• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP juarai tiga kategori di Woodball Terbuka UniMAP 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP juarai tiga kategori di Woodball Terbuka UniMAP 2016"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

UniMAP JUARAI TIGA KATEGORI DI WOODBALL TERBUKA UniMAP 2016

Pauh Putra, 27 September 2016 – Pasukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) beraksi cemerlang di Kejohanan Woodball Terbuka UniMAP 2016 apabila menjuarai kategori individu wanita, berpasukan wanita dan juga berpasukan lelaki antara jabatan negeri Perlis.

Bagi kategori individu wanita, UniMAP yang diwakili Rosmawati Abidin mencatat 63 pukulan manakala bagi kategori berpasukan wanita, UniMAP mencatat 294 pukulan menewaskan pasukan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) serta Pejabat Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis (PERALIS) .

Dalam pada itu, bagi kategori berpasukan lelaki pula, pasukan UniMAP A mencatatkan 266 pukulan sekaligus menewaskan pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan yang julung kalinya dianjurkan oleh UniMAP itu terutama di kalangan peserta sekolah dan IPT sekaligus membuktikan sukan tersebut mampu menariuk minat golongan muda.

“Saya percaya perkembangan positif ini bakal menyaksikan lebih banyak bakat dapat dicungkil dikalangan generasi muda sekaligus meningkatkan penganjuran pertandingan baik di UniMAP mahupun di negara ini.

“Sebagai sebuah universiti yang pernah menganjurkan kejohanan woodball di peringkat Asian dan Dunia, saya amat berharap akan ada lebih banyak penyertaan bukan sahaja dari jabatan kerajaan malahan dari sektor swasta samada di negeri ini mahupun luar,” katanya ketika berucap ketika Majlis Penyampaian Hadiah dan

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Penutup kejohanan itu di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), di sini, hari ini.

Berkenan berangkat hadir merasmikan upacara penutup kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja Persatuan Woodball Perlis dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kejohanan ini turut disertai pasukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Lipis, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis serta lain-lain pasukan dalam dan luar negeri ini.

Selain Gelanggang Woodball UniMAP sebagai lokasi utama, dua gelanggang di Institut Perguruan Malaysia (IPGM) dan di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad turut menjadi lokasi kejohanan itu yang berlangsung sejak Khamis lalu.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ([email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 25 August 2016 80 UniMAP International Students Receive IEC Graduation Certificates Pauh Putra, 25 August – 80 Universiti Malaysia

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 18 Sept 2016 PESERTA UTP JUARAI PERTANDINGAN NYANYIAN INTERVARSITI UTHAYAM 3.0 Pauh Putra, 18 Sept – Peserta dari Universiti Teknologi

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 11 August 2016 UniMAP EXPANDS COLLECTION OF SUKUM 2016 GOLD MEDALS Nilai, 11 August – Universiti Malaysia Perlis UniMAP continues its

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP Receives 46 New Buses For Student Use PAUH PUTRA, 15 August – Universiti Malaysia Perlis UniMAP received 46 buses in preparation to receive

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 26 August 2016 21 Students Selected for Outbound Mobility Programme to UUI Pauh Putra, 26 August – 21 Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT 8 September 2016 UniMAP Islamic Centre To Host Jom Baca Al Quran Programme PAUH PUTRA, 8 September: Universiti Malaysia Perlis UniMAP Islamic Centre

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 16 Sept 2016 KOPERTIS-UniMAP BAKAL JALIN KERJASAMA MOBILITI PELAJAR DAN STAF Pauh Putra, 16 Sept – Koordinasi Perguruan Tinggi Swasta

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH 3 BINTANG DALAM PENILAIAN PENGURUSAN REKOD Kangar, 27 September 2016 – Universiti Malaysia Perlis UniMAP berjaya