• Tidak ada hasil yang ditemukan

Projek Bas Balik Raya UniMAP Hantar 263 Pelajar Pulang Beraya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Projek Bas Balik Raya UniMAP Hantar 263 Pelajar Pulang Beraya"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

PROJEK BAS BALIK RAYA UniMAP HANTAR 263 PELAJAR PULANG BERAYA

Pauh Putra, 13 Jun – Seramai 263 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak perlu bersusah payah ke stesen bas menaiki bas ekspres pulang ke kampung apabila mereka hanya perlu menaiki bas dari dalam kampus.

Program Projek Bas Balik Raya UniMAP anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) itu diadakan khusus bagi pelajar pulang ke kampung berhari raya dengan dilancarkan pelepasannya oleh Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, di tapak bas Kolej Kediaman Tun Abdul Razak (Pfi2) di kampus UniMAP, jam 10.00 malam di sini hari ini.

Turut hadir ke pelancaran itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan.

Yang Dipertua MPP UniMAP, Muhammad Amir Hakim Razali berkata program berkenaan mendapat kerjasama syarikat bas IR-SAF yang menyediakan sebanyak lapan buah bas bagi menghantar pelajar pulang ke kampung halaman mereka.

“MPP prihatin dengan rakan-rakan UniMAP yang tidak dapat membeli tiket bas kerana habis awal menjelang perayaan, jadi inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu rakan-rakan dapat pulang ke kampung halaman masing- masing.

“Selain itu, caj tambang yang dikenakan lebih murah berbanding bas ekpress biasa selain rakan-rakan juga dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu menaiki kemudahan awam yang lain untuk ke stesen bas,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran program itu.

Sementara itu seorang pelajar tahun Satu Kejuruteraan Mekatronik, Abdul Rafieq Haiqal Abdul Rahman berkata dia teruja dapat pulang beraya bersama rakan-rakan UniMAP yang lain bersama-sama serta tidak perlu bergerak jauh untuk menaiki bas ekspres.

(2)

Unit Media Page 2 Katanya, dia juga dapat mengenali rakan-rakan baharu lain ketika dalam perjalanan pulang serta sempat berkongsi pelbagai perkara.

“Ada rakan-rakan yang tidak tidur sepanjang perjalanan kerana seronok dapat berbual-bual sebelum tiba ke destinasi masing-masing selain dapat bersahur bersama,” katanya yang pulang ke Kuala Lumpur.

Selain pelancaran program, Dr Zul Azhar turut meluangkan masa mengedarkan juadah moreh kepada pelajar-pelajar di dalam bas sebelum bas bertolak.

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

20 Pelajar Terima Sumbangan Menerusi Program Kasihnya Ramadhan Kangar, 21 Jun – Seramai 20 pelajar asnaf Universiti Malaysia Perlis UniMAP telah terpilih untuk menerima sumbangan dan

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 Oktober 2016 UniMAP Johan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi PIN Kangar, 14 Oktober: Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 July 2016 Vice Chancellor Officiates Departure of UniMAP Students Heading Home for Aidilfitri Sungai Chuchuh, 1 July – Universiti Malaysia

15 Pelajar UniMAP Ikuti Program Musim Panas Asia 2016 di Bangkok Padang Besar, 10 Julai – Seramai 15 pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP berlepas ke Bangkok dari Stesen KTM

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 26 Ogos 2016 21 Pelajar Terpilih Program Outbound Mobiliti Ke UUI Pauh Putra, 26 Ogos – Seramai 21 pelajar Universiti Malaysia Perlis

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 26 Ogos 2016 KAD UniDEBIT SEDIAKAN AKSES MUDAH UNTUK PELAJAR UniMAP Pauh Putra, 26 Ogos – Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Lapan Pelajar Nahda University menyertai Program Inbound Mobiliti di UniMAP PAUH PUTRA, 18 September – Seramai lapan pelajar dari