• Tidak ada hasil yang ditemukan

SENI DAN HIBURAN DALAM SEJARAH PENDAKWAHAN ISLAM DI NUSANTARA

N/A
N/A
Siti Hajar Yusri

Academic year: 2023

Membagikan "SENI DAN HIBURAN DALAM SEJARAH PENDAKWAHAN ISLAM DI NUSANTARA "

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

SENI DAN HIBURAN DALAM SEJARAH PENDAKWAHAN ISLAM DI NUSANTARA

MOHD FADLI GHANI IIIRD

Islamic Institute of Independent Reseacrh on Demodracy

ABSTRAK

Seni dan hiburan merupakan salah satu daripada method dakwah yang digunakan oleh para ulamak dalam mengembangkan dakwah Islam. Di Nusantara, ketika Islam mulai berkembangan terutama sejak abad ke-13 Masehi, para ulamak telah menggunakan pelbagai pendekatan seperti perkahwinan, peng-Islam raja-raja, penubuhan kerajaan Islam, pedagangan dan sebagainya sebagai method dakwah. Untuk melengkapkan lagi gerakan dakwah, sebahagian ulamak di Nusantara menjadikan seni dan hiburan ini sebagai method dakwah mereka. Sepanjang sejarah perkembangan dakwah, para ulamak telah menggunakan seni suara (muzik), wayang kulit, seni ukir, seni bina, penulisan sastera, seni mempertahankan diri dan beberapa kesenian yang lain sebagai sebahagian daripada pendekatan. Salah satu faktor kepentingan dakwah melalui seni dan hiburan ini ialah kerana orang Melayu telah lama dipengaruhi oleh budaya Hindu- Buddha yang sangat cenderung kepada seni. utamaHasil dari memanfaatkan kesenian, hiburan dan kebudayaan ini, orang-orang Melayu telah dapat di-Islamkan dengan cara yang harmoni dan mereka menerima secara terbuka.

(2)

PROLOG

“Salah satu kegunaan seni dalam masyarakat ialah membantu menyediakan dan membentuk latar belakang hakikat kehidupan. Seni ialah jawapan terhadap tuntutan dasar kemanusiaan. Tujuan utamanya ialah untuk menambahi interpretasi dan melengkapi kehidupan. Selain itu, seni juga dijadikan pembantu untuk tujuan lainnya seperti pengangungan pada agama, propaganda, simbolisme dan sebagainya” (M. Habib Mustopo, 1983: 46).1

“Islam tidak anti seni. Ia hendak meletakkan, menambahkan dan menyempurnakan aprisiasi dan nilai-nilainya, guna terciptanya aprisiasi dan nilai-nilai baru yang berdaya mampu menambahkan rasa seni yang kreatif membentuk kesenian Islam” (Syed Qutb, 1984: 14).2

PENDAHULUAN

DAKWAH Islam yang berkembang di Nusantara sejak abad ketujuh Masehi pada awalnya berpusat di beberapa wilayah utara kepulauan ini seperti Perlak, Samudera, Pasai dan Kedah di Utara Selat Melaka, serta Pattani, Kelantan dan Terengganu di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Sejak abad kesembilan Masehi, mulai berdiri kerajaan-kerajaan Islam di Aceh, Kedah dan Kelantan, sebelum Melaka bangkit pada abad ke-13 (1262M) sebagai pusat perkembangan Islam. Islam yang dicatatkan tiba di Leren, Jawa pada tidak berkembang sehingga kemunculan Melaka yang serentak dengan kerajaan Hindu Majapahit. Walaupun, secara umum para pengkaji telah merumuskan faktor utama perkembangan dakwah Islam ialah kerana kegiatan para pedagang, perkahwinan, peng-Islaman raja-raja, penubuhan kerajaan Islam, peranan mubaligh dan sebagainya, tetapi terdapat kajian-kajian yang memperakukan bahawa kumpulan penduduk terbesar di Nusantara yang mendiami Pulau Jawa di-Islamkan melalui kegiatan seni yang dipelopori oleh Wali Songo. Ab. Aziz Mohd Zain mengatakan Islam yang berkembang di Pulau Jawa pada abad ke-13 dan 14 Masehi adalah kesan daripada gerakan dakwah Wali Songo.3 Keadaan ini membuktikan bahawa seni dan hiburan merupakan salah salah daripada method dakwah yang penting dan berkesan dalam menyebarkan Islam di Nusantara. Para ulamak yang memahami latar belakang penduduk Nusantara yang asalnya beragama Hindu-Buddha, mempunyai kecenderungan besar terhadap seni, hiburan dan kebudayaan, sehingga akhirnya kecenderungan ini telah dimanipulasikan oleh para ulamak untuk dijadikan senjata dakwahnya. Kajian Dr Burhanuddin al-Helmy tentang dakwah di Nusantara, menyebutkan bahawa Islam masuk ke Nusantara tidak dengan kekerasan atau paksaan, tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jiwa yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha seperti yang dilakukan oleh Wali Songo di Jawa dan juga ulamak-ulamak lain di seluruh Nusantara, iaitu

1 H.M Habib Mustopo, Kumpulan Esei Manusia dan Budaya, Usaha Nasional, Indonesia, 1983, h. 46

2 Syed Qutb, Konsepsi Sejarah Dalam Islam, Gedung Gua, Kuala Lumpur, 1984, h. 14.

3Ab. Aziz Mohd Zain, Metod Da’wah Wali Songo, dlm. Jurnal Usuluddin, Universiti Malaya, Bil. 7, Disember 1997, h. 34-35.

(3)

berasaskan kesenian ilmu tasawuf.4 Faktor ini telah menyebabkan seluruh bangsa Melayu di Nusantara menerima Islam terutama mulai abad ke-13 Masehi, dan Islam telah muncul sebagai agama baru di Nusantara menggantikan Hindu dan Buddha yang berpengaruh sebelum daripadanya.

Tulisan ini akan mengkaji secara ringkas bagaimana seni dan hiburan memainkan peranan dalam perkembangan dakwah Islam di Nusantara sejak dari abad kesembilan Masehi sehingga Islam bangkit sebagai sebuah kuasa politik, khususnya pada abad ke-15 Masehi. Peng-Islaman Nusantara berlaku melalui pelbagai pendekatan dakwah, di mana kesenian dan hiburan telah diperakukan bahawa ia merupakan salah satu method yang penting dan berkesan dalam hal ini.

SENI DAN HIBURAN DALAM ISLAM

Seni dan hiburan secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai hasil kreativiti yang memcerminkan manifestasi pemikiran, emosi dan inovasi manusia. Ia adalah sebahagian daripada kreativiti rekreasi manusia yang terkandung di dalamnya seni budaya, seni halus, seni hiburan, kehalusan Bahasa dan juga pemikiran yang terbentuk dalam sejarah, kebudayaan dan tamadun manusia. Menurut Kamus Dewan, rekreasi membawa pengertian “kegiatan yang menyeronokan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan, melapangkan fikiran seperti beristirehat, menghiburkan hati, beriadah dengan tujuan untuk menyegarkan badan dan dan fikiran.”5 Ia dapat dirumuskan bahawa rekreasi dalam bentuk seni dan hiburan ialah satu aktiviti yang menyeronokan yang boleh melapangkan fikiran, memengkan hati dan perasaan, melupakan kesedihan, bahkan dapat menguatkan kemahuan-kemahuan dengan mematuhi peraturan-peraturan dan disiplin-disiplin tertentu.6 Sedangkan kesenian Islam menurut pandangan Ernst Diez, “sebenarnya seni Islam atau kesenian adalah merupakan kesenian yang menambahkan pengabdian diri kepada Allah.”7

Pandangan Diez zsebenarnya banyak dikongsi oleh para sarjana yang mengkhusus dalam bidang seni dan hiburan Islam, di mana mereka menganggap bahawa kegiatan kesenian sebagai wahana untuk menjelmakan prinsip yang tidak pernah berubah iaitu memperakukan keagungan Allah. Cabang-cabang kesenian seperti kaligrafi, seni bina masjid, hiasan arabes di permukaan kertas, tembikar dan sebagainya merupakan jelamaan ketara terhadap keagungan Allah. Para seniman bukan sahaja memainkan peranan untuk mengubah suasana persekitaran yang kontang kepada suasana yang penuh estetik, malah dapat memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.8 Effat al-Sharqawi mengungkapkan hal ini dengan menyebut, “keseiringan dalam kebudayaan Islam ini, antara kegiatan rohaniyah dan kegiatan praktis kehidupan, menjadi sumber pandangan yang optimistic terhadap wujud, siap menghadapi kehidupan, kreatif tangguh dan memandang pemakmuran bumi sebagai kewajipan agama yang suci.”9 Kemudian,

4 Burhanuddin al-Helmy, Simposium Tasawuf dan Tarekat, Maktabah H Abdullah Nordin Arrawi, Pulau Pinang, 1966, h. 37-38.

5 Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, h. 1045

6 https://djislamik.com/konsep-hiburan-dalam-islam/

7 Ernst Diez, A Stylistic of Islamic Art, dlm. Art Islamic, Vol. V, Ann Arbor University of Michigan Press, 1988, h. 36

8 Manja Mohd Ludin dan Ahmad Suhaimi Mohd Nor, Aspek-aspek Kesenian Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995, h. xviii

