• Tidak ada hasil yang ditemukan

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf Usahawan Muslim Terhebat Irfan Khairi MAKLUMAN PENTING

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf Usahawan Muslim Terhebat Irfan Khairi MAKLUMAN PENTING"

Copied!
149
0
0

Teks penuh

(1)

1 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

MAKLUMAN PENTING

1.

Ebook ini adalah percuma. Ianya tidak boleh dijual semula.

2.

Walaupun ebook ini adalah percuma, dilarang kongsikan ebook (PDF) ini melalui email, media sosial, internet atau whatsapp.

3.

Cara terbaik dan amat digalakkan untuk kongsikan ebook ini dan ilmu di dalamnya, adalah dengan kongsikan link www.AbdulRahmanAuf.com. Ini adalah untuk memastikan ebook yang diedarkan adalah versi terkini dan telah disunting untuk segala pembetulan atau penambahan yang penting.

4.

Sesiapa sahaja boleh mendapatkan ebook versi terkini secara percuma di www.AbdulRahmanAuf.com

Versi 1.2

(10/1/2020)

(2)

2 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

(3)

3 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Kenali Irfan Khairi

Sebuah laptop, talian Internet, minda keusahawan dan impian.

Kombinasi ini telah melonjakkan karier Irfan Khairi sebagai seorang perekacipta multimedia dan

konsultan Internet di United

Kingdom, sehingga menjadi ikon perniagaan dan pemasaran Internet #1 Malaysia.

Dengan hanya bermodalkan RM500, bermula

ketika berumur 20 tahun, Irfan Khairi telah berjaya mencapai apa yang ramai usahawan tidak capai di ketika itu, iaitu membina perniagaan yang

mencecah keuntungan RM1,000,000 pada usianya baru 25 tahun sahaja, tanpa pekerja dan peralatan yang canggih.

Syarikatnya, Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) kini terus mencipta nama dan memberi impak sebagai

syarikat latihan dan pendidikan perniagaan

Internet utama di Malaysia sejak tahun 2006 lagi.

(4)

4 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Kejayaan awal Irfan Khairi bermula dengan

mempunyai mindset yang betul dan mempelajari teras strategi perniagaan sendiri serta melalui

pengalaman jatuh dan bangun di dalam dunia perniagaan. Sehingga kini, beliau telah menjadi inspirasi kepada ramai di Malaysia dan seluruh dunia.

Irfan Khairi telah menulis 8 buku terlaris di

pasaran yang memberi fokus kepada perniagaan, motivasi dan kewangan. Buku-bukunya yang mudah difahami dan memberi tip dan strategi praktikal dalam membina kekayaan, telah berjaya di pasaran dan mendapat tempat di hati ramai pembaca.

Blog perniagaan Irfan Khairi telah menjadi pilihan bacaan ramai usahawan tempatan sehingga hari ini dengan lebih 1,100 artikel motivasi dan

perniagaan. Pengikut laman Facebook Irfan Khairi

kini lebih dari 700,000 ribu dan video-videonya

sering ditonton pengguna dengan lebih 10 juta

kali.

(5)

5 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Pusat latihan eksklusif Irfan Khairi di Oval

Damansara, membuka pintunya kepada peserta- peserta setiap bulan yang menyertai program keusahawanan dan pemasaran Internet yang dianjurkan.

Bukan sahaja Irfan Khairi dikenali sebagai

penceramah profesional, penulis buku terlaris, dan pelatih peringkat antarabangsa dalam bidang e- niaga, Irfan Khairi juga merupakan pemimpin bervisi dan pakar yang sering dirujuk dalam bidang perniagaan, internet dan media sosial.

Selain daripada mengendalikan beratus program tempatan dan juga luar negara, Irfan Khairi

pernah dijemput untuk memberi ucapan dan berkongsi ilmu di persidangan dan acara

perniagaan dan pemasaran di seluruh dunia

termasuk, New York, Los Angeles, London, Paris, Amsterdam, Sydney, Seoul, Tokyo, Copenhagen, Bangkok, India, Dubai dan Qatar.

Program utama Irfan Khairi, iaitu Program

Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media

(6)

6 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Sosial, kini menjadi pilihan utama usahawan

Internet yang baru dan juga berpengalaman dalam membina keuntungan perniagaan online yang

berpanjangan. Sejak 2005, syarikat IKSB telah melahirkan paling ramai usahawan Internet berjaya di Malaysia.

Dengan pelbagai kejayaan yang dicapai di dalam dan juga luar negara, Irfan Khairi juga telah

dipilih untuk menghasilkan modul-modul dan program keusahawanan untuk beberapa buah universiti tempatan dan antarabangsa serta

jenama-jenama pusat pendidikan yang dikenali tempatan dan luar negara.

Sebagai tambahan, pada tahun 2014, persembahan ceramahnya mengenai Pemasaran Facebook telah mendapat pujian di Internet Week New York,

sebuah persidangan Internet antarabangsa yang berprestij di USA.

2015, rekod kejayaan Irfan Khairi menghasilkan program-program perniagaan Internet yang

bermutu dan berjaya telah membawanya sebagai

(7)

7 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

penasihat Internet dan Media Sosial untuk International Council for SME and

Entrepreneurship. Tahun yang sama juga, beliau telah diberi penghargaan sebagai Global Media Catalyst bersama 16 lagi belia dari seluruh dunia di 9th Al-Jazeera Forum di Doha, Qatar.

Kini, perniagaannya bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga telah berkembang dan berpusat di Dubai, UAE.

Irfan Khairi juga sering mendapat penghargaan dari pelbagai pihak dalam bidang perniagaan

Internet. Terbaru, beliau dianugerahkan Malaysia

Top Achievers 2019, Leadership Excellence in

Online Marketing.

(8)

8 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Untuk maklumat lanjut Program Intensif

Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial,

lawati www.OpenEducation.com.my

(9)

9 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Muqadimah

Ketika menulis ini, bilik apartment hotel saya menyaksikan Masjidil Haram di Mekah. Seperti berjuta umat Islam yang lain yang pernah

menjejaki tanah suci, perasaan bersyukur, sayu, gembira, teruja, sedih dan rindu pelbagai yang bermain dalam hati.

Alhamdulillah baru sahaja tiba di tanah suci

beberapa hari yang lepas dan terus mengerjakan umrah bersama keluarga. Waktu di sini saya akan gunakan sebaik yang mungkin.

Pastinya di tanah suci terkenangkan kisah Rasululluah SAW dan para sahabatnya. Dan

sahabat yang sering saya kenangkan dan menjadi

role model dalam bidang perniagaan adalah tak

lain tak bukan, sahabat rapat Rasulullah SAW

Abdul Rahman bin Auf yang dikenali sebagai

usahawan yang terhebat dan insan yang terkaya

ketika itu.

(10)

10 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Kita sering terdengar kisah kekayaannya melalui perniagaan dan juga sumbangan harta Abdul Rahman bin Auf kepada Islam. Apabila tentera Islam memerlukan bantuan wang untuk perang, beliau lah yang akan tampil kehadapan. Apabila ada orang yang susah dan memerlukan bantuan, beliau lah yang akan membantu. Apabila

Rasulullah SAW wafat, beliau juga yang

memastikan nafkah seluruh keluarga Rasulullah SAW terjaga dan lebih dari itu.

Walaupun digelar orang yang terkaya ketika itu, namun, kekayaannya bukanlah untuk duniawi tetapi digunakan untuk dakwah Islam.

Perkongsian saya melalui buku ini adalah lebih kepada strategi dan “rahsia” perniagaan Abdul Rahman bin Auf, yang kurang dikongsikan dan diketahui ramai.

Sememangnya ada banyak penulisan mengenai

biografi sahabat Rasululluah SAW, Abdul Rahman

bin Auf, tetapi tidak banyak yang mengupaskan

strategi perniagaannya yang telah menjadikannya

(11)

11 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

seorang billionaire walaupun bermula dari kosong memulakan perniagaan yang kecil dari pasar

sahaja.

