• Tidak ada hasil yang ditemukan

JELAJAH ILMU UniMAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "JELAJAH ILMU UniMAP"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

ALOR SETAR, 5 November -Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pelajar universiti yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) perlu melunasi tanggungjawab mereka kepada negara.

"Namun realiti yang harus diterima ialah ramai dari kalangan Askar Wataniah ini sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' terhadap tanggungjawab yang harus mereka lunasi sebagai seorang anggota. "Ada juga yang menganggotai PALAPES hanya sekadar untuk memenuhi kokurikulum universiti. Hasilnya setelah tamat pengajian, tauliah yang disandang dibuang entah ke mana. Apa yang penting adalah komitmen individu yang menyahutcabaran ini mestilahjujurdan dengan rela hati ingin berbakti kepada negara," titah Baginda.

Baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah demikian pada majlis Santapan Malam Rejimental Sempena Pertauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UniMAP Ke-lO, di sini. Berangkat sarna Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP. Hadir sarna Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP Datuk Dr. Mohd Sofi Osman dan Komandan PALAPES UniMAp, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar ZahidJamal.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah penubuhan dan pembangunan Askar Wataniah sebagai ketumbukan barisan kedua pertahanan negara yang ampuh tidak boleh diragui kerana ia mampu menggerakkan jentera sokongan kepentingan awam semasa negara berada dalam saat genting. Baginda bertitah "

seiring melangkah ke tahun 2020, kehidupan yang dilalui kian mencabar dan apa yang menjadi kebimbangan negara ialah kesedaran daripada generasi muda dalam memelihara ' kedaulatannya.

Pada majlis itu baginda turut menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Pegawai KadetTerbaik (Keseluruhan) UniMAP 2017, Leftenan Muda Lai Ning Jiog, Nur Hikmah Abdul Rasid (Terbaik Ketenteraan), Yew Lie Jie (Terbaik Akademik-Diploma) dan LowYongChin (TerbaikAkademik-ljazah).

JELAJAH ILMU UniMAP

BAKU, AZERBAIJAN, 30 November - Program Jelajah IImu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selama 12 hari di Kazakhstan dan Azerbaijan membuka ruang kerjasama antara universiti itu dengan institusi pengajian tinggi (IPTI di negara berkenaan.

Program membabitkan 30 anggota Majlis Perwakilari Pelajar (MPP) sesi 2016/2017 dan pegawai kanan UniMAP itu antara lain turut melakukan kunjungan ilmu ke institusi pengajian tinggi, masjid dan muzium.

Delegasi UniMAP diketuai Canselornya DYTM Tuanku Syedhizuddin Putra ibni Syed SirajuddinJamaluliaii.

Turut serta dalam Program Jelajah IImu UniMAp, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAp, Prof. Madya Dr. Mohd Fo'ad Sakdan.

Bersempena program itu juga, sebanyak enam surat hasrat (LOI) dan memorandum persefahaman telah diadakan melibatkan Kementerian Pelajaran dan universiti di kedua-dua buah negara tersebut. Program Jelajah IImu UniMAP mula diperkenalkan pad a 2005 dan antara n ega ra yang menjalin kerjasama hasil program itu termasuk Indonesia, Vietnam, China, Hong Kong,

New Zealand dan Turki.

Sepanjang program itu, para pelajar diberi peluang berinteraksi dengan kepimpinan pelajar di universiti yang dilawati selain melihatdan menilai sistem pendidikan di luarnegara.

Antara universiti yang dilawati adalah Nazarbayev University, Kazakhstan, Alfarabi National Kazakh Universiti,Khazar University, Azerbaijan,Baku Higher Oil School, Azerbaijan dan Odlar Yurdu University. Program Jelajah IImu bukan sekadar membuka mata pelajar terhadap dunia luar tetapi membina semangat baharu untuk mereka memperkasa generasi berminda kelas pertama dalam segenap bidangyangbakal diceburi selepas menamatkan pengajian.

Referensi

Dokumen terkait

Patik dan seluruh warga Universiti Malaysia Perlis merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Duli Tuanku berdua berkenan meneruskan tradisi

Antara Universiti Awam yang terlibat ialah Universiti Sains Malaysia USM selaku tuan rumah, Univesiti Malaysia Perlis UniMAP, Universiti Malaya UM, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM,

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RESEARCHERS EXCEL AT SIIF 2018 SOUTH KOREA KANGAR, 14 Nov - Universiti Malaysia Perlis UniMAP Researcher achieved 100 per cent

“Sebagai antara universiti muda, UniMAP sentiasa melihat ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi berkongsi idea dalam meningkatkan

Pertama sekali, Saya ingin mengucapkan tahniah di atas inisiatif Persekutuan Besbol Malaysia BFM melalui kerjasama Universiti Malaysia Perlis UniMAP dan Universiti Putra Malaysia UPM