• Tidak ada hasil yang ditemukan

RAHSIA KEKAYAAN ABDUL RAHMAN BIN AUF PDF

N/A
N/A
Sunarzi

Academic year: 2023

Membagikan "RAHSIA KEKAYAAN ABDUL RAHMAN BIN AUF PDF"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

RAHSIA KEKAYAAN ABDUL RAHMAN BIN AUF

Abdul Rahman al-Auf, jutawan Mekah yang menjadi miskin selepas hijrah ke Madinah bersama Rasulullah, kerana hartanya ditinggalkan di Mekah. Semasa peristiwa Hijrah, Abdul Rahman al-Auf dipersaudarakan dengan Sa’ad bin Rabi’.

Sa’ad bin Rabi’ pun berkata kepada Abdul Rahman al-Auf:

“Saya ialah antara yang paling kaya di kalangan orang Ansar. Maka saya akan beri separuh dari harta kekayaan kepada tuan. Dan lihat kedua-dua isteri saya dan tuan pilih yang mana satu tuan suka dan saya akan ceraikan dia. Tuan berkahwinlah selepas tamat tempoh penceraian.”

Itu adalah satu tawaran yang mengagumkan.

Tetapi Abdul Rahman al-Auf menolaknya dan berkata, “Saya tidak memerlukan kesemua itu.

Tunjukkan kepada saya di mana pasar yang penuh dengan perniagaan.”

Sa’ad bin Rabi’ pun memberitahu, “Pasar Qainuqa,”

Abdul Rahman al-Auf kembali menjadi jutawan semula dan menjadi antara sahabat yang banyak menginfaqkan harta ke jalan dakwah Nabi S.A.W.

Jika watak Abdul Rahman al-Auf datang ke Malaysia hari ini, pasti beliau akan bertanya, Tunjukkan kepada saya di mana pasar yang penuh dengan perniagaan?

Sudah tentulah Pasar Bursa Malaysia. Pasar yang paling rancak dengan jutaaan volume transaksi jual beli berlaku setiap hari.

(2)

Namun siapakah yang berjual beli di pasaran Bursa Malaysia jika rakyat Malaysia sendiri, terutama Bumiputera tidak mahu terlibat di dalamnya?

Kejatuhan-demi-kejatuhan indeks Bursa Malaysia adalah disebabkan para pelabur asing keluar mendadak, menarik modal mereka keluar. Andai rakyat Malaysia sendiri menjadi pelabur dan mempertahankan modal dalam Bursa Malaysia, indeks kita tidak akan jatuh teruk.

Perlunya umat kita memiliki otak pasaran saham, yakni bisnes berupa perniagaan, pelaburan dan perdagangan. Rugilah umat Malaysia jika orang luar melabur mencipta kekayaan menerusi Bursa Malaysia, sedangkan rakyat sendiri tidak ambil tahu.

Referensi

Dokumen terkait

Tun Abdul Rahman Ya’kub telah banyak melakukan kemas kini gerakan dakwah yaitu dengan menginstitusikan dakwah menjadi gerakan secara kolektif melalui organisasi BINA

Pemikiran Muhammad bin Abdul Wahab ini berlandaskan sesuai dengan al- Qur’an dan S unnah Nabi sehingga beliau sangat berpendirian dalam merealisasikan apa yang telah