© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office
AITCS
Homepage: http://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs e-ISSN :2773-5141
*Corresponding author: [email protected] 2022 UTHM Publisher. All rights reserved.
publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs
Pembangunan Sistem Pengurusan Inventori Gudang
Development of Warehouse Inventory Management System
Muhammad Aniq Mohd Aris
1, Mohd Zaki Mohd Salikon
1*
1Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, 86400, MALAYSIA
*Corresponding Author Designation
DOI: https://doi.org/10.30880/aitcs.2022.03.01.035
Received 30 July 2021; Accepted 10 May 2022; Available online 31 May 2022
Abstract: Sistem Pengurusan Inventori Gudang adalah sistem berasaskan web yang dibangunkan untuk menguruskan maklumat inventori syarikat untuk memastikan ketersediaan bekalan yang konsisten untuk pengguna. Kajian kes bagi sistem ini dilakukan di Syarikat Global Elite Ventures Sdn Bhd. Sistem manual sedia ada mempunyai beberapa kekurangan seperti pekerja memerlukan banyak masa dalam mengurus atau mengesan data mengenai stok barang mereka. Selain itu, kedai masih menggunakan kertas untuk menyimpan laporan penjualan mereka dan menyebabkan peratusan kehilangan data lebih tinggi. Kesilapan pekerja dalam memasukkan data juga menjadi faktor utama yang akan menyebabkan pertindihan data berlaku. Oleh itu, satu sistem inventori dibangunkan bagi mengatasi masalah ini. Setelah menganalisis beberapa sistem sedia ada, sistem ini boleh dikomputerkan untuk meningkatkan kecekapan aliran barang dan lebih mudah untuk diuruskan. Sistem ini dibangunkan dengan berpandukan model Air Terjun kerana ia mudah untuk dipraktikkan . Seterusnya, kod aturcara sistem ditulis dengan menggunakan perisian Notepad++. Manakala Xampp dan Mysql sebagai pelayan dan pangkalan data sistem.
Sistem ini mempunyai beberapa modul fungsi seperti pendaftaran, log masuk, urus produk, urus invois, urus nota terima barang dan notifikasi sms. Pada akhir projek ini, satu Sistem Pengurusan Inventori Gudang akan dihasilkan. Kerja seperti merekod data menjadi lebih efisien dan tidak perlu lagi menggunakan fail, kertas dan juga dapat menjimatkan ruang. Seterusnya, dapat menjimatkan masa dalam menguruskan inventori di gudang dimana kerani atau pengurus mudah mengakses semua produk di satu tempat.
Kata Kunci: Inventori, Sistem Maklumat, Model Air Terjun. Pangkalan Data, Automasi
Abstract: Warehouse Inventory Management System is a web-based system developed to manage company inventory information to ensure consistent supply
530 availability for users. The case study for this system was conducted at Syarikat Global Elite Ventures Sdn. Bhd. Existing manual systems have some drawbacks as employees need a lot of time in managing or tracking data about their stock of goods. In addition, stores still use paper to store their sales reports and cause a higher percentage of data loss. Employee errors in entering data are also a major factor that will cause data duplication to occur. Therefore, an inventory system was developed to overcome this problem. After analyzing several existing systems, these systems can be computerized to improve the efficiency of goods flow and be easier to manage. The system was developed based on the Waterfall model because it is easy to practice.
Next, the system program code is written using Notepad ++ software. While Xampp and Mysql as servers and system databases. The system has several function modules such as registration, login, product management, invoice management, goods receipt management and sms notification. At the end of this project, a Warehouse Inventory Management System will be produced. Work such as recording data becomes more efficient and no longer needs to use files, paper and can also save space.
Furthermore, it can save time in managing inventory in the warehouse where the clerk or manager can easily access all the products in one place.
Keywords: Inventory, Information System, Waterfall Model, Database, Automation
1. Pengenalan
Menurut [1], gudang merupakan tempat menyimpan bahan mentah yang akan dilakukan proses pembuatan mahupun barang lengkap yang siap untuk dipasarkan. Pergudangan tidak hanya kegiatan penyimpanan barang sahaja dan ia meliputi proses pengendalian barang mulai dari penerimaan barang, pencatatan, penyimpanan, pemilihan, penyusunan, melabelkan, sehingga akhir sekali ke proses pengiriman. Pengendalian sangat penting untuk pergerakan barang dan dokumen untuk meningkatkan proses penyimpanan agar jumlah dan durasi barang minimum dapat dikawal.
