• Tidak ada hasil yang ditemukan

Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama

51

8.1 Definisi

Frasa Nama

Frasa nama ialah binaan frasa yang boleh terdiri daripada satu patah perkataan atau beberapa patah perkataan yang mengandungi kata nama sebagai intinya. Frasa nama berfungsi sebagai subjet ayat dan juga boleh berfungsi sebagai objek yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja.

Frasa Kerja

Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata intinya ialah kata kerja. Frasa kerja terdiri daripada frasa kerja tidak transitif, frasa kerja transitif dan frasa kerja pasif.

Frasa Adjektif

Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Frasa adjektif ialah frasa yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama.

STANDARD KANDUNGAN

5.3 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

STANDARD PEMBELAJARAN

DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5 5.3.1 Mengenal pasti dan menggunakan

frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan betul mengikut konteks.

5.3.1 Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks.

8.0 FRASA NAMA, FRASA KERJA, FRASA ADJEKTIF DAN

52 Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Frasa sendir nama boleh juga sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu.

8.2 Penggunaan Frasa

i. Contoh penggunaan pelbagai jenis frasa dalam penulisan resume A. MAKLUMAT PERIBADI

Memohon jawatan Pensyarah Mata Pelajaran Bahasa Melayu Nama Amni Zakirah Binti Haji Amir

Umur 29 Tahun

Tarikh Lahir 14 Januari 1990

Tempat Lahir Hospital Terendak Kem Melaka Warganegara Malaysia

Bangsa Melayu

Jantina Perempuan

Status Bujang

E-mel [email protected] Nombor telefon 012-6334205

Alamat

No. 11A, Jalan Kristal 2/14, Taman Impian Perdana, 40300 Shah Alam.

Selangor

B. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Bil Tahap Sekolah/Institusi Tahun Keputusan

1 Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian

(Seni Kreatif) Universiti Malaysia Sabah 2010-2013 3.76 2 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) SMK Datuk Haji Ibrahim

Talib 2008-2009 3.84

3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Bandar Bestari

Perdana 2007 2 A1, 1 A2, 2 B4,

2 C5, 1 D7, 2 E8 4 Penilaian Menengah Rendah (PMR) SMK Bandar Bestari

Perdana 2005 2A, 3B, 3C

5 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan

Bandar Nusa 2002 1A, 2B, 2C

C. PERWATAKAN PERIBADI 1. Mampu berkomunikasi dengan baiknya

2. Sentiasa sabar untuk mendapat lebih banyak ilmu dan pengalaman 3. Melaksanakan tugas yang diberikan dengan bersungguh-sungguh 4. Sangat menepati masa dan berdisiplin

5. Amanah dalam tanggungjawab yang diserahkan 6. Menerima teguran dengan baiknya

D. PENGALAMAN KERJA

Bil Jawatan Tempat Keterangan

1 Pelatih Industri (Pembantu Pejabat, Khidmat Pelanggan)

Jabatan Cetak

Kerajaan Sabah Lulus latihan Industri selama enam bulan mulai 4 April 2013 hingga 19 September 2013. Saya telah diiktiraf sebagai pelatih terbaik. Saya telah melakukan pelbagai jenis tugas. Saya mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

E. KEMAHIRAN & KEBOLEHAN

1. BAHASA 2. KEMAHIRAN PERISIAN 3. KEBOLEHAN

Bahasa Melayu (Sangat Baik)

Microsoft Office

(Word,Power Point, Excel) Internet application, Adobe Ilustrator, Adobe Photoshop CS5, Picasa,

Photoscape,Blogging

Dapat menggunakan komputer dengan baiknya.

Menghasilkan skrip drama Gelombang,

Mencipta puisi bertajuk Aura Mimpi

Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama mata pelajaran

pelatih industri khidmat pelanggan pembantu pejabat komputer

menggunakan komputer

menghasilkan skrip drama

mencipta puisi

sangat baik sabar amanah sangat

menepati masa

di bawah dengan baiknya sebagai pelatih

terbaik

54

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

ii. Contoh penggunaan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dalam syair

Syair: Sayangi Bahasa dan Sastera

Kausayangi bahasa ibunda warisan tradisi tandingan tiada jangan dibiarkan bahasa dipersenda agar martabatnya kekal di persada Bahasa ilmu bahasa komunikasi menjadi wahana maju generasi santun diujar pelbagai variasi selisih faham mampu diatasi Sastera pula penyambung wacana syair gurindam alunan pesona teramat gah di mana-mana di bumi tercinta di pentas buana Kita pertahankan warisan bangsa pusaka berharga terus perkasa bahasa dan sastera sanjungan nusa berkembang mekar di arus masa ROSLAH MOHD RANI

Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama bahasa ibunda mampu diatasi maju di mana-mana warisan tradisi berkembang mekar di pentas buana martabatnya kita pertahankan teramat gah di persada bahasa dan sastera jangan dibiarkan terus perkasa di bumi tercinta

syair gurindam kausayangi di arus masa

penyambung

wacana berkembang

mekar alunan pesona

pusaka berharga sanjungan nusa

55

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

iii. Contoh Kesalahan

Kesalahan umum penggunaan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Frasa Salah Betul Penjelasan

Frasa nama beberapa orang

pekerja-pekerja beberapa orang

pekerja Apabila kata bilangan yang menunjukkan makna jamak

digunakan, kata nama itu tidak boleh

digandakan.

Baju-bajunya cantik-cantik belaka.

Bajunya cantik-

cantik belaka. Apabila kata adjektif dalam sesuatu ayat itu digandakan, kata nama dalam ayat tersebut tidak perlu digandakan lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana kata adjektif yang

digandakan sudah membawa maksud jamak. Sebaliknya, jika kata nama digandakan , kata adjektif tidak perlu digandakan lagi.