Tetapi sebelum itu, sedikit fakta menarik mengenai Abdul Rahman bin Auf…

• Beliau adalah antara 8 insan yang terawal memeluk agama Islam.

• Antara 10 sahabat Rasulullah SAW yang diijanjikan syurga

• Pernah menjadi imam solat Subuh dan Rasulullah SAW menjadi makmum

• Sangat rapat dengan Rasulullah SAW sehingga diberi tanggungjawab untuk

menjaga keluarga Rasulullah SAW selepas kewafatan

• Pernah diceritakan rombongan perniagaannya yang merangkumi 700 unta yang membawa pelbagai barangan jualan hingga bergegar bumi Madinah. Cuba bayangkan 700 unta!

• Sahabat Rasulullah SAW yang paling kaya

dan paling pemurah dalam pemberian harta

(12)

12 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

untuk Islam. Namun beliau sering rasakan pemberiannya tidak pernah mencukupi.

• Bukan sahaja memberi harta dan kekayaan, Abdul Rahman bin Auf walaupun merupakan usahawan hebat dan sangat sibuk dalam

perniagaan, tetap memberi masa dan tenaganya berkorban untuk Islam dalam peperangan penting Badar dan Uhud sehingga sering kali tercedera!

• Kekayaannya jika dibandingkan dengan kekayaan hari ini adalah bernilai USD527 billion. Jumlah ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi dari orang terkaya di dunia hari ini, iaitu Jeff Bezos USD112 billion, pengasas Amazon.com… dan Amazon.com juga menggunakan strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf!

Ingin tahu apakah strateginya? Ianya akan terjawab dalam buku ini.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah antara strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf

supaya anda mendapat inspirasi dari kaedahnya

(13)

13 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

dalam perniagaan. Selain dari kisah yang

dikongsikan mengenai Abdul Rahman bin Auf dan kupasan yang saya berikan, saya juga

kongsikan contoh praktikal bagaimana strategi yang di sarankan dapat digunakan pada zaman ini.

Namun begitu, sebelum kita bermula, pastinya sebagai seorang usahawan Muslim antara kunci dalam kejayaan perniagaan adalah..

• Jujur dan telus sentiasa dalam setiap transaksi, dan tidak menzalimi orang lain.

• Bersedekah dan membayar zakat, untuk membersihkan harta.

• Sentiasa berusaha keras dalam apa yang

dilakukan. Islam inginkan umatnya cemerlang di dunia dan akhirat.

Anda bersedia? Sedia kan pen dan kertas untuk

menulis nota…

(14)

14 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

STRATEGI #1:

ILMU & PENGALAMAN Tabiat berniaga

Abdul Rahman bin Auf dilahirkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan. Berasal dari Bani Zurrah yang sememangnya kaum yang amat sinonim dengan perniagaan.

Ayahnya adalah usahawan yang berjaya ketika itu dan sejak Abdul Rahman kecil lagi, telah dibawa bersama untuk urusan perniagaan. Oleh itu,

kelebihan yang dimiliki adalah dari pengalaman yang dipelajari sejak kecil.

Abdul Rahman bin Auf sering berniaga dari Mekah ke Yemen sejauh 1,000km untuk

menjalankan perniagaan. Bayangkan ketika itu, kenderaan pilihan adalah unta dan kuda sahaja.

Bukan kapal terbang seperti hari ini. Menjalankan perniagaan adalah satu kepuasan di zaman

Rasulullah SAW.

(15)

15 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Tak banyak yang diketahui mengenai Abdul Rahman bin Auf ketika beliau muda. Tetapi,

beliau adalah antara yang beruntung oleh kerana di besarkan dalam keluarga yang sedia kaya

melalui perniagaan. Namun begitu, kekayaannya ketika itu adalah sangat jauh lebih kecil

dibandingkan selepas beliau memeluk agama Islam dan berhijrah ke Madinah.

Dilahirkan sekitar 10 tahun selepas Rasulullah SAW dan merupakan peniaga sebelum memeluk agama Islam. Ketika pulang ke Mekah selepas berniaga, beliau terdengar mengenai Islam dan menjadi antara 8 orang terawal memeluk Islam!

Namun, apabila Abdul Rahman bin Auf memeluk Islam (ketika 30-an) dan berhijrah ke Madinah dari Mekah, kesemua hartanya ditinggalkan dan

diambil oleh orang Quraisy di Mekah dan

berhijrah sehelai sepinggang. Walaupun sudah

mempunyai kekayaan, segalanya ditinggalkan

oleh kerana yakin dan percaya pada agama Islam

dan amat setia dan cintakan Rasulullah SAW.

(16)

16 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Di Madinah beliau memulakan perniagaan dari kosong. Dari bawah.

Kisah menceritakan bahawa Abdul Rahman bin Auf adalah seorang usahawan yang sangat rajin dan berusaha keras. Jika tidak beribadat di masjid, dirinya boleh dijumpa di pasar sedang berniaga.

Jelas dilihat ilmu adalah aset yang paling penting dalam perniagaan. Ilmu dan pengalaman yang dimiliki dapat membawa perniagaannya dari kosong, menjadi jutawan dan kemudiannya

billionaire - usahawan yang termasyur ketika itu!

Antara kelebihan Abdul Rahman bin Auf ketika dibesarkan termasuk:

• Ilmu perniagaan yang dipelajari dari ayahnya yang merupakan usahawan berjaya dan sering menyertai rombongan dan persidangan

perniagaan di negara-negara lain.

(17)

17 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

• Pengalaman praktikal dalam bidang

perniagaan bertahun-tahun lamanya bersama ayahnya di serata tempat dan dilihat sangat berbakat dalam bidang perniagaan.

• Kenalan dan jaringan perniagaan yang telah dibina bertahun-tahun. Beliau juga

menjalinkan hubungan perniagaan bersama mereka yang bukan Islam juga. Malah,

jaringan kenalan perniagaanya juga telah membawanya memeluk Islam.

Kunci perniagaan: Ilmu

Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa

sekali. Dan untuk berjaya dalam apa sahaja bidang memerlukan ilmu.

Siapa yang menghendaki kehidupan dunia,

maka harus disertai dengan ilmu. Dan siapa

yang menghendaki kehidupan akhirat, juga

harus dengan ilmu" ~ Imam Syafi'i

(18)

18 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Kata-kata ILMU disebut lebih dari 700 kali dalam Al Quran. Kunci kejayaan bukan lagi satu rahsia oleh kerana ianya tertera jelas dalam Al Quran, iaitu ILMU.

Ilmu perniagaan boleh dibahagiakan kepada 5 perkara iaitu, STRATEGI, PEMASARAN,

OPERASI, SUMBER MANUSIA & KEWANGAN.

Untuk menjadi usahawan sangat berjaya, perlu siap sedia dengan kelima-lima perkara ini.

Oleh kerana operasi, sumber manusia dan

kewangan tidak termasuk dalam skop buku ini, saya kupaskan dua jenis ilmu perniagaan di

bawah yang ditunjkkan oleh Abdul Rahman bin Auf, iaitu ILMU STRATEGI dan ILMU

PEMASARAN.

ILMU STRATEGI

Salah satu strategi perniagaan Abdul Rahman bin

Auf apabila perniagaannya telah berkembang,

adalah menternak, jual dan beli kuda. Ketika itu,

industri ini adalah sangat kompetetif dan

(19)

19 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

pesaingan begitu ramai lebih-lebih lagi dikalangan usahawan-usahawan Yahudi.

Oleh kerana pesaingan yang tinggi, margin keuntungan menjual kuda menjadi semakin

rendah. Abdul Rahman bin Auf mengaplikasikan strategi baru dalam perniagaannya dan mula

menjual pelana kuda untuk meningkatkan margin untung perniagaannya sehingga tewas pesaing- pesaingnya yang lain.

Strategi yang digunakan di sini adalah “cross- promotion” (atau promosi bersilang). Iaitu menggunakan satu produk untuk

mempromosikan produk lain yang berkenaan.

