ê
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
i
Penghargaan
Cetakan Pertama 2018
©Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan modul ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.
Penerbit:
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W,
Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 WP, Putrajaya
Tel : 03-2148 1011 Faks : 03-2148 1011
Laman Web : http://www.jkjr.gov.my Laman sesawang PKJR : www.pkjr.gov.my Reka letak dan atur huruf
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
Muka taip teks : Arial
Saiz muka taip teks : 11 poin
Penghasilan buku ini melibatkan usahasama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia kerana telah berjaya mengkoordinasi dan menyelaras proses pembangunan modul ini menerusi Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus bekerjasama dalam menyempurnakan penghasilan modul ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang berikut:
Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia Jemaah Nazir dan Jaminan Kulaiti Jabatan Pendidikan Negeri
Pejabat Pendidikan Daerah Universiti Malaya
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
ii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
FALSAFAH PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya.
Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat menyumbang keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
iii
KANDUNGAN HALAMAN
Pengenalan Modul DéGuru PKJR 1
Objektif Modul DéGuru PKJR 1
Kandungan Modul DéGuru PKJR 1
Jadual Pelaksanaan Bengkel Modul DéGuru PKJR 3
BAHAGIAN A
Slot 1: Latar Belakang PKJR 6
Panduan Pelaksanaan Slot 1 6
Objektif 6
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 6
Langkah Pelaksanaan Slot 1 6
Bahan yang Diperlukan 7
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 1 8
Senario Keselamatan Jalan Raya 8
Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010 8
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2010 10
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di Malaysia 11
Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR 11
Rumusan 12
Slaid Slot 1 14
BAHAGIAN B
Slot 2 : Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 1 41
Panduan Pelaksanaan Slot 2 41
Objektif 41
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 41
Langkah Pelaksanaan Slot 2 41
Bahan yang Diperlukan 42
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 2 43
Kandungan Ceramah 43
Input 1 : Pengenalan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 43
Input 2 : Statistik Kemalangan Jalan Raya Dunia 43
Input 3 : Statistik Kemalangan Jalan Raya di Malaysia 43 Input 4 : Input Keselamatan Jalan Raya bagi Pengguna Kereta 43
Contoh Sumber Rujukan 43
Slaid Slot 2 45
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
iv BAHAGIAN C
Slot 3 : Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 2 78
Panduan Pelaksanaan Slot 3 78
Objektif 78
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 78
Langkah Pelaksanaan Slot 3 78
Bahan yang Diperlukan 79
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 3 80
Kandungan Ceramah 80
Input 1 : Keselamatan Jalan Raya bagi Pengguna Motosikal 80 Input 2 : Keselamatan Jalan Raya bagi Pengguna Basikal 80 Input 3 : Keselamatan Jalan Raya bagi Pejalan Kaki 80 Input 4 : Mengenai Papan Tanda di Jalan Raya, Jenis-jenis Garisan, 80 Penggunaan Lampu dan Lorong Kecemasan
Contoh sumber rujukan 80
Slaid Slot 3 82
BAHAGIAN D
Slot 4: Panduan Penggunaan Modul PKJR Sekolah Rendah 109
Panduan Pelaksanaan Slot 4 109
Objektif 109
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 109
Langkah Pelaksanaan Slot 4 109
Bahan yang Diperlukan 110
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 4 111
Pengenalan 111
Memperkenalkan Falsafah PKJR 111
Memperkenalkan Slogan PKJR ‘WASPADA BUDAYA KITA’ 111
Memperkenalkan Modul PKJR 111
Memperkenalkan Ikon Utama atau Rakan PKJR 113
Mengenali dan Memahami Kandungan Modul PKJR 114
Cara Penyerapan Ilmu Keselamatan Jalan Raya dalam PdP Bahsa Melayu 116 Kemahiran Mendengar dan Bertutur (Contoh Tahun Dua) 116 Contoh Penulisan Objektif PdP Kemahiran Mendengar dan Bertutur 117
Kemahiran Membaca (Contoh Tahun Dua) 117
Contoh Penulisan Objektif PdP Kemahiran Membaca 117
Kemahiran Menulis (Contoh Tahun Dua) 117
Contoh Penulisan Objektif PdP Kemahiran Menulis 117
Aktiviti Kumpulan (Teknik Stesen) 117
Persembahan Tugasan 118
Rumusan 118
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
v
Slaid Slot 4 120
BAHAGIAN E
Slot 5: Input Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) 139
Panduan Pelaksanaan Slot 5 139
Objektif 139
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 139
Langkah Pelaksanaan Slot 5 139
Bahan yang Diperlukan 139
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 5 140
Bengkel Pengaplikasian Kemahiran Bahasa Berdasarkan Tema yang
Terkandung dalam DSKP Bahasa Melayu 140
Tema-tema yang terkandung dalam DSKP Bahasa Melayu 140 Objektif PdP Standard Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah 140 Penyerapan Nilai Murni dalam Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah 140
Kandungan Kemahiran PKJR 140
Contoh PdP dengan Penyerapan Ilmu PKJR 147
Slaid Slot 5 151
BAHAGIAN F
Slot 6 – Slot 9: Merancang Strategi PdP dengan Penyerapan Ilmu Keselamatan 168
Jalan Raya
Objektif 168
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 168
Langkah Pelaksanaan Slot 6 - Slot 9 168
Bahan yang Diperlukan 168
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 6 – Slot 9 169 Slaid Slot 6 171 LAMPIRAN
A Borang Penilaian Input Keselamatan Jalan Raya dan Pelaksanaan PKJR dalam 190 Bilik Darjah (Ujian Pra dan Pasca)
B Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan 192
C Pekeliling Pelaksanaan Modul PKJR 2009 193 D Pekeliling Pelaksanaan Modul PKJR 2015 195
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
vi SENARAI SINGKATAN
BAM – Buku Aktiviti Murid BBM – Bahan Bantu Mengajar
BM – Bahasa Melayu
BPG – Buku Panduan Guru
DSKP – Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran HP – Hasil Pembelajaran
IPGM – Institut Pendidikan Guru Malaysia JKJR – Jabatan Keselamatan Jalan Raya KJR – Keselamatan Jalan Raya
KPM – Kementerian Pendidikan Malaysia
MIROS – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia PdP – Pengajaran dan Pembelajaran
PKJR – Pendidikan Keselamatan Jalan Raya RPH – Rancangan Pengajaran Harian SK – Standard Kandungan
SP – Standard Pembelajaran VAA – Video, Audio dan Animasi
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
1 PENGENALAN MODUL DéGURU PKJR
Modul Pendedahan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya atau Modul DéGuru PKJR, dirancang oleh JKJR dan MIROS bertujuan untuk memberikan panduan yang lebih jelas kepada para guru agar dapat mengaplikasi penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu (BM) secara optimum. Peserta bengkel merupakan guru dalam perkhidmatan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di seluruh negara. Modul ini akan dilaksanakan selama tiga hari atau mengambil masa selama 19 jam.