9 Effat al-Sharqawi, Filsafat Kebudayaan Islam, Penerbit Pustaka, Bandung, 1988, h. 16

(4)

Titus Burkhardt pula menyebutkan bahawa, “kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah SWT.”10

Menurut Sidi Ghazalba, kesenian, hiburan dan kebudayaan Islam perlu disuburkan dengan cita rasa taqwa yang bentuk melalui aqidah, ibadat dan akhlaq berpandukan al-Quran dan Sunnah. Atas asas ini, beliau membahagikan seni Islam kepada tiga pokok iaitu aqidah (tauhid), syariat (perundangan) dan akhlak (etika). Semua bentuk kesenian mestilah menjuruskan proses untuk mengesa dan mengabdikan diri kepada Allah, menepati peraturan-peraturan syariat dalam halal dan haram sehingga melahirkan kemakrufan dan mestilah mengandungi nilai estetika Islam.11 Kesenian yang membawa manusia taatkan Allah akan menjadikan ia satu proses intelektual, bukan semata-mata melayan emosi, bahkan akan melahirkan keharmonian dan ketenangan hati, seperti yang diungkapkan oleh Dalu Jones, “Seni Islam adalah seni yang lebih mengutamakan intelek daripada emosi yang dengannya segala yang tersingkap dapat diluahkan. Ia merupakan seni yang mempunyai konsep yang mampu menseimbangkan pertanyaan dengan jawapan.”12 Kemudian, al-Faruqi merumuskam kedudukan karya seni dalam Islam adalah pancaran daripada agama Islam itu sendiri, seperti katanya,

“Tidak seperti kebudayaan-kebudayaan lain yang mengaitkan keindahan sebagai kemewahan, nilai instrinsik yang difahami untuk kepentingan diri; kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri.”13

Kebanyakan ulamak dalam membahaskan kedudukan seni dan hiburan dalam Islam, membahagikan seni dan hiburan ini kepada dua jenis, iaitu kesenian yang diharuskan kerana ia membawa manusia dekat kepada Allah dan kesenian yang diharamkan kerana melalaikan manusia dari Allah. Asas perbincangan ini adalah berdasar ayat 221-227 Surah Asy-Syua’ra yang bermaksud,

“Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakan syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdoa. Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan), sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta. Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat – tidak ketahuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak ketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (yang khayal dan berangan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? Kecuali orang- orang yang beriman dan beramal solah (di kalangan para penyair), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya.

Dan ingatlah, orang-orang yang melakukan kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan dikembalikan.”14

10 Lihat M.A.J Beg, The Image of Islamic Civilization, The Universiti Malaya Press, Kuala Lumpur, 1980, h. 57

11 Lihat Sidi Ghazalba, Masjid Pusat Ibadat dan Kebudayaan Islam, Jakarta, 1989.

12 Dalu Jones, Surface, Pattern and Light, dlm. George Michell, Architecture of the Islamic World: Its History &

Social Meaning, Thames and Hudson, London, 1987, h. 162

13 Ismail Raji Faruqi, Islam and Culture, ABIM, Kuala Lumpur, 1980, h. 38

14 Al-Quran (26: 221-227)

(5)

Ayat di atas menunjukkan bahawa Islam tidak menghalang sebarangan bentuk kesenian dan hiburan yang boleh membawa kepada pengagungan Allah SWT, sekali gus Islam mengakui fitrah manusia yang perlukan kepada hiburan dan ketenangan jiwa. Hal ini diakui oleh para ulamak berdasar hadis Muslim tentang kisah Abu Bakar as-Siddiq dan Hanzalah tentang kesibukan dengan isteri dan urusan dunia selepas meninggalkan majlis Rasulullah SAW.15 Sheikh Ubbiy dalam mensyarahkan hadis ini mengatakan bahawa Sunnatullah untuk kehidupan manusia adalah antara malaikat dan syaitan. Di mana malaikat dipermudahkan melakukan kebaikan, sedangkan syaitan dipermudah melakukan keburukan, termasuk menggoda manusia. Sedangkan manusia ada pelbagai rupa. Oleh itu, manusia mempunyai waktu-waktu untuk Allah dan untuk dirinya, termasuk berhibur.16

Berdasarkan dalil-dalil dan pandangan para sarjana tentang kedudukan kesenian dan hiburan ini, dapat difahami bahawa Islam adalah agama yang meraikan fitrah manusia, sedangkan manusia perlukan hiburan untuk menyempurnakan kehidupan mereka di dunia. Atas asas itu, kesenian dan hiburan adalah diharuskan selagi ia tidak melalaikan manusia daripada Allah SWT. Kesenian dan hiburan melampau yang melalaikan manusia, menyesatkan mereka dari jalan Allah dan membawa kepada pemujaan makhluk adalah termasuk hiburan yang diharamkan. Disebabkan oleh keharusan ini, umat Islam telah memajukan pelbagai bentuk kesenian dan hiburan dalam maksud untuk mengangungkan Allah SWT dan mendekat diri kepada Allah. Bahkan, sebahagian dari ulamak telah memanfaatkan kesenian dan hiburan ini untuk dijadikan sarana dakwah bagi mengajak manusia beriman kepada Allah. Terdapat tokoh-tokoh ulamak besar dalam sejarah Islam telah muncul sebagai penggiat seni dan menjadikan keindahan seni sebagai daya tarikan dakwah di Andalusia seperti Abu Sult Umaiyah (m. 1134) yang merupakan penyair dan ahli sastera; Ibn as-Sayid al-Batalyausi (m. 1127) seorang sasterawan; dan al-Ballaj (m. 1138) seorang sasterawan dan pemuzik agung.17

SENI SEBAGAI ELEMEN TAMADUN ISLAM

Setiap tamadun mempunyai penghasilan seni tersendiri, yang kebanyakannya adalah seni binaan seperti piramid di Mesir, Tembok Besar China di China dan Coliseum di Itali. Namun begitu, dalam tamadun Islam, seni dan kreativiti tidak terbatas kepada zaman dan geografinya sahaja. Dalam tamadun Islam terdapat kepelbagaian hasil seni dan kreativiti yang menjadi bukti pencapaian Islam dalam tamadunnya.

Sebagai tamadun yang bersifat sejagat (universal), sepanjang zaman keagungan Islam telah memperlihatkan kebolehan umat Islam dalam bidang kesenian yang sangat menakjubkan.18 Ia meliputi pelbagai cabang kesenian dan hiburan, sehingga membentuk kebudayaan Islam yang besar. Pencapaian Islam dalam bidang kesenian ini meliputi seni suara (muzik), bahasa dan sastera, seni kaligrafi, seni ukir, seni sulaman, seni bina, seni lukis, seni hiasan dan seni mempertahankan diri. Menurut Amir A. Rahman,

15 Hadis Muslim, Kitab Taubah, hadis no. 12. Lihat KH Adib Bisri Musthofa (pentrjmh.), Tarjamah Shahih Muslim, Jld. IV, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1999, h. 681-682

16 Ikmal Ikmal al-Muallim, Syarah Sahih Muslim, Juz 7, h. 156-157. Lihat juga Mohd Khairuddin Aman Razali at- Takiri, Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam, Darul Fuqaha, Bangi, 2012, h. 29-32

17 Mahmood Zuhdi Ab Majid, Tokoh-tokoh Kesarjanaan Sains Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, h. 63-70

18 http://www.utusan.com.my/mega/agama/kreativiti-dalam-tamadun-islam-1.534679#ixzz5dUR8HxXI

(6)

seni dalam tamadun Islam terbahagi dua, iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, sehingga kesenian menjadi sebahagian daripada kebudayaan Islam, dengan seni itu memberikan kesejahteraan kepada manusia melalui pengabdian kepada Allah.19

Manja dan Ahmad Suhaimi telah mencerakinkan bidang-bidang pencapaian kesenian dalam tamadun Islam meliputi kaligrafi dan seni khat, seni bina, arabes, catan miniature, tembikar, tekstil, logam, permaidani dan juga pertukangan.20 Sedangkan Amir A Rahman melihat pencapaian kesenian Islam juga berlaku dalam bidang sastera, seni khat dan seni bina.21 Menurut Mahmood Zuhdi, kesenian dan hiburan yang berkembang dalam tamadun Islam turut meliputi sastera dan syair, antologi sajak, muzik dan alat muzik.22 Tokoh-tokoh Islam sepertiAhmad ibn Usmah (m. 701 / 82H) dikatakan telah memulakan muzik bentuk baru berubah dari muzik jahiliah, sedangkan penggunaan irama Parsi dalam lagu-lagu Arab dimulakan oleh Sa’ib Khathri (m. 701). Kemudian muncul tokoh-tokoh muzik yang terkenal seperti Ibnu Misjah (m. 87H), Ibnu Muhriz (m. 97H), Ibnu Suraij (m. 108H) dan Ma’bad ibn Wahb (m. 743). Pada zaman Abbasiyah, telah dihasilkan karya-karya tentang ilmu kesenian muzik seperti an-Naqham oleh Yunus al-Khatib (m. 765) dan Kitab ‘Iqa’ oleh al-Khalil ibn Ahmad (m. 789). Al- Khalil juga dikenal sebagai pengasas ilmu berhubungan irama syair yang disebut sebagai ‘arudh.