Apa yang beliau lakukan adalah memikirkan

produk yang baru untuk pasaran yang sedia ada.

Oleh kerana pelanggannya membeli kuda darinya, walaupun margin untung kecil, apa yang

dilakukan adalah menjual pelana kuda pada

pelanggan sama yang pasti memerlukan pelana

untuk kuda mereka. Ini dapat meningkatkan

margin keuntungan dalam perniagaan.

(20)

20 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Dengan mengetahui ilmu STRATEGI perniagaan yang pelbagai, segala masalah yang dihadapi dalam perniagaan dapat diselesaikan.

Apabila anda menjalankan perniagaan, cuba fikirkan, apakah produk atau perkhidmatan

susulan yang anda boleh turut sama jual kepada pelanggan yang sama?

Dalam istilah pemasaran hari ini, ianya dikenali sebagai “up sell”. Sebaiknya, produk susulan ini adalah yang berkaitan atau diperlukan bersama produk asal.

Lihat bagaimana kedai komputer apabila menjual komputer riba, dapat juga menjual perisian

“Windows” dan software “Anti Virus” kepada pelanggan yang sama. Kedua-dua ini sangat

diperlukan oleh pembeli komputer riba tersebut.

Bukan sahaja keuntungan diperolehi dari

komputer riba tersebut (hardware), tetapi

(21)

21 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

keuntungan dapat melalui software. Dan dalam industri komputer, margin keuntungan menjual software adalah lebih tinggi dari menjual

hardware!

Ini hanyalah satu contoh sahaja dari beribu contoh yang ada di luar sana.

Salah satu buku lama yang banyak menceritakan tentang strategi perniagaan adalah Tsun Szu, The Art of War yang diterbitkan berkurun-kurun

kemudian di China. Walaupun buku ini di

khususkan untuk strategi perang, ramai usahawan dari China menggunakan strategi yang diterapkan dalam The Art of War untuk perihal perniagaan juga.

Saya suka bayangkan bahawa Abdul Rahman bin Auf yang juga adalah seorang tentera dan ketua dalam perang-perang yang bermakna dalam

sejarah Islam termasuk perang Badar dan perang Uhud. Dan bayangan saya, kehebatan strateginya di medan perang juga dibawa ke medan

perniagaan dan menjadikannya seorang usahawan

(22)

22 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

termasyur. Tetapi ini, hanyalah bayangan saya sahaja. Mana lah tahu, strategi Tsun Szu adalah dari mempelajari strategi beliau. Wallahualam.

Lebih banyak strategi perniagaan yang anda

miliki, maka lebih banyak “senjata” yang anda ada dalam menjayakan perniagaan anda. Bayangkan jika pesaing anda hanya menggunakan satu atau dua strategi sahaja, dan anda pula menggunakan enam atau tujuh strategi. Sangat jelas perniagaan siapa yang akan berjaya berbanding dengan

pesaing!

Tambahkan ilmu strategi perniagaan anda. Hari ini, kesemua strategi boleh diaplikasikan melalui perniagaan online dan strategi media sosial.

ILMU PEMASARAN

Sebelum (dan selepas) memeluk agama Islam,

Abdul Rahman bin Auf sering berniaga ke serata

tempat, bandar dan negara.

(23)

23 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Sebelum memeluk Islam, beliau sering

mengunjungi Yemen dari Mekah yang lebih dari 1,000km jauhnya. Setelah memeluk Islam dan apabila perniagaannya semakin meluas, sering diceritakan rombongan perniagaannya ke Syria dan Mesir dari Madinah yang lebih dari 1,500km jauhnya. Dan pastinya juga ini hanyalah sekadar tiga contoh sahaja tempat-tempat beliau

menjalankan perniagaan.

Mengapa begitu jauh beliau mengembara untuk berniaga?

Jangan lupa ketika itu unta adalah pengangkutan utama untuk perniagaan dan membawa

rombongan perniagaan unta lebih 1,000km akan mengambil masa yang lama. Sehari pergerakan adalah dalam lingkungan 30-40km sahaja

jaraknya. Untuk sampai ke destinasi lebih 1,000km pastinya mengambil masa lingkungan 1 bulan!

Jawapannya adalah PEMASARAN!

(24)

24 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Tidak seperti hari ini, pemasaran boleh dilakukan dihujung jari sahaja dengan internet. Dari Kuala Lumpur, boleh mencapai pelanggan di Johor dengan menggunakan Facebook sahaja dalam masa 1 saat. Atau dari Johor boleh capai

pelanggan yang berada di Dubai (yang lebih 5,000km) dalam masa 1 saat juga melalui email!

Pemasaran adalah nadi dalam perniagaan.

Tujuannya adalah untuk mencapai seberapa ramai prospek dan pelanggan yang boleh untuk menjual produk atau perkhidmatan yang disediakan.

Ketika zaman itu, Abdul Rahman bin Auf perlu membawa rombongan barangan dagangnya

secara fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain untuk pemasaran. Dengan hanya berniaga di satu lokasi sahaja seperti pasar di Qaynuqa’ di

Madinah, pastinya hanya mendapat pelanggan setempat sahaja.

Dengan membawa rombongan perniagaannya ke

bandar, negeri dan negara yang lain, pemasaran

(25)

25 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

perniagaannya menjadi semakin meluas oleh kerana dapat membuka pasaran yang baru.

Pastinya ketika zaman Abdul Rahman bin Auf, tidak banyak kaedah pemasaran yang boleh

digunakan, tidak seperti hari ini di mana terdapat pemasaran offline dan juga pemasaran online.

Oleh itu, untuk berjaya dalam perniagaan hari ini, lebih banyak ilmu pemasaran yang perlu

dipelajari.

Apa yang saya dapat bayangkan ketika itu adalah, cara pemasaran adalah dengan membawa produk ke tempat-tempat tertentu secara fizikal, dan

kaedah pemasaran word-of-mouth. Itulah “media sosial” seperti mana kita kenali hari ini.

Menggunakan satu atau dua ilmu pemasaran sahaja tidak mencukupi pada zaman ini dikala banyak peluang dan platform pemasaran yang

wujud, dan makin ramai pesaingan yang ada tidak

kira apa sahaja industri.

(26)

26 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Sering saya mendapat keluhan dari usahawan bertanyakan pada saya:

“IK, perniagaan saya kurang mendapat sambutan. Di manakah silap saya?”

Tanpa mengetahui perniagaan apa yang

dijalankan lagi, pastinya saya tahu silap usahawan tersebut amat kurang melakukan pemasaran.

Mungkin hanya melakukan satu atau dua cara sahaja (seperti Facebook dan Instagram), dan bukan 5 atau 6 atau lebih cara (seperti Facebook, Instagram, Email, Video, Landing Page, SEO dan sebagainya!)

Oleh kerana saya ingin sangat anda pelajari tentang ILMU PEMASARAN, berikut adalah ekstrak dari buku “9/10: Dari SOLOpreneur ke

ENRTREpreneur menjadi GLOBALpreneur”

(Muka surat 50 “Ilmu Pemasaran Trend vs

Evergreen”)

(27)

27 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Bukan lagi rahsia, untuk berjaya di dunia, kita perlu ILMU. Untuk berjaya di akhirat, kita perlu ILMU. Perkataan ILMU disebut dalam Al-Quran lebih 700 kali, menunjukkan betapapentingnya ilmu dalam mencapai apa sahaja kejayaan.

Dan di sini saya ingin kongsikan apakah ilmu pemasaran yang paling penting dalam

perniagaan online yang telah membantu saya kembangkan perniagaan dari perniagaan SOLO seorang diri, dan menjadi perniagaan global.

Take note. Anda perlu faham ini 100%. ILMU penting. Ilmu perniagaan dan pemasaran online ada dua:

Pemasaran TREND dan EVERGREEN.

