• Tidak ada hasil yang ditemukan

Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Perlis : Hantaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Perlis : Hantaran"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 15 - 2003

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Perlis : Hantaran

Oleh: ABDUL GHANI ON

Perkahwinan dalam masyarakat Melayu adalah suatu upacara panjang lebar yang penuh dengan adat istiadat. lanya merupakan satu peristiwa yang memerlukan masa agak panjang dan mestilah dilakukan menurut adat atau susunan yang telah dilazimkan oleh sesuatu masyarakat itu sendiri. Justeru untuk menjejaki gerbangnya, eloklah kita lalui liku-liku yang penuh beradat ini.

Untuk membina sebuah mahligai perkahwinan, ada beberapa takah adat yang harus kita jejaki. Dimulai dengan merisik, merasi, melamar, meminang, hantaran, pertunangan, mengandam, berinai kecil, akad nikah, berinai besar, majlis khatam Al-Quran dan akhirnya persandingan. Inilah di antara adat-adat terpenting dalam sesebuah perkahwinan.

Dalam keluaran terdahulu, telah dikemukakan adat merisik, merasi, melamar dan meminang. Kali ini akan mengutarakan pula adat hantaran, yang tidak kurang juga pentingnya untuk menuju gerbang perkahwinan.

Hakcipta Terpelihara © 2003 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2003 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

(2)

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 15 - 2003

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Untuk memiliki pasangan hidup, harus datang beradat. Setiap hasrat disampaikan dalam jalur kesopanan. Bunga yang kembang mekar hendaklah ditilik dirisik terlebih dahulu.

Apabila sudah pasti belum disunting, maka bertandanglah rombongan merisik :

“ Untuk memiliki pasangan hidup, harus datang beradat. Setiap hasrat disampaikan dalam jalur kesopanan. “

" Datang kami datang berhajat, ingin memetik bunga di taman. "

Maka disambut si tuan rumah;

" Kalau kena dengan cara suntingan, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. "

Setelah pinangan diterima, menyusul adat hantar tanda. Ibarat pepatah orang tua-tua :

" Kerbau ditambat dengan tali, janji diikat dengan tanda. Justeru wajarlah sebentuk cincin pengikat kata. "

Jika hajat sudah dimaklumi, cincin belah rotan pula menyusuri.

Sebagaimana sebelum itu, di rundingkan terlebih dahulu segala hal-hal yang bersangkut- paut dengan hantaran; berapa mas kahwin yang dikehendaki ? Berapa hantaran belanja hangus

? Apakah barang-barang yang dikehendaki waris si dara ? Apakah semua wang hantaran itu dibawa pada hari pertunangan atau sebahagian pada hari bertunang atau bakinya pada hari pernikahan ? Semuanya harus diputuskan sebelum menjelang hari pertunangan.

Setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat, tarikh pertunangan pun ditetapkan termasuk perjanjian membawa hantaran.

Hantaran mengiringi majlis pertunangan dan perkahwinan. Tanpa diiringi dulang hantaran, majlis bagaikan kurang berseri. Masyarakat kita kaya dengan adat pusaka terutama hal yang berkaitan kenduri-kendara dan majlis perkahwinan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, saya berkesempatan menemubual Tuan Haji Nayan bin Dali, 75 tahun yang tinggal di Simpang Sanglang, Perlis. Menurut beliau, biasanya jumlah hantaran bertunang kurang daripada akad nikah. Untuk majlis bertunang tidak semua wakil si dara meminta hantaran serba satu. Memadailah apa yang hendak dihadiahkan oleh pihak lelaki. Tetapi hantaran ketika majlis pernikahan biasanya lengkap serba satu.

Jelas Tuan Haji Nayan lagi, orang dulu sekadar menghantar hantaran asas seperti tepak sirih yang merupakan bingkisan paling utama. Daun sirih terpilih dibentuk indah berserta kelengkapannya iaitu kapur, gambir dan buah pinang yang telah dikacip. Antara barangan hantaran lain termasuklah persalinan yang terdiri dari kain songket, manisan atau halwa, bunga rampai, duit hantaran dan sebentuk cincin belah rotan. Sebagai menjunjung tinggi kemuliaan agama, diiringi juga dengan telekung, sejadah dan senaskah Al-Quran. Majlis hantaran ini juga disertai dengan kenduri walaupun kecil sahaja keadaannya.

Mengikut adat di sesetengah tempat dahulu, ada yang mahukan hantaran yang berupa sebentuk cincin belah rotan dan sepersalinan lengkap diiringi sirih junjung, bunga rampai, mas kahwin dan manisan, jelas Tuan Haji Nayan mengakhiri perbualan.

Walaupun masa dan waktu pantas beredar, di samping arus kehidupan yang serba maju, namun ianya tidak dapat mengubah ruang yang telah diisi oieh adat istiadat yang telah sedia bersemadi kukuh selama ini. Adat istiadat ini akan terus hidup kekal dan diamalkan di kalangan masyarakat hingga kini.

Hakcipta Terpelihara © 2003 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2003 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

(3)

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 15 - 2003

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Hantaran mengiringi majlis pertunangan dan perkahwinan. Tanpa diiringi dulang hantaran, majlis bagaikan kurang berseri. Masyarakat kita kaya dengan adat pusaka terutama hal yang berkaitan kenduri-kendara dan majlis perkahwinan.

Antara bar angan ha ntaran l ain t er m asuklah p er salin an yan g t erdi ri d ari kain songk et, m anisan a tau halwa , bun ga ram pai, du it hant a ran dan s ebentuk cincin belah rotan:

RUJUKAN:

1. Temubual dengan Tn. Haji Nayan Bin Dali Simpang Sanglang, Perlis.

Hakcipta Terpelihara © 2003 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2003 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Referensi

Dokumen terkait

Cara pembagian harta warisan masih berdasarkan hukum adat Melayu Sambas kalaupun ada bagian para ahli waris berdasarkan hukum waris Islam, ayah dan Ibu belum

Kajian ini tertumpu kepada gelagat masyarakat Melayu Muslim dalam urusan perbelanjaan perkahwinan. Perbahasannya mencakupi tiga bahagian iaitu i) pengenalpastian

Penelitian ini dilakukan untuk mengungkap makna semiotik yang terdapat pada tradisi hantaran dalam pernikahan adat Melayu Tanjungpinang, di mana makna tersebut dapat dilihat dari tanda

Seperkara lagi, sekiranya semasa dalam perjalanan ke rumah gadis tersebut berlaku sesuatu kejadian yang boleh dianggap ganjil seperti seekor biawak atau seekor ular melintas jalan, kayu