• Tidak ada hasil yang ditemukan

ah ahruf dan peranannya di dalam penafsiran al-qur'an

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "ah ahruf dan peranannya di dalam penafsiran al-qur'an"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

450 | P a g e

075 SAB

C

AH AHRUF DAN PERANANNYA DI DALAM

PENAFSIRAN AL-QUR’AN: KAJIAN TERHADAP KHILAF IBDAL HURUF

Ahmad Shahir Bin Masdan, Mahmud Lutfi Bin Abd. Hadi, Mohd Syafee Salihin Bin Hassan.

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

ABSTRAK

Al-Qur’an adalah merupakan kalam Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s. Di kalangan masyarakat Islam mengetahui bahawa al-Qur’an itu diturunkan dengan ragam pembacaan (Qiraat) tersendiri, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa al-Quran itu sebenarnya diturunkan oleh Allah s.w.t. dengan Sabcah Ahruf ataupun tujuh huruf. Maka di dalam kajian ini akan diterangkan secara ringkas tentang apakah yang dimaksudkan dengan Sabcah Ahruf. Skop kajian ini akan difokuskan kepada satu jenis khilaf sahaja iaitu ibdal huruf. Untuk itu, pengenalan dan konsep ibdal huruf akan diterangkan terlebih dahulu. Kajian ini memilih metode analisis dokumen sebagai rekabentuk kajian diikuti dengan perincian khilaf Qira’at yang berlaku. Setelah itu, data dikumpul melalui analisis dokumen yang terdiri daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar. Data-data yang diperolehi akan diproses dan akan dibuat beberapa kesimpulan seterusnya tindakan ke arah menambah kualiti kefahaman yang mendalam kepada pembaca mengenai maksud Sabcah Ahruf khususnya dalam bentuk ibdal huruf serta peranannya di dalam menafsirkan al-Qur’an.

Kata kunci: Sabcah Ahruf, Khilaf Ibdal Huruf, Tafsir.

PENDAHULUAN

Fenomena penurunan al-Qur’an sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk Sabcah Ahruf ( Tujuh Huruf ), bagaikan suatu magnet yang berupaya menarik minat manusia untuk mengkaji, meneliti kandungan makna-maknanya dan seterusnya

(2)

451 | P a g e mengamalkannya di dalam kehidupan. Kepelbagaian jenis yang terdapat di dalamnya telah membentuk khilaf-khilaf di dalam Qira’at sebagaimana yang telah disepakati oleh para ulama.

Ilmu Qira’at bukan sahaja memfokuskan kepada sesuatu bacaan atau sebutan sahaja, bahkan peranannya melangkaui bidang-bidang lain antaranya ilmu tafsir, bahasa, feqah dan sebagainya. Ulama terdahulu antaranya al-Suyuti (911H) telah meletakkan ilmu Qira’at sebagai salah satu ilmu yang wajib dikuasai oleh seseorang ahli tafsir untuk menafsirkan ayat al-Qur’an. Ini adalah disebabkan wajah-wajah Qira’at akan mewujudkan pelbagai ragam pada makna ayat tersebut seterusnya memberikan hukum- hakam yang berbeza. Tokoh-tokoh mufassirin terdahulu seperti al-Tabari(310H) di dalam kitabnya Jamic al-Bayan can Tafsir ay al-Qur’an dan Abu al-Hayyan al-Andalusiy(745H) di dalam al-Bahr al-Muhit telah memberikan menerangkan wajah-wajah Qira’at yang terdapat pada sesuatu ayat. Kemudiannya akan dijelaskan penafsiran berdasarkan wajah- wajah Qira’at yang dikemukakan.

Kajian ini akan membincangkan mengenai penurunan al-Quran dalam bentuk Sabcah Ahruf “Tujuh Huruf”, tetapi lebih memfokuskan kepada satu khilaf yang ada di dalamnya iaitu ibdal huruf. Bagaimanakah jenis dan bentuk-bentuknya? Adakah ianya berperanan di dalam menafsirkan al-Qur’an? Selain itu juga, kajian akan mendatangkan beberapa contoh di dalam khilaf ibdal huruf bersama dengan peranannya di dalam menafsirkan ayat al-Qur’an dengan bersandarkan Tariq Ibn al-Jazari ataupun Qira’at sepuluh.