Trend bermaksud kaedah pemasaran online yang mengikut trend. Ada naik dan turun. Seringkali, ianya bermula naik, di mana kaedah teknik

pemasaran tersebut adalah sangat efektif, tetapi

(28)

28 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

beberapa tahun kemudian ia akan turun dan menjadi kurang efektif.

Evergreen pula, seumpama ‘lagu evergreen’. Iaitu lagu dari dulu, hingga kini bila kita dengar, tetap lagi best. Dalam konteks pemasaran pula,

pemasaran yang evergreen bermaksud, dari dulu ianya efektif dan hingga kini ia tetap efektif lagi.

Ianya bukan turun naik seperti trend.

Contoh trend adalah, anda pernah dengar MIRC, Friendster, MySpace, atau Foursquare? Mungkin pernah bukan? Dulu ianya amat popular. Tetapi, kini boleh dikatakan sudah tidak lagi wujud.

Facebook, Instagram dan YouTube adalah trend.

Bukan saya nak kata Facebook, Instagram dan YouTube akan hilang dan tidak lagi wujud, itu saya tak tahu. Tetapi, Facebook, Instagram dan YouTube 5-6 tahun lalu, tidak seperti sekarang.

Dulu, reach di Facebook adalah tinggi. Kini, reach

Facebook adalah rendah. Dulu jika kita

(29)

29 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

mempunyai 1,000 followers di Facebook, apabila kita post sesuatu, 800 orang akan dapat lihat

(reach). Hari ini, walaupun kita mempunyai 1,000 followers di Facebook, apabila kita post sesuatu, hanya 80 orang sahaja yang dapat lihat. Dulu, harga iklan di Facebook adalah murah. Hari ini, harga iklan di Facebook bertambah mahal.

Jika dulu harga iklan adalah hanya 50sen satu klik, kini harga iklan telah menjadi RM5 untuk setiap klik. Sehingga perniagaan yang margin untung rendah tidak mempunyai ruang langsung

meletakkan iklan Facebook Ads.

Tidak seperti dulu, perniagaan kecil dan mempunyai margin untuk kecil juga boleh meletakkan FacebookAds kerana harga iklan Facebook adalah murah.

Ini adalah contoh TREND. Trend berubah. Dulu meningkat, kini menurun. Ada trendnya.

Kesilapan seorang usahawan adalah apabila kita

hanya fokus pada TREND sahaja.

(30)

30 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Kesilapan yang besar.

Untuk berjaya dalam perniagaan online jangka masa panjang, jangan fokus pada trend sahaja.

Gunakan kaedah pemasaran evergreen juga.

Kaedah pemasaran yang tidak ditelan dek masa.

Contohnya adalah seperti SEO (Search Engine Optimization), teknik yang saya gunakan sejak tahun 2001 lagi hingga hari ini 2019 yang diajar oleh mentor saya, Corey Rudl. Email marketing, teknik yang digunakan sejak dulu lagi hingga kini.

Blog & content marketing, yang masih lagi

popular dari dulu hingga hari ini. Hinggakan Bill Gates pada tahun 1996 mengatakan bahawa

“Content is KING”.

Sehingga hari ini, ianya adalah benar. Itulah namanya evergreen!

Ramai usahawan online di Malaysia melakukan

kesilapan hanya menggunakan kaedah pemasaran

(31)

31 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

TREND, seperti Facebook dan Instagram.

Sedangkan untuk berjaya jangka masa panjang dalam perniagaan, kaedah pemasaran

EVERGREEN adalah sangat penting.

Ketika menjalankan program saya, dan juga ketika menjawab soalan-soalan melalui #TanyaIK di

media sosial, sering saya ditanya.

"IK, apakah trend pemasaran terkini?"

Semua orang nak tahu apakah trend. Trend adalah mudah untuk tahu. Strategi apa yang ramai

gunakan, itulah trend. Seperti Facebook dan Instagram ketika ini. Tetapi, masalah dengan trend adalah, apabila terlalu ramai orang

menggunakannya, ia akan menjadi tepu.

Dan apabila ia menjadi tepu, ia akan menjadi

kurang efektif. Seperti mana Facebook dan

Instagram tidak lagi seperti dulu, mudah dan

murah. Kini, susah dan mahal.

(32)

32 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Waktu terbaik untuk menggunakan kaedah pemasaran yang mengikut trend adalah ketika trend sedang meningkat. Bagi Facebook

contohnya, adalah sekitar tahun 2012-2016 ketika trendnya meningkat naik.

Mereka yang telah memulakan perniagaan online di Facebook ketika itu, sangat beruntung

(termasuk saya) oleh kerana reach sangat tinggi dan kos iklan FacebookAds adalah sangat rendah ketika waktu trend sedang meningkat.

Sama seperti di bursa saham. Pastinya pelabur akan berebut melaburkan wang mereka ketika peningkatan naik trend sesuatu pelaburan untuk mendapat untung. Tetapi, apabila trend pelaburan itu jatuh, pelabur akan cepat-cepat menjual saham mereka oleh kerana tidak mahu rugi.

Untuk berjaya dalam perniagaan online bukan sekadar setahun dua, tetapi untuk teruskan perniagaan sepuluh atau dua puluh tahun dari

sekarang, pastikan anda jangan hanya fokus pada

kaedah pemasaran TREND.

(33)

33 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Tetapi lakukan juga kaedah pemasaran EVERGREEN.

Bagaimana sesuatu perniagaan dapat berkembang dari perniagaan SOLO ke peringkat yang lebih tinggi?

Jangan hanya fokus pada trend. Kesilapan yang besar.

Sebab itulah, dalam program yang saya

kendalikan, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, modul saya tidak

hanya fokus pada pemasaran berbentuk TREND.

TREND sememangnya penting, tetapi

mempelajari trend sahaja tidak mencukupi.

Program ini juga menekankan kaedah-kaedah dan strategi pemasaran EVERGREEN juga.

TREND diajar, EVERGREEN juga diajar.

(34)

34 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Dan Alhamdulillah, sebab itulah program saya sejak tahun 2006 lagi telah melahirkan paling

ramai usahawan online yang berjaya di Malaysia hingga kini! Dapatkan maklumat lanjut di

www.openeducation.com.my

Kunci perniagaan: Pengalaman

Ilmu secara teori sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan aksi yang praktikal.

Seperti Abdul Rahman bin Auf, bukan sahaja

dilengkapi dengan ilmu dari ayahnya, tetapi juga ayahnya membawanya ke serata tempat untuk berniaga dan menghadiri persidangan perniagaan ketika beliau masih muda.

Dengan ilmu dan pengalaman, seseorang yang bergelar “usahawan jutawan”, jika memulakan perniagaan yang baru, lebih cenderung lagi untuk berjaya. Jika tidak kira apa pun sebabnya

perniagaannya gagal, dia boleh terus memulakan

perniagaan yang baru dan perniagaan baru itu

(35)

35 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

juga akan mencapai kejayaan yang tinggi dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki sebelum ini.

Begitu juga hakikatnya Abdul Rahman bin Auf yang mempunyai ilmu dan pengalaman bertahun- tahun dalam bidang perniagaan sebelum

memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah tanpa sebarang harta. Kesemua harta dan perniagaan keluarganya dirampas dan ditinggalkan di Mekah ketika berhijrah.

Abdul Rahman bin Auf memulakan perniagaan yang baru di Madinah. Walaupun bermula dari kosong, dan memulakan perniagaan kecil, ianya berkembang menjadi satu empayar perniagaan yang jauh lebih hebat dari sebelum itu dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki.

Pastinya anda pernah dengar nama dua syarikat ini. Iaitu Disney dan juga Lego. Kedua-dua

syarikat ini telah mencapai kejayaan yang

cemerlang. Tetapi ada masa di mana, walaupun

selepas kejayaan yang hebat tersebut, kedua-

(36)

36 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

duanya pernah melalui saat masalah dalam perniagaan sehingga hampir bankrap!

Ya, walaupun nama yang gah seperti Disney dan Lego, kedua-duanya hampir tutup kedai juga.