Sebelumnya, muncul Umar ibn Abi Rabiah (m. 711) yang terkenal dengan syair 19 rentaknya. Kemuncak kepada perkembangan muzik ini, lahirnya al-Kindi (m. 252H), al-Farani (m. 339H) dan Ibn Bajjah (m.

533H) yang dianggap antara pemuzik agung dalam sejarah Islam.23

Sebenarnya, tokoh-tokoh seni Islam dalam pelbagai bidang telah muncul, yang sebahagian besar daripada mereka dikenali sebagai ulamak, pemikir dan ahli falsafah Islam. Ini menunjukkan bahawa para ilmuan Islam tidak pernah memisahkan seni dan hiburan daripada gerakan dakwah mereka. Sama seni suara seperti muzik yang diterjemahkan dalam kesenian al-Quran yang disebut sebagai taranum, yang kemudiannya terkenal dengan sembila maqamat yang utama, yang berhasil mengindahkan bacaan al- Quran. Sedangkan ilmu khat yang menjadi cabang kaligrafi Islam mempunyai lapan jenis khat yang utama, yang digunakan untuk menghiasi mushaf al-Quran, binaan-binaan seperti masjid dan sebagainya, sedangkan seni bina masjid yang agung seperti Masjid Cardova dan istana-istana seperti al-Hamra’ di Andalus dan Taj Mahal di India telah mengkagumkan para pengkaji sehingga hari ini. Kemudian banyak pengkaji mengakui kesenian Islam telah berkembang mempengaruhi kesenian di Eropah dan Timur Jauh di mana gaya motif, teknik dan kesenian Islam terjelma dalam pelbagai objek seni di Eropah hari ini.

PENDAKWAHAN ISLAM DI NUSANTARA

Kedatangan Islam ke Nusantara telah menimbulkan pelbagai teori di kalangan sarjana, di mana Islam dikatakan masuk ke Nusantara dari Arab, India dan China. Para sarjana seperti John Crawford, Syed Naquib al-Attas dan Hamka mengatakan Islam datang Arab, sedang Marrison, Moquette, Hurgronje

19 Amir A. Rahman, Pengantar Tamadun Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, h. 134-135

20 Lihat Manja Mohd Ludin dan Ahmad Suhaimi Mohd Nor, Aspek-aspek Kesenian Islam, op cit, h. 1-142

21 Amir A. Rahman, Pengantar Tamadun Islam, op cit, h. 136-143

22 Mahmood Zuhdi Ab Majid, Tokoh-tokoh Kesarjanaan Sains Islam, op cit, h. 63-70

23 Ibid, h. 100-103

(7)

mengatakan ia dari India, manakala Erida dan Q.S Fatimi berpegang ia dibawa oleh pendakwah dari China.24 Namun begitu, dalam konteks yang lain, kedatangan Islam ke Nusantara dikatakan telah berlaku sejak abad ketujuh Masehi lagi. Wan Mohd Saghir mencatatkan tarikh terawal kedatangan Islam sekitar 750 Masehi berdasarkan catatan Tarikh Fathani dan 698 Masehi (79H) berdasarkan Hikayat Fathani.25 Manakala pendapat lain mengatakan sejak tahun 30H (651 Masehi) seperti yang disebut oleh Sheikh Syamsuddin Abu Ubaidillah dalam Nukbat ad-Dahr,26 sedangkan Tarich Acheh dan Nusantara mengatakan pedagang Islam tiba di Lamuri pada 82H (717 Masehi). Berdasarkan kepada penelitian para sarjana yang menganalisis dari pelbagai sumber tentang tarikh kemasukan Islam di Nusantara, boleh dirumuskan bahawa ia berlaku antara 650-750 Masehi iaitu pada abad pertama Hijriyah.

Perkembangan Islam mulai pesat di Alam Melayu ekoran terbentuknya kerajaan Islam yang pertama iaitu Kesultanan Perlak pada 840 Masehi.27 Sejak itu, bangkitlah beberapa kerajaan Islam yang besar seperti Samudera-Pasai (1262-1527), Melaka (1267-1511), Demak, Aceh dan lain-lainnya. Mulai abad ke- 13 Masehi sehingga abad ke-20, hampir seluruh Nusantara diperintah oleh kerajaan-kerajaan, walaupun kedatangan penjajah Barat telah bermula dengan penguasaan Portugis ke atas Melaka pada 1511. Peng- Islaman raja-raja Melayu dan kemunculan kerajaan-kerajaan Islam ini dikatakan menjadi terbesar yang mempengaruhi proses dakwah dan perkembangan di Asia Tenggara, kerana ia telah mendorong kepada kegiatan para pedagang Islam dari Arab, India dan China untuk berdagang dan berdakwah, selain pergerakan para mubaligh Islam, kemunculan pusat-pusat kebudayaan dan pengajian Islam dalam kerajaan-kerajaan Islam itu. Raja-raja juga berperanan melalui penjajahan dan perkahwinan politik dengan raja-raja bukan Islam dalam konteks penyebaran Islam ini. Pada peringkat awal, boleh dikatakan Islam berkembang dahulu di utara Sumatera (Aceh) dan utara Semenanjung (Kedah, Pattani, Kelantan dan Terengganu), sebelum Melaka memainkan peranan terhadap peng-Islaman Brunei, Mindanao dan Jawa pada abad ke-14 Masehi.

Para sarjana mengatakan terdapat beberapa faktor penting yang mendorong kepada penyebaran Islam dan perkembangan dakwah di Nusantara. Berdasarkan kepada analisis yang dibuat oleh para pengkaji, faktor-faktor perkembangan dakwah Islam di Nusantara boleh dirumuskan seperti berikut:

i. Perdagangan. Para pedagang dari Arab, India dan China telah berdagang dan menunjukkan akhlak dalam kegiatan pegadangan mereka sehingga dapat menarik orang Melayu memeluk Islam. Para pedagang juga mempunyai hubungan yang dengan pemerintah sehingga mereka dapat meng-Islam para raja, di samping para pedagang membawa para ulamak bersama mereka untuk berdakwah;

ii. Perkahwinan. Berlakunya perkahwinan politik seperti Sultan Perlak menjadi Raja Samudera- Pasai dan Raja Melaka sebagai menantu mereka, lalu mereka memeluk Islam. Kemudian Sultan Melaka bermenantukan Raja Siak, Kampar dan Jambi, maka Islamlah wilayah-wilayah

24 Perbincangan asas tentang teori ini, lihat Mohd Jamil Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Melaka, 2004, h. 27-37

25 Wan Mohd Saghir Abdullah, Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu, Siri 2, Persatuan Pengkaji Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1999, h. 2-3

26 Al-Habib Alwi Thahir al-Haddad, Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh, Penerbit Lentera, 2001, h. 150

27 Lihat A Hasjmy, Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia, PT Almaarif, Indonesia, 1981, h. 144

(8)

tersebut. Perkahwinan biasa juga berlaku antara para pendakwah dengan penduduk tempatan sehingga Islam tersebar dalam masyarakat;

iii. Peng-Islaman raja dan golongan bangsawan. Peng-Islaman raja dan pembesar akan diikuti oleh rakyat jelata, kerana orang Melayu setia kepada raja mereka;

iv. Kelahiran kerajaan Islam. Kewujudan kerajaan-kerajaan di di Perlak, Kedah, Melaka, Aru, Demak, Mindanao, Brunei dan sebagainya sangat mempercepatkan proses perkembangan Islam;

v. Peranan mubaligh. Para pendakwah, ulamak dan ahli sufi telah berperanan secara langsung dalam penyebaran Islam di Nusantara. Selain berdakwah secara langsung, mereka juga membuka pusat-pusat pengajian seperti dayah, pondok, pasentren dan madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam;

vi. Keistimewaan agama Islam. Konsep ketauhidan Allah mudah diterima oleh akal dan keadilan syariat Islam serta kemurnian akhlak telah membantu penerimaan masyarakat terhadap Islam; dan

vii. Peranan pusat kebudayaan Islam. Beberapa kota di Nusantara seperti Perlak, Melaka, Pattani, Demak dan lain-lain telah muncul sebagai pusat-pusat kebudayaan Islam. Bukan sahaja ilmu yang dikembangkan, tetapi penghasilan karya-karya ilmiah, bahan sastera dan hikayat telah berlaku. Dalam rangka inilah para ulamak mengembangkan bidang kesenian dan hiburan sebagai method dakwah mereka kepada masyarakat.

Ab Aziz Mohd Zain, seorang profesor dakwah dari Universiti Malaya dalam analisisnya terhadap perkembangan dakwah di Nusantara yang digerakan oleh Wali Songo menyebut secara jelas bagaimana peranan kesenian dan hiburan yang dijadikan wahana oleh para Wali Songo dalam mendakwahkan Islam, khususnya di Pulau Jawa.28 Pendapat ini turut didukung oleh Bambung Sugito,29 Nur Amin Fattah,30 Sri Wintala Achmad,31 Rahimsyah,32 Agus Sunyoto,33 Rachmad Abdullah34 dan Zainal Abidin Syamsuddin35 yang mengkaji tentang sejarah Wali Songo dan juga perkembangan dakwah di Pulau Jawa.

