"MUHASABAH DIRI"
{ َنوُلَم ۡعَت اَمِب ُۢريِبَخ َ للٱ لنِإ َۚللٱ ْاوُقلتٱ َو ٖۖدَغِل ۡتَملدَق الم ٞس ۡفَن ۡرُظنَتۡل َو َ للٱ ْاوُقلتٱ ْاوُنَماَء َنيِذللٱ اَهّيَأ َٰي }
[Surah Al-Ḥashr: 18]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap- tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-
amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
Saidina Umar al-Khattab R.A yang berkata:
اَيْنّدلا يف ُهَسْفَن َبَسا َح ْنَم ىَلَع ِةَماَيِقلا َم ْوَي ُباَسَحْلا ّفِخَي اَمّنِإ َو ِرَبْكَلا ِض ْرَعْلِل اوُنّيَزَت َو اوُبَساَحُت ْنَأ َلْبَق ْمُكَسُفْنَأ اوُبِساَح
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia.”
{ ٞةَيِفاَخ ۡمُكنِم ٰىَف ۡخَت َل َنوُضَر ۡعُت ٖذِئَم ۡوَي }
[Surah Al-Ḥāqqah: 18]
Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang
tersembunyi.
Antara amalan-amalan yang banyak dilakukan dan digalakkan oleh Rasulullah SAW ialah:
- Banyakkan zikrullah (ingat Allah SWT) di dalam apa sahaja yang kita lakukan.
- Banyakkan membaca Al-Quran, memahami terjemahan serta tafsirnya dan seterusnya melaksanakannya di dalam kehidupan.
- Banyakkan istighfar (memohon ampunan Allah SWT)
- Banyakkan selawat kepada Nabi SAW
- Banyakkan zikrul maut (ingat mati), dengan ingat mati akan mendorong kita menyediakan bekal untuk akhirat kita.
- Banyakkan memberi, sebarkan salam. Maksudnya kita membina dan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
- Banyakkan menghadiri majlis ilmu (Ilmu Agama adalah paling utama).
Maksudnya kita sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu terutama Fardhu Ain.
- Banyakkan berdoa (bermunajat dan mengadu hal kepada Allah SWT).
- Tingkatkan keperihatinan dan bersedekah membantu ahli keluarga dan orang- orang yang susah.
- Banyakkan melakukan amalan sunat seperti solat sunat dan puasa sunat.
- Perbaiki akhlak dan kualiti kerja sesuai dengan saranan Nabi s.a.w.