Kini pembukaan gerai makanan dan minuman yang semakin bertambah telah mendatangkan pelbagai kesan. Bincangkan kesan kesan tersebut.
Pada masa ini, pembukaan gerai makanan dan minuman di negara kita semakin berkembang dari hari ke hari. Gerai makanan dan minuman merupakan tempat menjalankan aktiviti perniagaan yang menjual makanan serta minuman secara kecil kecilan dan kebiasaannya tidak menyediakan tempat untuk pelanggan menjamu selera. Gerai gerai ini selalunya dibuka berdekatan dengan kawasan perumahan dan di tepi tepi jalan. Kebiasaannya, makanan dan minuman yang dijual di gerai gerai ini lebih murah berbanding harga makanan dan minuman yang dijual di restoran. Walau bagaimana pun, pertambahan gerai ini telah mendatangkan pelbagai kesan terhadap pelbagai pihak di negara kita.
Salah satu kesan pembukaan gerai makanan dan minuman ini termasuklah memudahkan masyarakat mendapatkan sumber makanan. Akibat kesibukan di tempat kerja, terdapat sesetenga anggota masyarakat yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan juadah bagi santapan seisi keuarga mereka. Keadaan ini menybabkan kumpulan masyarakat ini cenderung untuk membeli makanan yang telah siap dimasak kerana mereka tidak perlu lagi memikirkan menu yang perlu disediakan bagi mengisi perut. Mereka membeli pelbagai jenis makanan yang digemari, misalnya nasi goring pataya, nasi kandar, dan nasi beringin sebagai menu untuk makan malam. Dengan adanya gerai makanan dan minuman,
anggota masyarakat mudah mendapatkan makanan, secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka.
Pembukaan gerai makanan dan minuman turut menjadi sumber pendapatan harian sestengah anggota masyarakat. Terdapat golongan masyarakat yang mempunyai pendapatan yang rendah dan tidak mampu untuk menyara keluarga mereka. Kelompok masyarakat ini perlu melakukan banyak perkerjaan untuk menampung kos sara hidup. Mereka perlu menjalankan aktivi perniagaan sebagai perkerjaan tambahan untuk menambah pendapatan, misalnya menjadi pelayan restoran pada waktu pagi dan menjual burger pada waktu petang.Mereka mampu
menjana pendapatan dengan membuka gerai gerai seperti ini yang secara tidak langsung menjadi sumber pendapatan harian masing masing.
Perkembangan ekonomi negara yang baik juga merupakan salah satu kesan pembukaan gerai makanan dan minuman. Pembukaan gerai makanan dan
minuman yang semakin bertambah ini telah meningkatkan pendapatan isi rumah dalam kalangan masyarakat di negara kita. Golongan masyarakat yang tidak
mempunyai pekerjaan telah memulakan perniagaan kecil kecilan dengan membuka gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman yang bervariasi bagi menarik minat pembeli. Kedaan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran. Situasi ini mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pertumbuhan peninkatan pendapatan purata penduduk di negara kita.
Walau bagaimanapun, kita akan berhadapan dengan kesan yang negative,
umpamanya kesihatan para pelanggan akan terjejas jika peniaga tidak mengambil kira faktor kebersihan di kawasan gerai makanan dan minuman yang dibuka.
Kebiasaannya, peniaga peniaga gerai makanan dan minuman tidak terlalu menintikberatkan aspek kebersihan kawasan persekitaran gerai mereka dan membiarkan makanan dan minuman yang dijual oleh mereka sentiasa berada dalam keadaan terdedah. Kesannya, golongan masyarakat yang membeli dan memakan makanan tersebut akan dijangkiti cirit birit akibat memakan makanan yang tercemar.
Jika gerai makanan dan minuman ini didrikan berhampiran dengan jalan yang sibuk, kedaan lalu lintas akan turut terganggu. Kebanyakan peniaga menjalankan peniaagan mereka di tepi tepi jalan sahaja. Keadaan ini menyebabkan perlu meletakkan atau memberhentikan kereta di tepi atau seberang jalan untuk
membeli makanan dan minuman yang dijual. Hal ini akan menyababkan pengguna pengguna jalan raya yang lain perlu memperlahankan kenderaan mereka untuk memberi laluan kepada pembeli yang ingin membeli makanan dan minuman di gerai tersebut. Kenderaan yang bergerak perlah n bagi mengelakkan kemalangan jalan raya ini akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.
Kesimpulannya, pembukaan gerai makanan dan minuman yang semakin
berkembang telah mendatangkan banyak kesan. Setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu bagi menangani setiap kekuragan akibat kesan pertambahan gerai makanan dan minuman ini. Pemantauan yang ketat boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa agar kita dapat mengelakkan perkara perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Sememangnya kita mampu menangani isu ini jika semua pihak memainkan peranan masig masing. Oleh itu, langkah yang positing perlu diambil bagi menangani setiap kekurangan demi kesenangan bersama.