Selain seni muzik dan hiburan yang digunakan oleh ulamak di Pulau Jawa sebagai method dakwah, beberapa ulamak lain turut dicatatkan menggunakan kesenian yang lain seperti seni mempertahankan diri, seni ukir, seni bina dan lain-lain sebagai method dakwah di luar Pulau Jawa. Contohnya, Tuan Guru Haji Ahmad Tampong yang mengembangkan dakwah di Kedah melalui seni ukir,36 Tuan Jamal Peringat

28Ab Aziz Mohd Zain, Metod Da’wah Wali Songo, op cit, h. 37-39

29 Bambung Sugito, Dakwah Islam Melalui Media Wayang Kulit, Aneka, Surabaya, 1984.

30Nur Amin Fattah, Metode Da’wah Wali Songo, Bahagia, Semarang, 1994.

31 Sri Wintala Achmad, Sejarah Di Tanah Jawa: Mulai Dari Masuk Hingga Perkembangannya, Araska, Jogjakarta, 2017.

32 MB Rahimsyah Ar, Kisah Perjuangan Walisongo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa, Bintang Indonesia, Jakarta, tanpa tarikh.

33 Agus Sunyoto, Atlas Wali Songo, Pustaka IIMaN, Depok, 2016.

34 Rachmad Abdullah, Walisongo: Gerakan Dakwah dan Jihad di Tanah Jawa (1404-1428), al-Wafi Publishing, Sukoharjo, 2015.

35 Zainal Abidin Syamsuddin, Fakta Baru Walisongo: Telaah Kritis Ajaran, Dakwah dan Sejarah Walisongo, Pustaka Imam Bonjol, Jakarta, 2018.

36 Ismail Restu, Haji Ahmad Tampong (1863-1945), dlm. Jawatankuasa Penerbitan Buku Ulama Kedah Darul Aman, Biografi Ulama Kedah Darul Aman, Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar, 1996, h. 72-77

(9)

yang berdakwah melalui seni mempertahankan diri,37 Sheikh Wan Hussein Senawi dan Tok Pulai Chondong yang terkenal kerana seni bina masjid mereka iaitu Masjid Wadi Hussein Telok Manok, Narathiwat38 dan Masjid Tok Pulai Chondong di Kelantan.39 Di Aceh, ulamak-ulamak mereka terkenal dengan seni syair dan hikayat,40 sedangkan tokoh ulamak Pattani seperti Tok Senggora yang terkenal kerana seni taranumnya.41

SENI DAN HIBURAN SEBAGAI METHOD DAKWAH ULAMAK NUSANTARA

Dalam mengembangkan Islam di rantau ini, para ulamak telah menjadi seni dan hiburan sebagai salah satu daripada method dakwah mereka. Sebagai mana yang telah diperkatakan lebih awal, bahawa aspek kesenian telah berkembang dalam tamadun Islam yang lebih awal, tetapi membuka laluan kepada para ulamak yang memahami persekitaran hidup orang Melayu yang sangat dipengaruhi oleh budaya Hindu- Buddha sejak sekian lama. Hal ini juga diakui oleh S. Hurgronje dalam Teori Otoktoni yang menganggap budaya dan cara hidup orang Melayu sangat dipengaruhi oleh budaya India.42 India sejak sekian lama terkenal budaya seninya. Budaya India dari lagu-lagu dan muzik, seni sastera, seni bina dan sebagainya telah berkembang dalam pemikiran orang Melayu. Kerana itu, pendekatan dakwah yang berasaskan kesenian mempunyai kesan yang khusus terhadap proses dakwah. Menurut Ab Aziz Mohd Zain, kegemaran dan minat orang Melayu terhadap kebudayaan dan kesenian telah berjaya dimanfaatkan oleh Wali Songo dalam dakwah mereka di Pulau Jawa.43 Dalam setengah keadaan yang lain, kerana minat orang Melayu terhadap cerita-cerita rakyat, maka para ulamak bukan sahaja telah mengguna genre hikayat sebagai usaha untuk menarik masyarakat kepada dakwah, bahkan untuk membangkitkan semangat jihad juga.44

Sepanjang sejarah dakwah di Nusantara semenjak abad ketujuh hingga abad ke-20 Masehi, penggunaan seni dan hiburan sebagai alat dakwah boleh dilihat dalam pelbagai aspek. Kerenceman cara dan kepelbagaian bentuk kesenian yang dimanfaatkan oleh para ulamak dalam gerakan dakwah mereka telah berhasil menjadikan Alam Melayu sebagai sebuah rantau Islam. Secara umum kita boleh melihat beberapa cabang kesenian yang digunakan oleh para ulamak seperti wayang kulit, seni suara, seni bina, seni ukir, penulisan sastera dan sebagainya. Secara ringkas, berikut adalah beberapa aspek kesenian yang terlibat dalam sejarah dakwah di Nusantara;

37Ismail Che Daud, Ulama’ Muhajirin di Kelantan, dlm. Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2), MAIK, Kota Bharu, 2007, h. 543-545. Keluarga Tuan Jamal adalah para pahlawan dari Pattani yang berhijrah ke Kalantan sekitar 1830-an.

38 Ahmad Fathy al-Fatani, Ulama Besar Dari Patani, Penerbit UKM, Bangi, 2002, h. 12

39 Ismail Che Daud, Tok Pulai Chondong (1792-1873), dlm. Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1), MAIK, Kota Bharu, 2012, h. 67-68

40 Lihat L.K Ara, Sastra Aceh: Hikayat, Jenis dan Tokohnya, Yayasan PeNA, Banda Aceh, 2014.

41 Ahmad Fathy al-Fathani, Ulamak Besar Dari Patani, op cit. h. 87-88.

42 Lihat Ismail Hamid, Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu, Heinemann (M) Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1986, h. 57

43Ab Aziz Mohd Zain, Metod Da’wah Wali Songo, op cit, h. 37

44 Mualimbunsu Syam Muhammad, Motivasi Perang Sabil di Nusantara: Kajian Kitab Ramalan Joyoboyo, Dalailul Khairat dan Hikayat Perang Sabil, Media Madania, Ciputat, 2013, h. 222-255

(10)

I. Wayang Kulit

Wayang adalah kesenian tradisional orang yang berunsur Hindu-Buddha yang terkenal di Pulau Jawa dan Segenting Kra. Tokoh yang banyak menggunakan wayang kulit dalam dakwah mereka ialah Sunan Kalijaga dan Sunan Muria di kalangan Wali Songo. Hamka sendiri mengakui antara kekuatan Sunan Kalijaga ialah keupayaan beliau meneggunakan wayang kulit yang sangat diminati oleh orang Jawa sebagai saluran dakwahnya, di mana beliau berjaya memasukkan unsur-unsur hikayat Islam menggantikan elemen Hindu dalam wayang kulit, sehingga Islam berpengaruh dalam masyarakat.45 Menurut Ab Aziz Mohd Zain, Sunan Kalijaga dan Sunan Muria telah membuat perubahan kepada wayang kulit termasuk imej wataknya supaya tidak bercanggah dengan syarak.46 Para Wali Songo juga telah mengubah kandungan (content) penceritaan dalam wayang kulit daripada unsur Hindu kepada hikayat-hikayat Islam sehingga sebahagiannya menarik kecenderungan masyarakat terhadap kehebatan pahlawan Islam, berbanding kekaguman untuk unsur mistik dalam cerita-cerita Mahabarata, Ramayana dan Hanuman sebelumnya.47

II. Muzik dan seni suara

Sebagai mana perkembangan Islam pada peringkat awal di Asia Barat, usaha-usaha para ulamak untuk menjadikan seni suara sebagai mekanisme dakwah mereka dengan memasukkan irama Parsi dalam lagu Arab dan seumpamanya, di Alam Melayu hal demikian juga berlaku. Pengaruh Hindu yang berkait dengan budaya nyanyian, muzik dan lagu-lagu telah menyebabkan para ulamak mengambil tiga langkah besar. Pertama, di Tanah Jawa diciptakan lagu-lagu Islam yang masih menggunakan rentak asli Jawa, sehingga masyarakat dapat menyerap perubahan ‘di bawah sedar,’ bahawa kandungan lagu-lagu Hindu telah berubah menjadi lagu-lagu Islam. Sunan Kalijaga yang terkenal kerana pendekatan dakwah kulturalnya, telah menjadi muzik tradisional, gamelan sebagai salurannya. Beliau mencipta beberapa lagu masih terkenal hingga kini seperti Lir-ilir dan Gundul-gundul Pacul.48 Dicatatkan juga bahawa Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunan Drajat turut mencipta lagu-lagu Islam yang disadur dengan irama Hindu dalam pendekatan dakwah mereka.49 Kedua, sebahagian ulamak yang melihat kecenderungan masyarakat terhadap muzik dan seni suara, telah membawa masuk muzik-muzik Arab ke Alam Melayu.

