• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP RAIH EMAS ACARA TENPIN BOLING DI SUKANUN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP RAIH EMAS ACARA TENPIN BOLING DI SUKANUN"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian Media, UKK Page 1

KENYATAAN MEDIA

UniMAP RAIH EMAS ACARA TENPIN BOLING DI SUKANUN

Kangar, 26 Julai – Pasukan Tenpin Boling Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta kejutan apabila meraih pingat emas bagi acara tenpin bolingberpasukan lelaki pada kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), baharu-baharu ini.

Lebih membanggakan apabila pasukan UniMAP yang dibarisi pemain amatur itu berjaya menumpaskan nama-nama besar dalam acara tersebut apabila berjaya menewaskan Bank Simpanan Nasional (BSN) ditempat kedua selepas melakukan 9,201 jatuhan pin.

Pasukan pilihan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang turut dibarisi beberapa atlit Malaysia terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Ketua Kontinjen yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan berkata, kejayaan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengujakan apabila melihat kesungguhan dan semangat berpasukan yang dipamerkan oleh para pemain UniMAP.

“Ianya lebih bermakna apabila kedua-dua pemain kita iaitu Nurakmal Ramli dan Mohd Zul Fauzi Mohamed Sawal telah menduduki tempat pertama dan kedua bagi acara all event perseorangan lelaki sekaligus menewaskan pemain Malaysia di tempat ketiga dengan perbezaan 76 jatuhan pin,” katanya ketika dihubungi.

Kejohanan SUKANUN yang dihoskan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka disertai oleh lebih 2,000 atlit yang mewakili Agensi Badan Berkanun di seluruh negara.

(2)

Bahagian Media, UKK Page 2 Sebanyak 21 acara dipertandingkan pada kejohanan tersebut antaranya badminton, bola sepak, bola jaring, boling padang, catur, dart, futsal, golf dan ping pong.

Menurut Mohd. Fo’ad, UniMAP hanya menghantar kontinjen kecil ke kejohanan tersebut bagi menyertai dua acara iaitu tenpin boling dan golf.

Beliau optimis, dengan kejayaan yang diraih oleh pasukan tenpin boling UniMAP di kejohanan SUKANUN ini akan membakar semangat atlit UniMAP untuk terus melakar kejayaan cemerlang pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti (SUKUM) 2017 yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

“UniMAP sememangnya memberi fokus utama kepada kejohanan SUKUM 2017 yang akan berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mulai 28 Julai ini, dan atas dasar itulah, hanya dua pasukan yang dihantar mengambil bahagian pada kejohanan SUKANUN.

“Misi kami adalah untuk memburu kejuaraan kali ke-10 di kejohanan SUKUM akan datang,” ujar beliau.

Dikeluarkan Oleh :

Nurul Aida Othman ([email protected]) Penolong Pegawai Media UniMAP

Tel : 04-9798522 / 012-2210095

Referensi

Dokumen terkait

1 Unit Media KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH KEJAYAAN 100 PERATUS DI MTE 2017 Kuala Lumpur, 18 Februari – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih kejayaan 100 peratus pada

KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2016 UniMAP RAIH KEJAYAAN KAWAD HARI KEBANGSAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT Kangar, 31 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjuarai kawad

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP Wins Third Place in Perlis Open Poetry Festival KANGAR, 30 September 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP representatives

UniMAP RAIH 14 PINGAT DAN 2 ANUGERAH KHAS DI SIIF 2016 KOREA Kangar, 4 Disember – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis UniMAP merangkul 14 pingat dan 2 anugerah khas pada Pameran

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA 16 Mei 2017 UniMAP WINS 100 PERCENT AWARDS AT ITEX 2017 Kuala Lumpur, 16 May – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP researcher

BAHAGIAN MEDIA PNC KENYATAAN AKHBAR / PRESS RELEASE UniMAP KEKAL KUASA OLAHRAGA SUKUM Tanjung Malim, 30 Julai - Pasukan olahraga Universiti Malaysia Perlis UniMAP memulakan

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA PELAJAR UniMAP RAIH ANUGERAH PRESIDEN REAM PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR Kangar , 24 Januari – Seorang pelajar Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP SCORES 100 PERCENT MEDALS AT I-ENVEX 2016 Kangar, 11 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP scored 100 percent medals at