MAKSUD TUJUH HURUF

Penurunan al-Qur’an dengan “tujuh huruf” (Sabcah Ahruf ) telah mengundang polemik di kalangan para ulama. Polemik ini bermula dengan pengertian sabcah ahruf itu sendiri dan kaitannya dengan Mushaf Uthmani1sehinggakan ianya mencecah kepada 40 pendapat

1 Dimaksudkan dengan Mushaf yang telah diutuskan oleh Khalifah Saidina Uthman Bin cAffan r.a ke negara-negara Islam bagi menggantikan mushaf-mushaf yang sebelumnya. Ianya mengandungi penulisan yang disepakati dan mencakupi wajah-wajah Qira’at, mutawatir sanad penerimaannya dari awal penurunan

(3)

452 | P a g e ulama2. Namun begitu, para ulama bersepakat bahawa pendapat Fakhr al-Din al-Razi di dalam kitabnya al-Lawaih yang telah direkodkan oleh al-Suyuti3 adalah antara pendapat yang boleh diterima dan lebih hampir kepada maksud Sabcah Ahruf iaitu:

a) Perselisihan pada isim (nama), sama ada ia mufrad atau jamac. Contohnya firman Allah s.w.t. : ) )4, bacaan adalah dengan mufrad ) (, sementara bacaan lain ialah

dengan jamac) (.

b) Perselisihan pada wajah Icrab. Contohnya firman Allah s.w.t. :

( , bacaan dengan nasab 5 ) (dan rafac) (, sementara

bacaan yang lain ialah dengan rafac) ( pada dan nasab pada ) (.

c) Perselisihan pada wajab tasrif. Contohnya firman Allah s.w.t. : (

) 6, dibaca dengan nasab Ba’ dan tanpa Alif selepasnya ) (, kasrah serta

bertasydid serta Dal sukun ) (, khilaf kedua ialah dengan bacaan rafac Ba’ dan kekal Alif

selepasnya ) ( serta fathah cAin dan Dal ) (, sementara khilaf ketiga ialah dengan nasab

Ba’ dan kekal Alif selepasnya ) (, kasrah cAin serta sukun Dal ) (.

al-Qur’an sehingga pembentangan terakhir dan tidak ada yang dinasakhkan bacaannya. Lihat Syacaban Muhammad Ismail, Al-Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah, hlm 84.

2 Jalal al-Din cAbd al-Rahmān al-Suyuti, al-Itqan Fi Ulum al-Qur’an, 1992, Dar al-Hadith, Kaherah, ,jld 2,hlm 1215.

3 Ibid, hlm.

6 Al-Qur’an : surah al-Mu’minun ayat 8. Perselisihan bacaannya lihat, cAbd al-Fattah al-Qadi, 1981, Al- Budur al-Zahirah fi al-Qira’at al-cAshr al-Mutawatirah min Tariqay al-Shatibiyyah wa al-Durrah. Bayrut : Dar al-Kitab al-cArabi, hlm. 217.

5 Al-Quran, al-Baqarah 2:37. Perselisihan bacaannya lihat, ibid., hlm. 6.

6 Al-Quran, Saba’ 34:19. Perselisihan bacaannya lihat, Mushaf Dar al-Sahabah fi al-Qiraat al-Asyr al- Mutawatirah min Tariq al-Syatibiyyah wa al-Durrah, cet. 2, Tanta : Dar al-Sahabah, hlm. 430.

(4)

453 | P a g e d) Perselisihan sama ada mendahulukan atau mengkemudiankan. Contohnya firman Allah s.w.t. :

(7, bacaannya adalah dengan mendahulukan mafcul dan mengkemudiankan

facil, sementara bacaan yang lain ialah bacaan sebaliknya (.

e) Perselisihan pada ibdal (penukaran huruf). Contohnya firman Allah s.w.t. : ) (8,

dibaca dengan huruf Zai, sementara bacaan lain ialah dengan huruf Ra’) (.

f) Perselisihan sama ada ithbat (menambah) atau hadhaf (membuang) huruf. Contohnya firman Allah s.w.t. : ) (9, dibaca dengan menambah perkataan ) ( selepas

kalimah ) ( menjadikan ) (.

g) Perselisihan pada lahjah. Contohnya pada kalimah ) (, dibaca dengan sebutan tebal

pada huruf Lam dan bacaan lain dengan sebutan nipis. Begitu juga kalimah, dibaca dengan imalah,taqlil dan fathah ) (.

Demikianlah para ulama telah menyimpulkan bahawa manhaj-manhaj yang terdapat di dalam ilmu qira’at adalah berdasarkan jenis-jenis khilaf yang telah dinyatakan.

Walaupun mempunyai ragam pembacaan yang pelbagai, perlu diketahui bahawa cara bacaan tersebut tidak boleh digunakan sesuka hati melainkan perlu berpandukan kepada manhajnya yang tersendiri. Sebagai contoh, bacaan yang diamalkan oleh masyarakat

7 Al-Quran, al-Taubah 9:111. Perselisihan bacaannya lihat, ibid., hlm. 204.

8 Al-Quran, al-Baqarah 2:259. Perselisihan bacaannya lihat, Abd al-Fattah al-Qadi (1981), op. cit.. hlm. 43.

9 Al-Quran, al-Taubah 9:100. Perselisihan bacaannya lihat, ibid. hlm. 203.

(5)

454 | P a g e Malaysia ialah dengan mengikut riwayat10 Hafs can cAsim11. Maka di dalamnya mempunyai manhaj tersendiri yang perlu digunakan semasa membaca al-Quran. Para ulama telah bersepakat bahawa manhaj bacaan yang harus diamalkan semasa membaca al-Qur’an perlu mengikut riwayat yang mutawatir12. Kemudian terdapat juga riwayat yang dikategorikan sebagai masyhur13 yang juga harus diamalkan.