OBJEKTIF MODUL DéGURU PKJR
Objektif modul ini adalah seperti yang berikut:
meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan membudayakan keselamatan jalan raya dalam kalangan guru,
mengaplikasikan ilmu keselamatan jalan raya berdasarkan modul PKJR dalam PdP BM secara optimum;
melahirkan guru yang mahir menyerapkan ilmu keselamatan jalan raya dalam PdP BM.
KANDUNGAN MODUL DéGURU PKJR
Modul ini telah dirangka untuk mencapai objektif program PKJR di Malaysia. Kandungan modul adalah seperti yang berikut:
Bahagian A
Slot 1: Latar Belakang PKJR (1 jam 30 minit)
Slot ini menerangkan latar belakang PKJR yang merangkumi Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020, dan Pengenalan PKJR di Malaysia.
Bahagian B
Slot 2: Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 1 (2 jam)
Slot ini mengandungi tiga input iaitu input pertama berkaitan statistik keselamatan jalan raya dunia, input kedua statistik kemalangan jalan raya di Malaysia dan input ketiga adalah berkaitan keselamatan jalan raya bagi pengguna kereta.
Bahagian C
Slot 3: Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 2 (2 jam 30 minit)
Slot ini mengandungi empat input, iaitu input pertama keselamatan jalan raya bagi pengguna motosikal, manakala input kedua ialah keselamatan bagi pengguna basikal, input ketiga pula ialah keselamatan jalan raya bagi pejalan kaki dan input yang keempat ialah mengenai papan tanda di jalan raya, jenis-jenis garisan, penggunaan lampu dan lorong kecemasan.
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
2 Bahagian D
Slot 4: Panduan Penggunaan Modul PKJR Sekolah Rendah (2 jam)
Slot ini bertujuan untuk memberikan panduan tentang penggunaan Modul PKJR sekolah rendah kepada peserta. Peserta akan diberikan pendedahan tentang cara untuk menggunakan Buku Aktiviti Murid (BAM), Buku Panduan Guru (BPG), pemacu pena-video, audio dan animasi (VAA) dan kit pembelajaran.
Bahagian E
Slot 5: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Penyerapan ilmu PKJR (2 jam)
Slot ini menerangkan kandungan kemahiran bahasa Melayu yang merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis dalam PdP BM. Pengaplikasian pelaksanaan kemahiran DSKP BM dilaksanakan dengan menyerapkan ilmu PKJR dalam PdP. Langkah pelaksanaan aktiviti PdP diperincikan untuk setiap tema yang terkandung dalam DSKP BM dengan menyerapkan ilmu PKJR.
Bahagian F
Slot 6 – Slot 9: Merancang Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan Penyerapan Ilmu PKJR (9 jam)
Slot ini bertujuan untuk memberikan input tentang strategi PdP yang menyerapkan ilmu PKJR dalam PdP BM sekolah rendah bagi tiga kemahiran bahasa kepada peserta. Para peserta akan berbengkel dalam kumpulan untuk menyediakan strategi PdP mengikut tema dalam DSKP di samping menyerapkan ilmu PKJR. Seterusnya, peserta akan membentangkan hasil tugasan kumpulan dalam sesi pembentangan.
PENUTUP
Modul DéGuru PKJR ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang jelas kepada guru-guru untuk mengaplikasikan penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Seterusnya, modul ini dapat mengubah tingkah laku pengguna jalan raya di Malaysia menerusi pendekatan pendidikan dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak hingga ke peringkat sekolah menengah.
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
3
JADUAL PELAKSANAAN BENGKEL MODUL DéGURU PKJR – (Jurulatih)
PAGI / TENGAHARI PETANG
HARI / MASA 08:30 – 09 :00 09:00 – 10:30 10 :30 – 11 :00 11:00 – 1:00 01:00 – 2:30 2:30 – 5:00
1 Pendaftaran
Ujian pra Slot 1 : Latar Belakang
PKJR
Minum pagi
Slot 2 : Ceramah Keselamatan Jalan
Raya 1
Rehat dan makan tengah hari
Slot 3 : Ceramah Keselamatan Jalan Raya 2
2
Slot 4 :
Panduan Penggunaan Modul PKJR
Minum pagi
Slot 5 : DSKP dan penyerapan ilmu
PKJR
Rehat dan makan tengah hari
Slot 6 :
Strategi PdP dengan penyerapan ilmu PKJR
HARI / MASA 08:30 – 10:30 10 :30 – 11 :00 11:00 – 1:00 1:00 – 2:30 2:30 – 4:30 2:30 – 5:00
3
Slot 7 Bengkel
Perancangan Pengajaran Mikro
Minum pagi
Slot 8 Pengajaran Mikro &
refleksi
Rehat dan makan tengah hari
Slot 9 Pengajaran Mikro &refleksi
Ujian pasca, Refleksi dan Rumusan
Jumlah Peserta:
40 orang setiap bengkel 20 orang daripada Tahap 1 20 orang daripada Tahap 2
Jumlah Jurulatih Minimum 2 orang
Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) Ujian Pra & Ujian Pasca
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
4
JADUAL PELAKSANAAN BENGKEL MODUL DéGURU PKJR – (Peserta)
PAGI / TENGAHARI PETANG
HARI / MASA 08:30 – 09 :00 09:00 – 10:30 10 :30 – 11 :00 11:00 – 1:00 01:00 – 2:30 2:30 – 5:00
1 Pendaftaran Slot 1 :
Latar Belakang PKJR
Minum pagi
Slot 2 : Ceramah Keselamatan Jalan
Raya 1
Rehat dan makan tengah hari
Slot 3 : Ceramah Keselamatan Jalan Raya 2
2 Slot 4 :
Panduan Penggunaan Modul PKJR Minum pagi
Slot 5 : DSKP dan penyerapan ilmu
PKJR
Rehat dan makan tengah hari
Slot 6 :
Strategi PdP dengan penyerapan ilmu PKJR
HARI / MASA 08:30 – 10:30 10 :30 – 11 :00 11:00 – 1:00 1:00 – 2:30 2:30 – 4:30 2:30 – 5:00
3
Slot 7 Bengkel
Perancangan Pengajaran Mikro
Minum pagi
Slot 8 Pengajaran Mikro &
refleksi
Rehat dan makan tengah hari
Slot 9 Pengajaran Mikro &refleksi
Refleksi dan Rumusan
Modul DéGuru PKJR Slot 1
6 BAHAGIAN A
SLOT 1: LATAR BELAKANG PKJR
1.1 PANDUAN PELAKSANAAN SLOT 1
1.1.1 Objektif
Pada akhir sesi, peserta dapat:
i) menghuraikan tentang latar belakang serta pengenalan PKJR, ii) merumuskan kepentingan PKJR kepada murid sekolah rendah.
