• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGANJURAN KEJOHANAN FUTSAL TAHFIZ PERLIS 2023

N/A
N/A
muhammad bin abdul samad

Academic year: 2023

Membagikan "PENGANJURAN KEJOHANAN FUTSAL TAHFIZ PERLIS 2023"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

____________________________________________________

PENGANJURAN KEJOHANAN FUTSAL TAHFIZ PERLIS 2023

______________________________________________________________

TARIKH : 18 MAC 2023

(8.00 PAGI – 2.00 PETANG)

TEMPAT :

D` FUTSAL CENTER,

BATU 3, JALAN KAKI BUKIT, PERLIS, 01000 KANGAR, PERLIS

ANJURAN :

KELAB SUKAN TAHFIZ PERLIS (KSTPs) D` FUTSAL CENTER

(2)

1.0 PENDAHULUAN PROGRAM

Kejohanan ini adalah merupakan salah satu program dan aktiviti kokurikulum yang dirancang dalam takwim tahunan Kelab Sukan Tahfiz Perlis (KSTPs). Pertandingan ini disertai oleh para pelajar tahfiz dari maahad-maahad tahfiz seluruh negeri Perlis mengikut kategori umur lelaki 18 tahun ke bawah dan 15 tahun ke bawah. Setiap pasukan menyenaraikan sepuluh orang pemain termasuk lima orang pemain simpanan.

Pertandingan ini akan diadakan di Gelanggang D` Futsal Center, Batu 3, Kangar, Perlis. Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan di samping untuk memenuhi kehendak falsafah pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta pelajar tahfiz. Kejohanan yang diadakan ini juga menerapkan sifat kerjasama dalam setiap peserta supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kejohanan ini juga dapat memberikan peluang kepada setiap pasukan untuk merancang strategi bagi memperoleh sesuatu kejayaan.

Selain itu, pelajar-pelajar tahfiz yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan futsal akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini, selain daripada mereka sibuk dengan rutin seharian maahad tahfiz iaitu menghafal Al-Quran. Kejohanan ini juga akan dapat memberikan peluang kepada setiap maahad tahfiz bagi menjadikan pertandingan ini adalah salah satu program tahunan mereka.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberi peluang kepada para pelajar tahfiz dapat merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.

3.2 Membentuk pelajar tahfiz yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah pasukan.

3.3 Melatih para pelajar tahfiz untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang memerlukan daya ketahanan fizikal yang tinggi.

3.5 Melahirkan para pelajar tahfiz yang berupaya untuk mengeluarkan strategistrategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam sesebuah pasukan

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, sukan, emosi dan sosial.

3.8 Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar tahfiz walaupun berbeza pasukan.

(3)

4.0 MASA DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 4 Februari 2023 (Sabtu) bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga tamat kejohanan.

4.2 Pertandingan dilaksanakan secara liga pada peringkat kumpulan dan secara kalah mati di peringkat seterusnya.

4.3 Tempoh masa perlawanan adalah seperti berikut:

4.4.1 Peringkat kumpulan : 5 minit + 5 minit + 1 minit (rehat).

4.4.2 Peringkat seterusnya (suku akhir/separuh akhir/akhir) : 7 minit + 7 minit + 2 minit (rehat).

4.4 Jadual dan masa perlawanan adalah seperti pada Lampiran 2.

5.0 TEMPAT PROGRAM

5.1 Gelanggang D` Futsal Center, Batu 3, Kangar, Perlis.

6.0 PESERTA PROGRAM

6.1 Jumlah pasukan : Bawah 18 tahun - 16 pasukan (160 orang).

Bawah 15 tahun - 8 pasukan (80 orang).

6.2

Jumlah urusetia kejohanan : 10 orang.

JUMLAH KESELURUHAN : 250 ORANG.

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Pengarah Program : USTAZ DARWISY BIN MANSOR.

Timbalan Pengarah : USTAZ ROHIDAYAT BIN KAMIS.

URUSETIA DAN JAWATANKUASA PELAKSANA

Kategori Bawah 18 Tahun:

Ketua Urusetia : USTAZ ROHMAD BIN KAMIS.

Urusetia 1 : USTAZ MUHAMMAD DARWISY BIN MANSOR.

Urusetia 2 : USTAZ MUHAMMAD BIN ABDUL SAMAD.

Kategori Bawah 15 Tahun:

Ketua Urusetia : USTAZ MOHD IZZAT BIN AZANI.

