• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP raih 3 bintang dalam penilaian Pengurusan Rekod

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP raih 3 bintang dalam penilaian Pengurusan Rekod"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

UniMAP RAIH 3 BINTANG DALAM PENILAIAN PENGURUSAN REKOD

Kangar, 27 September 2016 – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memperolehi tiga bintang dalam penilaian Pengurusan Rekod Terbaik Kategori Universiti Awam (UA) 2016 seperti yang diumumkan hari ini.

Anugerah itu diterima pada Majlis Anugerah Pengurusan Rekod Terbaik UA yang diadakan di Auditorium Pusat Pendokumentasi & Pemuliharaan Audiovisual (PPPAV), Arkib Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

UniMAP yang diwakili Pendaftar UniMAP, Zuber Mohamed menerima anugerah itu yang disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan &

Kebudayaan Malaysia, Dr Junaida Lee Abdullah.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal melahirkan rasa bangga di atas pencapaian itu dan berharap ia menjadi suntikan semangat bagi seluruh warga UniMAP khususnya dalam aspek pengurusan.

Katanya, anugerah berkenaan menjadi pengukur kepada prestasi pengurusan rekod dalam memastikan pelaksanaan program pengurusan rekod di UniMAP sentiasa berada di tahap cemerlang.

“Selain itu, ia satu pengiktirafan kepada kita terutama semua warga kerja UniMAP yang sentiasa melaksanakan tadbir urus pengurusan rekod dengan baik sebelum ini,” kata beliau.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2

UniMAP memperolehi anugerah berkenaan selepas auditan pengurusan rekod dilaksanakan juruaudit dari Arkib Negara pada 16 hingga 17 Ogos lalu.

Selain sebagai salah satu pengiktirafan, penilaian berkenaan diwujudkan oleh Arkib Negara sebagai menggalakkan persaingan yang sihat dalam pembudayaan program pengurusan rekod yang kondusif di kalangan UA.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ([email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA SUTRAMAYA UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA DI FESTIVAL TARI 1MALAYSIA MAKUM 2017 Sintok, 22 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SERAH SUMBANGAN 3,449 PERABOT KEPADA 23 SEKOLAH Kangar, 14 Disember 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah menyumbangkan

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP CONTRIBUTED 3,449 FURNITURE TO 23 SCHOOLS Kangar, 14 Disember 2016 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP has contributed a total

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA PELAJAR UniMAP RAIH ANUGERAH PRESIDEN REAM PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR Kangar , 24 Januari – Seorang pelajar Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP SCORES 100 PERCENT MEDALS AT I-ENVEX 2016 Kangar, 11 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP scored 100 percent medals at

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 8 April 2016 UniMAP BAKAL ANJURKAN KOREAN SUMMER PROGRAM KSP Kangar, 12 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP bakal menganjurkan

KENYATAAN MEDIA UniMAP CEMERLANG 100 PERATUS DI PECIPTA 2019 UTHM Kangar, 23 Sept – Produk penyelidikan Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya memperolei pencapaian cemerlang

Atlet UniMAP Cipta Kejutan Raih Emas Olahraga IPT Ditulis Oleh Aininulniza KANGAR , 24 Mac 2022 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP mencipta kejutan apabila meraih pingat emas acara