Untuk Lego, ianya tidak lama dulu pada tahun 2003.

Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman perniagaan kedua-dua syarikat tersebut, mereka dapat

mengatasi masalah ini dan terus menjadi syarikat bilion dollar sehingga hari ini.

Dan tahukah anda, Disney juga menggunakan

strategi mengembangkan perniagaan seperti mana yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf

berkurun-kurun sebelum itu?

Dalam STRATEGI #7: KEMBANGKAN

EKOSISTEM PERNIAGAAN akan dikongsikan!

Sebelum memulakan perniagaan, pastikan anda

lengkapkan diri anda dengan ilmu terlebih

(37)

37 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

dahulu. Pengalaman akan datang apabila anda mempraktikkan ilmu perniagaan itu.

Kunci perniagaan: Jaringan Perniagaan

Tidak dinafikan bahawa jaringan perniagaan atau business network adalah sangat penting dalam perniagaan. Walaupun hari ini network

perniagaan boleh di lakukan melalui online seperti di Facebook atau pun Linked in, tetapi jaringan perniagaan bersemuka masih lagi menjadi pilihan dan lebih efektif oleh kerana terdapat perjumpaan bertentang mata, eye-contact untuk membina

keyakinan dan kredibiliti.

Abdul Rahman bin Auf mempunyai network

perniagaan yang meluas sebelum memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah di mana beliau bermula dari kosong.

Tambahan, jaringan dalam perniagaannya juga

terdiri dari mereka yang bukan Muslim walaupun

selepas memeluk agama Islam.

(38)

38 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Antara kisah yang sering diceritakan mengenai Abdul Rahman bin Auf adalah berkenaan kenalan perniagaannya Ummayah bin Khalaf seorang

bukan Islam di mana terdapat perjanjian untuk Ummayah menjaga keselamatan Abdul Rahman bin Auf di Mekah dan Abdul Rahman bin Auf menjaga keselamatannya di Madinah.

Ketika melakukan perjanjian tersebut Ummayah tidak mahu meneruskan perjanjian melainkan Abdul Rahman bin Auf menggunakan nama

beliau sebelum memeluk Islam iaitu “Abu Amr”.

Abdul Rahman bin Auf akhirnya bersetuju menggunakan nama bukan Islamnya dan termeterailah perjanjian tersebut.

Apa yang dapat dikupaskan di sini adalah daya berunding Abdul Rahman bin Auf dalam

perjanjian tersebut untuk bertolak ansur dalam mencapai sesuatu persetujuan.

Berunding (negotiate) dalam apa sahaja perlu

mempunyai tolak ansur. Menjadi perunding yang

hebat bukan bermaksud sebelah pihak sahaja yang

(39)

39 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

mendapat kelebihan, tetapi kedua belah pihak mendapat kemenangan, iaitu situasi WIN-WIN.

Apabila anda melakukan perundingan dalam perniagaan, fikirkan kisah ini.

Jaringan kenalan perniagaan Abdul Rahman bin Auf bukan sahaja membantunya dalam

menjayakan perniagaan, tetapi juga tidak kerana kenalan dalam perniagaannya, Saidina Abu Bakar memperkenalkannya pada agama Islam dan

menjadi antara orang yang terawal memeluk Islam.

Melalui perniagaan dan jaringan perniagaan juga

boleh berdakwah!

(40)

40 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Sedikit latihan praktikal untuk anda. Apa kata letak kan matlamat untuk berkenalan dengan 4 usahawan setiap bulan. Tidak kira mereka masih lagi baru atau sudah lama dalam bidang

perniagaan. Jalinkan silaturrahim. Saya yakin, dengan melakukan ini sahaja, rezeki perniagaan anda InsyaAllah meningkat seperti mana hadis:

"Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya

dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia

menyambung silaturahim." ~HR. Muttafakun

'alaih dari Anas bin Malik r.a

(41)

41 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

STRATEGI #2:

PROAKTIF & POSITIF DALAM PERNIAGAAN

“… Di manakah pasar?”

Ketika di Madinah, Abdul Rahman bin Auf ingin diberi bantuan oleh Sa’ad bin Rabi’, seorang

saudara barunya yang merupakan orang yang kaya di Madinah.

Sa’ad bin Rabi’ ingin memberi kebunnya kepada Abdul Rahman bin Auf yang berhijrah sehelai sepinggang meninggalkan segala hartanya di Mekah.

Kata Sa’ad bin Rabi’ ingin membantu;

“Ketahuilah saya seorang Ansar yang banyak

harta. Ambillah satu daripada dua kebun saya

untuk diusahakan”

(42)

42 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Namun, Abdul Rahman bin Auf menolak bantuan itu dengan baik.

“Semoga Allah SWT memberi berkat kepada keluarga dan harta mu…

Namun tunjukkanlah jalan menuju ke pasar”

Beliau bertanya Sa’ad bin Rabi’ dimanakah pasar untuk dirinya mula berniaga kerana itulah

matlamatnya. Pasar yang dimaksudkan adalah pasar Qaynuqa’, iaitu pasar yang popular di Madinah.

Keyakinan Abdul Rahman bin Auf bahawa Allah SWT akan membantunya sudah mencukupi.

Walaupun tidak mempunyai harta, beliau tidak mahukan bantuan dari saudaranya.

Kisah menceritakan bahawa Abdul Rahman bin Auf tidak membuang masa untuk mulakan

perniagaannya yang pertama sejurus selepas tiba

di Madinah. Terdapat kisah yang mengatakan

(43)

43 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

beliau memulakan perniagaan di Madinah pagi esoknya apabila tiba. Ini menunjukkan sikapnya yang proaktif dan positif.

Pada hari pertama menjalankan perniagaan di pasar, beliau telah mampu membeli makanannya sendiri dari pendapatan berniaga!

Selang beberapa hari kemudian, hasil dari

perniagaannya membolehkannya berkahwin pula!

Betapa hebat kebolehannya menjana pendapatan bermula dari kosong dalam masa yang singkat sahaja.

“Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehingga mereka mengubahkan nasib mereka sendiri” Surah al-Anfal, ayat 53.

Proaktif merujuk kepada sikap ingin

memulakan dan melakukan sesuatu. Ianya

bermaksud mengawal keadaan dan melakukan

(44)

44 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

sesuatu, dan bukan hanya sekadar menunggu sesuatu akan berlaku.

Menurut buku bestseller, Stephen Covey, The 7 Habits of Highly Effective People, tabiat #1 yang dimiliki oleh orang yang sangat berjaya adah

PROAKTIF. Malah, ianya adalah bab pertama dalam buku tersebut.

Untuk berjaya, seseorang itu perlu mengambil tanggungjawab dalam setiap keadaan secara

positif untuk memperbaiki keadaan semasa. Tidak perlu menunggu waktu yang sesuai, atau tidak perlu menunggu orang yang menyuruh.

Bermula dengan modal kurang dari 4 dinar berniaga dadih secara kecil-kecilan pada hari pertama, perniagaannya berkembang maju

sehingga menjadi usahawan termasyur ketika itu.

Semangat yang ditunjukkan oleh Abdul Rahman bin Auf perlu dicontohi. Jangan diberi alasan

untuk tidak bermula, dan tidak perlu mendapat

(45)

45 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

bantuan untuk bermula. Mulakan dengan apa sahaja yang kita ada, dan apa sahaja yang

termampu.

Antara soalan (atau alasan) yang sering saya dengar adalah

“Tiada modal nak mulakan perniagaan”

Untuk memulakan perniagaan, mulakan

perniagaan kecil sahaja yang tidak memerlukan banyak modal.

Katakanlah anda ingin memulakan perniagaan menjual produk kesihatan. Langkah pertama adalah untuk bermula menjadi agen kepada sesuatu pemilik perniagaan kesihatan yang memerlukan kos yang rendah, dan bukan

memulakan jenama produk kesihatan anda sendiri yang pastinya memerlukan kos yang sangat

tinggi.

