• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP tambah koleksi kutipan pingat emas SUKUM 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP tambah koleksi kutipan pingat emas SUKUM 2016"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 11 Ogos 2016

UniMAP TAMBAH KOLEKSI KUTIPAN PINGAT EMAS SUKUM 2016

Nilai, 11 Ogos – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus melakar kecemerlangan di Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2016 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan menambah koleksi pingat emas menerusi acara boling, di sini, semalam.

Tiga pingat emas disumbangkan oleh Zulfauzi Mohamad Sawal dalam kategori single tenpin boling, double bersama Nurakmal Ramli dan all event tenpin boling individu.

Manakala dua lagi emas diraih double tenpin boling wanita iaitu Prof Dr Rosni Bakar dan Mahzura Mahmood serta tenpin berpasukan lelaki.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan selaku Ketua Kontinjen UniMAP berkata selain lima pingat emas itu, acara boling turut menyumbang tiga perak dan satu gangsa.

“Pingat perak disumbangkan menerusi kategori all event tenpin individu lelaki (Nurakmal), all event tenpin individu wanita (Mahzura) dan event tenpin wanita berpasukan.

“Satu gangsa disumbangkan Nurakmal dalam kategori single tenpin boling lelaki menjadikan keseluruhan kutipan pingat bagi acara boling adalah lima emas, tiga perak dan satu gangsa pada hari ketiga SUKUM 2016,” katanya.

Menurut Mohd Foad, selain acara boling satu lagi pingat perak UniMAP disumbangkan oleh acara bola padang veteran selepas ditewaskan pasukan

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Universiti Sains Malaysia (USM) dengan satu jaringan tanpa balas pada aksi perlawanan akhir di

Katanya, dua lagi gangsa UniMAP diperolehi pasukan sepak takraw dan pasukan bola jaring.

“UniMAP akan terus memburu koleksi pingat bagi acara boling kategori masters selain bola tampar wanita yang bakal beraksi di separuh akhir menentang Universiti Malaya (UM) serta perlawanan akhir futsal wanita menentang Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini,” katanya.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ( [email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Tel : 04-9798860

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 17 Ogos 2016 GESC 2016 : Peserta Ekspresikan ‘Greening The Earth’ Dalam Pertandingan Video Sungai Chuchuh ,17 Ogos – Peserta Global

1 | P a g e MEDIA STATEMENT 15 Jun 2016 UniMAP Student To Represent Malaysia At CERN Geneva KANGAR, 15 June – A Universiti Malaysia Perlis UniMAP student was chosen to represent the

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 Julai 2016 Naib Canselor Rasmi Pelepasan Pelajar UniMAP Pulang Beraya SUNGAI CHUCHUH, 1 Julai:Peluang untuk pulang berhari raya di kampung halaman

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 1 July 2016 UniMAP UKR ENTERTAINS DURING CHARITY EVENT AT RUMAH TEDUH Kangar, 1 Julai – Universiti Malaysia Perlis UniMAP Cultural and

15 Pelajar UniMAP Ikuti Program Musim Panas Asia 2016 di Bangkok Padang Besar, 10 Julai – Seramai 15 pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP berlepas ke Bangkok dari Stesen KTM

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 16 Ogos 2016 GESC 2016 : Food Festival Dedah Ilmu Keusahawan Kepada Peserta SUNGAI CHUCHUH, 16 Ogos – Global Entrepreneurship Summer Camp GESC

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT 11 August 2016 GESC 2016 : UniMAP Board of Director Share Success Secrets at Inspiring CEO Talk SUNGAI CHUCHUH, 11 August – “As an entrepreneur