1.1.2 Masa: 1 jam 30 minit
1.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa i) Ujian Pra : 15 minit ii) Sesi Taaruf : 15 minit iii) Pengenalan PKJR : 1 jam 1.1.4 Langkah Pelaksanaan Slot 1
Bil. Kandungan/Aktiviti Masa Catatan
1 Pengenalan
Ujian Pra diberikan kepada semua peserta
Sesi Taaruf (Citra Kumpulan)
Fasilitator melaksanakan sesi taaruf.
i. Peserta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4-5 peserta.
ii. Setiap kumpulan berbincang untuk menghasilkan satu tagline dan juga sorakan / tepukan kumpulan yang paling menarik dan sesuai dengan nama kumpulan dengan tema keselamatan jalan raya.
iii. Sorakan / tepukan kumpulan perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi dalam kumpulan
15 minit
15 minit
Soalan ujian pra diberikan
kepada peserta (Borang Google /salinan keras)
Teknik
Perbincangan Aktiviti
kumpulan
Mencipta dan kreatif
Modul DéGuru PKJR Slot 1
7
Bil. Kandungan/Aktiviti Masa Catatan
2 Pembentangan
Peranan dan Fungsi Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
Senario Keselamatan Jalan Raya
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
PKJR di Malaysia
Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR
Rumusan
1 jam Pembentangan slaid powerpoint oleh jurulatih
Tayangan Video Sesi soal jawab
1.1.5 Bahan yang Diperlukan
Bil. Bahan Jumlah
1 Borang ujian pra Disertakan (Lampiran A)
2 Slaid powerpoint Disertakan
3 Video Disertakan
Modul DéGuru PKJR Slot 1
8
1.2 PERINCIAN LANGKAH PELAKSANAAN SLOT 1
1.2.1 Senario Keselamatan Jalan Raya
Dari perspektif global, secara purata sebanyak 3,500 pengguna jalan raya terkorban akibat kemalangan jalan raya di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 500 orang kanak-kanak kehilangan nyawa dan ribuan yang cedera di jalan raya (UN News Center, 2015). Menurut UN World Health Organization (WHO), bagi setiap 4 minit, seorang kanak-kanak terkorban sehingga mengakibatkan 186, 300 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun mati disebabkan kemalangan jalan raya setiap tahun.
Justeru, kecederaan akibat kemalangan jalan raya adalah faktor utama kematian di seluruh dunia bagi remaja yang berumur antara 15 hingga 17 tahun.
Dalam konteks Malaysia pula, secara purata 18 hingga 20 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan setiap hari. Kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi isu besar yang sangat membimbangkan. Kemalangan jalan raya banyak berlaku pada musim-musim perayaan sehingga membawa impak negatif kepada keluarga mangsa dan kehilangan modal insan kepada negara. Hal ini demikian kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan kepada mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan, serta latihan pekerjaan dan akhirnya tidak dapat memberi sumbangan kepada negara kerana terlibat dalam kemalangan.
Justeru, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 hingga 2010 dan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014 hingga 2020 telah dirangka.
1.2.2 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
1.2.2.1 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010
Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 hingga 2010 telah dirangka khusus untuk dijadikan garis panduan dan hala tuju mengenai dasar, sasaran dan program keselamatan jalan raya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Pelan tindakan tersebut telah menetapkan satu perancangan menyeluruh dengan pendekatan yang seimbang dalam melaksanakan inisiatif keselamatan jalan raya berdasarkan konsep empat 4E, iaitu pendidikan (education) penguatkuasaan (enforcement), kejuruteraan (engineering) dan persekitaran (environment). Di samping itu, peruntukan kewangan dan mekanisme lain yang terlibat dalam pelaksanaan strategi-strategi serta keutamaan yang telah diberi tumpuan dalam merealisasikan matlamat kerajaan bagi menangani masalah keselamatan jalan raya sehingga tahun 2010.
Terdapat sembilan strategi yang diperkenalkan sebagai asas dan rangka kepada program keselamatan jalan raya dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006- 2010 seperti berikut:
i) Penambahan dan pengekalan pendidikan serta langkah-langkah psikologi dalam mengangani isu keselamatan jalan raya;
ii) Mengurangkan kecuaian manusia dengan menggabungkan dan menggunapakai kepakaran teknologi;
Modul DéGuru PKJR Slot 1
9
iii) Mempertingkat dan meneruskan pendekatan kejuruteraan;
iv) Meningkatkan penyertaan masyarakat yang melibatkan majikan, pemimpin masyarakat, ahli politik, pemimpin agama, pakar pendidikan, badan professional, organisasi sukarela dan kumpulan pemuda untuk mencapai pelaksanaan program dan inisiatif keselamatan jalan raya yang lebih komprehensif dan berkesan;
v) Menggalakkan penggunaan kenderaan awam bagi mengurangkan pendedahan terutamanya bagi golongan berisiko tinggi iaitu penunggang motosikal;
vi) Fokus kepada perbezaan jurang keselamatan jalan raya (selain dari yang telah dinyatakan) dengan matlamat untuk mencapai faedah kos yang optimum dalam pengangihan sumber;
vii) Tumpuan kepada pengguna jalan raya yang berisiko tinggi dengan kemalangan iaitu penunggang dan pembonceng motosikal, pemandu dan penumpang kenderaan dan pejalan kaki;
viii) Mengkaji semula dan mempertingkatkan peraturan-peraturan keselamatan jalan raya; dan
ix) Mempromosikan perkongsian dana di antara orang awam dan pihak swasta bagi menjalankan program keselamatan jalan raya.
