• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP terima 46 buah bas baharu bagi kegunaan pelajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP terima 46 buah bas baharu bagi kegunaan pelajar"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

UniMAP Terima 46 Buah Bas Baharu Bagi Kegunaan Pelajar

PAUH PUTRA, 15 Ogos - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima 46 buah bas dalam persediaan menerima pelajar-pelajar baharu Sidang Akademik 2016/2017 yang dijangka mendaftar penghujung bulan ini.

Naib Canselor UniMAP, Dato Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, UniMAP telah menjalinkan kontrak bersama IR-SAF Holidays dan Ekspress Sdn. Bhd. selama tiga tahun untuk membekalkan 46 buah bas untuk kegunaan pelajar UniMAP.

“ Bas-bas ini telah dipecahkan kepada empat kampus UniMAP iaitu kampus UniCiti (10 bas), Kolej Kediaman Wang Ulu (20 bas), Kolej Simpang Empat (10 bas) dan Pauh Putra (6 bas).

“ Pecahan ini adalah mengikut nisbah jumlah pelajar yang ditempatkan di kolej kediaman serta kampus-kampus UniMAP,” katanya ketika ditemui pada sesi pemeriksaan bas-bas kontrak dan dokumen-dokumen yang berkaitan di Dataran Kejat, Dewan Ilmu UniMAP.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ ad Sakdan, Pengarah Jabatan Pembangunan UniMAP, Prof. Madya Mazelan Abdul Hamid dan Pengarah Urusan IR-SAF Holidays dan Ekspres Sdn Bhd. Khairul-Syakirin Harith Fadzilah.

Sementara itu, Prof. Madya Mazelan berkata, sebanyak 10 buah bas telah beroperasi di kampus UniCiti untuk digunakan pelajar-pelajar Diploma.

“ Sebagai permulaan, kita telah menempatkan sebanyak 10 buah bas untuk memudahkan pelajar diploma yang tinggal di Kampus UniCiti bergerak ke kelas dan bandar Kangar,” katanya.

Dikeluarkan Oleh :

Mohd Basri Basir ([email protected]) Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP

(2)

Unit Media Page 2

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 6 Jun 2016 Beri Komitmen Jitu Kepimpinan Naib Canselor Baharu UniMAP - Raja Muda Perlis ARAU, 6 Jun Bernama -- Raja Muda Perlis Tuanku

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 11 Ogos 2016 UniMAP TAMBAH KOLEKSI KUTIPAN PINGAT EMAS SUKUM 2016 Nilai, 11 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP terus melakar

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 18 Ogos 2016 Lapan Pelajar UniMAP Sertai Program Mobiliti Pelajar ke Nahda Universiti, Mesir PAUH PUTRA, 18 Ogos – Seramai lapan pelajar

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 26 Ogos 2016 KAD UniDEBIT SEDIAKAN AKSES MUDAH UNTUK PELAJAR UniMAP Pauh Putra, 26 Ogos – Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP JUARAI TIGA KATEGORI DI WOODBALL TERBUKA UniMAP 2016 Pauh Putra, 27 September 2016 – Pasukan Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN UNIVERSITI EROPAH Pauh Putra, 3 Mei – Universiti Malaysia Perlis UniMAP sentiasa menerokai peluang baharu untuk

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RECEIVES ROBOTS WORTH RM400 THOUSAND FROM WALTA ENGINEERING Pauh Putra, 31st October – Universiti Malaysia Perlis UniMAP received two Automatic