• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alumni UniMAP bantu asnaf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Alumni UniMAP bantu asnaf"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

1 Julai 2016

Alumni UniMAP Bantu Asnaf

PAUH PUTRA, 1 Julai: Bahang Aidilfitri semakin terasa, ramai orang sibuk dalam melakukan persiapan di minggu terakhir Ramadhan, namun berlainan bagi pula situasi bagi insan yang kurang berkemampuan.

Keadaan itu menyebabkan Unit Pembangunan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Yayasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpanggil untuk berkongsi keceriaan dengan membantu golongan asnaf dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terpilih.

Timbalan Naib Canselor HEPA UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, sumbangan yang diberikan adalah hasil kutipan derma dari warga UniMAP.

“Program ini melibatkan empat keluarga yang kurang berkemampuan dan dua keluarga OKU di sekitar Perlis.

“Saya berharap agar sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga-keluarga ini untuk membuat persiapan menjelang hari raya yang bakal tiba tidak berapa lama lagi,”katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Program Barakah Ya Ramadhan Bersama Alumni dan Yayasan UniMAP di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Dekan HEPA UniMAP, Dr. Ummi Naiemah Saraih dan Pengerusi Persatuan Alumni UniMAP, Syed Akhmal Syed Jamalil.

Antara sumbangan yang diberikan kepada keluarga tersebut berupa barangan keperluan harian, kuih raya dan duit raya RM200.

Sementara itu bagi salah seorang penerima, Rosseli Mat, 78, amat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan kepada anaknya yang kelainan upaya, Norfizah Rosseli, 52.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan belanja kami untuk membeli lampin pakai buang yang digunakan anak kami ini.

(2)

Unit Media Page 2

“Saya amat berterima kasih kepada pihak UniMAP yang sudi membantu keluarga kami dalam menyediakan persiapan menyambut Aldilfitri,”katanya.

Dikeluarkan Oleh :

Mohd Basri Basir ([email protected]) Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) - Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Bahagian Kaunseling.. Universiti -

Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BPHEPA) telah diwujudkan semula berkuatkuasa 1 Ogos 2019 susulan daripada Penstrukturan Governan Universiti Malaysia Terengganu yang

UniMAP Optimizes Sellable Graduate through CEO Program Arau, Jan 19 Bernama - Universiti Malaysia Perlis UniMAP constantly working to optimize university graduates through the

UniMAP CSR PROGRAMME DONATES SOLAR PANEL TECHNOLOGY Tumpat, 24 January – Universiti Malaysia Perlis UniMAP continued its commitment in carrying out corporate social responsibility CSR

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

JELAJAH ILMU UniMAP BAKU, AZERBAIJAN, 30 November - Program Jelajah IImu Universiti Malaysia Perlis UniMAP selama 12 hari di Kazakhstan dan Azerbaijan membuka ruang kerjasama antara

UniMAP BERt KEB BASAN BERSUARA KEPADA PELAJAR Oleh : Mohd Basri Ba~lr Unlversltl Malaysia Perlis UnIMAP membenkan kebebasan kepada semus pelajar dalam membenkan pandangsn atau

Pembangunan Kampus Uniciti Alam UniMAP Tarik Minat Politeknik PADANG BESAR, 10 Jan Bernama -- Kejayaan Universiti Malaysia Perlis UniMAP membangunkan Kampus Uniciti Alam dilengkapi