• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP jalin kerjasama bersama STIE–Harapan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP jalin kerjasama bersama STIE–Harapan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit komunikasi Korporat - Khairul Page 1 KENYATAAN MEDIA

7 Februari 2016 UniMAP Jalin Kerjasama bersama STIE –Harapan

Medan, 7 Februari: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani surat hasrat (LOI) bersana Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Harapan (STIE-Harapan) Medan dalam usaha untuk mengukuhkan jaringan antara UniMAP dengan Institusi Pengajian di Indonesia.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin berkata, ia merupakan antara inisiatif yang dilakukan UniMAP bagi merealisasikan jaringan kerjasama antarabangsa antara UniMAP dan STIE Harapan di masa hadapan.

“Saya percaya dengan terjalinnya kerjasama ini,ia akan membuka jalan untuk kita bergerak ke peringkat seterusnya iaitu untuk menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi merealisasikan kerjasama pendidikan kedua- dua pihak.

“Kerjasama sebegini cukup baik kerana akan memudahkan pelaksanaan terhadap perancangan yang dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangi LOI di sini, baharu-baharu ini.

UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr.

Kamarudin Hussin manakala STIE Harapan Medan, diwakili Ketuanya H.Kersna Minan.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut, Koordinator KOPERTIS Wilayah 1, Sumatera Utara, Prof. Drs. Dian Armanto dan Ketua Harian Yayasan Pendidikan HARAPAN Medan, Dr. Tapi Rondang Ni Bulan.

(2)

Unit komunikasi Korporat - Khairul Page 2 Ujar Datuk Kamarudin lagi, kepakaran yang dimiliki UniMAP harus disebarkan agar kelebihan yang ada dapat menjadi pendorong kepada institut pengajian tinggi lain untuk terus mencipta kejayaan.

"Saya percaya dengan adanya kerjasama ini, kita akan dapat mengadakan pelbagai bentuk program antaranya penganjuran seminar antarabangsa dan program pertukaran pelajar,”katanya lagi.

Terdahulu, Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin telah dijemput untuk menyampaikan ucapan umum kepada lebih 300 pensyarah dan pelajar sekolah tersebut.

Antara yang turut serta dalam lawatan kerja deligasi UniMAP ke Medan dan Acheh adalah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, Professor Madya Dr.

Rizalafande Che Ismail dan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP, Mazmin Mat Akhir.

Dikeluarkan Oleh :

Mohd Khairul Effendi Bin Che Wan ([email protected]) Penolong Pegawai Tadbir

Unit Komunikasi Korporat UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

UMF FRIM jalin kerjasama Biojisim KUANTAN Universiti Malaysia Pahang UMP menjalm kerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM da lam bidang penggunaan Biojisim

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP JUARAI TIGA KATEGORI DI WOODBALL TERBUKA UniMAP 2016 Pauh Putra, 27 September 2016 – Pasukan Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Raih Tempat Ketiga Pesta Pantun Terbuka Perlis KANGAR, 30 September 2016 - Wakil Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya meraih

1 | P a g e KENYATAAN MEDIA Kerjasama UniMAP- Modenas Lahir Jurutera Berkualiti Gurun, 23 Februari 2017 - Pendekatan pembelajaran dan latihan amali menggunakan sistem berteknologi

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP 2017 LOGO REBRANDING Kangar, March 17 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP had launched an addition to the UniMAP logo, now bearing the

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN UNIVERSITI EROPAH Pauh Putra, 3 Mei – Universiti Malaysia Perlis UniMAP sentiasa menerokai peluang baharu untuk

KENYATAAN MEDIA DUA PASUKAN UniMAP UNGGULI KEJOHANAN TENPIN BOLING TERBUKA UniMAP/CEN-D 2017 Subang, 18 September – Dua pasukan dari Universiti Malaysia Perlis UniMAP mengungguli

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA KERJASAMA PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR UniMAP DENGAN KERAJAAN NEGERI PERLIS Arau, 9 November – Sebagai satu inisiatif menjayakan program