KENYATAAN MEDIA
YB DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA
28 APRIL 2016
OPERASI PEMBENIHAN AWAN (OPA) BERJAYA MENGHASILKAN HUJAN DI KAWASAN SASARAN
Operasi Pembenihan Awam (OPA) diteruskan hari ini dengan mensasarkan kawasan empangan di Negeri Sembilan dan Melaka telah berjaya menghasilkan hujan di kawasan:
1. Empangan Durian, Melaka
2. Empangan Sepri dan Gemencheh, Negeri Sembilan
Sehingga jam 4.00 petang, hanya SATU Stesen merekodkan bacaan suhu tertinggi melebihi 37.0°C iaitu di Kuala Krai, Kelantan mencatatkan bacaan suhu 38.4°C.
Bilangan titik panas yang dicerap di Semenanjung meningkat daripada satu (1) titik panas pada 26/4/2016 kepada tiga (3) titik panas pada 27/4/2016. Lokasi titik-titik panas tersebut dikesan berada di Rompin (2) dan Pekan (1). Tiada titik panas dicerap di Sabah dan Sarawak pada 27/4/2016.
Kawasan yang mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 10 hari berturut-turut kekal tujuh (7) seperti hari sebelumnya. Tujuh kawasan
tersebut ialah Kota Bharu (25 hari), Machang (25 hari), Pasir Mas (12 hari), Besut (12 hari), Mersing (12 hari) dan Raub (11) di Semenanjung serta Kudat (17 hari) di Sabah.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
______________________________________________________________
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Phone: 03-8885 8141, Fax: 03-8890 3092 Email: [email protected]