Urusetia 1 : USTAZ ROHIDAYAT BIN KAMIS.

Urusetia 2 : USTAZ MUHAMMAD DAUD.

(4)

AHLI JAWATANKUASA

AJK Pengadilan/Bantahan : USTAZ ROHIDAYAT BIN KAMIS.

AJK Pengurusan Padang/Hadiah : USTAZ ROHMAD/USTAZ IZZAT.

AJK Keselamatan/Makanan : USTAZ DARWISY.

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Seperti di Lampiran 1.

9.0 JADUAL PERTANDINGAN

Seperti di Lampiran 2.

10.0 RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM

Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Liga Bola Sepak Tahfiz Perlis 2023.

NAMA PROGRAM KEJOHANAN FUTSAL TAHFIZ PERLIS 2023

JENIS PROJEK KESUKANAN (FUTSAL)

ANJURAN KELAB SUKAN TAHFIZ PERLIS (KSTPs) & D`FUTSAL CENTER

TARIKH 18 MAC 2023 (SABTU)

TEMPAT GELANGGANG FUTSAL D`FUTSAL CENTER

BIL. PASUKAN 24 PASUKAN

(5)

ANGGARAN KOS

RM 2500.00

(DUA RIBU LIMA RATUS SAHAJA)

11.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancang akan dimudahkan oleh Allah SWT dan dapat dilaksanakan agar segala objektif dan matlamat program ini tercapai dengan jayanya.

Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

____________________________

(USTAZ MUHAMMAD BIN ABDUL SAMAD) Urusetia Program.

Disahkan oleh,

____________________________________

(USTAZ ROHIDAYAT BIN KAMIS) Presiden Kelab Sukan Tahfiz Perlis.

(6)

LAMPIRAN 1

ANGGARAN KOS KESELURUHAN PROGRAM:

Jumlah Kos Perbelanjaan : RM 2500.00

(DUA RIBU LIMA RATUS SAHAJA).

Jumlah Permohonan Tajaan : RM 2500.00

(DUA RIBU LIMA RATUS SAHAJA).

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN HARGA PER UNIT/

PERLAWANAN JUMLAH KOS HADIAH:

- Medal - Hamper

60 25

RM 3.50 RM 15

RM 210 RM 375

KOS PENGADIL 3 orang RM 130 RM 390

KOS KESELAMATAN DAN PERALATAN

- - RM 330

KOS MAKANAN:

- Makan tengahari - Air minuman botol

166 orang 28

RM 6 RM 7

RM 996 RM 196

JUMLAH KESELURUHAN RM 2500.00

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

……… ……….

(MUHAMMAD DARWISY BIN MANSOR) (ROHIDAYAT BIN KAMIS) Pengarah program Presiden Kelab Sukan Tahfiz Perlis

(7)

LAMPIRAN 2

SENARAI NAMA MAAHAD TAHFIZ YANG DIJEMPUT MENYERTAI KEJOHANAN FUTSAL TAHFIZ PERLIS 2023

BIL NAMA MAAHAD TAHFIZ

1 MADRASAH MIFTAHUL HIDAYAH, BESERI, PERLIS (MMH)

2 MAAHAD TAHFIZ DARUS SUNNAH, PADANG MELANGIT, PERLIS (MAQDIS)

3 MAAHAD TAHFIZ AR-ROHMAN, SEMADONG, BESERI, PERLIS (AR-ROHMAN)

4 MAAHAD TAHFIZ AL-HIKMAH, PADANG SIDING, ARAU, PERLIS (AL-HIKMAH)

5 MAAHAD TAHFIZ AR-RAUDHAH, BEHOR MALI, PERLIS (AR-RAUDHAH)

6 MAAHAD TAHFIZ AL-BAYAN, PAUH, PERLIS (AL-BAYAN)

7 MAAHAD TAHFIZ BAITURRAHIM (BAITURRAHIM)

8 MAAHAD TAHFIZ AL-MUQARRABIN, BESERI, PERLIS (MUQARRABIN)

(8)

9 MAAHAD TAHFIZ ILMU AL-QURAN (MATIQPs)

10 MAAHAD TAHFIZ IBNU AQIL (IBNU AQIL)

11 MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-IMAM AN-NAWAWI (MATIN)

12 MAAHAD TAHFIZ ANNUR DINIAH

(9)

JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN FUTSAL TAHFIZ PERLIS 2022