(46)

46 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Menjadi agen kepada sesuatu perniagaan yang lain mungkin modalnya hanya beratus ringgit sahaja. Pastinya kita ada beberapa ratus ringgit bukan?

Tetapi, jika seseorang itu hendak mencari alasan, pastinya akan jumpa juga alasan.

“Saya seratus ringgit pun tiada. Bagaimana?”

Jika tiada modal seratus ringgit, apa kata cari agen lain yang sedia ada, dan pinjamkan produknya untuk anda jual. Dengan syarat kepada agen tersebut, anda tidak perlu keluarkan modal, dan komisyen anda ambil separuh dari hasil jualan

anda. Agen itu akan mendapat separuh lagi 50-50.

Agen asal itu tidak perlu lakukan apa-apa.

Pastinya dia akan setuju oleh kerana anda yang

buat kerja dan dia akan menjana pendapatan atas

hasil usaha anda. Stoknya pula akan bergerak!

(47)

47 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

“Tapi kalau begitu, untung saya sedikit” Alasan lagi! Inilah yang dikatakan, orang lain buat duit, kita buat alasan.

Dan ini adalah sangat berlawanan dengan sikap proaktif dan positif. Orang yang hanya memberi alasan dan berfikir negatif tidak akan berjaya.

Mempunyai mindset yang positif adalah amat penting untuk berjaya. Bila berfikir positif, lebih banyak peluang kita dapat lihat dan kita juga tahu sekiranya sering bersama orang yang negatif,

nanti kita juga akan menjadi negatif.

Tetapi, adakah anda sering mempunyai mindset positif atau negatif?

Sedikit latihan. Cuba lihat dua pilihan di bawah dan tentukan anda lebih cenderung ke arah yang mana…

MINDA POSITIF

(48)

48 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

• Mereka yang mempunyai mindset positif akan sentiasa memikirkan penyelesaian kepada

masalah. Tidak terlalu mengutamakan masalah, tetapi lebih fokus untuk mencari penyelesaiannya. Mereka akan lebih

bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu dan tidak menyalahkan orang lain sekiranya sesuatu itu tidak menjadi atau tidak kena.

• Orang yang mempunyai minda positif akan sentiasa optimis dalam apa yang dilakukan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Namun, tidak sehingga menjadi ego atau

terlalu ‘over-confident’ sehingga tidak berhati- hati dengan setiap langkah yang dilakukan.

Setiap langkah dilakukan dengan penuh perancangan yang teliti dan bukan sekadar

‘main langgar’ sahaja.

• Mindset positif akan suka melihat kejayaan

orang lain. Suka juga membantu orang lain

mencapai kejayaan. Apa sahaja kejayaan

disekeliling akan diambil sebagai inspirasi

untuk memperbaiki diri sendiri mencapai

(49)

49 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

kejayaan yang lebih tinggi lagi.

• Kata-kata orang yang positif juga dipenuhi dengan mesej, nasihat, atau perbualan yang positif. Kerana mereka tahu, sekiranya

bercakap perkara yang negatif, ia akan

memberi impak negatif kepada diri sendiri dan akan impak juga mindset positif mereka menjadi negatif!

MINDA NEGATIF

• Mereka yang mempunyai mindset negatif akan sentiasa melihat masalah yang ada disekeliling. Masalah-masalah ini akan

menjadi alasan kepada mereka untuk tidak melakukan atau memulakan sesuatu. Apabila melihat masalah, mereka tidak pula

memikirkan penyelesaian tetapi mencari lebih banyak alasan supaya mengukuhkan

pendirian mereka untuk tidak bermula.

• Orang yang mempunyai minda negatif juga

kurang mempunyai keyakinan diri. Mungkin

pada zahir nampak gah dan hebat, tetapi

(50)

50 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

ianya hanya sekadar lakonan untuk

menyorokkan ketidak yakinan diri. Apabila ingin melakukan sesuatu, apa yang dilihat adalah halangan-halangan yang dihadapan dan bukan jalan untuk mencapainya.

• Mindset negatif pula akan sering iri hati melihat kejayaan orang lain. Bukan sekadar itu sahaja, tetapi juga memberi pelbagai alasan mengapa orang lain mudah berjaya, dan diri sendiri sukar untuk berjaya. Adakalanya juga mereka yang mindset negatif tidak suka

melihat orang lain lebih berjaya dan cuba menjatuhkan semangat mereka supaya sama- sama menjadi negatif.

• Kata-kata mereka yang negatif akan sentiasa berkenaan masalah, alasan, kritikan,

kesukaran, kesusahan dan sewaktu

dengannya. Kesemua kata-kata ini bukan

sahaja mengambarkan mindset yang dimiliki, tetapi juga adalah percubaan untuk

menguatkan lagi sebab musabab diri sendiri mengapa mereka tidak berusaha untuk

mencapai kejayaan.

(51)

51 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Lihat sahaja mereka yang berjaya. Boleh dikatakan kesemuanya sering mengamalkan pemikiran

positif. Namun fikir positif ni, lebih mudah untuk diperkatakan berbanding dengan diamalkan. Bila stress, down, masalah, tertekan, pastinya minda akan berfikir negatif bukan?

Berikut pula adalah 3 cara apa yang perlu dilakukan untuk kembali berfikir positif!

1. Tanya soalan yang betul dan positif

Setiap masalah pastinya ada penyelesaiannya.

Setiap kesusahan pastinya ada peluang

disebaliknya. Apabila dilanda masalah, kita akan sentiasa berfikir negatif dan tertekan. Lebih-lebih lagi apabila minda mula fikirkan yang bukan- bukan membuatkan kita rasa takut, marah, ragu- ragu, sedih dan seangakatan dengannya.

Apa yang perlu dilakukan adalah ubah soalan-

soalan yang negatif kepada soalan yang positif.

(52)

52 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Apabila bertemu masalah atau kesusahan, tanya diri sendiri berulang kali 3 soalan ini:

• Apakah yang positif dalam keadaan ini?

• Apakah peluang yang ada di sini?

• Apakah penyelesaian untuk memperbaiki keadaan?

Soalan-soalan yang positif akan menjana jawapan dan tindakan yang lebih positif.

2. Positifkan orang lain

Apabila kita down dan dalam perasaan negatif, apa kata positif kan orang lain. Tindakan

menggembirakan orang lain pastinya akan

berjangkit pada kita. Beri bantuan atau sokongan kepada orang lain yang memerlukan. Berikut adalah antara apa yang boleh dilakukan untuk positifkan diri sendiri:

• Bantu orang lain yang dalam kesusahan.

Apabila kita membantu orang lain, kita juga

(53)

53 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

akan mendapat bantuan berkali ganda apabila memerlukan.

• Dengar masalah orang lain. Adakalanya, bantuan yang terbaik adalah menjadi

pendengar kepada keluhan atau masalah

orang lain. Lapangkan dada mereka, dan anda juga akan lapang dada.

• Beri sokongan kepada orang lain, beri kata- kata semangat dan tingkatkan semangat mereka untuk mencapai sesuatu.

Dalam apa pun keadaan, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima.

Sekiranya kita beri yang positif, maka positif juga kita akan terima.

3. Positif di awal pagi

Apa yang kita lakukan di awal pagi akan memberi impak kepada kita sepanjang hari. Tanamkan

tabiat untuk sentiasa berfikir positif di pagi hari.

Sentiasa membaca, mendengar, melihat dan

memperkatakan perkara-perkara yang positif

sahaja. Ia akan membawa sepanjang hari. Cari

ketenangan minda dan hari di awal pagi oleh

(54)

54 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

kerana rezeki dan keberkatan sangat luas diwaktu pagi. Sentiasa dalam keadaan berwudhu untuk murah rezeki dan dalam keadaan tenang selalu.

Abdul Rahman bin Auf juga tidak lari dari menghadapi tekanan.

Bayangkan ayahnya yang merupakan mentor perniagaannya telah terbunuh dalam satu serangan Banu Jazimah ketika rombongan berniaga.