Berkembangnya seni nazam dan syair di Alam Melayu adalah kerana pendekatan ini. Tokku Tuan Besar di Terengganu misalnya terkenal dengan nazam Kanzu al-Ula, sedangkan tokoh ulamak seperti Sheikh Wan Ahmad al-Fathani dari Mekah, Tok Syihabuddin dari Pahang, Hamzah Fansuri dari Aceh dan Sheikh Muhammad Zainuddin al-Sumbawi dari Sumbawa yang telah menghasil puisi-puisi dan syair yang bermutu dalam memperkenalkan Islam

45 Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Nasional, Singapura, 2006, h. 748

46Ab Aziz Mohd Zain, Metod Da’wah Wali Songo, op cit, h. 37-38

47 Lihat Rachmat Abdullah, Walisongo: Gelora Dakwah dan Jihad di Tanah Jawa, op cit, h. 204

48 Tentang dakwah kultural Sunan Kalijaga, sila lihat Melinda Novitasari, Metode Dakwah Dengan Pendekatan Kultural Sunan Kalijaga, skripsi Sarjana Sosial, Fakultas Dakwah dan Ilmu Komunikasi, UIN Raden Intan, Lampung, 2018.

49Nur Amin Fattah, Metod Da’wah Wali Songo, op cit, h. 57

(11)

kepada masyarakat.50 Menurut Nur Amin Fattah, melalui seni suara ini, para ulamak secara halus telah mengajak masyarakat kepada Islam, terutama kerana jiwa orang Melayu, khususnya Jawa adalah berjiwa halus.51 Dan ketiga, menggiatkan perkembangan seni taranum al-Quran. Ramai ulamak Melayu menguasai lagu-lagi atau irama (maqamat) taranum al-Quran seperti Tok Senggora di Pattani.

III. Kaligrafi

Pengenalan tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab oleh para ulamak telah mengembangkan kaligrafi sebagai salah satu bentuk seni di Alam Melayu. Orang Melayu yang awalnya menggunakan tulisan Palava dan Kawi yang berasal dari India,52 sebelum ia diubah suai sebagai tulisan Melayu yang disebut Rencong,53 kemudiannya telah mulai mempelajari tulisan Arab atau kemudiannya disebut Jawi setelah para ulamak memulakan pengajar ilmu-ilmu Islam dengan membuka pusat-pusat pengajian, penterjemahan kitab dan penulisan kitab-kitab dalam Bahasa Melayu menggunakan tulisan Jawi. Tulisan Arab berbentuk kaligrafi telah mulai berkembang kerana persamaan tulisan dengan huruf-huruf Jawi, lalu kaligrafi Melayu ini telah menghiasi masjid, surau dan rumah-rumah orang Melayu dengan pelbagai bentuk khat, berdasarkan khat Arab (khat as-sittah). Lebih menarik lagi apabila ayat-ayat al-Quran telah dijadikan bahan kaligrafi yang utama di Alam Melayu.

Berkenan dengan peranan pendakwah dan perkembangan tulisan ini, menurut Syed Naquib al-Attas,

“Masuknya huruf-huruf Arab (Hijaiyah) ke negeri Melayu akhirnya telah menggeserkan huruf terdahulu kemungkinan erat kaitannya dengan penyebaran agama Islam di Asia Tenggara yang bermula pada abad ke-13. Ada yang memperkirakan penyebaran Islam itu dilakukan oleh orang-orang Gujerat dari India, dan ada pula yang menyatakan hal itu dilakukan oleh para pedagang dari Semenanjung Arab sendiri.”54

Di mana aksara Arab telah berkembang ke seluruh Alam Melayu dan menjadi media untuk penyampaian dakwah Islam, hukum syarak dan ilmu-ilmu lain. Van Ronkel yang menganalisis manuskrip dan naskah Melayu menghubung secara langsung tentang elemen ke-Islaman terhadap pemikiran bangsa Melayu di mana kaligrafi Arab / Jawi ini digunakan

50 Lihat Abdul Monir Yaacob, Tok Syihabuddin Zainal Abidin, op cit; Wan Mohd Saghir Abdullah, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, Jld. 3, Persatuan Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 2000, h. 95-114; Wan Mohd Saghir Abdullah, Tafsir Puisi Hamzah Fansuri dan Karya-karya Shufi, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 2004, h. 35-116

51 Nur Fattah Amin, Metod Da’wah Wali Songo, op cit, h. 63

52 https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava#Di_Kepulauan_Melayu

53 https://ms.wikipedia.org/wiki/Aksara_Rencong

54 Syed Naquib al-Attas, Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu, ABIM, Kuala Lumpur, 1990, h. 54

(12)

untuk menulis naskah-naskah Melayu dan akhirnya mempengaruhi perkembangan kebudayaan dan pemikiran yang berasaskan Islam.55

IV. Seni ukir

Menurut Ab Aziz Mohd Zain, seni ukir adalah salah satu dari kegemaran yang disukai oleh masyarakat Jawa. Ukiran-ukiran dan corak-corak batik yang tedapat pada rumah, perahu, pakaian dan sebagainya menunjukkan kecenderungan masyarakat Jawa dalam hal ini. Walau bagaimanapun, pada awalnya orang Jawa biasanya mengukir berdasar motif binatang atau manusia. Bagi menghadapi kegemaran masyarakat terhadap seni ukir, Wali Songo telah bertindak mengubah suai bahan-bahan ukiran supaya ia tidak bertentangan dengan syarak, dan mengekalkan ia sebagai tradisi masyarakat.56 Di Tanah Melayu, seni ukir telah digunakan untuk menghiasai tempat-tempat agama seperti masjid dan madrasah, tempat awam seperti wakaf, selain istana dan rumah-rumah.57 Menurut Abdul Halim Nasir, biasanya istana dihiasi lebih indah daripada rumah rakyat sebagai simbol perbezaan status,58 sedangkan masjid dihiasi dengan ukiran khas kerana kedudukannya sebagai tempat ibadat.

Dalam kepercayaan Melayu berdasar kitab Tajul Muluk yang diterjemahkan oleh tokoh ulamak terkenak, Tuan Hassan Besut, naga yang menjadi elemen ukiran Melayu adalah simbol kebahagiaan dan perlindungan dari bala bahaya.59 Dengan pengaruh Islam, unsur alam dan ketuhanan mempengaruhi seni bina Melayu di mana biasanya pemeles yang menjadi penyangga rumah mempunyai unsur jalal (kekuatan) yang mewakili Nur Muhammadiyah dan sekalian wali Allah. Adapun ular naga itu secara khusus dimaksudkan hakikat Muhammadiyah, iaitu hakikat alam.60 Dalam konteks seni ukir masjid, ular naga pula memberi maksud kerendahan hati dan peribadatan kepada Allah.61 Hal yang lain juga dapat dilihat pada motif tumbuhan, awan larat, daun putu dan seumpamanya untuk menggantikan motif bunga teratai atau bunga tanjung sebagai motif alam bagi agama Buddha dan Hindu.62

V. Penulisan sastera

Penulisan sastera telah dicatatkan oleh Wan Mohd Saghir Abdullah sebagai ruang seni yang paling banyak digunakan oleh para ulamak dalam melebarkan dakwah di Nusantara. Beliau

55 Lihat Dr Makmur et.al, Analisa Corak Kaligrafi Islam di Malaysia, h. 8, http://www.academia.edu/7167154/Analisa_Corak_Kaligrafi_Islam_Malaysia

56Lihat Ab Aziz Mohd Zain, Metod Da’wah Wali Songo, op cit, h. 39; Nur Amin Fattah, op cit, h. 64

57 Muhammad Afandi Yahya, Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995, h. 103

58 Abdul Halim Nasir, Ukiran Kayu Melayu Tradisi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1986, h. 37

59 Tuan Hassan Ishak (Tuan Hassan Besut) (penterj.), Kitab Tajul Muluk, Sulaiman Marghi, Singapura, tanpa tarikh, h. 91.

60 Abdullah Mohamad, Seni Bina Islam, Aplikasi di Malaysia, dlm. Warisan Kelantan IV, Monograf Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu, 1985, h. 58

61 Abdullah Mohamad, Bentuk-bentuk Bangunan Masjid: Kunci Memahami Kebudayaan Melayu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1978.

62 Mustapha Mohamad, Perkembangan Seni Ukir: Beberapa Aspek, dlm. Warisan Kelantan, Monograf Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu, 1982, h. 94

(13)

menyenaraikan tidak kurang 12 orang ulamak besar Alam Melayu yang telah ditemui karya- karya sastera mereka termasuk Sheikh Abdul Samad al-Falembani, Sheikh Nawawi Banten, Sheikh Wan Ahmad al-Fathani, Sheikh Abdul Hamid Kudus, Sheikh Muhammad Hussein Abdul Latif Kelaba, Sheikh Tengku Mahmud Zuhdi, Sheikh Othman Jalaluddin al-Kelantani dan lain-lain.63 Pada zaman yang lebih awal, Sunan Kalijaga telah menghasilkan karya-karya sastera Islam seperti Serat Dewaruci dan Suluk Lingung, sedangkan kemunculan hikayat- hikayat Islam seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah dan lain-lain telah menggantikan bahan-bahan prosa Hindu sebelumnya.

