• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KENYATAAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UKK Page 1

KENYATAAN MEDIA

UniMAP TERIMA MESIN ROBOT RM400 RIBU SYARIKAT WALTA Pauh Putra, 31 Oktober – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima dua robot „Automatic Pick and Place Robot Machine’ (APPRM) sumbangan Walta Engineering Berhad, di sini, hari ini.

Sumbangan bernilai RM400,000 itu adalah hasil kolaborasi universiti itu dengan syarikat kejuruteraan berkenaan sejak pertengahan 2017 menerusi Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin berkata, kolaborasi itu mengadakan pertemuan lebih 10 kali sebelum ini bagi membincangkan penyelidikan dan pembangunan teknologi.

Katanya, empat pensyarah PPK Mekatronik menjalani sangkutan industri bersama pihak syarikat itu bagi menambah pengalaman praktikal

pensyarah itu sendiri.

“Ia sekaligus membawa kepada penyumbangan dua mesin ini yang bakal digunakan untuk sangkutan industri, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.

“Di samping itu, dua pelajar UniMAP juga bakal memanfaatkan mesin ini bagi menyiapkan projek tahun akhir mereka dengan mudah dan lancar,”

katanya ketika berucap di majlis penyerahan mesin robot berkenaan.

Hadir sama, Dekan PPK Mekatronik Prof Madya Ir Dr Abu Hassan Abdullah, Pengarah Urusan Walta Grou, Goh Kheng Sneah, Pengarah Walta Group Ong Thean Lye dan dekan-dekan UniMAP.

(2)

UKK Page 2 Tambah Rezuwan, sangkutan industri amat penting bagi universiti bagi membolehkan pensyarah yang terlibat dapat memohon sebagai jurutera bertauliah „Board of Engineers Malaysia’ (BEM).

“Antara projek kerjasama yang dijalankan oleh empat pensyarah itu ialah

automatic waterjet fruit cutting and peeling machine’ serta kerjasama dalam bidang bioperubatan,” katanya.

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

CAPTION GAMBAR :

Meka5 – Rezuwan (tengah berjaket) menerima simbolik penyerahan mesin dari Pengarah Urusan Walta Group, Goh Kheng Sneah.

Meka9 – Goh berbual bersama empat pensyarah UniMAP sangkutan industri Walta Engineering.

Meka11 – Goh menerangkan fungsi mesin robot kepada Rezuwan (berjaket) dan Abu Hassan.

Referensi

Dokumen terkait

UniMAP mendapat tempat Ke-11 di Kalangan 367 Universiti Malaysia Yang Disenaraikan dalam Penarafan Webometrics, Edisi Januari 2023 Ditulis Oleh Mohd Afif Md Jamel Khir PAUH

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 19 Ogos 2016 UniMAP Universiti Pertama Terima Pensijilan MS ISO 9001:2015 KANGAR, 19 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP melakar sejarah

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA SUTRAMAYA UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA DI FESTIVAL TARI 1MALAYSIA MAKUM 2017 Sintok, 22 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Pertama sekali, Saya ingin mengucapkan tahniah di atas inisiatif Persekutuan Besbol Malaysia BFM melalui kerjasama Universiti Malaysia Perlis UniMAP dan Universiti Putra Malaysia UPM

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 24 Jun 2016 UniMAP LANCAR SKIM TABARRUQ KHAIRAT KEMATIAN Pauh Putra, 24 Jun – Bersempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Universiti

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 25 August 2016 80 UniMAP International Students Receive IEC Graduation Certificates Pauh Putra, 25 August – 80 Universiti Malaysia

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA COEUAS UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN PARCEL DRON Putrajaya, 8 Mac – Pasukan penyelidik Pusat Kecemerlangan Sistem Tanpa

KENYATAAN MEDIA DUA PRODUK INOVASI UniMAP RAIH ANUGERAH PLATINUM DI POLAND Poland, 12 Oktober – Dua penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau CEGeoGTech