• Tidak ada hasil yang ditemukan

Naib Canselor UniMAP Dianugerah Kolonel (Kehormat)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Naib Canselor UniMAP Dianugerah Kolonel (Kehormat)"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Naib

Canselor UniMAP Dianugerah Kolonel (Kehormat)

Oleh: Suhana Abd Mutalib

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad telah dianugerahkan tauliah Kolonel (Kehormat) sekaligus kini memikul tugas selaku Komandan bagi memimpin Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UniMAP.

Penganugerahan tersebut telah berlangsung dalam satu majlis ringkas di Markas Tentera Darat,Kementerian Pertahanan Malaysia, hari ini dan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain.

Selain Prof. R. Badlishah, turut dianugerahkan pangkat yang sama ialah Naib

Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahmad Adikan dan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed.

Prof. R Badlishah sewaktu ditemui selepas tamat majlis menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Tentera Darat Malaysia di atas pemakaian pangkat tersebut yang menurut beliau membawa bersama tanggungjawab dan amanah yang cukup besar.

Jelas beliau, Canselor UniMAP sendiri, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra

Jamalullail merupakan Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat dan sentiasa komited terhadap peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh anggota beruniform.

“Justeru, melalui penganugerahan pangkat ini, saya selaku Komandan

PALAPES UniMAP berharap dapat terus memacu kecemerlangan berterusan pasukan sekaligus memastikan pelajar memberi penekanan kepada aspek ilmu dan kemahiran ketenteraan dalam menjadikan mereka mahasiswa yang lebih dinamik, kental dan berdisiplin tinggi,” ujarnya.

PALAPES UniMAP ditubuhkan pada 26 Ogos 2004 selepas Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-431 dan upacara perasmian telah disempurnakan pada tanggal 3 Mac 2005 oleh DYMM Pemangku Raja Perlis (ketika itu), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mengulas lanjut, Prof. R Badlishah berkata, selepas 16 tahun penubuhan,

PALAPES UniMAP kini mara selangkah lagi apabila berjaya menubuhkan kelab Alumni PALAPES UniMAP yang telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2018 yang lalu.

(2)

“Melalui penubuhan Alumni PALAPES UniMAP ini, ia akan berfungsi sebagai medium untuk menjalankan pelbagai aktiviti, perkongsian pengalaman dan penyaluran ilmu kepada ahli kelab PALAPES UniMAP.

“Pada masa sama, kita ingin memastikan inisiatif UniMAP untuk menggalakkan penglibatan aktif kesemua Alumni PALAPES dalam aktiviti kesukarelawanan dapat diteruskan meskipun apabila telah bergraduat dan bekerja kelak,” ujarnya lagi.

Referensi

Dokumen terkait

Sentiasa Berpegang Teguh Prinsip Rukun Negara - Raja Muda Perlis Oleh: Nurul Aida Othman ALOR SETAR, 7 November - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga

Selain pembentangan kertasa kerja, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, turut berkenan bercemar duli mengetuai sesi “wisata sejarah” Kesultanan Gowa ke

Mereka menerima skrol masing-masing pad a Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen ke-12 universiti itu yang disampaikan Canselor UniMAp, Tuanku Syed Faizuddin PutraJamaluliail pada

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 6 Jun 2016 Beri Komitmen Jitu Kepimpinan Naib Canselor Baharu UniMAP - Raja Muda Perlis ARAU, 6 Jun Bernama -- Raja Muda Perlis Tuanku

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 6 June 2016 Give Full Commitment to New UniMAP Vice Chancellor – Raja Muda Perlis ARAU, 6 June Bernama – Raja Muda Perlis Tuanku Syed

Gracing the event with their presences were the Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 Julai 2016 Naib Canselor Rasmi Pelepasan Pelajar UniMAP Pulang Beraya SUNGAI CHUCHUH, 1 Julai:Peluang untuk pulang berhari raya di kampung halaman

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tuanku Canselor KUKUM Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun, Patik dan seluruh