• Tidak ada hasil yang ditemukan

KARYA PEMIKIRAN KRITIS OLEH PENULIS NUSANTARA

SATU

1.7 KAJIAN LITERATUR

1.7.2 KARYA PEMIKIRAN KRITIS OLEH PENULIS NUSANTARA

22

Sorotan literatur mengenai konsep pemikiran kritis di Nusantara, ada yang bersifat Islamik dan selebihnya mengutarakan kefahaman pemikiran kritis yang umum. Pada peringkat awal, kebanyakan karya ditulis dalam ruang lingkup yang berkaitan dengan akal kerana pemikiran kritis merupakan sebahagian daripada fungsi minda atau kerja akal. Berikut sebahagian penulisan yang dihasilkan karyawan Nusantara berhubungkait dengan idea pemikiran kritis, sama ada yang bercorak Islamik atau bentuk pemikiran kritis barat.

Syed Sheikh bin Ahmad al-Hadi61 yang menulis buku Ugama Islam dan Akal, menyatakan bahawa Islam adalah agama yang benar dan kekal, sentiasa selari dan tidak bercanggah dengan pemikiran orang-orang yang berakal apabila mereka menyelidik serta memeriksa dengan halusnya segala kehendak dan tujuan setiap perintah dan larangan agama. Oleh itu, Islam memberi penghormatan amat tinggi terhadap akal serta menanggungkan ke atasnya bebanan taklif untuk mengetahui kewujudan Allah SWT, ketauhidan-Nya serta kudrat dan kekuasaan-Nya seperti yang tergambar pada semua kejadian alam yang luas ini. Ini antara kelebihan dan kegunaan akal yang dibincangkan buku ini.

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran, buku ini membahas fungsi-fungsi akal agar memerhati segala kejadian alam dan berfikir tentangnya, memikir tentang sunah dan peraturan Allah SWT yang tidak pernah berubah, menyiasat asal usul segala sesuatu, hubungan sebab akibat sesuatu kejadian, mendengar dan menilai dengan baik segala yang didengar, dan mempelajari segala ilmu berkaitan alam ini, termasuk tubuh badan manusia, kejiwaan, masyarakat, perubatan, falak dan lain-lain. Al-Quran juga mencerca manusia yang tidak menggunakan akal dan tidak mahu membebaskan minda daripada belenggu warisan nenek moyang atau taklid kepada pemimpin yang menyesatkan.

Secara asasnya, walaupun tiada rujukan secara langsung kepada istilah pemikiran kritis

61 Syed Sheikh bin Ahmad al-Hadi, Ugama Islam dan Akal (Kota Bharu, Kelantan: Percetakan Pustaka Dian, 1965).

di dalam karya ini tetapi bahasannya mencakupi sebahagian daripada elemen-elemen penting pemikiran kritis yang dikenali hari ini.

Karya Harun Nasution62 bertajuk Kedudukan Akal dalam Islam, mengupas beberapa persoalan, seperti kedudukan akal dan wahyu dalam Islam, kedudukan akal dalam sejarah Islam, akal dan wahyu dalam pemikiran Islam, dan kedudukan akal dalam al-Quran dan Hadis. Penggunaan akal untuk mengembangkan ilmu pengetahuan sebenarnya didorong oleh al-Quran sendiri, berdasarkan ayat-ayat kawniyyah, yang mengandungi perintah agar manusia meneliti alam sekitarnya. Banyak ayat al-Quran yang mendorong manusia agar mengunakan akal serta banyak berfikir. Pengarangnya menyertakan beberapa istilah yang mempunyai erti pemikiran, seperti dabbara, faqiha, nazara, tafakkara, dan „aqala. Namun begitu, hitungan bilangan penggunaan kata-kata ini dalam al-Quran agak kurang tepat.63 Sebutan yang menggambarkan sifat pemikiran seorang muslim ialah ‟ulu al-’albÉb dan ‟ulu al-„ilm. Walau apa pun, catatan ringkas ini menjadi landasan asas bagi kajian pengkaji untuk menyemak dan menyelidik lebih lanjut tentang kajian semantik istilah-istilah yang berkaitan pemikiran kritis.

Senu Abdul Rahman dan lain-lain,64 yang menulis Revolusi Mental, memuatkan di dalamnya satu bab mengenai “Fikiran Keritis”65 dalam bahagian “Mengubah Sikap.”

Fikiran kritis, disebut juga dalam tulisan ini sebagai fikiran logik, rasional atau fikiran jelas, merupakan satu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan mengenal dan memahami masalah tersebut dengan jelas, memikir seberapa banyak jalan atau alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut, menilai dan memilih alternatif paling sesuai, merancang pelaksanaan alternatif tersebut, melaksanakannya, dan menilai semula sama ada ianya berhasil dan memberi kesan baik.

