• Tidak ada hasil yang ditemukan

Beri komitmen jitu kepimpinan Naib Canselor baharu UniMAP - Raja Muda Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Beri komitmen jitu kepimpinan Naib Canselor baharu UniMAP - Raja Muda Perlis"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

6 Jun 2016

Beri Komitmen Jitu Kepimpinan Naib Canselor Baharu UniMAP - Raja Muda Perlis

ARAU, 6 Jun (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberi komitmen jitu dan kepercayaan kepada Naib Canselor baharu, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal untuk membawa universiti berkenaan ke mercu kegemilangan.

Baginda bertitah sebagai Universiti Awam (UA) yang berusaha mencapai sasaran 500 universiti terbaik dunia, faktor kualiti bidang pengajian, program berimpak tinggi, peningkatan pelajar antarabangsa dan inisiatif-inisiatif berkaitan hendaklah diberikan penekanan.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah pemotongan peruntukan kepada UA merupakan cabaran bagi pengurusan universiti untuk menjana pendapatan melalui pelbagai aktiviti, kreativiti dan inovasi baharu.

"Gunakanlah sumber kepakaran yang ada termasuk mengekploitasi ilmu dan pengalaman 14 tahun bekas Naib Canselor pertama UniMAP, Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin untuk melonjakkan UniMAP," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah selepas menyaksikan majlis penyerahan nota tugas kepada Zul Azhar oleh Kamarudin di Dewan Kecemerlangan UniMAP di sini hari ini.

Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro Canselor UniMAP Hajah Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil juga berkenan hadir pada majlis itu.

Baginda berharap usaha Kamarudin memperhebatkan kualiti penyelidikan UniMAP diperhebatkan lagi oleh Zul Azhar, selain Petunjuk Utama Prestasi (KPI) dan penerapan nilai serta etika dalam kalangan warga universiti dioptimumkan.

"Saya juga ingin mengingatkan kepentingan pengurusan masa dan kewangan yang baik dalam membangunkan piawaian, garis panduan, dan penanda aras UniMAP bagi usaha mencapai sasaran 500 universiti terbaik dunia," titah baginda.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ([email protected])

Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

1 | P a g e KENYATAAN MEDIA 20 November 2016 RAJA MUDA PERLIS BERKENAN BERSAMA RAKYAT DALAM KENDURI DI KAMPUNG PADANG BESAR--, Kenduri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA UniMAP BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI DI DEWAN 2020 PADA 7 SEPTEMBER 2009

Unit Media- Basri edited 2 Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERSAMA DYTM TUANKU CANSELOR & SIMBOLIK PENERIMAAN SISWA BAHARU IJAZAH MINGGU SUAIKENAL SIDANG

Kamarudin Hussin atas khidmat bakti serta sumbangan beliau sepanjang menjawat jawatan Naib Canselor UniMAP selama 14 tahun mulai 16 Februari 2002 sehingga 10 Februari 2016.. Justeru,

Page 1 KENYATAAN MEDIA TIMBALAN NAIB CANSELOR P&I DAN JURNAL UniMAP TERIMA ANUGERAH DI MRSA 2019 Putrajaya, 6 Nov – Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti

Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP Pegawai-Pegawai Utama UniMAP, Yang Berbahagia Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan

Jelas beliau, Canselor UniMAP sendiri, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merupakan Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat dan sentiasa