Bayangkan, seorang yang sudah kaya tetapi, segala hartanya di rampas oleh orang Quraisy kerana memeluk agama Islam.

Bayangkan keluarganya, termasuk ibunya juga tidak setuju dengan agama Islam sehingga tidak mahu bercakap dengannya.

Namun Abdul Rahman bin Auf yakin bahawa

Allah SWT akan membantu dalam apa sahaja

(55)

55 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

tekanan sekali pun, dan terus proaktif dan berfikir positif.

Seperti yang dikongsikan dalam bab yang lepas, perniagaan memerlukan ilmu dan pengalaman untuk berjaya. Pelajari selok belok perniagaan dan dalami ilmu dan pengalaman perniagaan yang anda ingin lakukan.

Abdul Rahman bin Auf adalah seorang usahawan yang sangat berilmu dan berpengalaman sebelum berhijrah ke Madinah. Berbekalkan ilmu dan

pengalaman dalam perniagaan, beliau dapat memulakan perniagaan yang kecil dan

mengembangkannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Mungkin dari pengalaman dan tabiatnya sebagai

seorang usahawan sebelum berhijrah ke Madinah,

dan pastinya juga ingin menjana kekayaan untuk

membangunkan Islam, Abdul Rahman bin Auf

mengambil sikap yang proaktif dan positif untuk

memulakan perniagaan yang baru apabila tiba di

Madinah.

(56)

56 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

“Tunjukkanlah jalan menuju ke pasar” mintanya kepada Sa’ad bin Rabi’.

Abdul Rahman bin Auf tidak membuang masa untuk memulakan perniagaannya yang pertama walaupun bermula kecil, walaupun tidak

mempunyai apa.

Keuntungan dari perniagaan digunakan untuk membesarkan lagi perniagaan. Ianya dikatakan beliau menjadi jutawan dalam masa 10 tahun, dan billionaire dalam masa 30 tahun dengan hanya bermulakan perniagaan yang kecil.

Ingin tahu strateginya dalam mengembangkan perniagaan kecil sehingga menjadi billionaire?

Akan dikongsikan di STRATEGI #7:

KEMBANGKAN EKOSISTEM PERNIAGAAN!

(57)

57 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

STRATEGI #3:

FIKIR JANGKA PANJANG

“Cukup dengan untung yang sedikit”

“Aku tidak menjual barang yang cacat. Aku

merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati”

Itulah yang dikatakan oleh Abdul Rahman bin Auf. Strateginya dalam perniagaan adalah biarlah untung sedikit, tetapi ianya diberkati.

Namun begitu, bagaimana “untung sedikit” itu boleh menjadi strategi yang hebat?

Kuncinya adalah pada setiap transaksi, dipastikan mempunyai keuntungan- walaupun sedikit.

Tetapi, perlu mempunyai jumlah transaksi yang

banyak (volume), dan dalam waktu yang sama

menggunakan strategi jangka masa panjang.

(58)

58 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Antara kunci kejayaan dalam perniagaan adalah kesabaran. Sabar adalah satu strategi. Dan Abdul Rahman bin Auf adalah seorang yang sangat

penyabar.

Mereka yang tidak sabar akan sering melihat

keuntungan jangka masa pendek sahaja dan tidak memikirkan keuntungan setahun, 5 tahun, 10

tahun, 20 tahun yang akan datang. Sehebat Abdul Rahman bin Auf, beliau mencapai jutawan selepas 10 tahun!

Sejak zaman Rasulullah SAW, tanah Arab dikenali sebagai tempat pedagang-pedagang yang hebat oleh kerana lokasinya yang sangat strategik.

Anak-anak diberikan pendedahan kepada perniagaan sejak kecil lagi. Menjalankan

perniagaan adalah suatu yang dibanggakan.

Menjalankan perniagaan adalah sunnah.

Pendedahan awal juga adalah untuk berniaga

jangka masa panjang. Rasulullah SAW juga telah

(59)

59 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

mendapat pendedahan berniaga sejak berumur 12 tahun lagi. Selain dari Abdul Rahman bin Auf, ramai antara sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga adalah terdiri daripada usahawan.

Sabar untuk jangka masa panjang

Teringat saya baru-baru ini di Dubai, saya

berpeluang duduk semeja sambil minum-minum bersama seorang usahawan Cina dari negara

China dan seorang pekerja dari Filipina. Ianya merupakan satu ‘moment’ yang agak luar biasa sebenarnya, kerana…

Orang Cina memang terkenal dengan kehebatan dan kejayaan mereka dalam bidang perniagaan.

Manakala, orang Filipina adalah antara pekerja yang terajin bekerja di serata dunia – di Dubai memang terlalu ramai warga Filipina yang bekerja!

Pastinya, ketika berbual-bual, banyak yang saya

pelajari mengenai budaya berniaga dan kerja

seorang usahawan Cina dan seorang pekerja

(60)

60 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Filipina. Dan peluang itu, saya ambil untuk

bertanyakan soalan yang sering saya ingin tahu selama ini…

“Mengapa orang Cina pandai berniaga?”

Jawab usahawan Cina ini…

“Bertahun-tahun dulu, sejak ibu, ayah, datuk, nenek, moyang dan seterusnya, budaya orang Cina di China adalah untuk mengajar anak mereka supaya berdikari dan berniaga. Itu adalah prioriti utama…

Bekerja dengan orang bukanlah pilihan utama, tetapi, anak-anak sejak kecil lagi sejak beratus tahun dulu didedahkan untuk menjalankan

perniagaan. Untuk fahami transaksi jualan. Untuk tahu untung dan rugi. Dan untuk sentiasa berjimat cermat dalam berniaga. Walaupun untung kecil, tetapi mereka didedahkan untuk sentiasa

bersabar dan fikir long-term.” Katanya.

(61)

61 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Itulah pendedahan yang diberikan kepada anak- anak oleh ibu bapa untuk beberapa generasi sejak beratus tahun lagi di negara Cina.

Bagaimana pula dengan budaya bekerja pula?

Apabila ditanya pada rakan Filipina yang merupakan pekerja pula, jawapannya adalah terbalik pula!

Kata perkerja Filipina yang bersama berbual pula, sejak kecil lagi orang Filipina terdedah kepada budaya bekerja. Ibu dan bapa (mungkin seperti di Malaysia) inginkan anak belajar, dan selepas habis belajar, cari kerja. Kejayaan hidup adalah dalam mendapatkan kerja yang baik.

Mencari pekerjaan adalah satu prioriti yang didedahkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.

Berniaga, bukanlah satu yang penting. Utamakan bekerja untuk jangka masa panjang.

Dan inilah yang kita dapat lihat serata dunia.

Pekerja dari negara Philippines ada di mana-mana

(62)

62 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

sahaja. Sehingga jumlah wang dari mereka yang di hantar balik ke negara mereka berjumlah

RM125bilion setiap tahun- hebat!

Tetapi hebat lagi Abdul Rahman bin Auf, oleh kerana pendapatannya seorang dari perniagaan sahaja boleh mencecah berbilion setiap tahun!

Oh ya, kawan Filipina juga berkata, usahawan- usahawan yang berjaya di Philippines adalah mereka yang di gelar “Tsinoy”. Yang bermaksud orang Cina Filipina.

Orang Cina juga!

Memang rezeki ada dalam perniagaan, dan juga bekerja. Sama ada menjadi usahawan atau pekerja, kedua-duanya akan berpunca dari mindset.

Tidak kisahlah kita datang dari negara mana.

Dulu-dulu sejak kecil lagi saya didedahkan untuk

belajar tinggi-tinggi dan mencari kerja. Mungkin

(63)

63 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

ini caranya ramai orang Malaysia juga. Tetapi dalam diri saya, saya mempunyai minat yang teramat sangat untuk berniaga.

Rasulullah SAW mula berniaga ketika umurnya 12 tahun lagi mengikut bapa saudaranya Abu Talib dalam rombongan berniaga. Ada satu ketika,

jualan Rasulullah SAW adalah yang paling tinggi dibandingkan dengan peniaga-peniaga lain. Hebat juga Rasulullah SAW yang kita sayangi berniaga!