IBDAL HURUF

Ibdal Huruf merupakan kategori utama yang telah diklasifikasikan oleh para ulama dalam mengaitkan khilaf Qira’at dengan Sabcah Ahruf. Ianya tidak dinisbahkan secara khusus kepada imam Qira’at yang tertentu sahaja kerana ianya diriwayatkan dengan cara bersanad. Perbincangan secara khusus di dalam sesuatu kategori tidak pernah dibahaskan secara mendalam oleh para ulama. Oleh kerana itulah, kajian ini sangat diperlukan lebih- lebih lagi peranannya dari sudut penafsiran al-Qur’an seterusnya memperkemaskan lagi pemahaman terhadap isi kandungan al-Qur’an.

10Kaedah tertentu yang disepakati yang disandarkan kepada seorang perawi sahaja dan tidak dipengaruhi oleh manhaj Qira’at yang lain. Contohnya bacaan pada perkataan ) (di dalam Surah al-Ikhlas, ayat 4, Hafs can cAsim sahaja yang membaca perkataan tersebut dengan huruf waw. Manakala Qira’at yang lain dibaca dengan huruf hamzah ) (. Lihat al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid, 2010, Jamciyyah al-Muhafiz cala al-Qur’an al-Karim, Jordan, hlm 255.

11 Beliau ialah Hafs Bin Sulayman Bin al-Mughirah Bin Abi Dawud al-Asadi al-Kufi, Lahir pada tahun 90 H. Beliau adalah perawi kepada Imam cAsim. Wafat pada tahun 180 H. Syacaban Muhammad Ismail, Al- Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah, hlm 61.

12 Mutawatir ialah kategori yang paling tinggi di dalam setiap ilmu dimana setiap yang diriwayatkan ataupun disampaikan oleh sekumpulan yang ramai yang tidak mungkin mereka berpakat untuk berdusta tentang apa yang disampaikan, contohnya periwayatan Qira’at Tujuh adalah disepakati sebagai Mutawatir dengan sebab periwayatan yang sahih oleh kumpulan yang ramai. Lihat Syacaban Muhammad Ismail, Al- Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah, hlm 75.

13 Masyhur ialah apa yang sahih dari segi sanadnya dengan sebab perawi-perawi yang cadil dan dabit, tidak

terkeluar daripada rukun-rukun penerimaan Qira’at, diterima oleh para Qurra’ dan terhindar daripada shadh akan tetapi tidak sampai kepada darjat Mutawatir. Lihat al-Duktur Sya’aban Muhammad Ismail, Al-Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah, hlm 75.

(6)

455 | P a g e Pengertian Ibdal dari segi bahasa dan istilah

Dari sudut bahasa

Ibdal ( ) adalah diambil daripada kata dasar abdala ( ) dari sudut bahasa ialah meletakkan sesuatu di tempat sesuatu yang lain14 ataupun menukarkan sesuatu dengan menjadikan sesuatu yang lain sebagai tukaran, gantian ataupun ubahan yang mana kesemuanya berasal daripada perkataan badala ( ) yang bermaksud mengganti,menukar ataupun mengubah15.

Dari sudut istilah ilmu Qira’at

Menggantikan huruf di dalam sesuatu perkataan kepada huruf yang lain. Contohnya ibdal waw kepada alif pada perkataan ( ) , sad kepada sin pada perkataan ( ) dan banyak lagi16.

Terdapat juga ulama yang berpendapat tentang ibdal iaitu setiap huruf yang dimasukkan di dalam sesuatu perkataan yang didapati kesalahan di dalamnya iaitu dengan menukarkan satu huruf kepada huruf yang lain yang tidak dibolehkan seperti menukarkan huruf Dad kepada Za’ pada ayat ( ) dalam surah al-Fatihah.

Kesalahan ini adalah disebabkan makhraj huruf yang berdekatan17.

14 Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad al-Mukram, Lisan al-cArab, 2000, Dar Sader, Bayrut, Lubnan, jld. 2, hlm 39.

15 Ibid, hlm 38.

Al-Khalil Bin Ahmad al-Farahidi, Kitab al-cAyn, Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, Bayrut, Lubnan, 2003, jld. 1, hlm. 122.

Al-Munjid, Dar al-Mashriq, Bayrut, t.t, hlm. 29.

Al-Muctamad Kamus cArabiy, Dar Sader, Bayrut, 2001, hlm. 24.

