• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mahasiswa Diseru Tingkatkan Semangat Kesukarelawan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Mahasiswa Diseru Tingkatkan Semangat Kesukarelawan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN MEDIA

MAHASISWA DISERU TINGKATKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN

Pauh Putra, 10 Oktober 2016 – Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diseru agar bergiat aktif dan melibatkan diri dalam program-program yang melibatkan kesukarelawan bagi membantu masyarakat sekeliling.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, beliau melihat budaya atau semangat kesukarelawan dikalangan mahasiswa tidak lagi tinggi seperti dulu.

“ Saya berharap barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP akan dapat menerapkan budaya atau sifat kesukarelawan dikalangan golongan muda.

“ Jangalah kita melakukan sesuatu perkara itu semata-mata untuk melengkapkan syarat bagi bergraduat semata-mata, kerana mahasiswa mampu untuk membantu memastikan agenda atau isu-isu semasa boleh ditangani bersama,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Penyerahan Watikah MPP UniMAP 2016/2017 di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Dekan Pengurusan Akademik, menjalankan tugas sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof. Ir. Dr.

Rezuwan Kamaruddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ ad Sakdan dan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Razli Ahmad.

Ujar Beliau lagi, sebagai mahasiswa, mereka boleh melakukan pelbagai perkara untuk memastikan semangat kesukarelawan dapat ditingkatkan.

“ Budaya yang mahasiswa bangunkan ini akan dapat menjadi nilai tambah dan amat membantu semasa bekerja nanti ke satu tahap yang lebih

tinggi,” katanya lagi.

(2)

Pada majlis tersebut, seramai 33 calon barisan kepimpinan Majlis Sesi 2016/2017,menerima watikah pelantikan yang terdiri daripada tujuh calon umum dan 26 calon Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK).

Sesi 2016/2017 menyaksikan pelajar PPK Pembuatan, Nurhazwani Zabidin telah dilantik sebagai Yang DiPertua MPP yang baharu manakala Muhammad Amir Hakim Razali dari PPK yang sama dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertua MPP UniMAP.

Datuk Zul Azhar juga turut menasihati semua MPP yang baharu dilantik untuk menjadi contoh positif bukan saja kepada pelajar UniMAP tetapi juga masyarakat luar.

“ MPP selaku barisan utama suara mahasiswa diseru agar mempersiapkan mental dan fizikal terutama dalam mengharungi Tahun 2017 yang agak mencabar dari segi ekonomi dan pengaruh-pengaruh luar.

“ Anda hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited dan ikhlas demi kelangsungan kepimpinan yang dinamik di peringkat UniMAP” , katanya.

Dikeluarkan Oleh : Nurul Syawaliah Mansor

Unit Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 ‘THE FUTURE: FAST FURIOUS AND FISHY’ SHARES RESEARCH TOPICS ON AQUACULTURE Pauh Putra, February 19 - The Universiti Malaysia Perlis UniMAP Council

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA RAJA MUDA PERLIS SENDS IVCORE MASTI TO THAILAND Pauh Putra, 12 Julai – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail and Universiti

Namun, Universiti Malaysia Perlis UniMAP turut menerapkan elemen memasyarakatkan universiti dalam kalangan PALAPES universiti itu dengan menganjurkan Majlis Libat Urus Komandan bersama

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 14 Oktober 2016 UniMAP Johan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi PIN Kangar, 14 Oktober: Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP Receives 46 New Buses For Student Use PAUH PUTRA, 15 August – Universiti Malaysia Perlis UniMAP received 46 buses in preparation to receive

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 26 August 2016 21 Students Selected for Outbound Mobility Programme to UUI Pauh Putra, 26 August – 21 Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT 8 September 2016 UniMAP Islamic Centre To Host Jom Baca Al Quran Programme PAUH PUTRA, 8 September: Universiti Malaysia Perlis UniMAP Islamic Centre

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 22 Sept 2016 KEJOHANAN WOODBALL TERBUKA UniMAP 2016 BERMULA HARI INI Pauh Putra, 22 Sept – Kejohanan Woodball Terbuka Universiti