Strategi pertama telah dijadikan asas dalam program keselamatan jalan raya.
Pendidikan mengenai keselamatan jalan raya merupakan asas kepada perubahan tingkah laku, kemahiran dan sikap pengguna jalan raya. Pendidikan keselamatan jalan raya ini bukan sahaja dapat memberikan input berkenaan dengan keselamatan jalan raya, malah turut dapat memberikan kesedaran tentang risiko yang berlaku di jalan raya. Pengguna jalan raya yang mudah terdedah kepada bahaya seperti pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal serta pemandu perlu diberikan latihan asas pendidikan yang secukupnya melalui program pendidikan yang direka khas bermula dengan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah.
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil. 1/2006 bertarikh 15 Mei 2006 telah memutuskan supaya Program PKJR dilaksanakan di sekolah. Pelaksanaan program ini melibatkan kerjasama pintar antara dua kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Pelaksanaan program ini dilakukan bersama- sama agensi dan jabatan di bawah kedua-dua kementerian yang memikul tanggungjawab masing-masing.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan projek rintis PKJR di Pasir Mas, Kelantan kepada murid- murid sekolah rendah. Program ini telah dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah mulai tahun 2007. Program ini dilaksanakan dengan menyediakan peralatan khusus bagi memperlengkap sekolah dan para guru untuk memupuk kesedaran keselamatan di jalan raya.
Modul DéGuru PKJR Slot 1
10
1.2.2.2 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020
Bertitik-tolak daripada pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006- 2010, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan. Langkah yang diambil dalam merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 serta pelaksanaannya adalah berpandukan kepada Tindakan Sedekad Global yang menekankan keperluan program-program keselamatan jalan raya yang berorientasikan hasil. Oleh itu, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 akan berfokuskan hasil dan langkah-langkah intervensi. Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 dirangka bagi tujuan:
i) meningkatkan usaha-usaha dalam mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia;
ii) menyokong saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menjayakan Tindakan Sedekad bagi Keselamatan Jalan Raya; dan
iii) mendapatkan sokongan politik dan sumber yang mencukupi bagi memberi inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya.
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 ini dirangka berasaskan kepada lima Tonggak Strategik ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan melalui pelaksanaan strategi yang menyeluruh. Lima tonggak tersebut ialah:
i) Tonggak strategik 1 – Pengurusan Keselamatan Jalan Raya;
ii) Tonggak strategik 2 – Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat;
iii) Tonggak strategik 3 – Kenderaan Yang Lebih Selamat;
iv) Tonggak strategik 4 – Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat;
v) Tonggak strategik 5 – Pengurusan Punca Kemalangan.
Lima Tonggak Strategik ini telah diterjemahkan kepada enam Hasil Akhir dan sepuluh Hasil Pertengahan. Oleh itu, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014- 2020 memberi satu kerangka kerja yang kukuh bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya di negara ini. Tonggak Strategik 4 iaitu ‘Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat’ memberikan penekanan terhadap penambahbaikan tingkah laku pengguna jalan raya. Justeru, program-program yang menyeluruh bagi memperbaiki tingkah laku pengguna jalan raya telah dirancang dengan teliti. PKJR telah dikenalpasti sebagai satu program pendidikan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi mengubah tingkah laku dan mewujudkan budaya berwaspada di jalan raya.
Modul DéGuru PKJR Slot 1
11
Tonggak strategi 4 telah dijadikan landasan untuk terus memperkasa PKJR bagi melahirkan generasi yang bertingkah laku positif dan bertanggungjawab di jalan raya.
1.2.3 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di Malaysia
PKJR ialah satu inisiatif jangka panjang yang bermula dari peringkat taska bagi melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Usaha bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah merupakan satu langkah yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan, keharmonian, kemakmuran dan pembangunan negara.
PKJR merupakan proses pendidikan sepanjang hayat dan harus bermula pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak. PKJR menjadi sebahagian daripada budaya dan amalan mereka. Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan kanak-kanak bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, PKJR juga perlu diajarkan agar kanak-kanak dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri serta menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.
PKJR yang dirangka merupakan satu usaha kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Objektifnya adalah mendedahkan murid-murid di sekolah rendah dan menengah kepada pengetahuan keselamatan jalan raya. PKJR diajar melalui penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Mesyuarat penyelarasan PKJR peringkat pertama telah diadakan pada 16 Ogos 2006 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).
Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa peringkat permulaan pelaksanaan PKJR dibuat secara rintis dengan melibatkan 1000 sekolah rendah di seluruh negara pada tahun 2007. JKJR bertindak sebagai urus setia bagi pihak Kementerian Pengangkutan. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula mewakili pihak KPM.
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) yang dipengerusikan oleh KPPM Bil.
1/2008 bertarikh 4 Ogos 2008 telah meluluskan cadangan Pelaksanaan PKJR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) di sekolah rendah dan menengah. Program PKJR dilaksanakan sebagai sisipan dalam mata pelajaran BM secara menyeluruh kepada murid-murid Tahun 1 bermula pada 9 Jun 2008.
1.2.4 Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan PKJR pada 11 September 2014 telah memutuskan satu semakan semula modul PKJR perlu dilakukan setelah hampir 10 tahun pelaksanaan program tersebut. Kajian Keperluan Semakan Semula Modul PKJR telah dijalankan oleh MIROS pada tahun 2015. Hasil kajian mendapati bahawa modul PKJR perlu disemak semula dengan penambahbaikan. Hal ini selaras dengan peredaran zaman yang lebih menjurus kepada perkembangan teknologi maklumat, globalisasi serta isu-isu keselamatan jalan raya yang terkini. Selain itu, semakan perlu
Modul DéGuru PKJR Slot 1
12
dilakukan supaya modul PKJR selaras dengan perubahan kurikulum baharu pembelajaran di sekolah iaitu daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Setelah hampir 10 tahun dilaksanakan, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM42 juta dalam pembentangan bajet Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) untuk melaksanakan Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR. Peruntukan ini telah disalurkan kepada JKJR bagi tempoh lima tahun bermula 2016 hingga 2020. Rentetan daripada itu, MIROS telah diberikan mandat oleh JKJR untuk melaksanakan projek tersebut. Pada tahun 2016, Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR telah berjaya menghasilkan Modul PKJR Semakan bagi peringkat sekolah rendah dan sebanyak 24 buah di Malaysia telah terlibat dalam kajian rintis penggunaan modul tersebut. Modul PKJR Semakan sekolah rendah ini akan digunakan di seluruh negara pada tahun 2019.