Sistem manual sedia ada yang digunakan oleh gudang mempunyai beberapa kekurangan. Pekerja memerlukan banyak masa untuk mengurus atau mengesan data mengenai stok barang runcit mereka.
Oleh kerana gudang menjual banyak produk pada masa kini, masa untuk menguruskan stok produk akan meningkat. Selanjutnya, kekurangan data analisis. Kedai masih menggunakan kertas untuk simpan laporan penjualan mereka, peratusan data yang hilang adalah tinggi. Lebih-lebih lagi, pengurus sukar untuk mengesan penjualan bulanan mereka. Selain itu, kesalahan manusia dalam menyimpan data, pertindihan data akan berlaku
Maka satu sistem inventori bagi pengurusan maklumat inventori gudang secara dalam talian dibangunkan. Objektif projek ini adalah untuk membangunkan sistem inventori bagi memastikan ketersediaan bekalan yang konsisten untuk pengguna. Lebih-lebih lagi, untuk merancang sistem yang mesra pengguna dengan stok masuk dan keluar trek. Selain itu, untuk mengelakkan pertindihan data.
Sistem Pengurusan Inventori Gudang ini dibangunkan pada Windows. Projek ini juga memberikan keselamatan dengan penggunaan Login-Id dan Kata Laluan, sehingga pengguna yang tidak sah tidak dapat mengakses sistem. Satu-satunya yang diberi kuasa akses yang betul dapat mengakses sistem.
Kepentingan projek ini adalah untuk mewujudkan Sistem Pengurusan Inventori Gudang dalam talian yang akan memberikan perkhidmatan kepada pengguna, mudah digunakan dan menyediakan ciri-ciri pengurusan gudang kepada pihak pengurusan.
Laporan ini terdiri dari enam bahagian. Bahagian 1 menerangkan tentang latarbelakang projek yang dibangunkan. Bahagian 2 merumuskan tentang kajian kajian literatur dimana membandingan sistem sedia ada dan sistem cadangan. Manakala, Bahagian 3 pula menunjukkan metodologi yang digunakan sepanjang projek ini dibangunkan. Bahagian 4 kes ujian yang dilakukan ke atas modul yang terdapat
531
didalam sistem yang dibangunkan. Akhir sekali, bahagian 5 menerangkan kesimpulan projek yang dibangunkan.
2. Kajian Literatur
2.1 Latar Belakang Sistem Pengurusan Inventori Gudang
Pengurusan inventori mewakili kepada semua aktiviti yang terlibat dalam menguruskan tahap persediaan bahan mentah, bahan separuh siap dan barang yang telah siap, supaya bekalan mencukupi dan kos stok yang terlalu banyak atau terlalu rendah tidak terlalu tinggi [2]. Di samping itu, pengurusan inventori adalah sebagai salah satu aktiviti utama logistik perniagaan yang menyumbang lebih banyak kepada pertumbuhan dan kelangsungan jangka hayat syarikat. Sistem ini dibangunkan untuk syarikat Global Elite Ventures yang masih menggunakan fail dan kertas untuk menyimpan data. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan sewaan serta jualan barangan IT seperti komputer riba, mesin pencetak dan sebagainya kepada syarikat atau organisasi lain. Oleh hal yang demikian, sistem ini dijangka dapat mengatasi masalah syarikat dalam mengurus keluar masuk barang dengan sistematik dan keselamatan data juga dapat dipertingkatkan.
2.2 Kajian Kes : Kawalan Inventori
Setiap organisasi mempunyai sistem kawalan inventori tersendiri yang digunakan untuk menyatukan semua aspek pengawalan inventori termasuk; pesanan semula, penjejakan, perolehan, penerimaan, penghantaran, penyimpanan gudang dan pengambilan, bagaimanapun sistem berbeza mengikut jenis perniagaan yang dijalankan. Berikut adalah dua jenis sistem inventori utama [3] : i. Sistem Inventori Berkekalan :
Sistem inventori berterusan adalah strategi yang paling disokong untuk mengesan inventori di gudang. Dalam sistem ini, data stok dimasukkan tanpa henti atau konsisten. Setelah pesanan dibuat atau diterima, data ditingkatkan menjadi sistem dengan segera.
