KENYATAAN MEDIA
YB DATUK MADIUS TANGAU
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 3 OKTOBER 2015
MENGENAI
KEADAAN JEREBU SEMASA
Walaupun pada awalnya MetMalaysia menjangkakan jerebu teruk yang melanda negara sejak pertengahan September 2015 akan berakhir pada awal Oktober 2015, berikutan bermulanya fasa peralihan monsun, namun oleh kerana terbentuknya beberapa ribut tropika di perairan Filipina telah menyebabkan tiupan angin dari arah barat daya yang konsisten. Keadaan ini telah menyebabkan jerebu rentas sempadan kembali melanda negara.
Ribut tropika yang dikenali sebagai Mujigae ini, terbentuk pada 1 Oktober 2015. Mujigae telah menyebabkan tiupan angin kembali dari arah barat daya.
Keadaan jerebu dijangka berkurangan untuk tempoh 6 hingga 9 Oktober 2015 berikutan perubahan arah tiupan angin. Namun, mulai dari 10 Oktober 2015, Negara dijangka mengalami jerebu kembali berikutan satu lagi ribut tropika diramalkan terbentuk di timur Filipina dan jika kebakaran di Sumatera dan Kalimantan masih belum dipadamkan
Datuk Madius Tangau
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi
____________________________________________________________
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Phone: 03-8885 8141, Fax: 03-8890 3092 Email: [email protected]