1.2.5 Rumusan
PKJR di Malaysia telah dirangka bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak hingga sekolah menengah supaya PKJR menjadi sebahagian daripada amalan budaya positif masyarakat di Malaysia. Inisiatif jangka masa panjang ini diharap dapat membentuk dan melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah, berhati-hati dan berwaspada semasa menggunakan jalan raya. Pelaksanaan PKJR ini, diharapkan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang akan sentiasa mengamalkan sikap safety first di jalan raya.
Waspada Budaya Kita
LATAR BELAKANG
PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR) SEKOLAH RENDAH
SLOT 1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIAPENGENALAN 2
JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
14
VISI DAN MISI JKJR 3
Peneraju Dasar Keselamatan Jalan Raya Melalui Transformasi Advokasi Berinovasi
• Ke Arah Membudayakan Keselamatan Jalan Raya dalam Kalangan Masyarakat Melalui Advokasi bagi Mengurangkan Kadar Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya yang Berterusan Setiap Tahun.
• Peneraju Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Setaraf Negara Maju Melalui Advokasi dan Pendidikan.
• Komited Untuk Memperkasa Pendekatan Srategik Secara Holistik Bagi Melahirkan Generasi Yang Membudaya Keselamatan Jalan Raya.
4
• JKJR ditubuhkan pada 15 September 2004 sebagai peneraju Advokasi Keselamatan Jalan Raya bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta mengurangkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya;
• Pembentukan JKJR adalah berdasarkan kepada Kertas Kabinet yang telah dibentangkan pada 28 Jun 1990, dan telah diangkat semula pada tahun 2004 untuk penubuhan;
• JKJR adalah urusetia kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR); dan
• Badan pelaksana dan pemantau Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014 – 2020.
LATAR BELAKANG JKJR
15
5
Merancang, melaksanakan dan menyelaraskandasar/ pelan/ strategi/ inovasi berkaitan keselamatan jalan raya.
Menyelaraskan program-program advokasi berkaitan keselamatan jalan raya bersama agensi-agensi lain serta menjadipenggerak kepada inisiatif di peringkat negeridanmengaktifkan MKJR Negeri.
Menyelaras dan melaksanakankempen-kempen berkaitan keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaanuntuk mendidik para pengguna jalan raya.
PERANAN DAN FUNGSI JKJR
CARTA ORGANISASI JKJR 6
16
7
Sumber : World Health Organization (WHO)
PERSPEKTIF GLOBAL KESELAMATAN JALAN RAYA
SENARIO KESELAMATAN JALAN RAYA 8
• Setiap hari 500 orang kanak-kanak kehilangan nyawa disebabkan oleh kemalangan jalan raya dan ribuan yang cedera di jalan raya ( UN News Center , 2015).
• UN World Health Organization (WHO), setiap 4 minit, seorang kanak-kanak kehilangan nyawa disebabkan oleh kemalangan trafik.
• Kecederaan akibat kemalangan jalan raya adalah penyebab yang paling utama kematian seluruh dunia bagi remaja yang berumur antara 15 – 17 tahun.
17
9
Pendidikan (Education)
Membentuk pelakuan dan sikap selamat dan bertanggungjawab.
Penguatkuasaan (Enforcement)
Polisi yang lebih ketat, peraturan, undang-undang &
penguatkuasaan yang lebih efektif.
Kejuruteraan (Engineering)
Menambah baik jalan raya dan infrastruktur yang lebih selamat.
Persekitaran (Environment)
Meningkatkan keselamatan di persekitaran jalan raya.
Penilaian (Evaluation)
Memastikan usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti keselamatan jalan raya menepati kumpulan sasaran
PELAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
10 ANALISIS KEBERKESANAN PKJR DI NEGARA LAIN
18
11
Meningkatkan usaha-usaha mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya
di Malaysia
Menyokong saranan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dalam menjayakan Tindakan Sedekad Bagi Keselamatan Jalan Raya
Mendapatkan sokongan politik dan sumber yang mencukupi bagi inisiatif-inisiatif
keselamatan jalan raya
Mengurangkan kematian dan kecederaan akibat
kemalangan jalan raya
PELAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
PKJR DI MALAYSIA 12
19
FALSAFAH PENDIDIKAN KESELAMATANJ ALAN RAYA 13
“Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ialah pendidikan berterusan sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan dan harta.
Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya.
Usaha Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini dapat menyumbang keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
14
Guru-guru yang mahir
Peningkatan pengetahuan, kesedaran
dan pembudayaan
1. Pengurangan Kadar Kematian
2. Penerapan nilai budaya berhemah di jalan raya
OBJEKTIF DAN HASIL YANG DIHARAPKAN
20
15
11 Sept 2014- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
Pelaksanaan PKJR memutuskan untuk menyemak semula PKJR setelah hampir 10 tahun.
SEPT 2014
PKJR bermula di sekolah
menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 secara
berperingkat.
2012-2014
PKJR mula diajar di sekolah rendah secara rintis dan seterusnya di seluruh Malaysia sebagai sisipan dalam mata pelajaran BM.
2007 &
2008 SEPT 2005
Sept 2005-
Kajian Rintis PKJR dijalankan di Pasir Mas, Kelantan oleh RSRC UPM.
MEI 2004
25 Mei 2004- Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil.
1/2004.
KRONOLOGI PKJR DI MALAYSIA
KRONOLOGI PKJR DI MALAYSIA 16
Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR Menengah Rendah oleh MIROS Kajian Rintis Modul PKJR Semakan Sekolah Rendah
dilaksanakan di 24 buah sekolah.
Kajian Rintis BPP dan BPG Taska dan Prasekolah.
2017
Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR Sekolah Rendah oleh MIROS.
Pembangunan BPP dan BPG Taska dan Prasekolah.
2016 2015
Kajian Keperluan Semakan Semula Modul PKJR oleh MIROS.
2018
Kajian Rintis Modul PKJR Semakan Sekolah Menengah dilaksanakan di 24 buah sekolah.
Pelaksanaan Bimbingan Guru PKJR dalam PdP Bahasa Melayu bagi Sekolah Rendah.
2019
Pelaksanaan Modul PKJR Semakan Sekolah Rendah Seluruh Negara.
Pelaksanaan Bimbingan Guru PKJR dalam PdP Bahasa Melayu bagi Sekolah Menengah.