Sedangkan karya-karya tidak kreatif seperti Tajul Muluk dan Taj as-Salatin, karya sejarah seperti Hikayat Hang Tuah, Silalatus Salatin dan Tuhfat an-Nafis, karya perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan seumpamanya telah melengkapkan wacana sastera dalam dakwah di Nusantara.64 Salah genre sastera yang sangat penting dalam dakwah di Nusantara ialah kemunculan hikayat-hikayat yang membangkitkan semangat jihad seperti Hikayat Perang Sabil di Aceh, Kitab Ramalan Joyoboyo di Jawa dan Puisi Kemenangan Kedah di Kedah.65

VI. Seni bina masjid

Seni bina masjid adalah rupa bentuk seni bina yang baru bagi masyarakat Islam di Alam Melayu, kerana sebelumnya seni bina rumah ibadat dipengaruhi oleh seni bina Hindu.

Rumah-rumah ibadat di Pulau Jawad an Bali misalnya, sangat ketara untuk seni bina pura (candi Hindu). Bagi mendekati masyarakat ini, seorang Wali Songo, Sunan Kudus telah mendirikan Menara Masjid Kudus menggunakan seni bina Hindu sehingga ia kelihatan seperti pura, sehingga penganut Hindu tidak merasa janggal mendekati dakwah beliau.66 Kemudiannya, menjelang jatuhnya Majapahit, Raden Patah dan Sunan Kalijaga telah membangunkan Masjid Agung Demak di Pulau Jawa yang seni binanya masih dikagumi sehingga hari ini. Salah sebuah masjid yang hebat seni binanya ialah Masjid Wadi Hussein di Telok Manok, Narathiwat yang dibangunkan oleh Sheikh Wan Hussein Senawi hampir 400 tahun dahulu. Seni bina masjid Telok Manok dan Masjid Agung Demak ini dapat dilihat juga pada Masjid Kampung Laut, Kelantan yang juga berusia sekitar 400 tahun. Antara masjid yang dikatakan seni binanya ialah Masjid Besar Melaka, sebelum diruntuhkan oleh Portugis selepas 1511. Keindahan seni bina masjid ini telah berkembang kepada seni bina rumah- rumah Melayu yang berasaskan Islam kemudiannya. Menurut Muhammad Afandi Yahya, kepercayaan Islam telah mewarnai seni bina Melayu yang berunsur tempatan dan Hidu-

63 Wan Mohd Saghir Abdullah, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, Jld. 3, op cit. h. 117-127

64 Lihat juga Amir A Rahman, Pengantar Tamadun Islam, op cit, h. 136

65 Lihat Mualimbunsu Syam Muhammad, Motivasi Perang Sabil di Nusantara, op cit, h. 197-255; Wan Mohd Saghir Abdullah, Sheikh Abdul Shamad Palembang: Ulama Shufi dan Jihad Dunia Melayu, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996, h. 97

66 Sri Wintala Achmad, Sejarah Islam di Tanah Jawa, op cit, h. 57

(14)

Buddha dengan unsur Islam, sehingga simbolisme telah diselaraskan dengan corak yang tidak bercanggah dengan akidah.67

VII. Seni mempertahankan diri

Ilmu seni mempertahankan diri adalah antara ilmu yang sangat meluas berkembangan dalam tradisi masyarakat Melayu. Ilmu silat, permainan keris, ‘main tongkat’, ilmu kebatinan dan seumpamanya adalah antara warisan seni Melayu. Dalam mendekati masyakat dengan seni, satu contoh yang sangat baik ialah peranan Tok Syihabuddin Zainal Abidin, seorang ulamak besar di Pahang yang memperkenalkan ilmu “Kipas Raja Nalong,” sejenis ilmu kebatinan. Untuk mempelajari ilmu ini, beliau meletakkan tiga syarat iaitu mengenal Allah, mengerjakan suruhan Allah dan tidak melakukan larangan Allah. Hal ini menyebabkan orang awam yang berminat kepada ilmu seni kebatinan ini, terpaksa melatih diri mentaati Allah SWT.68 Di Kelantan, keluarga ulamak pejuangan dari Fathani iaitu Tuan Betek telah mengembangkan dakwah di Peringat juga dengan ilmu mempertahankan diri. Selain Tuan Betek, beberapa sahabatnya seperti Panglima Tok Kaya Gelung dan Tok Kaya Parit merupakan pejuang-pejuang Islam dari Sena Janjar, Bendang Daya yang berhijrah ke Peringat, Kelantan selepas Musuh Pattani pada 1830-an. Kepahlawanan mereka menjadi tarikan dakwah, sebelum dilanjutkan oleh anak Tuan Betek, Tuan Jamal Peringat pada pertengahan abad ke-19.69 Begitu juga Tuan Guru Haji Mamat Lebai Musa, seorang qari yang terkenal di Bekelam, Bachok, iaitu menantu seorang ulamak, Tok Ayah Jawa, tetapi beli lebih dihormati masyarakat kerana “hanelan” (handalan / jagoan) dalam seni mempertahankan diri.70

VIII. Seni permainan tradisional Melayu

Permainan tradisional seperti sepak raga, silat, laga ikan, main burung, gasing, wau, mak yong dan sebagainya merupakan medium yang sangat berkesan dalam mendekati masyarakat berdasar minat mereka. Di Nusantara, para ulamak tidak ketinggalan untuk memanfaatkan seni-seni permainan tradisional ini sebagai method dakwah mereka. Sebagai contoh, berdasarkan riwayat lisan di Kelantan, seorang ulamak terkenal, Maulana Abdullah Nuh telah mendekati para remaja dengan terlibat sama dalam aktiviti ikan hiasan dan ikan laga yang disebut “ikan sepila” dan “ikan karim” dalam masyarakat Kelantan. Melalui aktiviti ini, beliau mengajak pemuda-pemuda bersolat dan mendengar tazkirah agama.71 Seorang ulamak keturunan Haji Wan Mat Ketitir Tanjung Patani, Haji Wan Abdullah terkenal kerana menggunakan kebolehannya dalam ilmu silat dan dikir barat untuk mendekati mad’unya di

67 Muhammad Afandi Yahya, Simbilosme Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995, h. 8

68 Abdul Monir Yaacob, Tuk Syihabuddin Zainal Abidin, dlm. Ismail Mat, Ulama Silam Dalam Kenangan, Penerbit UKM, Bangi, 1993, h.105

69Ismail Che Daud, Ulama’ Muhajirin di Kelantan, op cit, h.543

70 Ibid, h. 540-541

71 Temuramah penulis dengan bekas-bekas muridnya di Kelantan dalam tahun 2002.

(15)

Kelantan.72 Bentuk-bentuk permainan tradisional sebagai satu bentuk hiburan masyarakat telah menjadi method dakwah yang berkesan, walaupun tidak mendapat perhatian yang luas dari para pengkaji, kerana method telah menghubungkan secara langsung antara pendakwah dan sasaran dakwahnya.

BEBERAPA PANDANGAN

Berdasarkan penelitian yang dibuat dalam kajian ini, beberapa aspek yang penting perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa, pejabat agama dan para pendakwah, khususnya seniman yang terlibat dalam dakwah, dalam menilai kedudukan seni dan hiburan sebagai method dakwah. Setelah kita memahami keharusan hukumnya dan sejarah perkembangan dakwah menggunakan saluran seni dan hiburan, maka sangat wajar untuk mengangkat method ini sebagai method dakwah, terutama dalam menghadapi perubahan zaman dan perkembangan teknologi bagi generasi baru. Kecenderungan generasi muda terhadap hiburan dan kesenian perlu dijadikan strategi dakwah dengan mengaplikasikan method yang pernah dibangunkan sebelumnya, termasuk di Nusantara. Namun begitu, berikut adalah antara pandangan-pandangan sisi yang saya angkatkan supaya dakwah menggunakan seni dan hiburan kekal di atas landasan yang betul.

I. Peranan seni dan hiburan dalam mengembangan Islam

Berdasarkan perbincangan di atas, seni dan hiburan terbukti mempunyai peranan yang besar dalam mengembangkan dakwah Islam di Nusantara. Wali Songo yang terkenal kerana pendekatan strategik mereka menggunakan seni dan hiburan telah berjaya meng-Islamkan Pulau Jawa, sedangkan di tempat-tempat lain para ulamak menggunakan bentuk kesenian yang lain dalam mengajak masyarakat kepada Islam. Di Aceh misalnya, kaligrafi dan seni bina Islam bukan hanya di masjid dan rumah-rumah, tetapi jelas tertera pada batu-batu nesan dan binaan yang lain, yang kemudiannya kesenian itu berkembang ke negeri yang dijajah oleh Aceh.73 Kemudian pada generasi yang menguasai perkembangan ilmu terutama selepas abad ke-17, perkembangan sastera Islam melalui penulisan serat, hikayat, syair, nazam dan sebagainya telah method dakwah di kebanyakan tempat di Nusantara, sehingga kita boleh mengambil kesimpulan bahawa seni dan hiburan merupakan satu method dakwah yang luas dan ia berkesan dalam menarik sasaran kepada Islam.