Frasa Adjektif Pemandangan di kampungnya sekali indah.

Pemandangan di kampungnya indah sekali.

Kata penguat “sekali”

perlu diletakkan di belakang kata adjektif kerana “sekali” ialah kata penguat belakang.

Dialah pelari yang

terhandal sekali. Dialah pelari yang

terhandal. Kata penguat tidak diperlukan lagi jika kata adjektif itu diimbuhi awalan ter-. Hal ini dikatakan demikian kerana awalan ter- pada kata adjektif sudah membawa makna

“paling”.

Walau bagaimanapun, untuk imbuhan ter- yang tidak membawa maksud

“paling”, penggunaan kata penguat

dibenarkan.

Contoh:

Sangat terkenal sekali (Betul)

56

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

8.3 Latihan Pengukuhan

i. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah dan buat pembetulan.

Frasa Salah Betul Penjelasan

Saya suka durian. Saya suka akan

durian. Kata adjektif emotif perlu diikuti oleh kata sendi nama “akan”.

Frasa Kerja Pasukan bola sepak Selangor bertemu pasukan bola sepak Perlis dalam

perlawanan akhir Piala Malaysia.

Pasukan bola sepak Selangor bertemu dengan pasukan bola sepak Perlis dalam

perlawanan akhir Piala Malaysia.

Dalam konteks ini, kata sendi nama “dengan”

wajib digunakan untuk membentuk frasa kerja tak transitif

berpelengkap yang gramatis.

Jambangan bunga ini digubah olehku.

Jambangan bunga ini kugubah.

Kesalahan bentuk frasa kerja pasif diri

pertama. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

Frasa Sendi

Nama di arus masa pada arus masa Penggunaaan kata sendi

di tidak boleh

digunakan untuk masa, waktu dan zaman sejak dari

dahulu lagi

sejak dahulu lagi /

dari dahulu lagi

Dua kata sendi nama tidak boleh hadir berturutan.

Ubat-ubatan moden masa ini terdiri daripada lebih 30 peratus bahan yang berasal dari tumbuhan. Dijangkakan sumber baharu ubat-ubatan pada masa hadapan akan banyak bergantung kepada hasil penemuan kajian yang dilakukan terhadap bahan tumbuhan yang digunakan di dalam perubatan tradisional. Malah, tidak hairanlah jika sekiranya pengkaji Jepun mendakwa yang mereka menemukan bakal penawar AIDS yang berasal daripada tumbuhan, iaitu kangkung liar. Kangkung liar ini banyak terdapat di Indonesia dan Malaysia yang dikenali dengan nama saintifiknya Merimia mammosa.

57

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

Jawapan

ii. Nyatakan jenis frasa yang bergaris di bawah sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)

a. Kami akan melancong ke negara Jepun pada bulan depan.

_______(FK)__________

b. Keluarga Encik Ahmad ke Kota Bharu dengan menaiki kapal terbang.

_______(FS)__________

c. Baju yang dipakai oleh Syuhada itu sangat tebal kerana dia tidak tahan akan cuaca yang sangat sejuk.

_________(FA)__________

d. Kebanyakan nelayan tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh.

_________(FS)__________

e. Kejohanan sukan sekolah kami yang diadakan pada minggu lepas sungguh meriah sekali.

_________(FN)__________

f. Kepesatan sektor pelancongan menyumbang kepada peningkatan pendapatan ekonomi negara.

__________(FK)__________

Jawapan a. FK b. FS c. FA d. FS e. FN f. FK

Kesalahan Bahasa Pembetulan

ubat-ubatan moden masa ini ubat-ubatan masa ini/ ubat-ubatan moden

dari tumbuhan daripada tumbuhan

bergantung kepada bergantung pada

di dalam perubatan tradisional dalam perubatan tradisional

jika sekiranya jika / sekiranya

mendakwa yang mereka mendakwa bahawa mereka

58

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

8.4 Cadangan Aktiviti

1. Tulis sebuah cerpen berdasarkan peribahasa, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Gunakan laras sastera atau kreatif dalam aktiviti ini.

Gariskan sekurang-kurangnya dua Frasa Nama (FN), dua Frasa Kerja (FK), dua Frasa Adjektif (FA) dan dua Frasa Sendi Nama (FS) dalam cerpen tersebut.

2. Hasilkan sebuah skrip iklan dengan menggunakan keempat-empat frasa dan kemudian melakonkan iklan tersebut. Gunakan laras iklan dalam aktiviti ini.

Catat dua Frasa Nama (FN), dua Frasa Kerja (FK), dua Frasa Adjektif (FA) dan dua Frasa Sendi Nama (FS) yang terdapat dalam iklan tersebut.

59

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas

9.1 Definisi

Ayat dasar bermaksud ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Semua ayat itu dapat dikesan rangka dasarnya yang berasal daripada pola tertentu.

Pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis:

Konstituen Subjek Konstituen Predikat

i. Frasa Nama Frasa Nama

ii. Frasa Nama Frasa Kerja

iii. Frasa Nama Frasa Adjektif

iv. Frasa Nama Frasa Sendi Nama

STANDARD KANDUNGAN

5.3 Memahami dan menggunakan ayat yang sesuai dalam pelbagai bidang . STANDARD PEMBELAJARAN

DSKP KSSM BM Tingkatan 4 DSKP KSSM BM Tingkatan 5 5.3.2 Mengenal pasti dan menggunakan

ayat dasar yang betul. 5.3.2 Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut konteks.

Dokumen terkait