• Tidak ada hasil yang ditemukan

“Cukup dengan untung yang sedikit”

KREATIF DAN UNIK

2. Tak semestinya industri anda sahaja!

Buka fikiran anda untuk idea-idea yang dilakukan oleh perniagaan lain. Juga, jangan hanya tumpu pada idea yang terdapat pada industri anda

sahaja.

77 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Adakalanya idea dari industri lain, boleh diaplikasikan untuk industri anda.

Sebagai contoh, mungkin dari search anda, anda terjumpa perniagaan kasut “Tom’s”

www.toms.com. Ianya adalah sebuah perniagaan menjual kasut yang telah menjadi popular melalui USP mereka, iaitu beli sepasang kasut, dan

sepasang kasut lagi akan didermakan oleh Tom’s kepada kanak-kanak yang tidak mampu di Afrika!

Hmmm… boleh kah idea sebegitu digunakan dalam industri tudung sebagai contoh? Beli tudung dari anda, dan sehelai tudung akan didermakan kepada anak-anak yatim piatu!

Hanya sekadar contoh, tetapi anda dapat lihat bagaimana caranya menjadi kreatif? Idea dari industri lain diaplikasikan ke perniagaan anda.

Ianya tidak susah!

3. Kreativiti adalah seperti otot. Lagi digunakan, lagi kuat!

78 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Sering kita lihat, ada “Orang yang kreatif” ada pula “orang yang tidak kreatif”.

Sebenarnya kreativiti adalah seperti otot. Orang yang kreatif, sering berfikir dan melihat perkara-perkara kreatif. Seperti contoh-contoh di atas.

Kreativiti ini akan merangsang diri sendiri untuk menjadi lebih kreatif.

Lebih banyak yang kita fikirkan untuk jadikan perniagaan kita kreatif, lebih banyak idea-idea kreatif yang kita akan dapat.

Seperti otot, lagi banyak kita bersenam dan workout, lebih kuat otot kita. Jika kita kurang

fikirkan kreativiti dalam perniagaan, sebab itulah kita tidak menjadi kreatif.

Oleh itu, untuk menjadi kreatif, mula berfikir secara kreatif. Lama-kelamaan, anda akan

mendapat lebih banyak idea-idea yang kreatif yang anda boleh aplikasikan dalam perniagaan anda!

79 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Contoh-contoh idea kreatif yang saya lihat yang dilakukan…

• Tom’s shoes menjadi kreatif melalui derma.

Untuk setiap pembelian kasut, mereka menderma kasut pada kanak-kanak yang tidak mampu serata dunia.

• Perniagaan Sharpie (pen warna)

menggalakkan pengguna-pengguna pen

Sharpie menghantar hasil lukisan/contengan mereka kepada mereka untuk dipaparkan di Instagram mereka!

• Sebuah restoran Pizza memberi satu slice pizza kecil percuma kepada pelawat mereka yang “follow” mereka di Facebook dan

Instagram.

• Sebuah travel agent menjalankan

pertandingan selfie. Ambil selfie di tempat-tempat menarik, dan gunakan hashtag travel

80 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

agent tersebut untuk mendapat diskaun travelling akan datang!

Dan banyak lagi! Jangan lupa… fikirkan

bagaimana idea yang kreatif dari industri lain boleh anda aplikasikan untuk perniagaan anda juga.

Satu lagi kisah yang memaparkan kebijaksanaan Abdul Rahman bin Auf sebagai usahawan berjaya adalah, selepas menghantar rombongan barang dagangnya ke satu-satu bandar untuk berniaga, apabila selesai berniaga, didapati unta-untanya pulang kosong.

Walaupun telah mendapat untung yang banyak dari sesuatu rombongan itu, tetapi apabila pulang, unta tidak membawa apa-apa.

Abdul Rahman bin Auf membuat keputusan untuk menambahkan lagi pendapatan

perniagaannya. Kali ini dengan membeli barangan dari bandar tersebut pula, dan pulang bersama

81 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

barang-barang dagangan baru untuk dijual semula di bandar asal.

Dengan cara ini, perniagaannya menjadi lebih efisyen oleh kerana unta-unta tidak lagi pulang kosong, malahan pendapatan juga semakin besar oleh kerana mendapat peluang baru berniaga barangan dari luar pula.

Hari ini, model perniagaan ini dikenali sebagai eksport dan import. Beliau eksport barangan dari negara asal ke negara luar, dan import kembali barangan yang lain dari negara luar ke negara asal tanpa menambahkan kos penghantaran oleh

kerana macam mana pun, unta perlu pulang semula!

Sebagai usahawan kita perlu fikirkan

ruang-ruang untuk menjadikan perniagaan kita lebih efisyen, dari segi kos, pengurusan dan juga

proses.

82 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

• Adakah cara di dalam perniagaan anda yang membolehkan anda megurangkan kos

disamping meningkatkan keuntungan?

• Adakah cara di dalam perniagaan anda yang membolehkan pengurusan dilakukan dengan lebih baik, seperti menyediakan SOP

perniagaan?

• Adakah cara di dalam perniagaan anda yang membolehkan anda membuka pasaran yang baru dengan sumber yang sedia ada

sepertimana yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf?

Apa yang dilakukannya adalah, memulakan aliran perniagaan baru dengan mendapatkan barangan dagang pula dari bandar itu untuk diniagakan di bandarnya pula.

Ini menunjukkan kebijaksanaan Abdul Rahman bin Auf untuk menjadikan perniagaannya lebih efisyen dan tidak membazir masa dan sumber.

83 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

Kreatif thinking dalam perniagaan adalah penting dalam mencari penyelesaian kepada masalah.

Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan!

Satu contoh perniagaan hari ini yang saya ingin kongsikan mengenai kreativiti dalam perniagaan adalah dari usahawan wanita Anita Roddick,

pengasas The Body Shop.

Ketika mengembara pada sekitar tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang

dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!

Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk

membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita

menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah ketika itu, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik. Kini, tidak lah gunakan bekas air

84 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

kencing lagi… nanti jadi viral pula perkongsian saya ini!

Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (Ya, The Body Shop kini sudah beroperasi lebih 40 tahun, itulah pentingnya memikirkan jangka masa panjang dalam perniagaan! ), dinding kedainya berlumut dan kotor.

Anita menggunakan kreativitinya untuk

menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih

digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi di kedai The Body Shop.

Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan.

Jangan jadikan alasan menghalang anda. Fikir cara kreatif dan unik dalam perniagaan anda.

85 Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

STRATEGI #5:

Dokumen terkait