• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP Perkukuh Hubungan Dengan Universiti Eropah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP Perkukuh Hubungan Dengan Universiti Eropah"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

UniMAP PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN UNIVERSITI EROPAH

Pauh Putra, 3 Mei – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa menerokai peluang baharu untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembelajaran dengan pelbagai institusi akademik di peringkat antarabangsa.

Terbaharu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah dijalankan antara University of Chemical Technology and Metallurgy (UCTM), Bulgaria bersama Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) UniMAP bagi meneroka kerjasama dengan negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Pengurus CEGeoGTech UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata, CEGeoGTech dan UCTM sebelum ini telah mempunyai hubungan dua hala yang memberi fokus kepada pengajuran seminar dan penerbitan secara bersama bagi meningkatkan sitasi kedua-dua universiti.

“Selain daripada itu, kita juga pernah menerima dua pelajar pra siswazah yang datang ke UniMAP untuk membuat latihan industri dalam bidang geopolimer.

“Saya yakin, dengan kerjasama yang baharu dijalinkan ini akan membuka lebih banyak peluang penyelidikan serta kolaborasi antara kedua-dua institusi di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Menandatangani MoU antara UniMAP dan UCTM serta Surat Hasrat (LOI) bersama Universitas Negeri Makassar (UNM).

PAda majlis tersebut, UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamal, dan UCTM diwakili Dekan Fakulti Teknologi Kimia, Prof.

Madya Dr Andriana Surlev manakala UNM diwakili Dekan Fakulti Matematik dan Sains Alam, Drs. Subaer M. Phill. Turut hadir Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP, Dr. Noorhafiza Muhammad.

Ujar Dr. Mohd. Mustafa lagi, CEGeoGTech juga telah merancang dalam mendapatkan geran mobiliti daripada EU dan antarbangsa yang lain bagi menyerlahkan lagi keterlihatan UniMAP di persada antarabangsa terutama dalam bidang penerbitan jurnal, penyelidikan dan program sangkutan pelajar atau staf.

“Terdapat banyak ruang dan peluang yang ditawarkan oleh institusi akademik di Eropah dalam aspek geran mobiliti ini dan CEGeoGTEch akan mengambil langkap

(2)

Unit Media Page 2 proaktif untuk mengenalpasti rakan strategik yang boleh membantu memacu kegemilangan kami.

“Buat masa ini, CEGeoGTech mendahului penerbitan scopus bagi bidang Geopolimer, dan saya percaya status ini akan memudahkan kami meneroka peluang kolaborasi dengan institusi pendidikan lainnya di Eropah,” ujar beliau lagi.

Dikeluarkan Oleh :

Mohd Basri Basir ([email protected]) Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP Tel : 04-9798522 / 017-4567151

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA SUTRAMAYA UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA DI FESTIVAL TARI 1MALAYSIA MAKUM 2017 Sintok, 22 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP TERIMA MESIN ROBOT RM400 RIBU SYARIKAT WALTA Pauh Putra, 31 Oktober – Universiti Malaysia Perlis UniMAP menerima dua robot „Automatic Pick and

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP Receives 46 New Buses For Student Use PAUH PUTRA, 15 August – Universiti Malaysia Perlis UniMAP received 46 buses in preparation to receive

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT 8 September 2016 UniMAP Islamic Centre To Host Jom Baca Al Quran Programme PAUH PUTRA, 8 September: Universiti Malaysia Perlis UniMAP Islamic Centre

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 22 Sept 2016 KEJOHANAN WOODBALL TERBUKA UniMAP 2016 BERMULA HARI INI Pauh Putra, 22 Sept – Kejohanan Woodball Terbuka Universiti

KENYATAAN MEDIA MAHASISWA DISERU TINGKATKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN Pauh Putra, 10 Oktober 2016 – Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis UniMAP diseru agar bergiat aktif dan melibatkan

Page 1 KENYATAAN MEDIA NEW UniMAP MPP BUILDING STRENGTHEN STUDENT UNION PAUH PUTRA – A building in the Universiti Malaysia Perlis UniMAP Permanent Campus was bestowed to the