• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelajar UniMAP kekal 100 peratus dalam kampus

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pelajar UniMAP kekal 100 peratus dalam kampus"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus

Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan kekal 100 peratus menginap dalam kampus dengan siapnya Kolej Kediaman Tun Abdul Razak (PFI 2).

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, dengan terbinanya PFI 2 ini mampu menampung sehingga 4,000 pelajar terutamanya pelajar pusat-pusat pengajian dalam kampus tetap.

“Ini sekaligus memastikan semua pelajar UniMAP akan terus menetap dalam kampus,” katanya ketika berucap dalam satu majlis kesyukuran sempena tertubuhnya Kolej Kediaman Tun Abdul Razak (PFI 2) bertempat di Kampus Induk universiti tersebut pagi tadi.

Tambahnya, dengan penempatan 100 peratus dalam kampus akan menjimatkan masa dan mengurangkan perjalanan pelajar yang sebelum ini perlu mengambil masa yang agak lama untuk tiba di pusat-pusat pengajian mahupun kemudahan lain di UniMAP.

PFI 2 atau juga dikenali sebagai kolej kediaman Inisiatif Pembiayaan Swasta ini mula dibina pada 6 Disember 2013 dan mempunyai 12 blok empat tingkat dengan 480 rumah pelajar termasuk 16 buah rumah Orang Kurang Upaya (OKU).

“Mengikut perancangan awal, kita akan menempatkan pelajar baharu sidang akademik 2016/2017 yang akan mendaftar pada 28 Ogos ini.

Namun atas beberapa faktor, kita terpaksa mengubah rancangan tersebut dengan memindahkan mereka ke penempatan sementara di Bumita.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Ini bagi memastikan fasiliti yang terbaik disediakan di PFI 2 sebelum menerima pelajar hujung tahun nanti,’ katanya.

Kolej kediaman ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti medan selera, gelanggang permainan, mesin automatik pengeluaran wang, bilik-bilik diskusi selain berfungsi sebagai pejabat pentadbiran.

“Justeru, saya berharap kolej kediaman ini dapat dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya sepertimana pertama kali kita jejaki selepas siap dibina,”

tambahnya.

Bagi memastikan tiada isu seperti sampah, kesesakan dan sebagainya, beliau menyeru agar kolej kediaman baharu ini ditadbir dengan konsep kampus lestari melalui penyediaan persekitaran yang kondusif sekaligus merealisasikan impian menjadikan kampus induk UniMAP ini sebagai kampus hijau.

Dikeluarkan Oleh : Nurul Aida Othman

Unit Perhubungan Media UniMAP Tel : 04-9798522 / 012-2210095

Referensi

Dokumen terkait

_ _ _2:::....:.4~JA~N=Uji.RI1998 ~__ Kuota untuk pelajar Sabah kekal 40 peratus Dalam Universiti Malaysia Sabah KOTA KINABALV: Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA SUTRAMAYA UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA DI FESTIVAL TARI 1MALAYSIA MAKUM 2017 Sintok, 22 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Ukraine to collaborate with UniMAP for UAV System Kangar, 27 March- University Malaysia Perlis UniMAP received a visit from Skyeton

Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 Mac 2016 UniMAP ANJUR PERTANDINGAN TARIAN, KEBAYA TRADISIONAL Kangar,1 Mac – Bertemakan Melestarikan Tarian Tradisional Perlis, Pusat Kajian Istitusi Raja

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 Oktober 2016 UniMAP Johan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi PIN Kangar, 14 Oktober: Universiti Malaysia Perlis UniMAP

UniMAP Fokus Agenda Keusahawanan Pelajar Oleh : Suhana Abdul Mutalib Arau – Universiti Malaysia Perlis UniMAP komited untuk memperkasa agenda keusahawanan pelajar dengan fokus kepada

Page 1 KENYATAAN MEDIA 21 Ogos 2016 KEJAYAAN SUKUM SUNTIK SEMANGAT KONTINJEN UniMAP KE KARNIVAL MASUM Pauh Putra,21 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP ke

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 26 Ogos 2016 21 Pelajar Terpilih Program Outbound Mobiliti Ke UUI Pauh Putra, 26 Ogos – Seramai 21 pelajar Universiti Malaysia Perlis