• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KENYATAAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN MEDIA, UKK

KENYATAAN MEDIA

MENGHAFAL Pi - TIGA PELAJAR SEKOLAH PERLIS, 10 TERBAIK DUNIA

ARAU, 6 Mei – Tiga pelajar dari sekolah menengah di negeri ini bakal tersenarai dalam 10 terbaik dunia bagi ranking hafalan Square-Root 2 ( ) setelah berjaya melakukan hafalan terbanyak pada Pi Memorization Competition Perlis 2019 atau Pertandingan Menghafal Pi Perlis 2019 di sini, baru-baru ini.

Pelajar tersebut Ija Husna Ruslan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin dinobatkan sebagai pemenang terbaik keseluruhan kategori Square-Root 2 ( ) sekaligus menduduki tempat kelima dunia selepas berjaya menghafal 2,502 digit.

Tempat kedua pula dimiliki oleh Nurzal Effiyana Mohd Rahidi dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) dengan hafalan 1,040 digit.

Manakala pelajar dari SMK Perlis, Vincent Chong Qi Zhi pula menduduki tempat ketiga selepas berjaya menghafal 898 digit.

Mereka masing-masing membawa pulang RM 300.00, RM 200.00, RM 100.00 beserta trofi, hamper dan sijil penyertaan.

Menurut Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Dr.

Rezuwan Kamaruddin, bagi penganjuran kali kedua ini seramai 743 peserta dari 38 buah sekolah di Perlis telah menyertai pertandingan ini yang terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Perlis.

“Ini menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan kerana pada penganjuran pertama tahun lepas hanya seramai 361 peserta dari 19 buah sekolah menengah di negeri Perlis yang menyertai program ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Penyampaian Hadiah pertandingan tersebut.

Tambahnya, menghafal digit Pi mungkin sesuatu yang asing di Perlis dan Malaysia amnya kerana masyarakat telah memberikan pelbagai persepsi mengenai menghafal digit Pi ini.

“Namun hasilnya, kini seramai 328 rakyat Malaysia telah tersenarai dalam Pi World Ranking List dengan dengan 323 darinya adalah pelajar sekolah Perlis.

“Malah, program tahun 2018 juga mencatatkan hafalan tertinggi oleh pelajar dari SMK Tuanku Lailatul Shahreen (Seha Jin Hong) dengan hafalan sebanyak 753 digit Pi dalam tempoh 10 minit,” katanya.

(2)

BAHAGIAN MEDIA, UKK

Selain kategori Square-Root 2 ( ), terdapat lagi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Pi Memorization Competition; Exponent-e Memorization Competition; dan 100 digits Pi Challenge.

Bagi kategori Pi Memorization Competition dimenangi oleh Auni Humayraa Aswazir dari Sekolah Kebangsaan (SK) Oran dengan digit hafazal sebanyak 543 sekaligus melayakkan beliau dinobatkan dalam Pi Rekod Malaysia bawah 12 tahun.

Manakala Exponent-e Memorization Competition dimenangi pelajar tingkat empat dari SMK Tuanku Lailatul Shahreen iaitu Teoh Kar Keat dengan hafalan 1002 digit seterusnya menduduki tempat ke 13 tertinggi dunia dalam Exponent-World Ranking List.

Kategori 100 digits Pi Challenge pula dimenangi oleh Chuah Bee Tian dari SMK Derma yang berjaya menjawab soalan sehingga Tahap 6 dari Tahap 7.

Berkenan berangkat hadir pada majlis tersebut adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP.

Turut berangkat hadir Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Pro Canselor UniMAP.

Dikeluarkan Oleh :

Nurul Aida Othman ([email protected]) Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP Tel : 04-9798522

Referensi

Dokumen terkait

KENYATAAN MEDIA YB DATUK MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Mengenai KEADAAN CUACA KERING DIJANGKA BERTERUSAN HINGGA HUJUNG BULAN SEPTEMBER 2015 12 SEPTEMBER

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 15 NOVEMBER 2015 SATELIT BUMI TUARAN MENDORONG PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL

Kenyataan Media CYBERJAYA 21 Februari 2023 CADANGAN KURANGKAN BILANGAN PENJAWAT AWAM: MCMC AKAN BUKA KERTAS SIASATAN TERHADAP AWESOME TV Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

1 KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 JKJAV PEMBERIAN VAKSIN COVID-19 KEPADA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA PUTRAJAYA, 11 FEBRUARI 2021 – Jemaah

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI JANUARI 2017 TIDAK PERLU KHUATIR SEMASA MENJALANKAN PERUBATAN DIAGNOSIS SINAR-X

KENYATAAN MEDIA YB DATUK MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 16 SEPTEMBER 2015 OPERASI PEMBENIHAN AWAN BERJAYA MENGHASILKAN HUJAN DI SEKITAR SEMENANJUNG Operasi

KENYATAAN MEDIA YB DATUK MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 17 SEPTEMBER 2015 PERKEMBANGAN TERKINI OPERASI PEMBENIHAN AWAN Operasi Pembenihan Awan OPA

Info Kesihatan Puan Adlina – Bahagian Media UKK AidaOthman PROGRAM TELAH BERLANGSUNG Warga UniMAP yang dikasihi, UCAPAN TAHNIAH 7.. Ucapan tahniah saya titipkan buat pelajar