• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "KENYATAAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

(1/2)

KENYATAAN MEDIA

YB DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI

19 OKTOBER 2015

KEADAAN JEREBU SEMASA DI NEGARA KITA

Taufan Koppu yang berada ke Utara-Timur Laut Manila, Filipina telah mempengaruhi corak tiupan angin di kawasan serantau negara kita. Ini telah menyebabkan keadaan jerebu di beberapa tempat terutamanya di kawasan tengah dan selatan Semenanjung, barat Sarawak dan pantai timur Sabah terutama di bandar Tawau.

Kehadiran Taufan Koppu dengan pergerakan hampir pegun di wilayah tersebut sangat mempengaruhi corak tiupan angin di kawasan serantau negara kita di mana hujan dijangka berkurangan dengan angin kuat dari arah barat daya.

Arah angin tersebut telah menyebabkan negara mengalami jerebu rentas sempadan.

Peningkatan bilangan titik panas di Kalimantan dan Sumatera serta keadaan cuaca yang agak kering pada tempoh beberapa hari yang lepas telah mengakibatkan berlakunya keadaan berjerebu di Semenanjung dan Sarawak.

(2)

(2/2)

Keadaan cuaca berjerebu dijangka akan berterusan disebabkan tiupan angin Barat Daya yang membawa ‘asap’ dari tempat- tempat yang terbakar di Sumatera dan Kalimantan.

Fenomena ribut petir dan hujan lebat yang kerap berlaku terutamanya pada waktu petang dan senja di seluruh negara juga tidak mampu mengurangkan kesan jerebu yang sedang berlaku.

Datuk Seri Panglima Madius Tangau Menteri Sains Teknologi dan Inovasi

Referensi

Dokumen terkait

In determining to extend the duration of the works approval and authorise the operation of the Domgas plant and ancillary facilities, the following matters were considered by the