II. Kedudukan seni dan hiburan sebagai alat mempertahankan Islam membangkit jihad

Kemampuan para ulamak dan pendakwah dalam memanfaatkan seni dan hiburan bukan hanya boleh menarik masyarakat kepada Islam, tetapi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mempertahankan Islam. Nah! Lihat bagaimana kejayaan ulamak Aceh menghasil Hikayat Perang Sabil sebagai bahan sastera telah diperakukan menjadi faktor

72Ismail Che Daud, Ulama’ Muhajirin di Kelantan, op cit, h. 550

73 Othman Mohd Yatim, Simbolisme Dalam Kesenian Islam: Rujukan Khas Kepada Nesan Kurun Ke-15-19 Masihi di Semenanjung Malaysia, dlm. Jebat, Bil. 14, 1986, h. 127-152

(16)

kepada kebangkitan jihad ke atas Belanda di wilayah utara Sumatera itu.74 Begitu juga karya Sheikh Abdul Samad al-Falembani, NasihatulMslimin wa Tazkiratul Mukminin fi Fadhail al- Jihadi wa Karamati al-Mujtahidina fi Sabilillah yang membakar semangat juang dalam Musuh Pattani pada 1830-an.75 Tun Seri Lanang mencatatkan dalam Sejarah Melayu (Silalatus Salatin) bahawa hikayat-hikayat Islam seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Mohamad Ali Hanafiah telah dibacakan oleh para ulamak di Melaka untuk menaikkan semangat jihad mereka dalam menghadapi serangan Portugis pada 1511.76 Karya-karya seni yang lain seperti Kitab Ramalanan Joyoboyo dan Dalailul Khairat juga disebut sebagai pemangkim jihad di Nusantara.77 Sheikh Daud al-Fathani dalam beberapa karyanya seperti Hidayatul Muta’alim, Fathul Mannan, al-Jawahiru al-Saniyah dan Furu’ul Masail telah memasukkan bab jihad sebagai elemen pembangkit kepada umat Islam melalui karya-karya beliau.78 Ini menunjukkan bahawa, sekiranya seni dan hiburan digembleng dengan betul ia mampu merangsang kesedaran yang besar dalam jiwa golongan remaja untuk mempertahankan Islam dan berjihad menegakkannya.

III. Peng-Islaman seni

Selain dua aspek yang sangat positif di atas, persoalan besar yang menghantui para pendakwah dan juga seniman yang mahu berdakwah iaitu bagaimana menjadi seni dan hiburan sebagai saluran dakwah. Seni dan hiburan terdedahkan kepada elemen haram yang sangat besar kerana ia boleh melalai dan menyesatkan manusia daripada Allah. Pengalaman dakwah Wali Songo dalam melakukan Islamisasi atau peng-Islaman terhadap seni sangat menarik untuk diperhatikan. Pertama, mereka tidak menolak semua bentuk seni yang berasal dari budaya Hindu-Buddha, sebaliknya menukarkan seni tersebut menjadi seni Islam dalam pelbagai cara. Sunan Kudus mencampurkan seni bina Hindu dalam binaan Menara masjidnya,79 sedangkan Sunan Kalijaga mengisi konten wayang kulit dengan hikayat Islam.

Kedua, apakah aspek-aspek peng-Islaman yang mesti diperhatikan. Misalnya menyubur, mengekal dan menyemarakkan aspek seni yang positif;mencegak seni yang bercanggah dengan Islam; mengadakan kawalan ke atas amalan yang bertentangan dengan Islam;

memperkenalkan kesenian baru yang positif; memberi nilai baru kepada kesenian neutral;

dan menangguhkan kegiatan seni yang belum disucikan.80 Melalui cara ini, kita dapat memastikan kesenian dan hiburan yang berkembang bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan dakwah, tetapi dapat dipastikan ia tidak bercanggah dengan syarak.

74 Mualimbunsu Syam Muhammad, Motivasi Perang Sabil di Nusantara, op cit.

75 Wan Mohd Saghir Abdullah, Syeikh Abdus Shamad Palembang, op cit, h. 97

76 A Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2014, h. 267-268

77 Mualimbunsu Syam Muhammad, Motivasi Perang Sabil di Nusantara, op cit.

78 Wan Mohd Saghir Abdullah, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, Jld. 5, Persatuan Pengakaji Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 2002, h. 99-100

79 Zainal Abidin Syamsuddin, Fakta Baru Walisongo, op cit, h. 284

80 Lihat Mohammed Anwar Omar Din, Menyuburkan Sosiobudaya, dlm. Mohd Fadli Ghani, Dua Dekad Kelantan Membangun Bersama Islam, Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Kota Bharu, 2011, h. 338-345

(17)

IV. Konflik masyarakat kerana fatwa berkait seni

Kedudukan seni dan hiburan serta alat-alat muzik yang sering dikaitkan dengan perkara yang haram telah menimbulkan konflik dalam masyarakat. Sebahagian ulamak berpandangan hiburan tertentu seperti mak yong, main puteri dan wayang kulit serta alat muzik seperti gitar, ketuk-ketuk, gendang dan lain-lain sebagai perkara yang diharamkan dalam Islam, sedangkan sebahagian ulamak lain bukan hanya mengharuskan hiburan dan alat muzik tersebut, tetapi menggunakannya sebagai method dakwahnya. Hal ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat, bahkan mempunyai tendensi untuk membawa kepada perpecahan. Salah satu contoh kes seperti berlaku di Melaka apabila bekas Mufti Mekah mengeluarkan fatwa dalam syarahannya dalam tahun 1930-an bahawa ketuk-ketuk (naqus) haram digunakan untuk menandakan masuknya waktu solat, sedang seorang ulamak tempatan, Haji Latif Taib menafikan keharamannya, lalu ia membawa kepada perpecahan masyarakat.81 Keadaan seperti ini jika tidak ditangani secara berhemah akan memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat, lebih-lebih lagi masyarakat yang sudah mempunyai persepsi yang negatif terhadap hiburan, alat muzik dan artis.

V. Menangani umat ‘abangan’ yang terlahir dari dakwah seni

Kemampuan seni dan hiburan dalam menarik masyarakat kepada Islam memang tidak dinafikan, tetapi ia mempunyai kelemahan jangka panjang yang sangat ketara berbanding dakwah melalui program-program keilmuan yang digerakkan oleh ulamak. Penglibatan dan kecenderungan agama melalui hiburan tidak dapat membina asas yang kukuh untuk menjamin masyarakat dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Cuba kita perhatikan kejayaan beberapa daripada Wali Songo seperti Sunan Kalijaga dan Sunan Muria dalam menyebarkan dakwah melalui seni hiburan, tetapi yang terhasil adalah satu kelompok besar umat Islam di Jawa yang disebut sebagai ‘Islam abangan,’ iaitu orang Islam yang hanya pada namanya sahaja, tetapi kehidupannya tidak beramal dengan Islam. Kejahilan masyarakat yang di-Islamkan oleh Sunan Kalijaga telah berpanjangan hingga kini, berbanding masyarakat yang di-Islamkan oleh Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Bonang dan Sunan Giri melalui pusat-pusat pengajian yang ditubuhkan.82 Hal ini mendapat perhatian seorang pengkaji, Prof Bousquet yang meneliti Islam di Jawa pada 1938. Beliau mengatakan,

“Singkatnya di bawah baju berlubang-lubang Islam, nampaklah badan animistis, sedikit ke- Hinduan, yang bagi kebanyakkan rakyat merupakan agama mereka sejati. Islam Indonesia mempunyai corak yang sangat menyimpang dari Islam biasa.”83 Kerana itu, para pendakwah yang menggunakan method seni dan hiburan mesti mempunyai program susulan dan pengukuhan untuk memperkasakan kafahaman sasaran dakwah mereka.

81 Lihat Mustapha Daud, Haji Ahmad Haji Md Kassim, dalam Ismail Mat, Ulamak Silam Dalam Kenangan, op cit, h.

94.

82 Zainal Abidin Syamsuddin, Fakta Baru Walisongo, op cit, h. 119-120

83 Lihat dalam J.W.M Bakker S.J, Agama Asli Indonesia, ST KAT Pradnyawidya, Jogjakarta, 1976, h. 184

(18)

PENUTUP

Perkembangan dakwah Islam yang berlaku di Nusantara sejak abad ketujuh Masehi hingga abad ke-20 boleh dikatakan berlaku secara harmoni. Orang Melayu telah menerima Islam secara hati yang terbuka dan tanpa paksaan. Faktor utama yang merangsang kejayaan dakwah di Nusantara ialah kebijaksanaan para ulamak dan pendakwah dalam menggunakan method yang paling berkesan tanpa sebarang kekerasan. Salah satu method yang paling penting digunakan ialah melalui seni dan hiburan, selain daripada pendekatan-pendekatan lain yang telah disebutkan. Ternyata seni dan hiburan telah memudahkan para pendakwah dan ulamak untuk mendekati, mendalami, memahami dan mempengaruhi orang-orang Melayu sehingga mereka dapat menerima Islam. Kesan dari situ, seluruh Nusantara berjaya di Islamkan dan hampir seluruh orang Melayu telah menjadikan Islam sebagai agama mereka. Pada hari ini pun, orang Melayu mengakui mereka adalah bangsa yang beragama Islam, yang menerima Islam tanpa sebarang pengalaman pahit ketika mereka meninggalkan agama lamanya, sebaliknya menerima penyebaran Islam ke atas mereka sebagai satu perubahan positif.

