• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kerjasama Projek Tahun Akhir Pelajar UniMAP Dengan Kerajaan Negeri Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kerjasama Projek Tahun Akhir Pelajar UniMAP Dengan Kerajaan Negeri Perlis"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

KERJASAMA PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR UniMAP DENGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS

Arau, 9 November – Sebagai satu inisiatif menjayakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), empat projek tahun akhir pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan dijadikan projek perintis bagi membangunkan aplikasi teknologi maklumat untuk kerajaan negeri Perlis.

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, projek usahasama yang membabitkan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Komputer dan Perhubungan bakal memberikan manfaat yang cukup besar untuk kedua-dua pihak tanpa melibatkan kos.

“Ia juga adalah sebahagian daripada inisiatif UniMAP untuk mengetengahkan projek dan penyelidikan inovasi berkonsepkan translasi terus kepada kerajaan dan komuniti sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Pusat Inovasi Nilai (VIC) yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Antara lainnya, Perdana Menteri berkata penubuhan VIC ini perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan agar proses penjanaan inovasi dalam pentadbiran kerajaan akan berlaku dengan lebih meluas dan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Usahasama Projek Tahun Akhir antara UniMAP dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis yang diwakili oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, En Ahmad bin Zakaria, di Kampus UniMAP Pauh Putra di sini hari ini.

Turut hadir, Dekan PPK Komputer dan Perhubungan, Prof. Madya Dr. Azremi Abdullah Al-Hadi dan penyelia-penyelia projek pelajar tahun akhir, iaitu En.

Suhizaz Sudin, Dr Salina Asi dan Cik Hasneeza Liza Zakaria.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Menurut Dr. Zul Azhar, di peringkat UniMAP juga, pelaksanaan projek tahun akhir ini mampu menjadi penggerak kepada usaha mencipta ekosistem inovasi selaras dengan Revolusi Industri 4.0 sekaligus melonjakkan bidang keusahawanan.

“Secara tidak langsung, usaha ini juga diharap dapat mendedahkan pelajar kepada projek sebenar di industri dan pada masa sama melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengetengahkan inovasi dan kreativiti mereka,”

katanya.

Dalam pada itu, Dr. Azremi berkata, susulan dari perbincangan awal antara UniMAP dan SUK negeri Perlis empat tajuk telah dipilih untuk menjayakan program yang akan berlangsung dalam tempoh sembilan bulan itu antaranya

“Design and Development of Enterprise Web Portal for Perlis Sport Council” oleh Zarith Izzaty Za’aba.

Jelasnya, tiga lagi projek yang terpilih ialah “Design and Development of Facilities Management System for Perlis Sport Council” oleh Wan Nur Fara Elyana Ashikin Wan Adnan; “Design and Development of Facilities Booking System” oleh Zainal Safwan Zainal Abidin, dan “Design and development of Asset Tracking System for Information Technology Management Division of Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis” oleh Mas Idayu Zolkefli.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ([email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 Oktober 2016 UniMAP Johan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi PIN Kangar, 14 Oktober: Universiti Malaysia Perlis UniMAP

UniMAP Fokus Agenda Keusahawanan Pelajar Oleh : Suhana Abdul Mutalib Arau – Universiti Malaysia Perlis UniMAP komited untuk memperkasa agenda keusahawanan pelajar dengan fokus kepada

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 6 June 2016 Give Full Commitment to New UniMAP Vice Chancellor – Raja Muda Perlis ARAU, 6 June Bernama – Raja Muda Perlis Tuanku Syed

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP INTAI PELUANG KERJASAMA INDUSTRI SARUNG TANGAN Kangar , 22 Disember – Universiti Malaysia Perlis UniMAP mengintai ruang dan peluang kolaborasi

KENYATAAN MEDIA 28 OKTOBER 2015 PELAJAR PPK MIKROELEKTRONIK UniMAP RAIH ANUGERAH CAS TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT Tronoh, 28 Oktober – Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP DAN YTSP TAJA PELAJAR KE TAIWAN Kangar, 18 November – Universiti Malaysia Perlis UniMAP bersama Yayasan Tuanku Syed Putra YTSP akan

KENYATAAN MEDIA 23 Disember 2015 KERJASAMA AKADEMIK DAN TEKNIKAL UniMAP-DUET Dhaka , 22 Dis – Universiti Malaysia Perlis UniMAP terus menyemarakkan hubungan kerjasama dengan

Unit komunikasi Korporat - Khairul Page 1 KENYATAAN MEDIA 7 Februari 2016 UniMAP Jalin Kerjasama bersama STIE –Harapan Medan, 7 Februari: Universiti Malaysia Perlis UniMAP