• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor Pemerintah Kerajaan Rom Timur Ketika Itu

EMPAT

4.9 PERKAITAN ISTILAH AL-RÕM ATAU ROM DENGAN KONSEP PEMIKIRAN KRITIS MODEN ATAU BARAT

4.9.4 Faktor Pemerintah Kerajaan Rom Timur Ketika Itu

Aspek keempat yang menghubungkan konsep pemikiran kritis barat dengan istilah al- RËm adalah faktor pemerintah atau Kaisar Empayar Rom Timur atau Byzantine ketika itu. Raja Byzantine ketika itu ialah Flavius Heraklius Augustus (575 – 641 M)98, seorang pemerintah yang mempunyai pemikiran dan sikap yang kritis. Beliau adalah raja kerajaan Rom Timur yang telah dikalahkan oleh kerajaan Parsi ketika itu. Setelah kekalahan yang pertama, beliau telah membuat strategi untuk bangkit semula bagi mengalahkan raja Parsi kemudiannya. Menyedari kelemahan tentera Parsi pada armada lautnya, Heraklius telah mengambil kesempatan menggunakan kekuatan angkatan tentera lautnya untuk menyerang balas daripada belakang99 dan teknik tersebut telah berjaya. Itu merupakan antara strategi atau taktik peperangan yang telah beliau ambil untuk mendapat kemenangan semula.

Untuk mengetahui serba sedikit latar belakang mengenai Maharaja Heraklius, sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Ibn „AbbÉs daripada AbÊ SufyÉn bin Harb dalam kitab Sahih al-Bukhari telah menceritakan kisah pengalaman beliau (AbË SufyÉn) dengan Maharaja Rom itu sendiri.100 Berdasarkan kisah ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa Heraklius adalah seorang raja yang bijaksana, cerdik, teliti serta mempunyai ciri-ciri pemikir yang sangat kritis. Ini diakui oleh Syeikh Abdul Halim Mahmud dalam bukunya Islam dan Akal, yang menyatakan bahawa metodologi Heraklius mencari kebenaran tentang Rasulullah SAW “melambangkan beliau seorang yang luas pandangan dan berlapang dada. Pendekatan ini terus dihayati oleh semua

98 Flavius Heraclius Augustus (575 – 641 M), memerintah kerajaan Rom Timur atau Empayar Byzantine dari tahun 610 hingga 641 M), dicapai 20 Disember 2014, http://en.wikipedia.org/wiki/Heraclius;

http://global.britannica.com/EBchecked/topic/262495/Heraclius.

99 A. Yusuf Ali, The Holy Qur‟Én: Text, Translation and Commentay (Maryland, USA: Amana Corp.,

orang yang dianugerahi Allah dengan pandangan jauh, berlapang dada, cerdik, berpandangan tajam, berhati-hati, insaf serta bertaufik.”101 Sungguhpun begitu, penulis buku tersebut sekadar memaparkan dialog atau soal-jawab yang berlaku antara Heraklius dan AbË SufyÉn sahaja.102 Tidak ada rumusan tentang kisah tersebut atau catatan mengenai pengajaran yang perlu diambil atau komentar yang boleh memberi manfaat kepada pembaca.

Kehebatan Heraklius juga telah terbukti dengan kejayaannya mengalahkan semula pasukan tentera kerajaan Parsi ketika itu. Malah beliau juga sebenarnya meyakini dan mengetahui berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengkajiannya tentang kebenaran Rasulullah SAW sebagai Rasul Utusan Allah SWT dan seruan baginda SAW kepada Islam.103 Ini dapat dilihat daripada respon Heraklius kepada AbÊ SufyÉn setelah dia diajukan dengan berbagai-bagai pertanyaan oleh Maharaja Rom itu.

Heraklius telah berkata:

ِْٓ١َرب٘ َِِٟذَل َغ ِضَِٛ ُهٍَِّْ١َ َف بّمَؽ ُيٛمَر بِ َْبو ِْْبف ةٌط ِسب ُٗجَّٔأ ٍَُُْػأ ُذُْٕو ْذَل َٚ ,

ُٗجَّٔأ ُُّٓظأ ُْٓوأ ٌَُْ ,

ُُْىِِْٕ

َُٖءبمٌِ ُذّْجَّ َغَزٌَ ِْٗ١ٌَِا ُصٍُْ أ ِّٟٔأ ٍَُُْػأ ِّٟٔأ ٍََْٛف , َِِٗذَل َْٓػ ُذٍَْ َ ٌَ َُٖذِْٕػ ُذُْٕو ٌَْٛ َٚ ,

.

Terjemahan: Jika benar apa yang awak katakan itu, maka dia (Rasulullah SAW) akan menduduki tempat di bawah kedua kakiku ini.

Dan sesungguhnya aku mengetahui (daripada kitab) bahawa dia akan muncul tetapi aku tidak menyangka dia adalah daripada kalangan kamu (orang Arab). Maka sesungguhnya jika aku tahu aku dapat sampai kepadanya, pasti aku akan bersegera berjumpa dengannya. Dan andainya aku bersamanya, sudah pasti aku akan membasuhkan kakinya (sebagai tanda penghormatan).104

Sekali lagi, pada penghujung kisah ini, setelah Heraklius mengumpulkan para pembesarnya di istana, beliau telah berucap di hadapan mereka dengan berkata:

؟ِّٟججٌَّٕا از٘ اُٛؼِ٠بجُزَف ُُْىُىٍُِْ َذُجْضَ٠ ْْأ َٚ ِذْش ُّشٌا َٚ ِػلََفٌا ِٟف ُُْىٌَ ًَْ٘ َِٚ ُّشٌا َشَ ْؼَِ ب٠

Terjemahan: Wahai pembesar-pembesar Rom, jika kamu mahukan kejayaan, petunjuk yang benar, dan kerajaan yang kekal, maka berilah

101 MaÍmud, ‘Abd al-×alÊm, Islam dan Akal. Terj: Mohd Fakhrudin Abd Mukti (Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995), 250.