ii. Sistem Inventori Berkala :
Dalam sistem ini, inventori tidak dipantau untuk dikemas kini. Sebaliknya ia dikemaslkini pada pangkalan biasanya setahun sekali. Sebab utama untuk menjaga kawalan inventori adalah memenuhi keperluan operasi atau menjaga operasi berjalan sepanjang masa[4]. Tambahan pula, ia membantu memastikan stok tidak hilang, stok diletakkan di lokasi masing-masing, tahap stok yang betul dikekalkan, dan pergerakan dipantau. Sebab-sebab ini adalah disokong oleh [5] , yang berpendapat bahawa kawalan inventori menumpukan pada tahap data di mana operasi harian mengambil tempat.
3. Metodologi
Penggunaan model pembangunan yang sesuai penting untuk memasti perjalanan projek berjalan dengan lancar dan menjamin hasil kerja yang berkualiti. Ia juga memastikan setiap fasa dalam pembangunan sistem dilakukan secara berurutan dan memenuhi keperluan pengguna. Selain itu, Metodologi kajian merupakan teknik dan kaedah mengumpul, merekabentuk dan menganalisis data supaya boleh menunjukkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian tersebut[6]. Model Air Terjun telah dipilih bagi pembangunan Sistem Pengurusan Inventori Gudang ini.
532 Rajah 3.1 : Model Air Terjun [7]
Metodologi yang digunakan bagi membangunkan Sistem Pengurusan Inventori Gudang ini adalah reka bentuk Model Air Terjun. Model Air Terjun merupakan proses model pertama yang diperkenalkan.
Ia juga dikenali sebagai Model Kitar Hayat Linear-Berjujukan. Model ini mudah untuk digunakan serta mudah untuk difahami di samping setiap fasa perlu disiapkan dengan sepenuhnya sebelum memulakan fasa yang seterusnya. Model pembangunan perisian ini pada dasarnya digunakan bagi projek yang kecil dan tiada sebarang penentuan keperluan. Seterusnya, pada akhir setiap fasa akan berlaku beberapa ulasan untuk menentukan projek berjalan dengan lancar atau tidak lagi meneruskan projek tersebut.
Pengujian perisian model ini hanya bermula selepas pembangunan selesai.
3.1 Fasa Perancangan
Fasa perancangan merupakan fasa terawal didalam model air terjun dimana melibatkan proses mengenalpasti masalah sedia ada yang dihadapi oleh syarikat Global Elite Ventures Sdn. Bhd. yang masih menggunakan cara manual untuk mengurus stok keluar masuk inventori. Disebabkan itu, maklumat seperti masalah sistem semasa, objektif projek, metodologi kajian, dan skop projek dikenalpasti didalam fasa ini. Selain itu, Jadual perancang projek juga dibangunkan untuk memudahkan fasa yang seterusnya dilaksanakan sehinggalah pembangunan Sistem Pengurusan Inventori Gudang ini berjaya dilaksanakan. Oleh itu, di akhir Fasa Perancangan ini akan menghasilkan sebuah kertas cadangan projek dan jadual perancangan projek atau carta gantt.
3.2 Fasa Analisis
Fasa analisis merupakan fasa dimana kajian dilakukan dengan lebih terperinci untuk mengetahui tentang sistem semasa, didalam fasa ini segala maklumat-maklumat untuk pembangunan sistem akan dikumpul dan dianalisis dengan lebih terperinci untuk menghasilkan sebuah sistem yang sempurna dan segala perkakasan dan perisian juga akan diperincikan dengan lebih teliti didalam fasa analisis ini. Oleh itu, skop projek, masalah sistem semasa, objektif projek dan metodologi kajian yang telah ditentukan didalam Fasa Perancangan akan dianalisis dan dipertimbangkan semula dengan lebih teperinci dan teliti didalam Fasa Analasis ini agar dapat membangunkan sistem yang mampu mengatasi masalah sistem semasa. Seterusnya, didalam fasa ini juga kajian terhadap beberapa sistem sedia ada dijalankan untuk mengenalpasti kekurangan dan kelebihan sistem sedia ada dan dijadikan rujukan didalam pembangunan Sistem Pengurusan Inventori Gudang agar dapat membangunkan sistem yang lengkap dan sempurna.
