldai tersebut lagi pun keldai tadi sudah tua, tidak berguna lagi untuknya.
Petani itu mengambil skop , cangkul dan pongkis dan menimbus kolam itu dengan tanah dan dia meminta bantuan dari jirannya. Apa yang menakjubkan keldai tadi menggoncang-goncangkan badannya dan tanah tersebut turun ke bawah. Bila jatuh ke bawah keldai tadi memijak tanah tersebut. Diulang hingga satu perkara yang menakjubkan pada keldai tadi akhirnya keldai itu dapat meloncat keluar dari lubang.
Jika anda masih di dalam masalah dan kesedihan anda seperti keldai di dalam kolam tersebut, sebenarnya anda akan ditimbus lebih banyak sampah dan tanah oleh dunia sekeliling anda. Sudah jatuh lebih ditimpa-timpa.
Tanah dan sampah itu sebenarnya adalah masalah dan kesedihan. Anda perlu menggoncangkan tanah dan sampah yang dituang orang dalam kolam tersebut dari badan anda agar jatuh ke bawah. Lalu sedikit demi sedikit anda perlu pijak tanah tersebut dan cuba melompat keluar dari lubang tersebut. Jika tidak, sampah dan tanah tersebut yang di buang orang dalam kolam tadi akan membunuh anda.
Nasihat : Bebaskan diri dari kebencian, bebaskan fikiran dari kecemasan, hiduplah sederhana, berilah lebih banyak, tersenyumlah serta milikilah teman yang boleh membuat anda tersenyum. Ini lumrah dunia . Faham ke ni?.
Idea / Nasihat bisnes
–
013BAGAIMANA ANDA MAHU LAKUKAN UNTUK BERSARA AWAL ?
Biasanya umur persaraaan adalah antara 60 - 65 tahun, tidak mustahil untuk anda merancang untuk bersara lebih awal dari itu. Saya berikan 15 tips bagaimana anda boleh bersara awal dari umur persaraan. Beberapa perkara perlu anda buat dan ikut peraturan yang telah saya berikan.
1. RANCANG UMUR PERSARAAN ANDA.
Anda perlu menetapkan matlamat umur berapa untuk anda bersara, misalnya umur anda sekarang adalah 37 tahun, mungkin anda mahu bersara pada umur 40 tahun.
2. LEARN TO MANAGE FINANCES.
Terdapat banyak cerita orang yang menang loteri berjuta dan akhirnya papa kedana. Sebelum anda memikirkan bagaimana boleh anda mendapat banyak lagi duit, anda perlu belajar bagaimana menguruskan duit dengan baik.
mulakan simpanan untuk hari persaraan anda. Mula untuk berjimat dan membeli perkara yang lebih penting terlebih dahulu.
3. BELAJAR
Anda harus belajar sesuatu yang anda minat sebelum anda bersara, jika ada degree atau diploma lebih baik. Jika tidak anda boleh menumpukan beberapa perkara kemahiran yang boleh mendatangkan duit bila zaman persaraan nanti.
4. MEMBUAT SIMPANAN AWAL DAN LAKUKANNYA SEKERAP MUNGKIN
Lebih kerap dan lebih awal anda menyimpan lebih cepatlah anda pencen. Gaji sekarang anda asingkan siap-siap untuk anda menyimpan. Buat satu tabungan khas yang tidak diusik dan target untuk jumlah yang kita dapat. Saya
nasihatkan untuk menyimpan sekurangnya 10% dari hasil bulanan anda.
5. REDUCE YOUR EXPENSES.
Anda bukan semestinya mengikat perut untuk tidak berbelanja. Cuba ambil kertas dan senaraikan apa yang anda beli dan belanja setiap bulan. Sebenarnya lebih 15% yang anda beli adalah perkara yang anda tidak perlukan.
http://slidepdf.com/reader/full/51-idea-bisnes 63/65 62
==============================
10 TIPS KEJAYAAN BEKERJA DARI RUMAH
1. MENYEDIAKAN TEMPAT KERJA KHAS YANG SELESA
Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. Tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.
Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai meja yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan mengharapkan duit masuk.
. .
2. BEKERJA MENGIKUT WAKTU.
Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. Kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. Masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asyik nak ke pasar je. Mana kerja nak menjadi dan nak siap.
.
3. HUBUNGAN DENGAN KERJA SECARA BERTERUSAN
Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.
.
.4. AMBIL MASA REHAT
Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. Contohnya ambillah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.
. .
5. JANGAN DIBERSIHKAN.
Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. Kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mood untuk bekerja. Biarkan bersepah...
. .
6. DISIPLIN
Kalau nak buat perjumpaan, cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari.
Jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.
..
7. TINGGALKAN RUMAH SEHARI DALAM SEMINGGU
tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.
. .
8. BUAT KERJA SECARA RUTIN 1. Bangan tidur,
2. Bersihkan diri, mandi dan bersiap. Jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja 5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan