• Tidak ada hasil yang ditemukan

21 pelajar terpilih Program Outbound Mobiliti ke UUI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "21 pelajar terpilih Program Outbound Mobiliti ke UUI"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 26 Ogos 2016 21 Pelajar Terpilih Program Outbound Mobiliti Ke UUI

Pauh Putra, 26 Ogos – Seramai 21 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih bagi mengikuti program mobiliti pelajar ke Universitas Ubudiyyah Indonesia (UUI) selama dua minggu mulai hari ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan berkata program mobiliti pelajar ke UUI adalah program yang pasti memberi pengalaman yang berharga kepada peserta.

Katanya, beliau berharap pelajar-pelajar yang terpilih ke UUI dapat membawa imej yang baik sepanjang berada di UUI memandangkan UUI juga sangat rapat dengan UniMAP hasil pelbagai kerjasama sebelum ini.

“Saya juga berharap setiap pelajar dapat mengikuti program yang diaturkan oleh UUI dengan baik dan membawa pulang pengalaman serta pengetahuan untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar lain dalam diskusi ilmu nanti,” katanya ketika berucap menyampaikan amanat di Majlis Pelepasan Program Outbound Mobiliti di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), di sini.

Turut hadir Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa (CIA) UniMAP, Dr Nurhafiza Muhammad.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Sementara itu, seorang pelajar tahun tiga Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Alam Sekitar, Chen Wen Li berkata dia teruja mengikuti program berkenaan walaupun terpaksa berkorban cuti semester lebih awal.

Menurutnya yang berasal dari Sabah, dia menempah tiket penerbangan ke Pulau Pinang seminggu lalu untuk kembali ke UniMAP bagi mengikuti program itu.

“Saya tidak kisah walaupun terpaksa kembali ke UniMAP lebih awal sebelum ke Acheh kerana tidak sabar melihat sendiri wilayah itu buat pertama kalinya,” katanya.

Rakan sekuliahnya, Safya Abdul Malik berkata dia terkejut apabila dihubungi pihak PPK pada bulan Jun lalu memaklumkan dia terpilih ke UUI.

“Saya tidak menyangka akan terpilih ke UUI kerana dimaklumkan beberapa kriteria diperlukan untuk terpilih ke sana dan bersyukur diberi peluang ini,”

katanya.

Seorang lagi pelajar Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan

Teknokomunikasi (iKOM), Nurhafiz Abdul Razak berkata dia mengisi borang bagi mengikuti program berkenaan sebelum cuti semester dan tidak

menyangka antara yang terpilih.

Mulai tahun lalu, UniMAP memberi fokus terhadap program inbound dan outbound mobiliti pelajar dalam usaha meningkatkan reputasi akademik di peringkat nasional dan antarabangsa.

Baru-baru ini seramai lapan pelajar terpilih ke program sama di Universiti Nahda, Egypt di Mesir.

Dikeluarkan Oleh :

AININULNIZA MOHD YUSOF

Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Terima 46 Buah Bas Baharu Bagi Kegunaan Pelajar PAUH PUTRA, 15 Ogos - Universiti Malaysia Perlis UniMAP menerima 46 buah bas dalam

Page 1 KENYATAAN MEDIA 21 Ogos 2016 KEJAYAAN SUKUM SUNTIK SEMANGAT KONTINJEN UniMAP KE KARNIVAL MASUM Pauh Putra,21 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP ke

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 26 Ogos 2016 KAD UniDEBIT SEDIAKAN AKSES MUDAH UNTUK PELAJAR UniMAP Pauh Putra, 26 Ogos – Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP DAN YTSP TAJA PELAJAR KE TAIWAN Kangar, 18 November – Universiti Malaysia Perlis UniMAP bersama Yayasan Tuanku Syed Putra YTSP akan