Prof. Dr. Hj Mahmud Yunus, Kamus Mahmud Yunus, Klang Book Centre, 2006, hlm. 29.

16 Prof. Dr. cAbd al-cAliy al-Mas’ul, Mucjam Mustalahat cIlm al-Qira’at Al-Qur’aniyyah Wa Ma Yatacallaqu Bihi, Dar al-Salam, Kaherah, cet. 1, 2007, hlm. 31.

17 Ahmad Mahmud cAbd al-Samic al-Hafiyan, Ashhar al-Mustalahat Fi Fann al-Ada’ Wa cIlm al-Qira’at, Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, Bayrut, Lubnan, 2001, cet. 1, hlm. 169.

(7)

456 | P a g e Para ulama Syariat dan Hakikat telah melarang penggunaan ibdal di dalam zikir- zikir lebih-lebih lagi al-Quran. Contohnya tidak mengeluarkan sedikit hujung lidah ketika menyebut huruf Dhal maka akan kedengaran bunyi huruf Zai. Begitu juga huruf Tha’

menjadi bunyi Sin. Contohnya ayat ( ) huruf Tha’ dibaca dengan Sin kerana sifat al-Hams dan al-Safir huruf Sin menghilangkan bunyi Tha’18.

Manakala al-huruf dari sudut istilah ilmu Qira’at terbahagi kepada dua iaitu19: - Perkataan-perkataan di dalam al-Qur’an yang mempunyai khilaf qira’at, maka

dibaca mengikut wajah-wajahnya di dalam al-Qur’an.

- Qira’at yang dinisbahkan kepada imam-imam Qira’at. Contohnya huruf Nafic ialah merujuk kepada qira’at Nafic dan sebagainya.

Apabila dihimpunkan perkataan ibdal dan al-huruf, maka dapatlah disimpulkan ianya adalah melibatkan pertukaran ataupun penggantian yang melibatkan huruf-huruf tertentu di dalam qiraat.

Pembahagian jenis ibdal huruf

Dalam menentukan sesuatu khilaf yang berlaku itu melibatkan pertukaran huruf, ianya memerlukan rujukan dan kajian terhadap jenis-jenis khilaf Qira’at. Di sini penulis membahagikan khilaf ibdal huruf kepada beberapa kategori iaitu:

1) Ibdal huruf yang melibatkan sebutan dialek bahasa Arab tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya perkataan ( / ) di dalam al-Qur’an. Khilaf ibdal huruf

18 Ibid.

19 Prof. Dr. cAbd al-cAliy al-Mas’ul, Mucjam Mustalahat cIlm al-Qira’at Al-Qur’aniyyah Wa Ma Yatacallaqu Bihi, Dar al-Salam, Kaherah, cet. 1, 2007, hlm. 171-172.

(8)

457 | P a g e yang berlaku ialah pertukaran huruf sin ( ), huruf sad ( / ) dan sebutan isymam(menyebut huruf zai).

2) Ibdal huruf yang melibatkan pertukaran bentuk perkataan yang melibatkan uslub iltifat iaitu pertukaran mukhattab kepada ghayb ataupun sebaliknya. Contohnya pertukaran perkataan ) ( kepada perkataan ) (.

3) Ibdal huruf yang melibatkan pertukaran satu huruf dalam perkataan. Contohnya pertukaran huruf ba pada perkataan ( ) kepada huruf tha ( ).

4) Ibdal huruf yang melibatkan pertukaran dua atau tiga huruf dalam perkataan yang sama. Contohnya pertukaran perkataan ) ( kepada perkataan ) (.

PERANAN KHILAF IBDAL HURUF DI DALAM TAFSIR AL-QUR’AN

Firman Allah s.w.t:

 …

 

20

Maksudnya :”…dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan”.

Perkataan yang bergaris pada ayat diatas mempunyai dua khilaf Qiraat21 iaitu :

20 Al-Qur’an, al-Baqarah 2:74.

21 Dr Muhammad Salim Muhaysin, al-Hadi Sharh Tayyibah al-Nashr Fi al-Qira’at al-cAshr wa al-Kashf

can cIlal al-Qira’at wa Tawjihiha,t.t, Dar al-Jil, Bayrut,jld. 2, hlm 39.

(9)

458 | P a g e - Bacaan Ibn Kathir dengan ya’ al-ghaibah ( ) memberi maksud “apa yang

mereka kerjakan”. Pertukaran perkataan daripada ta’ al-khitab kepada ya’ al- ghaybah ini memberikan maksud Allah s.w.t sekali-kali tidak akan lalai daripada apa yang kamu kerjakan setelah Kami beritakan kepada kamu tentang kisah-kisah mereka wahai para muslimin.