Satu inspirasi dan motivasi bagi saya dan ramai umat Islam untuk berniaga dan menjadi

usahawan yang berjaya. Dan satu ketika dulu, usahawan Muslim adalah antara peniaga-peniaga yang terhebat di dunia. Bukan usahawan dari

China.

InsyaAllah satu hari nanti zaman kegemilangan ini akan kembali.

Keuntungan yang sedikit

Orang kata, keuntungan yang sedikit, lama-lama

(64)

64 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

akan menjadi bukit. Namun ianya perlu

disertakan dengan strategi. Iaitu, strategi “lama- lama”, yang bermaksud strategi jangka masa yang panjang.

Apabila cashflow adalah positif, dilihat macam mana pun, sesuatu perniagaan itu tetap juga menjana keuntungan. Namun perlu diingatkan juga untuk sentiasa memerhatikan terdapat keuntungan di setiap transaksi, dan bukan sekadar jualan (sales) yang tinggi, tetapi kos keseluruhan adalah lebih tinggi.

Pastikan cashflow adalah sentiasa positif.

Mendapat keuntungan yang sedikit, boleh dikatakan menjual barangan pada harga yang lebih rendah untuk mendapatkan pelanggan.

Namun perlu diingat, menjual pada harga yang

rendah BUKAN bermaksud menjual barangan

yang tidak berkualiti.

(65)

65 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

“Aku tidak menjual barang yang cacat. Aku

merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati”

Salah satu tabiat perniagaan Abdul Rahman bin Auf adalah, segala transaksi perniagaannya adalah secara tunai dan tidak dibenarkan

hutang. Barang dibeli secara tunai, dan barangan dijual semula juga secara tunai.

Untuk menjaga aliran wang juga, Abdul Rahman bin Auf juga mengelakkan dari menyimpan stok barangan. Asalkan mendapat keuntungan

walaupun kecil, cashflow adalah sentiasa positif dan stok juga pantas bergerak.

Beliau juga tidak melewat-lewatkan jualan dan menjual dengan pantas, tidak mebenarkan

pelanggan menunggu.

Jumlah jualan yang tinggi (Volume)

Strategi ini akan mendapatkan lebih ramai

pelanggan (volume). Tetapi juga, ianya hanya

(66)

66 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

akan menjadi apabila perniagaan adalah untuk jangka masa yang panjang.

Contoh mudah untuk pengiraan adalah, jika seorang usahawan yang menjual tudung

mendapat untung RM10 satu unit tudung sekali pun, dan mendapat 20 jualan sehari = RM200. Jika ini dilakukan selama 13 tahun, tidakkah

keuntungan dapat dikumpulkan dengan lebih banyak dan menjadi RM1,000,000 sudah?

*Pengiraan ini akan berganda apabila anda

aplikasikan STRATEGI #5: Aliran Pendapatan Berganda nanti!

Bayangkan ketika rombongan Abdul Rahman bin Auf yang memerlukan 700 ekor unta untuk

membawa barangan dagangannya! Beliau menjual dengan untung yang kecil tetapi pada volume

yang sangat tinggi, dengan syarat, setiap transaksi

adalah cashflow positif – tanpa hutang, dan tidak

menyimpan stok.

(67)

67 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Saya tak dapat bayangkan. Katakanlah satu unta membawa 50 barangan sekali pun, bererti sekali rombongan berdagang, barangan yang dijual

berjumlah 35,000 unit barangan yang pelbagai. Itu pun hanya satu trip di satu lokasi!

Jangka masa panjang

Strategi menjalankan perniagaan dalam masa yang panjang, bukan sahaja akan dapat

mengumpulkan keuntungan yang lebih banyak apabila diberi masa, tetapi juga dapat

mengumpulkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan juga.

Di internet, strategi ini dikenali sebagai “trip- wire” iaitu menjual produk atau perkhidmatan pada harga yang lebih rendah terlebih dahulu untuk mendapatkan jualan yang pertama.

Apabila mendapat jualan yang pertama, jualan-

jualan seterusnya adalah semakin mudah oleh

kerana prospek dan pelanggan yang pernah

(68)

68 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

membeli pastinya telah yakin dengan penjual tersebut.

Ianya dikatakan untuk mendapat jualan yang pertama adalah yang paling sukar. Tetapi, jualan-jualan yang seterusnya dari pelanggan yang sama adalah makin mudah.

Pernah tak anda memasuki sesuatu kedai dengan niatnya nak membeli sehelai baju sahaja. Tetapi, sedar-sedar anda keluar dari kedai itu dengan 2-3 helai baju lagi?

Dan sebagai tambahan pula, di masa-masa yang akan datang, anda akan sering melawat kedai yang sama oleh kerana anda sudah suka dengan kualiti dan juga harga baju yang ditawarkan di kedai tersebut.

Pastinya pernah bukan?

Inilah yang dimaksudkan dengan strategi, apabila

mendapat jualan pertama pada kos yang lebih

(69)

69 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

murah, jualan-jualan seterusnya adalah semakin mudah oleh kerana kepercayaan dan kredibiliti penjual telah pun dibina untuk jangka masa yang panjang.

Ini jelas kelihatan apabila rombongan dagangan Abdul Rahman bin Auf membawa 700 ekor unta tiba di kota Madinah yang selalunya sunyi,

menjadi gamat dan riuh dengan sorakan orang ramai oleh kerana teruja dengan rombongan dagangannya yang sering membawa barangan yang terbaik pada harga yang terbaik. Ini kerana keyakinan dan kredibiliti telahpun terbina dalam jangka masa yang panjang.

Ummul Mukminin Aisyah RA keluar dari rumah apabila bergegar kota Madinah dengan

rombongan 700 unta dan mendengar riuh rendah di luar dan bertanya

“Apakah yang sedang berlaku di Madinah?”

Lalu seorang penduduk Madinah menjawab

(70)

70 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

“Abdul Rahman bin Auf baru pulang dari Syam (Syria)”

Aiysah bertanya

“Bagaimana membuat bising sebegitu?”

Dan di jawab;

“Ya, bunyi itu datang dari 700 ekor unta miliknya!”

Abdul Rahman bin Auf tidak megharapkan keuntungan yang tinggi. Walaupun untung

sedikit, beliau tetap melakukan transaksi jualan.

Ini kerana baginya, aliran wang (cash flow) adalah sangat penting.

Meletakkan barang jualan pada harga yang

rendah dan untung yang kecil adalah satu strategi.

Namun strategi ini perlu diimplimantasikan

Referensi

Dokumen terkait

Sebaliknya kalau dilihat dari jenis bahan aktif, diketahui bahwa formula insektisida nabati berbahan kayumanis (cinnamaldehide) memiliki efektifitas paling baik

Tanpa mengurangi ketentuan dalam Pasal 3 Ayat (4) Perjanjian ini, suatu tindak pidana dapat diekstradisikan, tanpa mempertimbangkan · apakah perbuatan yang

Koefisien regresi sebesar 0,768 menyatakan bahwa setiap penambahan (karena tanda positif) 1 point store atmosphere akan meningkatkan impulse buying pada swalayan

1) Radiasi bersifat lokal, terapi didisain untuk membunuh sel kanker yang kemungkinan masih ada setelah operasi. Radiasi diberikan pada daerah munculnya kanker atau

Analisis data adalah cara yang digunakan un- tuk memperoleh atau mengolah dan meneliti atau menganalisa data serta membuktikan kebenaran data yang diperoleh

Kepala Kantor Pelayanan wajib menyampaikan laporan bulanan tentang pengeluaran dan pencampuran etil alkohol sebagai bahan baku atau bahan penolong dalam pembuatan Barang Hasil

Prevention And Management of Foot Problem In People with Tyoe 2 Diabetes : Understanding nice Guide-Information for People with type 2 Diabetes, Their Famalies,