62 Harun Nasution, Kedudukan Akal dalam Islam (Jakarta: Yayasan Idayu, 1979).

63 Pembaca buku ini sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak menerimanya begitu sahaja. Contohnya, kata dabbara (8x), faqiha (20x), nazara (30x), tafakkara (16x), dan „aqala (lebih 30x). Mungkin ini anggaran penulisnya sahaja. Penyelidikan yang pengkaji lakukan menunjukkan bilangan sebenar 4, 20, 129, 18, dan 49 kali bagi setiap satu istilah, berdasarkan Mu‘jam al-Mufahras.

64 Senu Abdul Rahman, Ed., Revolusi Mental (cet. ke-2, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu, 1973).

65 Bentuk ejaan lama bagi fikiran kritis.

24

Pemikiran kritis juga bermakna melihat dari semua segi atau aspek dalam mencari kebenaran. Ia menggalakkan seseorang mencari bukti, memilih, menilai, menimbang, dan menetapkan mana yang benar atau salah. Orang yang berfikiran kritis juga mudah dan cepat memahami implikasi sesuatu perkara dan dapat membuat jangkaan-jangkaan baru.66

Buku Pemikiran Kritis hasil nukilan Mohd Michael Abdullah, menjelaskan bahawa pemikiran kritis tidak sekadar membincangkan soal nilai (baik atau buruk) tetapi juga soal fakta (benar atau salah), soal bahasa (jelas atau kurang jelas), dan terutama sekali soal susunan hujah (sah atau tidak sah).67 Aspek utama dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu kaedah memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat. Kadangkala bidang ini juga dinamakan sebagai penganalisisan penghujahan.68 Sinonimnya pemikiran kritis dengan logik sehingga ia sering kali dinamakan logik informal atau logik terapan.69 Buku ini juga membahaskan pernyataan dan penggunaan bahasa, teori himpunan, pemikiran dengan himpunan, struktur hujah, kebenaran dan kesahihan, deduksi dan induksi, analogi, hujah lemah, dan penilaian hujah.

Ainon Mohd & Abdulah Hassan,70 pengarang karya Pemikiran secara Logik &

Kritis, di mana edisi buku ini diadaptasi daripada buku Pemikiran Logikal & Kritikal71 yang diterbitkan pada 1996. Karya edisi baru memuatkan 11 bab, termasuk mengenai pemikiran, budaya dan pemikiran, persepsi, pemikiran kritikal, menyelesaikan masalah, keputusan, dan sebagainya. Bagi pengarang buku ini, orang yang mahir pemikiran adalah mereka yang pandai melihat perkara yang sama dengan menggunakan sudut- sudut pandangan yang berbeza; memiliki persepsi yang luas, mendalam dan pelbagai;

66 Senu Abdul Rahman, Revolusi Mental, 209 – 219.

67 Mohd Michael Abdullah, Pemikiran Kritis (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995), 3.

68 Ibid., 3.

69 Ibid., 4.

70 Ainon Mohd & Abdulah Hassan, Pemikiran secara Logik & Kritis (Bentong, Pahang: PTS Millennia Sdn. Bhd., 2005).

71 Ainon Mohd & Abdullah Hassan, Pemikiran Logikal & Kritikal (Utusan Publications, 1996).

pandai mencipta konsep dan idea baru; bijak membuat ramalan; mencari maklumat baru; mentafsir informasi lama dengan persepsi baru; bijak menentukan keutamaan; dan memberi nilai pada maklumat.72

Tulisan Som Hj. Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli73 bertajuk Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK), ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Baru, Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi rujukan para guru dan juga orang awam tentang kemahiran pemikiran. Penulisan ini memaparkan pengenalan kepada konsep kemahiran pemikiran dan kepentingannya, strategi pengajaran dan pembelajaran KBKK, pemikiran kritis peringkat rendah dan tinggi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, pemikiran kreatif dan alat-alat pemikiran.

Menurut pengarang buku ini, pemikiran kritis mempunyai dua tahap, iaitu peringkat rendah dan tinggi. Pemikiran kritis peringkat rendah melibatkan kemahiran membanding dan membeza, membuat kategori, membuat sekuens atau urutan, meneliti bahagian kecil dan keseluruhan, serta menerangkan sebab. Manakala pemikiran kritis peringkat tinggi pula membabitkan kemahiran membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi, serta mencari sebab dan membuat kesimpulan. Buku ini memberikan contoh-contoh spesifik bagi para guru untuk menerapkan pengajaran kemahiran-kemahiran pemikiran dalam pengajaran mereka.74 Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapati al-Quran juga menggunapakai skil-skil dan elemen-elemen asas tersebut untuk menerapkan kemahiran berfikir kritis kepada pembacanya.