- Manakala bacaan bagi qurra’ yang lain ialah dengan ta’ al-khitab ( ) memberi maksud “apa yang kamu kerjakan” yang mana ianya merupakan susunan kesinambungan daripada ayat:













22

Maksudnya: “ kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu…

Penafsiran ayat

Al-Alusi telah menafsirkan pada ayat ini dengan menyatakan bahawa ianya adalah suatu ancaman daripada Allah s.w.t yang maha mengawasi setiap perbuatan yang terang dan tersembunyi dan akan memberikan pembalasan di dunia dan di akhirat. Khilaf pada perkataan ( ) mempunyai kaitan munasabah dengan ayat-ayat selepasnya yang merujuk kepada bentuk al-ghaybah ( , ). Manakala khilaf kedua iaitu

22 Ibid

(10)

459 | P a g e dengan perkataan ( ) mempunyai kaitan munasabah dengan ayat-ayat sebelumnya (

, (23.

Abu Hayyan al-Andalusiy pula telah menafsirkan pada khilaf yang pertama iaitu bacaan dengan ya’ al-ghaybah ( ) adalah ditujukan kepada Bani Israil(orang yahudi). Apabila dilihat pada permulaan ayat ini sebenarnya ianya adalah berbentuk mukhatab (percakapan yang ditujukan kepada orang yang ada dihadapan) dengan berpandukan ayat:







24

Akan tetapi perkataan akhir pada ayat ini dipalingkan kepada bentuk al-ghaybah ( ) iaitu menunjukkan percakapan yang ditujukan kepada orang yang tiada di hadapan.Di sini timbul persoalan bagaimana sebuah ayat yang berbentuk al-khitab boleh diakhiri dengan al-ghaybah. Maka hikmah dipalingkan bentuk ayat tersebut adalah kerana golongan Bani Israil tidak boleh menerima apa yang diperintahkan secara jelas seolah- olahnya bukan ditujukan kepada mereka. Buktinya mereka telah banyak menyalahi suruhan dan perintah Allah s.w.t. Contohnya peristiwa Bani Israil diperintahkan menyembelih lembu. Kemudian daripada perintah tersebut diputar belit dengan soalan- soalan seolah-olah bukan diperintahkan kepada mereka. Maka dengan sebab itu, Allah s.w.t telah memberikan gambaran dalam bentuk yang sama25.

23 Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Macani Fi Tafsir al-Qur’an al-cAzim Wa Sabc al-Mathani, t.t, Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi, Bayrut, Lubnan, jld. 1, hlm. 297-298.

24 Ibid

25 Abi Hayyan al-Andalusiy, Al-Bahru al-Muhit, 1993, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut, Lubnan, jld. 1, hlm. 434.

(11)

460 | P a g e Manakala pada khilaf yang kedua pula iaitu dengan ta’ al-khitab ( ), al- Andalusiy menyatakan ianya dituju dan disampaikan kepada Rasulullah s.a.w 26. Demikian juga al-Alusi berpendapat penggunaan bentuk al-khitab adalah sebagai peringatan dan iktibar kepada orang-orang beriman tentang keburukan perangai orang- orang Yahudi27.

Al-Tabari menafsirkan pada perkataan ( ) dengan menyatakan sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan lalai kepada kamu wahai para pendusta ayat- ayatNya, yang mengingkari ajaran rasulNya Muhammad s.a.w dan mereka ini sering berkata perkara-perkara yang batil, mereka itu adalah pendeta-pendeta yahudi Bani Israel.

Itulah perbuatan yang amat keji lagi buruk. Akan tetapi Allah maha menghitung atas setiap yang kamu lakukan dan akan membalasnya di akhirat akibat perbuatan mereka di dunia28.

Kesimpulannya, kedua-dua khilaf di atas adalah mutawatir kerana mempunyai hujah dan maksud tersendiri. Namun keduanya tidak saling berlawanan antara satu sama lain. Apa yang perlu ditekankan disini ialah pengawasan Allah s.w.t meliputi kesemua makhluk sama ada beriman ataupun tidak dan Allah akan memberikan pembalasan di atas apa yang dikerjakan di atas muka bumi ini serta amaran kepada Bani Israil tentang sikap buruk mereka kepada Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t:

26 Ibid

27 Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Macani Fi Tafsir al-Qur’an al-cAzim Wa Sabc al-Mathani, t.t, Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi, Bayrut, Lubnan, jld. 1, hlm. 298.

28 Abu Jacfar Muhammad Bin Jarir al-Tabari, Jamic al-Bayan can Tafsir Ay al-Qur’an, t.t, Maktabah Ibn Taymiah, Kaherah, jld 2, hlm 243.

(12)

461 | P a g e







29

Maksudnya : “mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…

Perkataan yang bergaris pada ayat di atas mempunyai dua khilaf Qira’at30 iaitu : - Bacaan Hamzah dan Kisaie pada perkataan ini ialah dengan dengan huruf tha

iaitu ) (. memberi makna dosa-dosa yang banyak. Diibaratkan orang- orang yang berdosa itu adalah dari kalangan peminum arak dan penjudi.

