• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kad UniDebit sediakan akses mudah untuk pelajar UniMAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kad UniDebit sediakan akses mudah untuk pelajar UniMAP"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

26 Ogos 2016 KAD UniDEBIT SEDIAKAN AKSES MUDAH UNTUK PELAJAR UniMAP Pauh Putra, 26 Ogos – Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini yang semakin pesat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut tidak ketinggalan melancarkan Kad UniDebit pada hari pendaftaran kemasukan pelajar baharu, di Dewan Kecemerlangan UniMAP, di sini, semalam.

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, kad UniDebit itu turut menawarkan fungsi tambahan berbanding kad debit biasa dengan menyediakan akses mudah sebagai pengenalan diri pelajar UniMAP atau lebih dikenali sebagai kad matrik pelajar.

“Pelajar juga boleh melakukan urus niaga dalam talian melalui kad UniDebit ini untuk membeli bahan pembelajaran, akses di perpustakaan, bayaran yuran, serta lain-lain kepentingan yang boleh digunakan di seluruh kampus UniMAP termasuk kolej-kolej kediaman.

“Justeru, kemudahan transaksi tanpa tunai ini bukan sahaja lebih menjamin keselesaan dan keselamatan kerana tidak perlu membawa wang yang banyak secara fizikal tetapi pelajar dapat menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih baik,” kata beliau ketika berucap di Majlis Taklimat Waris dan Program Minggu Suaikenal Sidang Akademik 2016/2017 di sini .

Katanya, inisiatif yang diperkenalkan ini bakal dimanfaatkan oleh lebih 2,000 pelajar baharu yang mendaftar semester ini dan seterusnya akan dikembangkan meliputi hampir 14,000 mahasiswa UniMAP lain.

Kad UniDebit berkenaan dilancarkan hasil perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara UniMAP diwakili Zul Azhar dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abd Wahid sempena majlis itu.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Berkenan menyaksikan upacara perjanjian itu ialah Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Raja Muda Perlis dan Pro Canselor UniMAP iaitu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi BMMB, Tuan Haji Peer Mohamed Ibramsha dan mantan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin.

MoU berkenaan adalah hasil lanjutan kerjasama di antara BMMB dengan UniMAP yang merupakan bank rasmi UniMAP sejak awal penubuhan universiti itu hampir 14 tahun lalu.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ([email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 21 Januari 2016 BUKU MANUAL PROSEDUR KERJA KOLEJ KEDIAMAN UniMAP DILANCARKAN Pauh Putra, 21 Januari – Majlis Pengurusan Kolej

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA SUTRAMAYA UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA DI FESTIVAL TARI 1MALAYSIA MAKUM 2017 Sintok, 22 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Ukraine to collaborate with UniMAP for UAV System Kangar, 27 March- University Malaysia Perlis UniMAP received a visit from Skyeton

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA PENYELIDIK WANITA UniMAP TERUSKAN KECEMERLANGAN DI EUROINVENT 2018 DI ROMANIA Kangar,19 Mei – Penyelidik wanita Universiti Malaysia

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 Julai 2016 Naib Canselor Rasmi Pelepasan Pelajar UniMAP Pulang Beraya SUNGAI CHUCHUH, 1 Julai:Peluang untuk pulang berhari raya di kampung halaman

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP Receives 46 New Buses For Student Use PAUH PUTRA, 15 August – Universiti Malaysia Perlis UniMAP received 46 buses in preparation to receive

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 26 August 2016 21 Students Selected for Outbound Mobility Programme to UUI Pauh Putra, 26 August – 21 Universiti Malaysia Perlis UniMAP