2020
Pelaksanaan Modul PKJR Semakan Sekolah Menengah Seluruh Negara.
Pelaksanaan BPP dan BPG Taska dan Prasekolah Seluruh Negara.
21
PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA 17
PKJR juga telah berjaya meraih tempat sebagai semi finalist dalam:
2014 Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) International Innovation Awards
Dalam kategori Innnovation in Government Services and Programmes.
Ini adalah satu pengiktirafan yang tinggi terhadap PKJR dan Malaysia.
MODUL PKJR (VERSI 2007-2018) 18
22
BIMBINGAN GURU (2007) 19
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 20
23
SESI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH 21
AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH 22
24
LAMAN PORTAL PKJR (2010) 23
RASIONAL SEMAKAN SEMULA PKJR 24
Kedinamikan sistem pendidikan di Malaysia
Perubahan KBSR kepada KSSR dan KBSM kepada KSSM
Pendidikan yang menjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Penerapan elemen PAK21 dalam PdP Bahasa Melayu
Statistik kemalangan jalan raya semakin meningkat Modul PKJR versi lama tiada pewarnaan setempat
Perubahan teknologi menuntut kepada perubahan kandungan pembelajaran PKJR
25
25
Pelancaran Modul BPP dan BPG Taska dan Prasekolah serta Modul
Semakan PKJR Sekolah Rendah
PROJEK SEMAKAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA MODUL PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR) 2016-2020
Pelancaran Modul Serentak Seluruh
Malaysia Bimbingan Guru dan Cetakan Modul Sek Men Ren
Bimbingan Guru dan Cetakan Modul Sekolah Rendah Pembangunan BPP
dan BPG Taska dan Prasekolah
Pembangunan Semula Modul Sekolah Menengah Rendah Hasil Kajian tahun 2015
Pembangunan Semula Modul Sekolah Rendah MIROS dilantik sebagai perunding oleh JKJR untuk
menjalankan projek JKJR diberi peruntukan di
bawah RMK11 untuk melaksanakan proses
semakan modul
Kajian Rintis Taska, Prasekolah dan Sekolah
Rendah
Kajian Rintis Sekolah Menengah Rendah
PELANCARAN PROJEK SEMAKAN DAN PEMBANGUNAN 26 SEMULA MODUL PKJR PADA 18 FEBRUARI 2016
DI RASMIKAN OLEH :
Menteri Pengangkutan Malaysia YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Timbalan Menteri Pendidikan II YB SENATOR TUAN CHONG SIN WOON
&
26
KAJIAN RINTIS MODUL PKJR SEKOLAH RENDAH (2017) 27
28
No NEGERI DAERAH NAMA SEKOLAH
1 Kedah Kuala Muda
SK Bukit Kechil
SK Bukit Selambau
SK Bukit Meriam
SK Bukit Besar
2 Selangor Petaling Jaya
SK Damansara Damai 2
SK Sri Petaling
SJK(T) Vivekananda
SJK(T) Ladang Effingham
3 Kelantan Kota Bharu
SK Tiong Batu 4
SK Sultan Ismail 1
SK Abdul Hadi
SK Tengku Indra Petra
4 Melaka Alor Gajah
SK Alor Gajah 1
SK Lesong Batu
SJK(C) Masjid Tanah
SK Pengkalan Balak
5 Sabah Kota Kinabalu
SK Sri Gaya
SK Tebobon
SK Talungan Telipok
SK Bukit Padang
6 Sarawak Miri
SK Miri
SK Senadin
SK Pujut Corner
SK South
SENARAI SEKOLAH RINTIS BAGI MODUL PKJR SEKOLAH RENDAH (2017)
27
PEMANTAUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) 29 MODUL PKJR SEKOLAH RENDAH (2017)
30
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Buku Aktiviti Murid (BAM) &
Buku Panduan Guru (BPG)
Modul Bimbingan Guru (DeGuru)
MODUL PKJR BAHARU
28
LAMAN PORTAL PKJR (TERKINI) 31
Laman web portal PKJR: www.pkjr.gov.my
32
Log Masuk Pengguna Awam Log Masuk Pengguna Guru
Log Masuk Pengguna Murid
29
KANDUNGAN PORTAL PKJR 33
KANDUNGAN PORTAL PKJR 34
30
APLIKASI MOBILE GAMES PKJR 35
JKJR ( TASKA ).mov
PENUBUHAN KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA (KKJR) 36
Kelab di bawah kegiatan kokurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Matlamat Kelab
Membentuk generasi baru pengguna jalan raya yang berhemah dan bertimbang rasa apabila berada di jalan raya serta mewujudkan budaya mengutamakan keselamatan jalan raya (safety first culture) di kalangan ahli-ahli kelab serta persekitaran mereka sama ada di sekolah ataupun di rumah.
Keahlian Kelab
Terbuka kepada semua murid sekolah termasuk murid kategori orang kelainan upaya (OKU).
31
AKTIVITI-AKTIVITI KKJR 37
Mesyuarat Agung Kelab
Program Khas Bersama Pihak Swasta/NGO
Lawatan
Kemahiran Keselamatan Jalan
Raya Amali
Pertandingan KKJR Kempen Keselamatan Jalan
Raya
Projek KKJR
Pengiktirafan
Buku Skrap
Kuiz
Mewarna/Melukis poster/
Mural
Mencipta kata-kata hikmah/
cogankata
Perbahasan/Pidato dan Menulis esei
Fotografi dan Video klip
Sketsa
Pertandingan Power Point
Treasure hunt
Pameran dan ceramah
Khidmat masyarakat
Minggu Keselamatan Jalan Raya
Tugu Kesedaran Keselamatan Jalan Raya
Mewujudkan tanda-tanda isyarat lalulintas/kempen/
slogan di dalam kawasan sekolah
Sudut/bilik keselamatan jalan raya
Jamuan Akhir Tahun
Penyampaian hadiah aktiviti yang dijalankan
Sijil Penyertaan
Sijil Penghargaan kepad AJK
Tokoh Keselamatan Jalan Raya
Pemilihan Sekolah Terbaik Peringkat di Negeri
Pengenalan isyarat-isyarat di jalan raya
Pengenalan tentang pengguna jalan raya berhemah
Tips Keselamatan Jalan Raya
Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA)
RUMUSAN 38
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di Malaysia bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak sehingga ke sekolah menengah supaya PKJR menjadi sebahagian daripada amalan budaya positif bagi setiap individu di Malaysia.