- Bacaan Baqun31 ialah dengan huruf ba’ ) (. memberi makna dosa yang disebutkan adalah dosa yang besar yang sangat dahsyat dengan mengaitkan ayat selepasnya32 iaitu :

…







33

Penafsiran ayat:

Pada khilaf yang pertama, Imam al-Qurtubi telah menafsirkan pada ayat ini dengan qiraat (

) yang mana ianya menunjukkan dosa itu adalah lebih besar daripada manfaat kerana membawa kemudaratan di hari Akhirat. Jadi ianya mengakibatkan dosa besar

29 Al-Qur’an, al-Baqarah 2 :219.

30 Dr Muhammad Salim Muhaysin, al-Hadi Sharh Tayyibah al-Nashr Fi al-Qira’at al-cAshr wa al-Kashf

can cIlal al-Qira’at wa Tawjihiha,t.t, Dar al-Jil, Bayrut,jld. 2, hlm 79.

31 Istilah al-Baqun ialah merujuk kepada baki Imam selain khilaf Qira’at yang disebutkan iaitu Nafic, Ibn Kathir, Abu cAmr, Ibn cAmir, cAsim, Abu Jacfar, Yacqub dan Khalaf al-cAshir.

32 Ahmad cIsa al-Macsarawy, Al-Kamil al-Mufassal Fi al-Qira’at al-Arbacah cAshar, 2009, Dar al-Imam al- Shatibi, Kaherah, hlm 34.

33 Al-Qur’an, al-Baqarah 2:219

(13)

462 | P a g e kepada pelakunya selepas diharamkan. Seterusnya memberikan manfaat selepas diharamkan dengan sebab terpelihara daripada dosa besar. Hujjah yang digunakan untuk menyokong khilaf ini yang menunjukkan perkaitan banyaknya dosa itu melalui hadith Rasulullah s.a.w 34:

Maksudnya :

Daripada Anas Bin Malik r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh orang yang terlibat dengan arak iaitu orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperahkan untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak dan orang yang meminta dibelikan arak untuknya.

Manakala penafsiran pada khilaf yang kedua, beliau menyebutkan dengan hujjah sesungguhnya berjudi dan minum arak itu adalah termasuk antara dosa-dosa besar. Maka disifatkannya sebagai dosa yang paling besar (ibu segala maksiat)36.

Kesimpulannya, kedua-dua pendapat boleh diterima pakai kerana mempunyai hujjah yang kukuh. Khilaf yang diberikan telah membawa kepada dua maksud iaitu pertama, merujuk kepada golongan peminum arak dan berjudi itu boleh menimbulkan lebih banyak dosa dengan sebab mereka telah melakukan dosa yang besar. Demikian juga banyaknya dosa yang berlaku dengan mengaitkan golongan yang terlibat dengan arak

34 Abi cAbd Allah Muhammad Bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubiy, Al-Jamic Li Ahkam al-Qur’an, 1996, cet Dar al-Hadith, Kaherah, hlm 63.

35 Abu cIsa Muhammad Bin cIsa Bin Sawrah al-Tirmidhi, Sunan Al-Tirmidhi, 2009, Dar al-Fajr Li al- Turath, Kaherah, Kitab al-BuyuccAn Rasul Allah s.a.w, Bab al-Nahy An Yuttakhadha al-Khamr Khala, no 1295, hlm 349.

36 Abi cAbd Allah Muhammad Bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubiy, Al-Jamic Li Ahkam al-Qur’an, 1996, cet Dar al-Hadith, Kaherah, hlm 63.

(14)

463 | P a g e seperti mana yang telah dijelaskan di dalam hadith yang sebelum ini. Kedua adalah merujuk kepada akibat daripada perbuatan orang-orang yang meminum arak dan berjudi itu menyebabkan mereka tergolong di kalangan orang yang berbuat dosa besar.

Firman Allah s.w.t:







37

Maksudnya :”Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Perkataan yang bergaris di dalam ayat di atas mempunyai dua khilaf Qira’at38 iaitu : - Bacaan Imam Hamzah, Imam Kisaie dan Khalaf al-cAsyir pada perkataan ini

ialah dengan dengan huruf tha dan ba’ iaitu ) ( yang mana Ficil Mudaricnya diambil daripada perkataan ( ) yang memberi makna berpegang teguh pada suatu perkara tanpa perlu berganjak.

- Bacaan Baqun ialah dengan huruf ya’ dan nun ) ( yang mana Ficil Mudaricnya diambil daripada perkataan ) ( yang memberi makna selidiki dan siasat dengan berhati-hati.

37 Al-Qur’an, al-Hujurat 49:6

38 Muhammad Salim Muhaysin, al-Muhadhdhab Fi al-Qira’at al-cAshr Wa Tawjihiha Min Tariq Tayyibah al-Nashr, 2003, TabaccAla Nafaqah Qitac al-Macahid al-Azhariyyah, jld.1, hlm. 178.