Seni dan hiburan ini pada asasnya diharuskan sekiranya ia tidak melalai dan menyesatkan masunia daripada Allah. Lalu para ulamak dan pendakwah di sepanjang sejarah tamadun Islam telah menjadikan seni dan hiburan ini sebagai salah satu alat untuk mendekatkan diri kepada Allah, kemudian menjadi mekanisme dakwah mereka. Ketika Islam mulai berkembang di Alam Melayu, terutama bermula abad ke-13, para ulamak yang memahami waqi’ orang Melayu yang ketika beragama Hindu-Buddha dan sangat terpengaruh dengan budaya India, telah menjadikan seni dan hiburan sebagai alat dakwah mereka, sehingga tanpa disedari atau tanpa sebarang protes, orang Melayu telah beransur-ansur menerima Islam. Keadaan ini membantu mengukuhkan peranan faktor-faktor lain dalam menyebarkan Islam di Nusantara. Pendekatan seni dan hiburan yang melibatkan seni suara dan muzik, seni bina dan ukiran, seni mempertahankan diri dan sebagainya ternyata telah menjadi tali penghubung yang berkesan di antara pendakwah dengan masyarakat, sehingga akhirnya Islam dapat berkembang dengan pesat.

(19)

BIBLIOGRAFI Buku

Al-Quran

A Hasjmy, Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia, PT Almaarif, Indonesia, 1981

A Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2014

Ab. Aziz Mohd Zain, Metod Da’wah Wali Songo, dlm. Jurnal Usuluddin, Universiti Malaya, Bil. 7, Disember 1997

Abdullah Mohamad, Seni Bina Islam, Aplikasi di Malaysia, dlm. Warisan Kelantan IV, Monograf Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu, 1985 Abdullah Mohamad, Bentuk-bentuk Bangunan Masjid: Kunci Memahami Kebudayaan Melayu,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1978

Abdul Halim Nasir, Ukiran Kayu Melayu Tradisi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1986

Abdul Monir Yaacob, Tuk Syihabuddin Zainal Abidin, dlm. Ismail Mat, Ulama Silam Dalam Kenangan, Penerbit UKM, Bangi, 1993

Agus Sunyoto, Atlas Wali Songo, Pustaka IIMaN, Depok, 2016

Ahmad Fathy al-Fatani, Ulama Besar Dari Patani, Penerbit UKM, Bangi, 2002

Amir A. Rahman, Pengantar Tamadun Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991 Bambung Sugito, Dakwah Islam Melalui Media Wayang Kulit, Aneka, Surabaya, 1984

Burhanuddin al-Helmy, Simposium Tasawuf dan Tarekat, Maktabah H Abdullah Nordin Arrawi, Pulau Pinang, 1966

Dalu Jones, Surface, Pattern and Light, dlm. George Michell, Architecture of the Islamic World: Its History

& Social Meaning, Thames and Hudson, London, 1987

Effat al-Sharqawi, Filsafat Kebudayaan Islam, Penerbit Pustaka, Bandung, 1988

Ernst Diez, A Stylistic of Islamic Art, dlm. Art Islamic, Vol. V, Ann Arbor University of Michigan Press, 1988 George Michell, Architecture of the Islamic World: Its History & Social Meaning, Thames and Hudson,

London, 1987

H.M Habib Mustopo, Kumpulan Esei Manusia dan Budaya, Usaha Nasional, Indonesia, 1983 Al-Habib Alwi Thahir al-Haddad, Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh, Penerbit Lentera, 2001 Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Nasional, Singapura, 2006

Ikmal Ikmal al-Muallim, Syarah Sahih Muslim, Juz 7

Ismail Che Daud, Tok Pulai Chondong (1792-1873), dlm. Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’

Semenanjung Melayu (1), MAIK, Kota Bharu, 2012

Ismail Che Daud, Ulama’ Muhajirin di Kelantan, dlm. Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2), MAIK, Kota Bharu, 2007

Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1), MAIK, Kota Bharu, 2012 Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2), MAIK, Kota Bharu, 2007

Ismail Hamid, Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu, Heinemann (M) Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1986

Ismail Mat, Ulama Silam Dalam Kenangan, Penerbit UKM, Bangi, 1993 Ismail Raji Faruqi, Islam and Culture, ABIM, Kuala Lumpur, 1980

Ismail Restu, Haji Ahmad Tampong (1863-1945), dlm. Jawatankuasa Penerbitan Buku Ulama Kedah Darul Aman, Biografi Ulama Kedah Darul Aman, Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar, 1996

Jawatankuasa Penerbitan Buku Ulama Kedah Darul Aman, Biografi Ulama Kedah Darul Aman, Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar, 1996

(20)

J.W.M Bakker S.J, Agama Asli Indonesia, ST KAT Pradnyawidya, Jogjakarta, 1976 Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989

KH Adib Bisri Musthofa (pentrjmh.), Tarjamah Shahih Muslim, Jld. IV, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1999

L.K Ara, Sastra Aceh: Hikayat, Jenis dan Tokohnya, Yayasan PeNA, Banda Aceh, 2014

M.A.J Beg, The Image of Islamic Civilization, The Universiti Malaya Press, Kuala Lumpur, 1980

Mahmood Zuhdi Ab Majid, Tokoh-tokoh Kesarjanaan Sains Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000

Manja Mohd Ludin dan Ahmad Suhaimi Mohd Nor, Aspek-aspek Kesenian Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995

MB Rahimsyah Ar, Kisah Perjuangan Walisongo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa, Bintang Indonesia, Jakarta, tanpa tarikh

Melinda Novitasari, Metode Dakwah Dengan Pendekatan Kultural Sunan Kalijaga, skripsi Sarjana Sosial, Fakultas Dakwah dan Ilmu Komunikasi, UIN Raden Intan, Lampung, 2018

Mohammed Anwar Omar Din, Menyuburkan Sosiobudaya, dlm. Mohd Fadli Ghani, Dua Dekad Kelantan Membangun Bersama Islam, Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Kota Bharu, 2011

Mohd Fadli Ghani, Dua Dekad Kelantan Membangun Bersama Islam, Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Kota Bharu, 2011

Mohd Jamil Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Melaka, 2004

Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam, Darul Fuqaha, Bangi, 2012

Mualimbunsu Syam Muhammad, Motivasi Perang Sabil di Nusantara: Kajian Kitab Ramalan Joyoboyo, Dalailul Khairat dan Hikayat Perang Sabil, Media Madania, Ciputat, 2013

Muhammad Afandi Yahya, Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995

Mustapha Mohamad, Perkembangan Seni Ukir: Beberapa Aspek, dlm. Warisan Kelantan, Monograf Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu, 1982 Mustapha Daud, Haji Ahmad Haji Md Kassim, dalam Ismail Mat, Ulamak Silam Dalam Kenangan,

Penerbit UKM, Bangi, 1993

Nur Amin Fattah, Metode Da’wah Wali Songo, Bahagia, Semarang, 1994

Othman Mohd Yatim, Simbolisme Dalam Kesenian Islam: Rujukan Khas Kepada Nesan Kurun Ke-15-19 Masihi di Semenanjung Malaysia, dlm. Jebat, Bil. 14, 1986

Rachmad Abdullah, Walisongo: Gerakan Dakwah dan Jihad di Tanah Jawa (1404-1428), al-Wafi Publishing, Sukoharjo, 2015

Sidi Ghazalba, Masjid Pusat Ibadat dan Kebudayaan Islam, Jakarta, 1989

Sri Wintala Achmad, Sejarah Di Tanah Jawa: Mulai Dari Masuk Hingga Perkembangannya, Araska, Jogjakarta, 2017

Syed Naquib al-Attas, Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu, ABIM, Kuala Lumpur, 1990 Syed Qutb, Konsepsi Sejarah Dalam Islam, Gedung Gua, Kuala Lumpur, 1984

Tuan Hassan Ishak (Tuan Hassan Besut) (penterj.), Kitab Tajul Muluk, Sulaiman Marghi, Singapura, tanpa tarikh

Wan Mohd Saghir Abdullah, Syeikh Abdus Shamad Palembang: Ulama Shufi dan Jihad Dunia Melayu, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1996

Wan Mohd Saghir Abdullah, Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu, Siri 2, Persatuan Pengkaji Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1999

Wan Mohd Saghir Abdullah, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, Jld. 3, Persatuan Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 2000

(21)

Wan Mohd Saghir Abdullah, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, Jld. 5, Persatuan Pengakaji Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 2002

Wan Mohd Saghir Abdullah, Tafsir Puisi Hamzah Fansuri dan Karya-karya Shufi, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 2004

Zainal Abidin Syamsuddin, Fakta Baru Walisongo: Telaah Kritis Ajaran, Dakwah dan Sejarah Walisongo, Pustaka Imam Bonjol, Jakarta, 2018

Internet

Makmur, Mohd Roslan Mohd Noor dan Abdullah Yusof, Analisa Corak Seni Kaligrafi Islam di Malaysia, h.

8, http://www.academia.edu/7167154/Analisa_Corak_Kaligrafi_Islam_Malaysia https://djislamik.com/konsep-hiburan-dalam-islam/

http://www.utusan.com.my/mega/agama/kreativiti-dalam-tamadun-islam-1.534679#ixzz5dUR8HxXI https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava#Di_Kepulauan_Melayu

https://ms.wikipedia.org/wiki/Aksara_Rencong

Referensi

Dokumen terkait

“Wayang dan Seni Pertunjukan” Kajian Sejarah Perkembangan Seni Wayang di Tanah Jawa sebagai Seni Pertunjukan dan Dakwah.. JUSPI: Jurnal Sejarah Peradaban Islam: