• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP sasar kekalkan kejuaraan SUKUM 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP sasar kekalkan kejuaraan SUKUM 2017"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian Media, UKK Page 1

KENYATAAN MEDIA

UniMAP SASAR KEKALKAN KEJUARAAN SUKUM 2017

Kangar, 19 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyasarkan juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM) 2017 buat kali ke sepuluh berturut-turut yang bakal berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 28 Julai hingga 5 Ogos 2017.

Perkara tersebut disuarakan oleh Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal ketika menyampaikan amanat kepada kontinjen UniMAP yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan di sini, pagi tadi.

Menurut Prof. Dr. Zul Azhar, beliau percaya kejuaraan Kejohanan Sukan Antara Staf 2017 akan menjadi milik UniMAP buat kali ke 10 berturut-turut.

“Dengan kekuatan kontinjen seramai 151 orang, kita menyasarkan 30 pingat emas, 15 perak dan 10 gangsa pelbagai acara seperti futsal, tenpin boling, olahraga, basikal, tenis, bola jaring, golf, petanque, memanah, catur dan bola tampar.

“Walaupun tahun 2017 adalah tahun yang agak sukar dengan kekangan kewangan dan kekurangan atlet tetapi saya tetap berbangga kerana kita cuba mengatasinya dan percaya kejuaraan Kejohanan SUKUM 2017 akan menjadi milik kita buat kali ke 10 berturut-turut,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah pengurusan tertinggi UniMAP terdiri daripada Timbalan Naib Canselor, Pendaftar dan juga Bendahari UniMAP.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada para atlet untuk menjaga nama baik UniMAP di samping menitikberatkan permainan yang adil (fair play).

(2)

Bahagian Media, UKK Page 2

“Saya berharap agar kontinjen UniMAP akan menjaga tingkah laku semasa kejohanan berlangsung dan membina jalinan hubungan dan persahabatan bersama atlet universiti awam lain.

“Atlet UniMAP juga seharusnya menjadi role model kepada univerisiti awam yang lain dan tidak sama sekali menggunakan barang terlarang seperti dadah semasa kejohanan ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, selain SUKUM 2017 turut bakal berlangsung adalah Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) pada 21 hingga 26 Julai 2017 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan UniMAP menghantar atlet bagi dua acara iaitu Golf dan Boling dan kedua-dua acara ini dijangka akan meraih pingat emas.

Dikeluarkan Oleh :

Nurul Aida Othman ([email protected]) Penolong Pegawai Media UniMAP

Tel : 04-9798522 / 012-2210095

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 1 July 2016 UniMAP UKR ENTERTAINS DURING CHARITY EVENT AT RUMAH TEDUH Kangar, 1 Julai – Universiti Malaysia Perlis UniMAP Cultural and

Page 1 KENYATAAN MEDIA 21 Ogos 2016 KEJAYAAN SUKUM SUNTIK SEMANGAT KONTINJEN UniMAP KE KARNIVAL MASUM Pauh Putra,21 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP ke

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Raih Tempat Ketiga Pesta Pantun Terbuka Perlis KANGAR, 30 September 2016 - Wakil Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Tuan Rumah COP 2016 KANGAR, 9 November - Universiti Malaysia Perlis UniMAP bakal menjadi Tuan Rumah bagi mesyuarat Council of Presidents COP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SERAH SUMBANGAN 3,449 PERABOT KEPADA 23 SEKOLAH Kangar, 14 Disember 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah menyumbangkan

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP CONTRIBUTED 3,449 FURNITURE TO 23 SCHOOLS Kangar, 14 Disember 2016 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP has contributed a total