BIL COURT KATEGORI KUMPULAN MASA PERLAWANAN

1

1 BAWAH 15

A 8.00 PAGI

2 B 8.15 PAGI

3 A 8.30 PAGI

4 B 8.45 PAGI

5 A 9.00 PAGI

6 B 9.15 PAGI

7 A 9.30 PAGI

8 B 9.45 PAGI

9 A 10.00 PAGI

10 B 10.15 PAGI

11 A 10.30 PAGI

12 B 10.45 PAGI

13

2 BAWAH 18

A 8.00 PAGI

14 B 8.15 PAGI

15 A 8.30 PAGI

16 B 8.45 PAGI

17 A 9.00 PAGI

18 B 9.15 PAGI

19 A 9.30 PAGI

20 B 9.45 PAGI

21 A 10.00 PAGI

22 B 10.15 PAGI

23 A 10.30 PAGI

24 B 10.45 PAGI

25

3 BAWAH 18

C 8.00 PAGI

26 D 8.15 PAGI

27 C 8.30 PAGI

28 D 8.45 PAGI

29 C 9.00 PAGI

30 D 9.15 PAGI

31 C 9.30 PAGI

32 D 9.45 PAGI

33 C 10.00 PAGI

34 D 10.15 PAGI

35 C 10.30 PAGI

36 D 10.45 PAGI

(10)

38 SEPARUH AKHIR 2 11.20 PAGI

39 AKHIR 11.40 PAGI

40 2 BAWAH 18 SUKU AKHIR 1 11.00 PAGI

41 SUKU AKHIR 2 11.20 PAGI

42 3 BAWAH 18 SUKU AKHIR 3 11.00 PAGI

43 SUKU AKHIR 4 11.20 PAGI

44 2

BAWAH 18

SEPARUH AKHIR 1 11.40 PAGI

45 3 SEPARUH AKHIR 2 11.40 PAGI

46 TBC AKHIR 12.00 TGH

47 TBC 12.30 TGH MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH

(11)

LAMPIRAN 3 BORANG PENDAFTARAN

KEJOHANAN FUTSAL TAHFIZ PERLIS 2023 (KATEGORI BAWAH 15 TAHUN)

NAMA PASUKAN MAAHAD TAHFIZ

WARNA JERSI BAJU

SELUAR

BIL NAMA PEMAIN NO. K/P NO. JERSI

1

2

3

4

5

6

7

8 9 10

(12)

BORANG PENDAFTARAN

KEJOHANAN FUTSAL TAHFIZ PERLIS 2023 (KATEGORI BAWAH 18 TAHUN)

NAMA PASUKAN MAAHAD TAHFIZ

WARNA JERSI BAJU SELUAR

BIL NAMA PEMAIN NO. K/P NO. JERSI

1

2

3

4

5

6

7

8 9 10

(13)

LAMPIRAN 4

PERATURAN & UNDANG-UNDANG KEJOHANAN FUTSAL TAHFIZ PERLIS 2023

1.0 AM

1.1 Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Futsal Tahfiz Perlis 2023.

2.0 PENGANJUR / PENGELOLA

2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Tahfiz Perlis (KSTPs).

3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA PELAJAR TAHFIZ LELAKI SAHAJA di bawah dua (2) kategori iaitu KATEGORI BAWAH 18 TAHUN dan KATEGORI BAWAH 15 TAHUN.

3.2 Kejohanan ini hanya terbuka untuk pelajar maahad tahfiz di negeri Perlis sahaja. Guru, ustaz atau kakitangan maahad tahfiz dibenarkan mengambil bahagian sebagai pemain di dalam kejohanan ini sebanyak dua pemain.

3.3 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan seramai sepuluh (8) orang pemain sahaja bersama dua (2) orang guru. Pendaftaran hendaklah menggunakan borang pendaftaran yang telah disediakan.

3.4 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

3.5 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.

(14)

3.6 Bagi setiap perlawanan, hanya lima (5) orang sahaja pemain yang akan berada di atas padang iaitu 4 pemain + 1 penjaga gol = 5 pemain.

3.7 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja.

4.0 TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di D`Futsal Center, Batu 3, Jalan Kaki Bukit, Perlis, 01000 Kangar, Perlis, kecuali jika terdapat perubahan mengejut yang akan dimaklumkan oleh pihak urusetia pertandingan.

4.2 Perlawanan akan diadakan pada 4 Februari 2023 (SABTU). Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak urusetia.

