Modul 6.2_Aktiviti 2: Senarai Semak Video ILC
Aktiviti 2: Senarai Semak Video Pendekatan Interdisiplinari
Arahan: Tonton video “ILC - Interdisiplinary Learning Collaborative”
(https://www.youtube.com/watch?v=_aM11PG_rag). Kemudian lengkapkan Senarai Semak dengan menandakan (/) pada item-item yang menerangkan konsep interdisiplinari.
Senarai Semak Video Pendekatan Interdisiplinari
Bil. Item Semakan Catatan
1. Jadual pembelajaran yang fleksibel dan mempunyai pelbagai aktiviti.
2. Guru mereka bentuk dan memudah cara pembelajaran bagi memenuhi hasil pembelajaran yang ditetapkan.
3. Guru-guru beberapa mata pelajaran berbincang (dalam seminar) berkaitan standard pembelajaran.
4. Interdisiplinari mengeratkan hubungan guru- guru dan hubungan guru-murid.
5. Murid membawa idea-idea baharu melalui inkuiri.
6. Murid berbincang untuk
menterjemahkan idea secara kreatif dalam bentuk projek, persembahan dan seminar.
7. Interdisiplinari memberi peluang belajar secara mendalam dalam setiap mata pelajaran.
Bil. Item Semakan Catatan
1
8. Murid-murid melaksanakan tugasan secara kolaboratif.
9. Komuniti setempat juga dilibatkan dalam pembelajaran.
10. Komuniti setempat boleh menyediakan resos untuk mata pelajaran.
11. Guru, murid, dan komuniti membentuk dan membentuk semula kurikulum supaya lebih mencabar.
12. Kerjasama antara sekolah juga berlaku dalam pendekatan interdisiplinari.
13. Interdisiplinari menggalakkan komunikasi yang berkesan.
14. (Sila catat perkara
selain daripada item yang disenaraikan) 15.
2