KERTAS KERJA
PUSAT MENGAJI AL-UMMAH
SEKRETARIAT ABIM MERU PERDANA 2, IPOH, PERAK.
TARIKH PELAKSANAAN FASA 1: 2-31 MEI 2023 FASA 2: 1-30 JUN 2023 FASA 3: 1-31 JULAI 2023
ANJURAN : PANITIA AL-QURAN
SEKOLAH RENDAH ISLAM SERI AL-UMMAH,CHEMOR,PERAK.
“Membina Generasi Celik Al-Qur’an”
1.0 PENGENALAN
Usaha untuk membugarkan generasi muda yang menguasai Al-Quran merupakan satu aspirasi penting ketika ini. Dalam mendepani cabaran masakini yang seolah-olah bergelut dengan krisis sosial dan keruntuhan moral, adalah wajar bagi semua pihak memastikan generasi muda diberikan bekalan ilmu yang mencukupi. Antara usaha yang perlu dilaksanakan ialah mendekatkan generasi muda dengan keindahan ilmu Al-Quran secara holistik. Almarhum Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadhil (12 Jun 2017) “Kerana Al-Qur’an itu sendiri sarat dengan hikmah, sangat tinggi dan mengungguli kitab yang sebelumnya. Segala sesuatu yang termuat di dalam Al-Qur’an adalah hikmah, untuk memetik, menimba hikmah cara terbaik ialah merenung Al-Qur’an dan As-Sunnah.Ia boleh dipelajari, boleh diambil dengan usaha, maka salah satu misi Rasullah SAW ialah mengajar Al-Kitab dan Al-Hikmah”.
Ironinya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Islam (BPI) telah melaksanakan pelbagai usaha dalam memupuk penguasaan dan penghayatan Al-Quran, contohnya kandungan bidang Al-Quran di dalam silibus Pendidikan Islam, program Tasmik dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, masih timbul isu murid yang masih tidak boleh membaca Al- Quran dan memberikan beban kepada guru-guru Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Justeru, pelbagai usaha alternatif perlu dilaksanakan bagi menangani isu ini secara optimis.
2.0 SINOPSIS
“Pusat Mengaji Al-Ummah” ini merupakan pusat pengajian yang memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dalam kalangan murid yang masih belum boleh membaca Al-Quran dengan baik dan murid yang baru memulai membaca Iqra. Pusat pengajian ini akan memberikan pendedahan secara asas dan mudah kepada murid-murid yang terlibat tentang kaedah membaca Al-Quran dengan baik. Selain itu, murid-murid juga akan didedahkan kepada ilmu Tajwid agar dapat memperbaiki bacaan dan membaca dengan tartil sesuai dgn ayat Al-Qur’an, “ََ لَتَ رَ و
َ قلا
َ ر
َ نآ
ََ
ت
َ تََ ر
َا ي
ل " (Surah Al-Muzammil : 4). Setiap murid yang terlibat akan dikelompokkan kepada
beberapa kumpulan kecil (lingkungan 8-10 orang) dan akan dibimbing oleh seorang tenaga pengajar.
Murid akan menggunakan modul Iqra yang diselaraskan agar dapat dilaksanakan dengan sehabis baik. Para tenaga pengajar akan membimbing secara tersusun dan menggunakan borang semakan yang akan disediakan kelak.
Selain itu juga, untuk menjadi daya tarik pusat mengaji ini, kami membuat satu sesi khas setelah selesai mentasmik bacaan bersama tenaga pengajar. Iaitu, sesi bimbingan menyelesaikan kerja sekolah. Cetusan idea berlaku kerana terdapat segelintir murid sekolah yang menjadikan alasan tidak menyelesaikan kerja sekolah kerana terlibat dengan kelas mengaji. Sesi ini akan dibimbing oleh seorang guru berpengalaman dalam subjek akademik dan dinniah agar murid-murid dapat
bimbingan yang terbaik secara langsung.