4.3 Masa permainan bagi setiap perlawanan peringkat kumpulan adalah 5 + 5 = 10 minit bagi satu perlawanan, tidak termasuk masa rehat (1 minit), manakala masa permainan bagi setiap perlawanan peringkat kalah mati adalah 7 + 7 = 14 minit bagi satu perlawanan tidak termasuk masa rehat (2 minit).

4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di gelanggang sebelum perlawanan dimulakan apabila dipanggil oleh pihak urusetia. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas tiga (3) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5.0 FORMAT KEJOHANAN.

5.2 Pasukan-pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan mengikut undian. Majlis undian akan diumumkan kelak oleh urusetia kejohanan sebelum hari kejohanan.

5.3 Kejohanan ini akan dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan dan secara kalah mati pada peringkat seterusnya. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati.

5.4 Pemberian mata bagi perlawanan di peringkat kumpulan ialah tiga (3) mata jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah.

5.5 Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir:

5.5.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.

5.7.2 Jika masih seri, pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak.

(15)

5.7.3 Jika masih seri juga, penentuan tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan dilaksanakan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai pemenang.

6.0 PERTUKARAN PEMAIN.

6.1 TIDAK ADA HAD PERTUKARAN pemain yang ditetapkan bagi setiap perlawanan dalam kejohanan ini. Setiap pasukan boleh menggantikan para pemain mereka pada bila- bila masa mengikut senarai nama pemain yang telah didaftarkan, cumanya hendaklah dipastikan HANYA LIMA (5) ORANG PEMAIN SAHAJA TERMASUK PENJAGA GOL dibenarkan berada di dalam gelanggang pada satu-satu masa.

6.2 Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil (urusetia pertandingan) semasa bola tidak di dalam permainan.

7.0 KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-

7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam borang pendaftaran pasukan bagi mana-mana perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.3.

7.1.2 Gagal berada di padang selepas tiga (3) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.

7.1.3 Gagal menyediakan pemain yang mencukupi (5) orang pemain dalam sesuatu perlawanan.

7.1.4 Salah satu pasukan tidak mahu meneruskan perlawanan.

7.2 Pasukan yang diberikan kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dengan kiraan jaringan 2-0.

8.0 PERATURAN AM

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya, pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

(16)

8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.

8.3 Jika seseorang pemain terus ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini.

8.4 Pasukan yang bertanding hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang berlainan iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain. Urusetia hendaklah berbincang terlebih dahulu sebelum perlawanan supaya tidak berlaku kesamaan warna jersi di antara kedua-dua pasukan.

8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.

8.6 Sekiranya pemain/pengurus/guru pengiring/penyokong pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau urusetia pertandingan, pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.

8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, gelanggang perlawanan dan lain-lain perkara yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.

8.8 Semua perlawanan adalah mengikut peraturan Futsal FIFA yang telah ditetapkan.

8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini, maka syarat-syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.

9.0 PENGADILAN

9.1 Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10.0 BANTAHAN

10.1 Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

(17)

10.2 Sebarang rayuan atau bantahan selepas keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah tidak dilayan.

11.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

11.1 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya/tarikh tutup pada 10 MAC 2023 (JUMAAT).

11.2 Tarikh dan mesyuarat bersama pengurus pasukan akan dimaklumkan kemudian.

12.0 PENGANGKUTAN DAN MAKANAN.

12.1 Pengangkutan setiap pasukan hendaklah diuruskan oleh pihak maahad tahfiz itu sendiri.

12.2 Sarapan dan makan tengahari termasuk minuman bagi setiap pasukan mengikut kategori akan disediakan oleh pihak urusetia kejohanan iaitu bagi 8 orang/kategori dan 16 orang bagi kedua-dua kategori.

12.3 Makanan dan minuman bagi pelajar-pelajar tahfiz yang tidak terlibat (penyokong) hendaklah diuruskan sendiri oleh pihak maahad tahfiz berkenaan.

Referensi

Dokumen terkait

This addendum concerns a: [ ] Modification of final date for comments [X] Notification of adoption, publication or entry into force of regulation [ ] Modification of content and/or

Valedictory Ceremony of Krishi UnnatiMela 2018 18th March 2018, ICAR-IARI, New Delhi The three-days 16-18 March, 2018 Krishi Unnati Mela with the theme of ‘Doubling Farmer’s Income