Inisiatif jangka masa panjang ini diharapkan dapat membentuk dan melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah, berhati-hati dan berwaspada semasa menggunakan jalan raya.
Dengan wujudnya PKJR ini, diharapkan masyarakat Malaysia akan sentiasa mengamalkan sikap ‘safety first’ di jalan raya dan seterusnya mengelakkan kemalangan jalan raya yang boleh merugikan negara kita.
32
39
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BIMBINGAN GURU (DêGURU PKJR )
1. Pengurusan Bengkel
Pemilihan lokasi bengkel hendaklah dibuat tanpa melibatkan kos sewaan.
Sewaan untuk tempat latihan tidak diperuntukkan.
Bilangan maksimum peserta bagi setiap bengkel adalah 45 orang dan sekiranya terdapat tambahan bilangan peserta maka perlu mendapatkan persetujuan daripada Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hendaklah menyediakan takwim secara tahunan bagi perancangan pelaksanaan bengkel.
40
33
2. Perkhidmatan Makan dan Minum
Kadar maksimum bagi perkhidmatan makan dan minum (minum pagi, makan tengah hari dan minum petang) adalah seperti berikut :
• Semenanjung Malaysia – RM15.00 seorang/ sehari (termasuk GST)
• Sabah/Sarawak – RM22.00 seorang/ sehari (termasuk GST)
Peserta adalah tidak layakuntuk membuat tuntutan elaun makan dan elaun harian.
Senarai semak dokumen lengkap yang perlu dikemukakan bagi perkhidmatan makan dan minum adalah seperti di LAMPIRAN 1.
Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) Negeri mengikut negeri masing-masing untuk pembayaran selewat- lewatnya dua (2) minggu sebelum bengkel bermula.
41
42
Bil. Perkara Tandakan ( / )
1 Pembekal Perkhidmatan Makan dan Minum hendaklah berdaftar di bawah Sistem e-Perolehan.
2 Salinan asal bagi 3 sebut harga oleh 3 pembekal perkhidmatan makan d an minum yang berbeza.
3 *Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) 4 *Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
5 *Salinan Buku Bank / Penyata Akaun
6 Integrity Pact yang ditandatangani oleh pembekal perkhidmatan makan dan minum yang dipilih (LAMPIRAN 5)
2. Perkhidmatan Makan dan Minum
*Semua dokumen sokongan yang dilampirkan mestilah disahkan oleh ketua PTJ panel. Contoh: Timbalan Pegawai PPD, Guru Besar.
SENARAI SEMAK DOKUMEN
34
3
. Tuntutan Perjalanan dengan Penginapan / Bayaran Sewa HotelTiada penginapanuntuk peserta disediakan dan peserta hanya boleh membuat tuntutan perbatuan/perjalanan sahaja.
Pengecualian bagi penginapan hanya akan diberikan kepada peserta berdasarkan pertimbangan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Kadar maksimum tuntutan penginapan/bayaran sewa hotel bagipeserta yang dibenarkanadalahRM120.00 semalam termasuk GST (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak) dengan syarat seperti berikut:
•Jarak lokasi bengkel sekurang-kurangnya 35km daripada sekolah / pejabat peserta;
•Tiada ILA berdekatan yang boleh menginap; dan
•Tuntutan hendaklah disokong dengan resit asal yang disahkan.
Senarai semak dokumen lengkap yang perlu dikemukakan bagi tuntutan perjalanan yang melibatkan penginapan/bayaran sewa hotel adalah seperti di LAMPIRAN 3.
Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas bengkel berakhir ke Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).
Tuntutan yang lewat tidak akan diproses untuk pembayaran.
43
Nama
44
No. KP Emel No.Telefon/HP
Bil. Perkara Tandakan ( / )
1 Borang Tuntutan Perjalanan yang ditandatangani pemohon (LAMPIRAN 6) – *alamat emel dan no.telefon yang boleh dihubungi wajib diisi
2 *Salinan Buku Bank / Penyata Akaun (milik peserta) 3 *Surat Jemputan Mesyuarat
4 *Slip Gaji
5
Tuntutan Pelbagai (jika ada):
*Resit Tol
*Penyata tol (sekiranya menggunakan kad Touch & Go / Smart Tag)
6
Tuntutan Tambang Pengangkutan Awam (jika ada):
*Teksi
*Bas
*Kereta Api
*Tiket Penerbangan
*Semua dokumen sokongan yang dilampirkan untuk setiap tuntutan perjalanan mestilah disahkan oleh ketua PTJ panel.
Contoh: Timbalan Pegawai PPD, Guru Besar.
*Semua resit asal yang disahkan sahaja perlu dihantar. Contoh: resit teksi, penginapan, bas, kereta api, tiket penerbangan.
SENARAI SEMAK DOKUMEN
35
4. Tuntutan Perjalanan tanpa Penginapan
Tuntutan perjalanan peserta yang tidak melibatkan penginapan/bayaran sewa hotel hendaklah dikemukakan kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Senarai semak bagi tuntutan perjalanan adalah seperti di LAMPIRAN 4.
Tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas bengkel berakhir kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Tuntutan yang lewat tidak akan diproses untuk pembayaran.
45
46
Nama No. KP
Emel No.Telefon/HP
Bil. Perkara Tandakan ( / )
1 Borang Tuntutan Perjalanan yang ditandatangani pemohon (LAMPIRAN 7) 2 *Salinan Buku Bank / Penyata Akaun
3 *Surat Jemputan Mesyuarat 4 *Slip Gaji
5 Tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan 6
Tuntutan Pelbagai:
*Resit Tol
*Penyata tol (sekiranya menggunakan kad Touch & Go / Smart Tag
7
Tuntutan Tambang Pengangkutan Awam:
*Teksi
*Bas
*Kereta Api
*Tiket Penerbangan
4. Tuntutan Perjalanan tanpa Penginapan
*Semua dokumen sokongan yang dilampirkan untuk setiap tuntutan perjalanan mestilah disahkan oleh ketua PTJ panel.
Contoh: Timbalan Pegawai PPD, Guru Besar.
*Semua resit asal yang disahkan sahaja perlu dihantar. Contoh: resit teksi, penginapan, bas, kereta api, tiket penerbangan.