(15)

464 | P a g e Penafsiran ayat:

Abu Hayyan al-Andalusiy telah menafsirkan pada perkataan ) ( dan ) ( kedua-duanya merupakan suatu perintah ketetapan supaya jangan menyampaikan sesuatu perkhabaran dengan tanpa usul periksa. Walaubagaimana pun penggunaan dan maksud perkataan adalah berbeza39. Menurut Al-Alusi pula, perkataan ) ( memerlukan

penjelasan dan penyelidikan di dalam sesuatu penentuan. Manakala ( ) adalah menuntut supaya tetap di dalam satu pendirian sehinggalah keadaan itu jelas situasinya.

Maka tidak boleh diterima sesuatu perkhabaran sehinggalah ianya diketahui dan dibuktikan sahih bukan mengikut sangkaan sahaja40.

Penggunaan perkataan ( ) di atas adalah bermaksud apabila mendapat sesuatu perkhabaran daripada seorang yang fasik, maka hendaklah berpegang teguh dengan satu perkara sahaja tanpa berganjak dengan menolak perkhabaran tersebut.

Manakala perkataan ) ( pula adalah bermaksud apabila mendapati sesuatu perkhabaran maka siasatlah terlebih dahulu sebelum diterima atau dijatuhkan hukuman41. Penggunaan perkataan ( ) adalah lebih luas penggunaanya daripada perkataan ( ) kerana setiap perkara yang melibatkan ) ( memerlukan ( ). Tetapi

39 Abu Hayyan al-Andalusiy, Al-Bahru al-Muhit, 1993, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut, Lubnan, jld. 3, hlm. 342.

40 Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Macani Fi Tafsir al-Qur’an al-cAzim Wa Sabc al-Mathani, t.t, Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi, Bayrut, Lubnan, jld. 26, hlm. 145.

41 Dr Muhammad Ahmad Jamal, Al-Wujuh al-Balaghiyyah Fi Tawjih al-Qira’at al-Qur’aniyyah al- Mutawatirah, 2009, Dar al-Furqan, Jordan, hlm. 425-426.

(16)

465 | P a g e ( ) pula tidak semestinya memerlukan ) (. Ini menunjukkan perkataan ( ) adalah lebih umum daripada perkataan ( ) 42. Kedua-dua khilaf yang dinyatakan mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam memahami ayat-ayat al-Qur’an. Tidak boleh kita mengatakan penggunaan ( ) lebih tepat daripada ) ( tetapi kedua- duanya adalah saling melengkapi dan kesannya dapat menghasilkan suatu keputusan yang lebih tepat dan benar43.

KESIMPULAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa perselisihan mengenai maksud tujuh huruf ini terlalu luas dan banyak. Tetapi perselisihan tersebut sebenarnya tidaklah terlalu ketara kerana kebanyakkan pandangan yang dikemukakan oleh mereka saling berkaitan antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi. Usaha Para ulama dalam mengkategorikan maksud Sabcah Ahruf hanyalah menyingkap maksud yang tersurat dalam perselisihan tersebut, namun hakikatnya masih terdapat banyak lagi maksud yang tersirat di sebalik Tujuh Huruf tersebut yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Penulis hanya mengemukakan pandangan yang dipegang oleh ramai ulama, selain merasakan bahawa pandangan ini hampir meliputi keseluruhan perselisihan yang terdapat dalam Qiraat yang melibatkan khilaf ibdal huruf. Namun, masih banyak lagi contoh-contoh kalimah lain di dalam jenis ibdal huruf yang memerlukan kajian yang lebih meluas dan mendalam.

Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan lagi, khilaf yang berbentuk ibdal huruf amatlah memainkan peranan yang sangat penting di dalam menafsirkan ayat-ayat al- Qur’an. Ianya dapat dibuktikan melalui penafsiran para mufassirin seperti al-Tabari, al- Qurtubiy, al-Razi, al-Alusi dan ramai lagi. Akan tetapi terdapat juga ulama yang tidak

42 Muhammad Salim Muhaysin, Al-Qira’at Wa Atharuha Fi cUlum al-cArabiyyah, 1984, Maktabah al- Kuliyyat al-Azhariyyah, jld. 1, hlm. 485.

43 Dr Muhammad Ahmad Jamal, Al-Wujuh al-Balaghiyyah Fi Tawjih al-Qira’at al-Qur’aniyyah al- Mutawatirah, 2009, Dar al-Furqan, Jordan, hlm. 427.

(17)

466 | P a g e menafsirkan setiap khilaf ibdal huruf iaitu dengan memilih satu khilaf sahaja. Ini termasuklah ada pendapat ulama yang melebihkan satu khilaf melebihi khilaf yang lain kerana meyakini maknanya dengan lebih tepat. Apa pun setiap khilaf itu tidak pernah menunjukkan ianya saling berlawanan maksud antara satu sama lain, malahan menyempurnakan makna al-Qur’an itu sendiri.

