• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KENYATAAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

COEUAS UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN PARCEL DRON

Putrajaya, 8 Mac – Pasukan penyelidik Pusat Kecemerlangan Sistem Tanpa Pemandu (UAS), HAAS Solution Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih tempat ketiga di Pertandingan Parcel Dron peringkat Kebangsaan, semalam.

Pasukan diketuai Prof Dr Hazry Desa (Director), En. Zambri Ibrahim (Leader - GCS & Mission Planner), En Khairi Hazir (Pilot), En Abd Mu'iz (Co- pilot/Video Observer) dan En Azmie (Technical) berjaya membawa pulang hadiah berupa piala iringan serta wang tunai bernilai RM7,000.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di Kompleks Sukan Air Putrajaya, di sini.

Turut hadir Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor.

Pertandingan Parcel Dron yang dianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), itu berlangsung selama dua hari bermula kelmarin membabitkan 40 peserta termasuk daripada beberapa institusi pengajian tinggi yang lain.

Peserta diberi dua kesempatan bagi menerbangkan dron dengan muatan seberat dua kilogram dan mereka perlu menerbangkan bungkusan tersebut sejauh dua kilometer merentasi Tasik Putrajaya dan kembali semula ke tapak pelancaran dalam masa terpantas.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Mengenai pertandingan itu, Gobind berkata program ini sangat bertepatan dengan hasrat kementerian di bawah Pelan Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia 2019-2023 bagi memacu ekonomi digital serta menggalakkan penggunaan teknologi tinggi, dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

"Melalui program ini, kita juga dapat mencungkil bakat-bakat tempatan yang berpotensi dalam bidang UAV untuk diberikan sokongan dan pengiktirafan agar mereka dapat terus maju ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ([email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Kenyataan Media CYBERJAYA 20 September 2020 MCMC SIASAT ADUAN PENGURANGAN KELAJUAN PAKEJ UNIFI BERBANDING TAWARAN AWAL Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC telah

Kenyataan Media CYBERJAYA 20 Julai 2019 PENYEBARAN MAKLUMAT MELALUI LAMAN SOSIAL ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC hari ini

Kenyataan Media MCMC DAN MyCC BEKERJASAMA TANGANI PERJANJIAN EKSKLUSIF DI BANGUNAN TINGGI 17 OGOS 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC dan Suruhanjaya

1 Kenyataan Media CYBERJAYA 18 JANUARI 2023 PROJEK RINTIS CASHLESS@PEDi UNTUK MASYARAKAT LUAR BANDAR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC, dengan kerjasama

Page 1 KENYATAAN MEDIA PISKANITA KUMPUL RM8,000 LEBIH BANTU ASNAF PERSEDIAAN SEKOLAH Kangar, 18 Disember – Hasrat Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita Piskanita Universiti

Bahagian Media, UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA IPT PERLIS BERGABUNG LAKSANAKAN NBOS Arau, 21 Jun – Bagi menyahut seruan kerajaan yang menekankan konsep berimpak tinggi dengan

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 24 Jun 2016 UniMAP LANCAR SKIM TABARRUQ KHAIRAT KEMATIAN Pauh Putra, 24 Jun – Bersempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Universiti

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 10 Mac 2016 PROGRAM KOMUNITI BERSAMA PELAJAR ANTARABANGSA BANTU PROMOSI BUDAYA MALAYSIA Langkawi, 10 Mac – Dalam usaha menyemai