Selain itu, Fasa Analasis ini melibatkan proses-proses dalam mengenalpasti bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan, perisian yang akan digunakan, modul-modul yang akan dibangunkan untuk pengguna dan keperluan sistem dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Inventori Gudang. Menurut [8], menyatakan fasa analisis ini dijalankan untuk mengkaji segala aspek keperluan dalam sesuatu pembangunan dimana melibatkan beberapa proses perancangan dan penentuan serta mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan.
533
3.3 Fasa Reka Bentuk
Fasa Reka Bentuk merupakan fasa yang ketiga didalam Model Air Terjun dimana fasa ini adalah untuk membangunkan tulang belakang sistem bagi membantu dalam pembangunan awal sistem dan juga proses yang seterusnya. Dimana didalam fasa reka bentuk ini akan melibatkan proses-proses merekabentuk atau melakar papan cerita secara keseluruhan sistem, struktur asas sistem, reka bentuk output dan membina antaramuka pengguna sistem berdasarkan papan cerita yang telah dilakar dengan menggunakan bahasa penaturcaraan yang sesuai. Selain itu, didalam fasa ini akan membina pangkalan data, skema hubungan dan kamus data untuk menampakkan lagi perjalanan atau aliran sistem. Hasil daripada semua yang dinyatakan ini ia akan menjadi rujukan dalam pembangunan projek di fasa yang seterusnya. Rajah 3.2 menunjukkan Rajah Aliran Data Aras 0 bagi sistem ini yang terdiri daripada 2 entiti, enam proses dan sembilan storan data.
Rajah 3.2: Rajah aliran data aras 0
Seterusnya, Rajah 3.3 pula menunjukkan rajah hubungan entiti yang dibangunkan untuk memberi gambaran penuh dengan lebih teliti mengenai keadaan pangkalan data yang dibangunkan untuk sistem ini.
Rajah 3.3: Rajah hubungan entiti
534 Rajah 3.4 pula memaparkan carta aliran dimana menunjukkan segala proses yang berlaku dalam Sistem Pengurusan Inventori Gudang dan carta alir ini menggambarkan model penyelesaian yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dianalisis.
Rajah 3.4 : Carta alir
Kemudian, Rajah 3.5 hingga 3.7 menunjukkan beberapa lakaran rekabentuk antaramuka yang terdapat didalam Sistem Pengurusan Inventori Gudang seperti Rekabentuk Antaramuka Log Masuk, Rekabentuk Antaramuka Daftar Pengguna dan Rekabentuk Antaramuka Tambah Produk.
535
Rajah 3.5: Rekabentuk Antaramuka Log Masuk
Rajah 3.6 : Rekabentuk Antaramuka Daftar Pengguna
Rajah 3.7: Rekabentuk Antaramuka Tambah Produk
3.4 Fasa Implementasi
Fasa implementasi adalah fasa di mana Sistem Pengurusan Inventori Gudang dibina mengikut kandungan yang ditetapkan dalam fasa reka bentuk. Modul seperti log masuk, papan pemuka, produk, invois dan sebagainya akan dimasukkan dalam sistem untuk menghasilkan sistem yang sempurna sesuai
536 dengan keperluan dan fungsi yang ditetapkan oleh pengguna. Di samping itu, fasa ini juga merupakan fasa di mana sistem ini akan diuji dan dijalankan oleh pembangun itu sendiri, tujuannya adalah untuk mengesan dan mengenal pasti apakah ada kesalahan atau masalah dalam sistem yang dibangunkan, sehingga aplikasi dapat diubah dan diselenggara untuk memastikan setiap fungsi pada modul dalam sistem ini dapat berfungsi dengan baik Rajah 3.8 hingga Rajah 3.13 menunjukkan antaramuka yang terdapat didalam sistem ini dan pengaturcaraan yang digunakan.