102 Ibid, 250 – 253.

103 Al-QaraÌÉwÊ, Al-Quran Berbicara tentang Akal dan Ilmu Pengetahuan, 131.

104 Al-BukhÉrÊ, Sahih al-Bukhari, 1: 10.

perjanjian taat setia kepada Nabi itu (Nabi Muhammad SAW, yang bermaksud agar memeluk Islam).105

Setelah mendengar pandangan Maharaja Heraklius, para pembesar Rom yang hadir bertempik dan bertempiaran lari ke arah pintu-pintu yang sudah sedia berkunci.

Heraklius melihat kebencian para pembesarnya terhadap Islam dan beliau merasakan tidak ada harapan mereka mahu menerima agama yang dibawa oleh Nabi MuÍammad SAW itu. Amat malang beliau sendiri bersikap mementingkan kekuasaan, kedudukan, status dan popularitinya sebagai maharaja, sehingga beliau sanggup membelakangkan kebenaran yang telah diketahuinya dan sekadar berpuas hati menuruti kehendak pada pembesar dan rakyatnya yang kurang cerdik dan tidak kritis itu. Beliau tetap memilih kesesatan dan kekafiran, semata-mata ingin mempertahankan kekuasaannya.106 Sikap demokratik, yang sekadar ingin mengikuti suara majoriti, yang semberono dan mengutamakan kepentingan diri akhirnya telah menghalang beliau daripada benar- benar menjadi seorang tokoh pemikir kritis yang unggul. Beliau kecundang akhirnya, tertewas kepada kehendak hawa nafsu yang lebih mementingkan keduniaan dan kekuasaan.107

Al-QaraÌÉwÊ menegaskan bahawa mereka yang memegang tampuk pemerintahan dan kepemimpinan amat sukar untuk menyatukan ketundukan kepada kebenaran dengan kekuasaan mereka. Contoh ini dapat dilihat kepada sikap dan tindakan yang diambil oleh Heraklius. Golongan seperti ini, walaupun mereka mengetahui kebenaran dan mengakuinya di dalam hati, namun mereka lebih mencintai kekuasaan. Inilah penyakit kebanyakan pemerintah dan pemegang kekuasaan. Ia juga merupakan antara faktor yang menghalang seseorang daripada tunduk untuk menerima

kebenaran.108 Hanya sedikit sahaja pemerintah atau ketua kerajaan yang selamat daripada penyakit ini, antaranya adalah Ratu Saba‟.

Kisah Raja Heraklius ini boleh menjadi suatu contoh anekdot perbandingan yang amat baik untuk difikirkan. Ia jauh berbeza dari segi keberanian dan kehebatan akal dan pemikiran seorang pemerintah wanita, iaitu Ratu kerajaan Saba‟, sebagaimana firman Allah SWT:

























Al-Naml 27: 23 Terjemahan: Sesungguhnya aku (hud-hud) mendapati seorang perempuan memerintah mereka dan dia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan dia pula mempunyai singgahsana yang besar.

Maharaja negara Saba’ ini, yang juga merupakan seorang wanita, adalah seorang raja yang adil, bijaksana, berhemah, teliti dan mempunyai kriteria sebagai seorang pemikir kritis yang unggul juga.109 Walaupun mengamalkan kaedah demokrasi dalam pemerintahannya dan sentiasa mementingkan pandangan majlis mesyuarat kabinetnya, beliau mengambil langkah bijak yang menyelamatkan dirinya untuk kehidupan di dunia juga di akhirat, dengan terus tunduk merendah diri mengakui kebenaran kerasulan Nabi SulaymÉn AS dan menerima Islam sebagai agamanya. Al-Quran menjelaskan kenyataan ini, sebagaimana firman-Nya:

...





































Al-Naml 27: 44 Terjemahan: … Dia (Nabi SulaymÉn AS) berkata: “Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca.”

(Mendengar yang demikian), dia (Balqis) berkata: “Wahai Tuhan-ku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri-ku sendiri dan (sekarang aku

108 Al-QaraÌÉwÊ, Al-Quran Berbicara …, 137.

109 Ikuti dan fahami kisah Ratu negara Saba’ di dalam al-Quran, surah al-Naml (27), ayat 20 – 44.

menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi SulaymÉn, kepada Allah Tuhan sekalian alam.”110

Sudah pasti Ratu Saba’ menjadi contoh teladan yang baik buat rakyatnya kerana kebiasaannya rakyat akan mengikuti agama anutan rajanya. Kerana itu juga, kerajaan Saba‟ menjadi negara yang adil, hebat, kaya, aman, dan makmur selama beberapa abad sehinggalah Allah SWT mentakdirkan sebaliknya.111

Berbeza pula dengan nasib Maharaja Heraklius yang akhirnya kehilangan sekeping demi sekeping tanah jajahan serta kerajaannya di Syria yang berjaya diambil oleh umat Islam, sehingga akhirnya dia terpaksa meninggalkan negara tersebut.

Sambil menitiskan air mata, beliau berkata: “Selamat tinggal Suria, selamat tinggal yang tidak akan bertemu lagi.” Inilah azab dunia yang besar bagi pemimpin-pemimpin kafir yang menentang Allah SWT itu. Di akhirat kelak azab yang lebih pedih bakal menanti mereka.112

Dokumen terkait