• Tidak ada hasil yang ditemukan

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

SUTRAMAYA UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA DI FESTIVAL TARI 1MALAYSIA MAKUM 2017

Sintok, 22 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih tempat ketiga di Festival Tari 1Malaysia anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) 2017 yang diadakan di Dataran Budaya Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini.

UniMAP yang diwakili kumpulan tarian Sutramaya terdiri daripada pelajar berbangsa Siam, Iban, orang Asli, Cina, India dan Melayu itu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 selain turut meraih anugerah Busana Terbaik.

Pengarah Unit Kebudayaan dan Rekreasi UniMAP, Mohd Izwan Izhar Haris berkata kumpulan Sutramaya menjalani latihan selama tiga minggu sebelum menyertai festival berkenaan memandangkan ahli kumpulan itu terdiri daripada pelajar pelbagai kursus pengajian,

Katanya, Sutramaya turut mendapat bimbingan dan latihan dari semua staf UKR sendiri termasuk Terry Junas sebagai Kareografer dan Libren Francis sebagai pegawai pengiring mereka.

“Ini adalah kejayaan pertama UniMAP di peringkat MAKUM walaupun sekadar meraih tempat ketiga tetapi ia memberi pengalaman yang tidak ternilai kepada semua ahli kumpulan bagi menghadapi pertandingan lain di masa akan datang,” katanya ketika dihubungi.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Festival Tari 1 Malaysia yang berlangsung mulai 20 hingga 22 April itu turut menyaksikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraih tempat pertama termasuk memperolehi Koreografi Terbaik serta Persembahan Terbaik diikuti UUM di tempat kedua manakala Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menarik perhatian juri dengan meraih Anugerah Khas Juri.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ( [email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Unit Komunikasi Korporat UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

1 Unit Media KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH KEJAYAAN 100 PERATUS DI MTE 2017 Kuala Lumpur, 18 Februari – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih kejayaan 100 peratus pada

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 6 Jun 2016 Beri Komitmen Jitu Kepimpinan Naib Canselor Baharu UniMAP - Raja Muda Perlis ARAU, 6 Jun Bernama -- Raja Muda Perlis Tuanku

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2016 UniMAP RAIH KEJAYAAN KAWAD HARI KEBANGSAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT Kangar, 31 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjuarai kawad

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SERAH SUMBANGAN 3,449 PERABOT KEPADA 23 SEKOLAH Kangar, 14 Disember 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah menyumbangkan

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP CONTRIBUTED 3,449 FURNITURE TO 23 SCHOOLS Kangar, 14 Disember 2016 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP has contributed a total

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA 16 Mei 2017 UniMAP RAIH 100 PERATUS PINGAT DI ITEX 2017 Kuala Lumpur, 16 Mei – Delegasi penyelidik Universiti Malaysia Perlis UniMAP terus