'Oktober - Bagi memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan mahasiswa, seramal 400 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menyertai Program Jiwa Murni di Masjid AI-Rahmaniah di sini baru- baru ini.
Program dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu melibatkan aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan serta keceriaan landskap masjid melalui aktiviti mengecat dan baik pulih kemudahan asas. Menurut
Komandan PALAPES UniMAp, Ko!. J a" . Dr. lui Azhar lahid Jamal, program yang dladakan itu selaras dengan Program Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pendldikan Tmggl (PD 2015- 2025 menerusi LonJakan 1 laitu melahlrkan graduan holistik serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa. "Selain itu juga, program ini mampu mewujudkan jalinan kerjasama erat antara universiti dengan masyarakat setempat selaras dengan moto 'Universiti Dan Masyarakat Berpisah Tiada'," katanya.
Pada program tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP dan Yang Dipertua MAlPs turut berkenan mencemar duli berangkat merasmikan program Jiwa Murni PALAPES UniMAP itu. Hadir sarna mengiringi baginda ialah CEO MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor serta Timbalan Komandan PALAPES UniMAP Lt. Ko!. Prof. Dr. laliman Sauli.
D1SARAN KEMBALI BERBAKTI - TUANKU CANSELOR
KANGAR, 29 Oktober - Para alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disaran agar kembali berbakti kepada 'alma mater' (tempat pengajian) mereka, antaranya dengan berwakaf untuk pembangunan universiti yang lebih mampan.
Raja Muda Perl is, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAp, bertitah wakaf bukan sahaja dapat membantu pembangunan universiti malah dapat memastikan proses penyebaran ilmu berterusan dengan jayanya pada masa akan datang.
Baginda bertitah, jaringan alumni yang boleh berkongsi dan bersama-sama menyumbang idea mahupun tenaga berdasarkan kebolehan dan kemampuan masing- masing, perlu diwujudkan.
"Alumni disaran menjalinkan kerjasama dengan universiti dalam apa juga bidang yang mampu memberi kebaikan bersama seperti perkongsian ilmu dan pengalaman dengan mahasiswa UniMAP. "Para alumni perlu menanam semangat 'alma mater' bersama mahasiswa UniMAPterutamanya mereka yang berada di tahun akhir agar sentiasa menyayangi UniMAp," titah Baginda ketika berkenan menghadiri majlis perasmian Apresiasi JubJi Baiduri (Alumni Pertama) UniMAP.
Tuanku Syed Faizuddin juga berharap agar para alumni dapat mewujudkan jaringan dengan alumni yang berada di luar negara supaya dapat menggiatkan usaha penganjuran aktiviti sehingga ke peringkat lebih tinggi.
"UniMAP tidak mahu kehilangan permata yang digilap dan berharap hubungan dengan para alumni tidak terhenti sebaliknya berterusan hingga ke generasi akan datang," titah Baginda. Berangkat sarna pad a majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yangjuga merangkap Tuanku Pro Canselor UniMAP.