3.0 OBJEKTIF
Di pusat mengaji ini, terdapat beberapa objektif yang harus dicapai, iaitu:
3.1 Memastikan murid boleh menguasai kemahiran membaca Al-Quran.
3.2 Memantapkan kemahiran membaca Al-Quran dari segi hukum tajwid dan qiraat.
3.3 Murid dapat mengkhatamkan bacaan Al-Qur’an dengan bacaan yang baik.
3.4 Menjadi insan yang dapat mengimbangi ilmu agama dan ilmu pelajaran persekolahan.
4.0 ANALISIS SWOT
4.1 STRENGTHS (KEKUATAN)
4.1.1 Barisan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang ilmu Al-Qur’an.
4.1.2 Tempat yang kondusif dan selamat.
4.1.3 Mempunyai modul pengajaran yang sesuai untuk diterapkan.
4.1.4 Waktu pengajaran dan pembelajaran yang diluar waktu bekerja.
4.1.5 Tenaga pengajar terdiri dari golongan belia.
4.2 WEAKNESSES (KELEMAHAN)
4.2.1 Kurang berpengalaman dalam menubuhkan sebarang pusat mengaji.
4.2.2 Belum mempunyai murid.
4.2.3 Keberkesanan modul yang belum teruji.
4.2.3 Komitmen tenaga pengajar yang belum dipastikan.
4.3 OPPORTUNITIES (PELUANG)
4.3.1 Tempat strategik yang berada di kawasan perumahan.
4.3.2 Kemudahan lalu lintas dan tempat letak kenderaan yang selamat.
4.3.3 Target murid yang mudah untuk diraih.
4.4 THREATS (ANCAMAN)
4.4.1 Komitmen ibubapa untuk menghantar murid.
4.4.2 Persaingan dengan pusat mengaji yang berada di sekitar.
4.4.3 Proses dalam mengawal tingkah laku murid ketika sesi pembelajaran.
5.0 PERINCIAN ITEM PENTING
5.1 MASA
5.1.1 7.30 malam (waktu maghrib) sehingga 10.00 malam.
5.2 TEMPAT
5.2.1 Sekretariat ABIM, Meru Perdana 2, Ipoh, Perak.
5.3 RASIONAL PEMILIHAN TEMA
“Membina Generasi Celik Al-Qur’an”
Rasional : Tema adalah antara komponen serius yang boleh menarik perhatian kumpulan sasaran. Tema ini dipilih untuk memberikan gambaran baik kepada murid bahawa dengan mempelajari Al-Quran ini mereka akan mendapat pelbagai kebaikan selain menjadi seorang insan pecinta Al-Qur’an.
5.4 KUMPULAN SASARAN
5.4.1 40 orang murid (akan berubah mengikut sambutan murid) yang baru mula membaca Iqra dan Al-Qur’an.
5.5 JUMLAH TENAGA PENGAJAR
5.5.1 4 orang guru (akan berubah menyesuaikan keadaan)
5.6 PENGISIAN YANG DITERAPKAN 5.6.1 Sesi pembelajaran Ilmu Tajwid
5.6.2 Sesi bimbingan bacaan Iqra’/Al-Qur’an 5.6.3 Sesi bimbingan menyelesaikan kerja sekolah
5.7 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA Rujuk Lampiran 1
6.0 PENUTUTUP
Sesungguhnya usaha murni ini dilihat sebagai mekanisme yang memberikan langkah awal bagi memastikan generasi akan datang menjadi sebuah generasi yang tidak buta Al-Qur’an selain mampu menguasi Al-Qur’an, mereka juga dapat menjadi seorang murid yang cemerlang di sekolah masing-masing. Semoga Allah memberikan rahmat, kemudahan dan imbalan mulia kepada semua pihak yang terlibat. Jazakallahu Khairan Khatiran.
Disediakan oleh, Tarikh : 03 April 2023
( )
Disemak oleh,
( )
Disahkan oleh,
( )
LAMPIRAN 1 5.7 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
Penasihat : Pengerusi : Naib Pengerusi : Setiausaha : Bendahari :