• Tidak ada hasil yang ditemukan

Atlet UniMAP gondol 13 pingat di Kejohanan Karate-do terbuka 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Atlet UniMAP gondol 13 pingat di Kejohanan Karate-do terbuka 2017"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

Atlet UniMAP gondol 13 pingat di Kejohanan Karate-do terbuka 2017 Kangar, 9 Mac – 12 atlet Karate Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya membawa pulang tiga pingat emas, empat pingat perak dan enam pingat gangsa pada Pertandingan Kejohanan Karate-Do Terbuka 2017 bertempat di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil.

Bagi acara kumite lelaki dan wanita, Kuhan Vickneswaran, Mohamad Aizzat Iskandar Shaharin dan Wan Nuraina Amira Wan Arizi berjaya mendapat pingat emas.

Pingat perak pula menjadi milik Aravinthran Ravichanthar dan Muhammad Azrey Affiq Roslan. Manakala Mohd Harry Johari, Aravendran Allageswaran dan Danish Afdal Hilmi berjaya mendapat pingat gangsa dalam kejohanan ini.

Sementara itu bagi acara kata individu lelaki dan wanita, Mohamad Aizzat Iskandar Shaharin berjaya mendapat pingat perak, manakala Izzati Nur Nazzihah Jakaria dan Moh Jin Hao pula masing-masing meraih gangsa.

Selain itu, atlet UniMAP juga berjaya memperolehi pingat perak bagi acara kata berpasukan wanita dan pingat gangsa bagi acara kumite berpasukan lelaki.

Menurut Jurulatih, Ahmad Tajudin Baharin, beliau berpuas hati dengan prestasi pasukan karate-do UniMAP walaupun masih baru tetapi mampu memberi saingan sengit kepada pihak lawan.

(2)

Unit Media Page 2

“Walaupun baru setahun para atlet aktif dalam bidang sukan ini, namun atas usaha gigih mereka berjaya menyumbangkan pingat kepada universiti.

Diharapkan kemenangan ini menjadi cabaran dan persediaan kepada mereka sebelum menyertai Karnival Majlis Sukan Universiti Malaysia 2017 (MASUM) yang dijadualkan pada Julai kelak,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Kejohanan ini disertai hampir 190 orang peserta yang terdiri daripada orang awam termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM) dan KUIN.

*Kata – Kata dalam sukan karate membawa maksud satu persembahan bunga / patern.

Persembahan ini juga dinilai dan dijadikan sebagai acara

*Kumite – Kumite dalam terma sukan karate membawa maksud perlawanan secara bebas tetapi masih mengikut undang-undang dan keselamatan yang ditetapkan oleh Federasi Karate Dunia

End

Dikeluarkan Oleh :

Fatin Isa ([email protected]) Tel : 04-9798522

Referensi

Dokumen terkait

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RESEARCHERS EXCEL AT SIIF 2018 SOUTH KOREA KANGAR, 14 Nov - Universiti Malaysia Perlis UniMAP Researcher achieved 100 per cent

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 Oktober 2016 UniMAP Johan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi PIN Kangar, 14 Oktober: Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 22 Sept 2016 UniMAP OPEN WOODBALL CHAMPIONSHIP BEGINS TODAY Pauh Putra, 22 Sept – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP Open Woodball

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SERAH SUMBANGAN 3,449 PERABOT KEPADA 23 SEKOLAH Kangar, 14 Disember 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah menyumbangkan

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP CONTRIBUTED 3,449 FURNITURE TO 23 SCHOOLS Kangar, 14 Disember 2016 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP has contributed a total

Bahagian Media, UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH EMAS ACARA TENPIN BOLING DI SUKANUN Kangar, 26 Julai – Pasukan Tenpin Boling Universiti Malaysia Perlis UniMAP mencipta

Unit Media – Mohd Basri Basir Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP To Host 2017 Public Universities SMART Kor Suksis KANGAR, February 23rd - Universiti Malaysia Perlis UniMAP will host the