Rajah 3.8: Antaramuka log masuk
Rajah 3.9: Kod aturcara log masuk
Rajah 3.10: Antaramuka daftar pengguna
537
Rajah 3.11: Kod aturcara daftar pengguna
Rajah 3.12: Antaramuka tambah produk
Rajah 3.13: Kod Aturcara Tambah Produk
3.5 Fasa Pengujian
Fasa pengujian adalah fasa yang perlu dilalui sebelum menghasilkan sebuah sistem yang tiada ralat dan sempurna fungsinya. Pengujian sepenuhnya akan dilakukan ke atas Sistem Pengurusan Inventori Gudang buat kali terakhirnya sebelum ia boleh diguna pakai oleh pengguna. Modul-modul yang terkandung didalam Sistem PEtelah diuji dengan baik didalam fasa ini. Seterusnya, pengujian ke atas pengguna juga dijalankan untuk memastikan sistem yang dibangunkan ini bertepatan dengan kehendak dan keperluan pengguna yang akan menggunakannya. Sekiranya semua pengujian yang dilakukan ke
538 atas sistem ini berjaya tanpa berlaku sebarang ralat dan memenuhi kehendak dan keperluan pengguna, maka sistem ini akan dilaksanakan atau diimplementasikan di tempat yang telah dicadangkan penggunaannya.
4. Hasil dan Perbincangan
Pengujian sistem adalah kaedah yang berkesan untuk memastikan pembangunan sistem memenuhi keperluan modul dan pengguna. Tujuan menguji sistem adalah untuk mencari sebarang kesalahan dan kelemahan dalam sistem sehingga dapat diperbaiki pada peringkat awal untuk mengelakkan sebarang masalah semasa menggunakan sistem. Sistem ini diuji pada pengurus dan kerani syarikat Global Elite Ventures Sdn Bhd iaitu Encik Suhaimi, Puan Suhaila. Melalui ujian ini, kes ujian terhadap pengguna telah dibuat melalui google meet. Setiap modul telah diuji bersama pengguna dan pengguna berpuas hati dengan tujuan dan modul yang terdapat dalam sistem ini, ia bersesuaian dengan kehendak pengguna. Jadual 1 menunjukkan keputusan kes ujian sistem yang telah dibuat.
Jadual 1: Kes ujian
No. Kes Ujian Data Ujian Keputusan Jangkaan Hasil ujian
Modul Pentadbir (U1) U1-1.0 Pendaftaran
Pengguna
Kad Pengenalan, Nama, Kata Laluan, Jantina, E- mel, Jabatan, Kedudukan, Alamat, No Tel, Gaji
Pentadbir berjaya membuat pendaftaran dan menambah pengguna baru
Berjaya
U1-1.1 Log Masuk Pentadbir
Id dan Kata Laluan Pentadbir dapat log masuk ke dalam sistem
Berjaya
U1-1.2 Pendaftaran Jabatan
Id Jabatan, Nama, Status Pentadbir berjaya mendaftar jabatan baru kedalam sistem
Berjaya
U1-1.3 Pendaftaran Kedudukan
Id Kedudukan, Nama, Status
Pentadbir berjaya mendaftar kedudukan baru kedalam sistem
Berjaya
Modul Pengurus (U2) U2-2.0 Papan Pemuka
Pengurus
Maklumat produk dan kewangan
Memaparkan maklumat produk dan kewangan dalam bentuk graf dan carta bar
Berjaya
U2-2.1 Urus produk Id Produk, Nama, KodBar, Stok, Jenama, Kategori, Had Minimum
Pengurus berjaya menambah maklumat produk baru ke dalam sistem
Berjaya
U2-2.2 Urus Pelanggan Id Pelanggan, Nama, Alamat, Bandar, Negeri, Kod Zip, No. tel, Emel
Pengurus berjaya menambah maklumat pelanggan baru ke dalam sistem
Berjaya
U2-2.3 Urus Pembekal Id Pembekal, Tarikh.
Nama, No. Tel, Fax, Emel, Alamat
Pengurus berjaya menambah maklumat pembekal baru ke dalam sistem
Berjaya
539
Jadual 1: Kes ujian
No. Kes Ujian Data Ujian Keputusan Jangkaan Hasil ujian
U2-2.4 Urus Nota Terima Barang
No. Nota Terima Barang, Gudang, Tarikh, Status
Pengurus berjaya menambah maklumat nota terima barang baru ke dalam sistem
Berjaya
U2-2.5 Urus Invois No. Invois, Tarikh, Jumlah, Alamat, Status
Pengurus berjaya menambah maklumat invois baru ke dalam sistem
Berjaya
U2-2.6 Menghantar Notifikasi SMS
Id Notifikasi, Tarikh, Status
Pengurus berjaya menerima notifikasi sms daripada sistem
Berjaya
Modul Kerani (U3) U3-3.0 Papan Pemuka
Kerani
Maklumat produk Memaparkan maklumat produk dalam bentuk graf dan carta bar
Berjaya
U3-3.1 Urus produk Id Produk, Nama, KodBar, Stok, Jenama, Kategori, Had Minimum
Kerani berjaya menambah maklumat produk baru ke dalam sistem
Berjaya
U3-3.2 Urus Pelanggan Id Pelanggan, Nama, Alamat, Bandar, Negeri, Kod Zip, No. tel, Emel
Kerani berjaya menambah
maklumat pelanggan baru ke dalam sistem
Berjaya
U3-3.3 Urus Pembekal Id Pembekal, Tarikh.