SENARAI SEMAK DOKUMEN
36
47
LAMPIRAN
48
37
49
50
38
51
52
JUTIM MEI LING ADAM ALIYA
JARJIT RANI
39
Modul DéGuru PKJR Slot 2
41 BAHAGIAN B
SLOT 2 : CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA (KEJARA) 1
2.1 PANDUAN PELAKSANAAN SLOT 2
2.1.1 Objektif
Pada akhir sesi, peserta dapat:
i) maklumat tentang situasi keselamatan jalan raya di Malaysia khususnya dan input-input keselamatan jalan raya kepada pengguna kereta serta peraturan dan undang-undang yang berkaitan,
ii) mengaplikasikan maklumat yang diperoleh dalam sesi PdP BM;
iii) menyampaikan maklumat secara berkesan kepada murid dalam PdP BM.
2.1.2 Masa: 2 jam
2.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa i) Pengenalan: 10 minit ii) Pembentangan: 80 minit iii) Sesi soal jawab: 20 minit iv) Penutup: 10 minit 2.1.4 Langkah Pelaksanaan Slot 2
Bil. Kandungan/Aktiviti Masa Catatan
1 Sesi Taaruf
Fasilitator melaksanakan sesi taaruf.
10 minit
2 Pembentangan
Pendedahan berkaitan statistik keselamatan jalan raya dunia dan Malaysia.
Menjelaskan tentang input-input keselamatan jalan raya kepada pengguna kereta serta peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
80 minit Pembentangan slaid powerpoint oleh jurulatih
3 Sesi soal jawab 20 minit
4 Penutup 10 minit
Modul DéGuru PKJR Slot 2
42 2.1.5 Bahan yang Diperlukan
Bil. Bahan Catatan
1 Slaid powerpoint Disertakan
2 Gambar Mengikut inisiatif fasilitator
3 Video Mengikut inisiatif fasilitator
4 Benda maujud Mengikut inisiatif fasilitator
5 Data atau dokumen Mengikut inisiatif fasilitator
6 Soalan kuiz Mengikut inisiatif fasilitator
7 Permainan Mengikut inisiatif fasilitator
Modul DéGuru PKJR Slot 2
43
2.2 PERINCIAN LANGKAH PELAKSANAAN SLOT 2
2.2.1 Kandungan ceramah merangkumi penerangan tiga input seperti berikut:
Input 1: Statistik Keselamatan Jalan Raya Dunia
i. Menyatakan angka korban kanak-kanak di dunia akibat kemalangan jalan raya.
ii. Menerangkan fakta kecederaan akibat kemalangan jalan raya.
iii. Perbandingan kematian Malaysia dan luar negara per 100,000 populasi.
iv. Menerangkan Matlamat 2020 bagi keselamatan jalan raya : The decade of action for road safety
Input 2: Statistik Keselamatan Jalan Raya di Malaysia
i. Menerangkan statistik angka korban akibat kemalangan jalan raya di Malaysia secara umum.
ii. Mendedahkan statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan penungggang motosikal sebagai penyumbang terbesar angka kematian di Malaysia.
iii. Menerangkan faktor penyumbang kemalangan jalan raya di Malaysia.
iv. Menerangkan secara umum bahawa kemalangan merupakan salah satu daripada punca utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia
Input 3: Keselamatan Jalan Raya bagi Pengguna Kereta
i. Menerangkan mengenai empat input keselamatan jalan raya bagi pengguna kereta dan kenderaan yang seumpamanya:
Pemasangan tali pinggang keledar dan beg udara.
Pemasangan alat penahan.
Had laju kenderaan mengikut jenis jalan.
Jenis-jenis jalan
Kenali jarak selamat antara kenderaan.
Tempat paling selamat kanak-kanak menaiki dan menuruni kereta.
2.2.2 Sumber rujukan:
Akta Pengangkutan Jalan 1987.
http://www.jpj.gov.my/documents/10157/eda056ab-7fa1-40f2-b828- 469b4520cf8a
http://www.jpj.gov.my/ms/utama
Kaedah JPJ.
Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Kelas D Manual 2014.
Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Modul Motosikal 2014.
CERAMAH
KESELAMATAN JALAN RAYA (KEJARA) 1
SLOT 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIASTATISTIK KESELAMATAN JALAN RAYA DUNIA
45
3
FAKTA
186 300
Kanak-kanak <18 tahun terkorban akibat kemalangan jalan raya setiap tahun
4
FAKTA KECEDERAAN AKIBAT KESELAMATAN JALAN RAYA
46
5
PERBANDINGAN KEMATIAN MALAYSIA DAN LUAR NEGARA PER 100,000 POPULASI
THE DECADE OF ACTION FOR ROAD SAFETY
MATLAMAT 2020 : Mengurangkan jangkaan kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50%
(daripada 10,716 kematian kepada 5,358)
6
• Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking dunia.
• Kematian akibat kemalangan dijangka 1.9 juta kematian setahun pada 2020 di dunia (WHO)
• Malaysia rugi lebih RM20 bilion akibat kemalangan jalan raya pada 2020 (MIROS)
47
STATISTIK KESELAMATAN JALAN RAYA DI MALAYSIA
7
KEMATIAN MENGIKUT KATEGORI PENGGUNA JALAN RAYA BAGI TEMPOH 10 TAHUN (2007 HINGGA 2016)
KATEGORI PENGGUNA
JALAN RAYA 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 JUMLAH
MOTOKAR 1,228 1,335 1,405 1,421 1,389
(20.2%) 1,435 (20.7%)
1,399 (20.2%)
1,258 (18.9%)
1,358 (20.3%)
1,489 (20.8%)
13,717 (20.3%)
MOTOSIKAL 3,646 3,898 4,067 4,036 4,169
(60.6%) 4,178 (60.4%)
4,294 (62.1%)
4,179 (62.6%)
4203 (62.7%)
4,485 (62.7%)
41,155 (60.8%)
PEJALAN KAKI 636 598 589 626 530
(7.7%) 530 (7.7%)
455 (6.6%)
515 (7.7%)
482 (7.2%)
511 (7.1%)
5,472 (8.1%)
BASIKAL 190 203 224 192 172
(2.5%) 156 (2.3%)
159 (2.2%)
124 (1.9%)
107 (1.6%)
123 (1.7%)
1,650 (2.4%)
BAS 75 48 31 77 29
(0.4%) 32 (0.5%)
60 (0.9%)
29 (0.4%)
20 (0.3%)
29 (0.4%)
430 (0.6%)
LORI 204 195 213 202 247
(3.6%) 194 (2.8%)