Perselisihan qiraat yang berlaku dalam bacaan al-Quran adalah merupakansuatu rukhsah yang Allah s.w.t berikan kepada seluruh umat Islam, dan penurunan al-Quran dengan tujuh huruf itu telah membuka ruang dan dimensi bagi memperdalami rahsia- rahsia al-Qur’an. Semoga dengan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh para peminat dan pengkaji al-Qur’an seterusnya diamalkan sebagaimana yang telah dikehendaki oleh Allah s.w.t.

RUJUKAN

Al-Qur’an.

Syacaban Muhammad Ismail, Al-Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah.

Jalal al-Din cAbd al-Rahmān al-Suyuti, al-Itqan Fi Ulum al-Qur’an, 1992, Dar al-Hadith, Kaherah.

cAbd al-Fattah al-Qadi, 1981, Al-Budur al-Zahirah fi al-Qira’at al-cAshr al-Mutawatirah min Tariqay al-Shatibiyyah wa al-Durrah. Bayrut : Dar al-Kitab al-cArabi.

Mushaf Dar al-Sahabah fi al-Qiraat al-Asyr al-Mutawatirah min Tariq al-Syatibiyyah wa al-Durrah, cet. 2, Tanta : Dar al-Sahabah.

al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid, 2010, Jamciyyah al-Muhafiz cala al-Qur’an al-Karim, Jordan.

Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad al-Mukram, Lisan al-cArab, 2000, Dar Sader, Bayrut, Lubnan.

(18)

467 | P a g e Al-Khalil Bin Ahmad al-Farahidi, Kitab al-cAyn, Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, Bayrut,

Lubnan, 2003.

Al-Munjid, Dar al-Mashriq, Bayrut, t.t.

Al-Muctamad Kamus cArabiy, Dar Sader, Bayrut, 2001.

Prof. Dr. Hj Mahmud Yunus, Kamus Mahmud Yunus, Klang Book Centre, 2006.

Prof. Dr. cAbd al-cAliy al-Mas’ul, Mucjam Mustalahat cIlm al-Qira’at Al-Qur’aniyyah Wa Ma Yatacallaqu Bihi, Dar al-Salam, Kaherah.

Ahmad Mahmud cAbd al-Samic al-Hafiyan, Ashhar al-Mustalahat Fi Fann al-Ada’ Wa

cIlm al-Qira’at, Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, Bayrut, Lubnan, 2001.

Dr Muhammad Salim Muhaysin, al-Hadi Sharh Tayyibah al-Nashr Fi al-Qira’at al-

cAshr wa al-Kashf can cIlal al-Qira’at wa Tawjihiha,t.t, Dar al-Jil, Bayrut.

Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Ruh al-Macani Fi Tafsir al- Qur’an al-cAzim Wa Sabc al-Mathani, t.t, Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi, Bayrut, Lubnan.

Abi Hayyan al-Andalusiy, Al-Bahru al-Muhit, 1993, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut, Lubnan.

Abu Jacfar Muhammad Bin Jarir al-Tabari, Jamic al-Bayan can Tafsir Ay al-Qur’an, t.t, Maktabah Ibn Taymiah, Kaherah.

Ahmad cIsa al-Macsarawy, Al-Kamil al-Mufassal Fi al-Qira’at al-Arbacah cAshar, 2009, Dar al-Imam al-Shatibi, Kaherah.

Abi cAbd Allah Muhammad Bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubiy, Al-Jamic Li Ahkam al- Qur’an, 1996, cet Dar al-Hadith, Kaherah.

Abu cIsa Muhammad Bin cIsa Bin Sawrah al-Tirmidhi, Sunan Al-Tirmidhi, 2009, Dar al- Fajr Li al-Turath, Kaherah.

(19)

468 | P a g e Muhammad Salim Muhaysin, al-Muhadhdhab Fi al-Qira’at al-cAshr Wa Tawjihiha Min

Tariq Tayyibah al-Nashr, 2003, TabaccAla Nafaqah Qitac al-Macahid al- Azhariyyah.

Dr Muhammad Ahmad Jamal, Al-Wujuh al-Balaghiyyah Fi Tawjih al-Qira’at al- Qur’aniyyah al-Mutawatirah, 2009, Dar al-Furqan, Jordan.

Referensi

Dokumen terkait

Surat al-Fatihah yang merupakan induk dari al-Qur‟an memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh surat lain di dalam al-Qur‟an, sebab surat al-Fatihah sendiri

4 Berdasarkan penelitian di atas terdapat perbedaan dengan penelitian yang akan dilakukan oleh peneliti yaitu dalam penelitian yang dilakukan oleh Dewi adapun penelitian ini tidak