Nama, No. Tel, Fax, Emel, Alamat
Kerani berjaya menambah
maklumat pembekal baru ke dalam sistem
Berjaya
U3-3.4 Urus Nota Terima Barang
No. Nota Terima Barang, Gudang, Tarikh, Status
Kerani berjaya menambah
maklumat nota terima barang baru ke dalam sistem
Berjaya
U3-3.5 Urus Invois No. Invois, Tarikh, Jumlah, Alamat, Status
Kerani berjaya menambah maklumat invois baru ke dalam sistem
Berjaya
U3-3.6 Menerima Notifikasi
Id Notifikasi, Tarikh, Status
Kerani berjaya menerima notifikasi daripada sistem
Berjaya
5. Kesimpulan
Kesimpulannya, pembangunan Sistem Pengurusan Inventori Gudang ini dihasilkan berdasarkan fasa-fasa implementasi dalam model air terjun dan menggunakan segala analisa yang telah dikenalpasti sepanjang pembangunan sistem ini. Objektif dan skop projek dapat diselesaikan mengikut senarai fungsian yang dapat berfungsi dengan baik secara keseluruhan. Tujuan utama dalam pembangunan projek ini adalah bagi menyediakan platform untuk menyimpan, mengurus, mengemaskini stok keluar masuk gudang secara sistematik.
540 Pada akhir dapatan projek, kelebihan sistem disenaraikan di mana sistem yang dibangunkan adalah mesra pengguna. Ia juga membolehkan pentadbir mendaftarkan kakitangan baru, pengurus mengetahui jumlah penjualan terkini, stok masuk dan keluar dan sebagainya dengan cara yang lebih berkesan,.
Selain itu, kelemahan sistem turut dikenalpasti iaitu pengguna seharusnya boleh memuat naik invois dalam bentuk pdf agar mudah untuk di cetak sekiranya ingin digunakan. Justeru, sistem ini masih boleh dibuat penambahbaikan untuk menambah tahap kualiti kebolehupayaan sistem berfungsi dengan lebih efektif dan efisien di masa akan datang.
Penghargaan
Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atas dorongan dan bimbingan bagi sepanjang proses mengendalikan kajian ini untuk pembangunan Sistem Pengurusan Inventori Gudang.
Rujukan
[1] Purnomo, Hari (2004), “Perencanaan Dan Perancangan Fasilitas”, Graha Ilmu, Yogyakarta.
[2] Kotler, P. (2000). “Marketing Management, Millenium Edition. Marketing Management”, 23(6), 188–193. https://doi.org/10.1016/0024-6301(90)90145-T
[3] Doweler, J., “Types of inventory control systems” [online, Accessed December 2016].
Available http://paragonu.com/type system, 2015.
[4] Ogbo, A.I., and Ukpere, W.I., “The Impact of Effective Inventory Control Management on Organisational Performance: A Study of 7up Bottling Company Nile Mile Enugu, Nigeria”, Mediterranean Journal of SocialSciences, vol. 5, no. 10, p.109, 2014.
[5] Ballard, R.L., “Methods of Inventory Monitoring and Measurement”, Logistics Information Management, vol. 9 no. 3, pp. 11-18, 1996
[6] S. Sarah “Aplikasi Komputer Dalam Kajian Linguistik - Bab 3: Metodologi Kajian”, April 2015. [Online]. Available: BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN – sarah | SKBL2113 (wordpress.com)
[7] Sommerville, I. (2007) “Software Engineering”. 8th Edition, Addison-Wesley, Boston, MA.
[8] H. B. Harun & W. B. Ibrahim, “Pembangunan Perisian Multimedia Bagi Subjek Sains Sukan Tingkatan 5 Bertajuk Sistem Kardiovaskular”, pp. 1-10, 2018