Hasil karya Mohd Azhar Abdul Hamid,75 iaitu Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif, merupakan rujukan yang baik dan menyeluruh untuk mengetahui konsep

72 Ibid., 13.

73 Som Hj. Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli, Kemahiran Pemikiran Secara Kritis & Kreatif (KBKK) (Petaling Jaya, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd., 1998).

74 Ibid., rumusan buku.

75 Mohd Azhar Abdul Hamid, Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif (Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2001).

26

pemikiran kritis dan pemikiran kreatif secara umum dan segala aspek penting berkaitan dengannya. Dalam mendiskusikan “Falsafah Pemikiran,” pengarangnya menyentuh beberapa isu berkenaan falsafah pemikiran menurut Islam, seperti fungsi akal terhadap Allah SWT, manusia dan alam; hubungan akal, roh-kalbu, nafsi dan jasad; prinsip pemikiran Islam; kursus pemikiran dan akidah Islam, logik zaman Islam, dan sebagainya. Prinsip dan kaedah pemikiran Islam mestilah berkiblatkan al-Quran dan al- Hadis yang berasaskan paradigma tauhid.76 Konsep dan fungsi pemikiran kritis dipaparkan secara umum. Beberapa bab difokus kepada aspek merangka dan membina soalan kritis, membina konsep, membina hujah, menganalisa sumber maklumat, dan lain-lain lagi.

Buku tulisan Lok, Chong Hoe77 bertajuk Pemikiran Kritis dan Logik, walaupun tajuknya kelihatan seperti relevan tetapi isi kandungannya tidak menepati seperti apa yang pengkaji inginkan. Karangan ini memberi tumpuan kepada kemahiran dalam bidang logik yang boleh digunakan untuk berhujah secara betul dan berkesan, menganalisis bahan-bahan bacaan secara efektif, membina hujah dan alasan yang kukuh, dan mencari falasi dalam hujah yang lemah.

Chua, Yan Piaw78 menghasilkan karya Creative and Critical Thinking Styles.

Buku ini membantu pembacanya mengenali gaya pemikiran mereka sendiri, sama ada gaya pemikiran kreatif atau pemikiran kritis ataupun pemikiran seimbang, dengan menjawab soalan-soalan ujian Yan Piaw Stail Kreatif-Kritis. Oleh itu, mereka dapat mengenali kelebihan dan kelemahan cara mereka berfikir, di samping mengetahui maklumat berkenaan KBKK. Pembaca dipaparkan dengan teori-teori, model, dan bukti penyelidikan berkaitan dengannya. Selain itu, ia juga menolong pembaca memperbaiki

76 Ibid., 18 – 21.

77 Lok, Chong Hoe, Pemikiran Kritis dan Logik (Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2003).

78 Chua, Yan Piaw, Creative and Critical Thinking Styles (Serdang: Universiti Pertanian Malaysia Press, 2004).

kemahiran berfikir dengan menghindarkan faktor-faktor halangan kepada pembentukan KBKK dan mengamalkan strategi tertentu seperti yang disaran buku ini.

Danial Zainal Abidin, dalam bukunya Quran Saintifik79, menyebut al-Quran sememangnya mahukan umat Islam memiliki “minda saintifik,” iaitu akal yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu membuat andaian dan kesimpulan berdasarkan apa yang dicerap. Minda saintifik juga menolak sebarang laporan atau pandangan yang tidak disokong dengan dalil atau bukti.80

Buku Critical Thinking: An Islamic Perspective, ditulis oleh Muhammad Mumtaz Ali.81 Penulis karya ini menegaskan keperluan kepada Islamic Revivalist Framework of Critical Thinking (IRFCT) atau Pembaharuan Rangka Kerja Pemikiran Kritis Islam sebagai alternatif untuk perkembangan ketamadunan yang komprehensif.

Tujuan IRFCT ialah untuk mengatasi ketiadaan konsistansi logik dalaman pada suatu pernyataan, idea, polisi dan untuk menjadikannya benar dan logikal. Buku ini juga membincangkan tentang konsep, perspektif dan methodologi IRFCT serta halangan- halangannya. Namun ia tidak menyentuh tentang definisi konsep pemikiran kritis Islam itu sendiri.

1.7.3 KARYA PEMIKIRAN KRITIS OLEH PENULIS MUSLIM

Dokumen terkait