• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "KENYATAAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN MEDIA

YB DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

15 NOVEMBER 2015

SATELIT BUMI TUARAN MENDORONG PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT SETEMPAT

Susulan daripada keputusan Kerajaan melalui MOSTI untuk membina sebuah stesen bumi di Tuaran bagi pengoperasian satelit milik negara, kerajaan memberi jaminan bahawa tiada sebarang isu yang akan dapat menjejaskan tahap pembangunan sama ada dari segi ekonomi dan sosial masyarakat setempat malah ia akan mendorong kepada pembangunan industri hiliran (downstream) secara berterusan.

Keputusan Makmal Pengurusan Nilai berkaitan Program Pembangunan Satelit RazakSAT-2 pada tahun 2012 dibuat setelah kerja penilaian dan analisa lokasi dijalankan dan mendapati bahawa pemilihan lokasi di Daerah Tuaran, Sabah adalah bersesuaian di atas beberapa faktor bagi menyokong pembangunan stesen bumi tersebut. Stesen bumi tersebut berfungsi sebagai pusat kawalan dan perhubungan sistem satelit yang mengorbit bumi di ruang angkasa.

Melihat kepada stesen bumi sedia ada yang telah dibangunkan di Banting, Selangor di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), lokasi persekitarannya telah menjadi lebih kompetitif dan tidak memberikan sebarang impak negatif kepada masyarakat setempat malah ianya telah memberikan lebih banyak faedah kepada pembangunan dari segi sosial dan ekonomi.

Bagi menangani persepsi negatif di kalangan masyarakat umum, pihak MOSTI telah mengambil beberapa langkah proaktif dalam memberikan

(2)

pendedahan secara menyeluruh kepada masyarakat umum melalui beberapa siri pameran, ceramah, outreach dan lain-lain termasuk penggunaan media sosial untuk meningkatkan tahap kesedaran khususnya dalam bidang sains dan teknologi angkasa.

Oleh itu, pihak MOSTI berharap agar masyarkat umum tidak berasa gusar dan bimbang berkenaan dengan cadangan pembangunan stesen bumi ini.

Datuk Seri Panglima Madius Tangau Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

______________________________________________________________

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Telefon: 03-8885 8141, Faks: 03-8890 3092 Emel: [email protected]

Referensi

Dokumen terkait

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 26 APRIL 2016 HANYA KUALA KRAI MENCATATKAN BACAAN SUHU MELEBIHI 37.0°C

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 13 APRIL 2016 OPERASI PEMBENIHAN AWAN OPA BAGI MEMBANTU MENANGANI JEREBU DAN KRISIS AIR

KENYATAAN MEDIA YB DATUK MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 3 OKTOBER 2015 MENGENAI KEADAAN JEREBU SEMASA Walaupun pada awalnya MetMalaysia

KENYATAAN MEDIA YB DATUK MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 23 SEPTEMBER 2015 NEGARA MENGALAMI HUJAN DAN RIBUT PETIR SEHINGGA PENGHUJUNG OKTOBER 2015 Negara

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Mengenai SIRIM Berhad Sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan

YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan perasmian Anugerah Inovasi Negara AIN 2017 juga penutup NICE ’17 menyatakan bahawa,

KENYATAAN MEDIA YB DATUK MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 5 OKTOBER 2015 PENAFIAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DALAM OPERASI PEMBENIHAN AWAN

KENYATAAN MEDIA YB DATUK MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 17 SEPTEMBER 2015 PERKEMBANGAN TERKINI OPERASI PEMBENIHAN AWAN Operasi Pembenihan Awan OPA